Sunday, 31 July 2011

PENDAPAT PUISI PEJUANG SASTRA MELAYU NAGA PAMUNGKAS

Terima kasih saudara Naga Pamungkas
kau seorang Pejuang Sastra Kukagumi
tak kira berpenat
berlelah
tak kira masa
dan
waktu
perjuanganmu di medan
Sastra Melayu tak pernah jemu
menyokong
menghargai bakat setiap penulis
tak kira siapa pun mereka
dan
tak pernah kau kenali pun mereka
tapi kau tetap ingin mengenali mereka
dan
membawa karya-karya mereka bersama impian mereka
ke puncak jaya tanpa memikirkan keuntungan untukmu

Aduhai!
mulia dan sucinya hatimu Pejuang Sastraku
moga perjuanganmu yang suci ikhlas ini
dibalas Allah dengan sepenuh bumi kebaikan
yang akan dikira di akhirat nanti.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.

Karya: Rha NS
30 Julai 2011
11 hours ago · Like · · Unsubscribe

Mahabbah El-ahMead, Desinta Mahadewi, Panggil Dinda Saja
and 2 others like this.


Asmira Suhadis:

Mendengar namanya saja..Naga Pamungkas sudah menggerunkan
dan menggambarkan kekuatannya... teruskan ...

10 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali Sahabatku...aku dapat ilham ni spontan tadi...
apa pendapatmu mengenai puisi ini ye...maaflah aku ngak bisa
tulis puitis sepertimu mira...

10 hours ago · Like

Asmira Suhadis:

Ya Allah... Rabeah... membaca blogmu sahaja aku sudah sangat
kagum dengan bahasa dan kata bicara mu... aku masih mengatakan
kamu lebih bagus...dari aku sungguh ini... bukan mahu merendah
diri atau apa...namun bagitulah hakikatnya... aku amat kerdil
walau tubuhku besar hehehe.apa pun memang Naga Pamungkas ini
harus bagitu... semangat juga membakar sumbu jiwaku..

10 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Ya...biar hancur jasadku!Dihujani peluru di setiap penjuru!
Namun aku berundur di medan perjuangan tidak sekali!
(Kata pahlawan-pahlawan sastra yang kita banggakan mira...
sambung... terbakarlah sumbu jiwamu agar menyuntik semangat
pejuang-pejuang sasteraku!

10 hours ago · Like

Naga Pamungkas aduhai:

Sahabatku Rabeah Mohd Ali, aku merasa tersanjung dan bergetar.
Dengan kerendahan hati, aku hanyalah debu, dan sudah aku katakan
berulang kali, tak ada apa-apanya daku ini dibandingkan dengan
dikau. Tentang puisi-puisi sufimu, yang agung. Terima kasih
Rabeah ... puisimu ini membekas di hatiku.

7 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Kau ni selalu saja merendah diri...setulusnya aku katakan kau
pejuang sastra yang dinantikan berkurun lamanya.
Sejuk perut ibumu mengandungkanmu...melahirkan seorang putera
yang jasanya tidak akan dilupa oleh seluruh generasi di dunia ini...
percayalah kataku ini pejuang sastra yang kukagumi...kalau tak percaya...
nanti kutanyakan kepada semua yang mengenalimu betul atau tidak...
kalau mereka berdiam tanpa suara baru aku percaya tapi tidak sebenarnya...
betul tak duhai kawan-kawan satra ku sekalian.

7 hours ago · Like · 1 person


Asmira Suhadis telah ku beri jawapannya diatas hehehe

7 hours ago · Like


Naga Pamungkas:

Jangan begitu sahabatku yang baik Rabeah Mohd Ali,
aku menggagumi dikau karena puisi-puisi kau sungguh bagus.
Engkau juga pejuang sastra


7 hours ago · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali:

Aku ni cuma melukut di tepi gantang....hidung tak mancung pipi
tersorong-orang....orang tak sudi ...aku tehegeh-hegeh kerana
nak sangat berkawan dengan semua peminat sastra yang bijak-bijak
belaka yang telah ada nama dan ternama ...namaku telah dipadamkan
oleh penyair yang dah ada nama...siapalah aku ini...yang belajar
tak sehebat meraka yang hebat bergulung ijazahnya...aku dapat
menumpang gembira dengan kawan-kawan sastra itu pun sudah memadai
untuku.

7 hours ago · Like

Asmira Suhadis:

Aduhai Rabeah Mohd Ali, jangan bagitu kau berperi... setiap manusia
ini lahir krdunia ada keistiomewaannya yang tersendiri yg gak ada
pada orang lain... aku melihat keistimewaan yng ada dalam karyamu..
kita punya cara yg berbeza dalam keluasan dunia yg Allah cipta ini...
jangan bagitu...kita saling berjalan berpimpin tangan dalam ikatan
uhuawah persaudaraan islam...

7 hours ago · Like · 2 people


Rabeah Mohd Ali:

Allahu Akbar terkedu aku mira....kerana kau sudi berjalan berpimpinan
tanganku yang dah tak berupaya ni...selama ini aku keseorangan hanyalah
kawan-kawanku adalah watak-watak yang kubina ...sekarang ni aku tak perlu
keseorangan lagi kerana aku telah memiliki cinta teritipmu sayangku sepenuh
hati setulus hatiku!

7 hours ago · Like · 3 people


Rabeah Mohd Ali Terima kasih:

Dindaku...biarpun ku tak kenalimu ...sudi ke kau menjadi sahabatku untuk
sama-sama berpimpinan tangan menuju ke dunia kita dunia sastra yang kita
minati ini dengan menggunakan bahasa hati bahasa jiwa bahasa kalbu...?
Kunantikan jawapanmu dengan penuh kasih abadi dinda...

2 hours ago · Like · 1 person


Desinta Mahadewi:

Kau juga pejuang sastra yang kukagumi Rabeah Mohd Ali
2 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Siapalah aku dewi hatiku biarlah aku bersamamu sama-sama menyokong
dunia sastra agar boleh diminati oleh semua lapisan masyarakat...
kusentiasa nantikan karyamu dewi hatiku!

2 hours ago · Like

(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
30 Julai 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;