Tersebutlah kisah rakyat Sabah,
Adie Adnan yang empunya cerita;
Seorang usahawan yang berhati tabah,
Menempuh dugaan pelbagai rupa.
Sesama rakan perniagaan tiada mendengki,
Kerja berpasukan digalakkan pada kakitangannya;
Ke mana pergi sentiasa dihormati,
Dipercayai kerana kejujuran dan kegigihannya.
Orangnya berkaca mata,
Bila berkata orang percaya;
Ke mana pergi tak suka mengata,
Hanya difikirkan syarikatnya berjaya.
Moga perniagaanmu terus berjaya,
Allah mudahkan segala urusan;
Dah berjaya syukurlah padaNya,
Agar hidupmu sentiasa dalam keberkatan.
Karya: Rha Ns
4 Ramadhan 1432H
4 Ogos 2011
(Diilhamkan Istimewa Untuk Sahabatku Adie Adnan Moga
Gembira Menerima Karya Ciptaanku Ini Ye)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment