Saturday, 3 September 2011 0 comments

AKU SAYANG KAMU ANAK KECIL (PANDANGAN RAKAN YOSC)

AKU SAYANG KAMU ANAK KECIL

Anak kecil...
Apa yang kau takutkan?
Adakah kau takut digugurkan bom-bom peperangan?
Jangan takut anak kecil...
Allah sentiasa bersamamu

Biarpun kau tak punya ibu dan ayah....
Tapi kamu dikelilingi keluarga angkat yang sentiasa menyayangimu...
Sudah jangan menangis lagi...
Mari kudendangkan lagu,'Aku Sayang Kamu Anak Kecil.'

Karya Rha NS
6 Syawal 1432H
4 September 2011

Like · · Unsubscribe · 4 hours ago near Kuala Lumpur

Datuk Mohd Jeffry Rosman and Princess Adeq Que like this.

Caesario D Kriiss nie post ka ni atau pantun...

3 hours ago via mobile · Like

Rabeah Mohd Ali:

Ini bukan pantun...ini puisi...

Pantun kena ada rhima
Puisi luahan rasa kalbu penulis

Selalu baca lama-lama faham sayang hihihi

Dengar pantun kucipta untukmu:

Terima kasih Caesario D Kriiss,
Kerana menyokong karyaku;
Persahabatan terjalin akan kubalas,
Terpatri persahabatan kau dan aku.

3 hours ago · Like

Caesario D Kriiss ehm maaf ye....bukan saya sokong karya awak,
kerana tak berminat langsung  post atau puisi macam awak maksudkan
tu.....

2 hours ago via mobile · Like

Rabeah Mohd Ali:

Terima kasih Datuk Mohd Jeffry Rosman. Sokonganmu, Datuk Jem dan
Dato Seri' Zaleey Jazz pada karyaku membuatkan aku terharu sehingga
terbawa ke alam mimpi. Sekarang ni kucuba ingat apa yang kukarang
dalam mimpi tersebut.

SOKONGAN 3 SAHABAT SETIA PADA KARYAKU BUAT KU TERHARU

Terima kasih duhai 3 sahabat di sana
Biarpun ku tak mengenali kalian
Dan kalian tak mengenaliku di sini
Alam maya telah menyatukan hati-hati kita

Biarpun perjuangan kalian berbeda
Kerjaya kalian berbeda
Bertaraf VIP
Berkelayakan tinggi
Melalui karyaku
Hilang segala prasangka ku pada kalian
Yang selama ini beranggapan golongan atasan
Hidupnya adalah kebanggaan dirinya
Tapi setelah mengenali kalian
Aku menangis dalam sendu
Bersyukur pada Allah
Kerana biarpun siapa dirimu
Kau tetap menganggap hamba Allah
Allahu Akhbar

Semoga Allah membalas segala budi baikmu
Kepada semua hambaNya yang telah kau berbuat baik.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.


Karya Rha NS
6 Syawal 1432H
4 September 2011

2 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:

Kalau tak minat tak apa...kerana ada orang lain yang minat ye...
dan kalau orang lain tak minat pun tak apa...takkan berkecil hati...
kerana aku menulis bukan kerana untuk mencipta nama tapi kerana
kasih sayangku pada semua manusia yang hidup di muka bumi ini.

2 hours ago · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali:

Pecah kaca pecah gelas,
Lepas baca kasih sayang terbalas.

2 hours ago · Like

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
4 September 2011
0 comments

CINTAKU BERSEMI DI UFUK SENJA

CINTAKU BERSEMI DI UFUK SENJA
by Rabeah Mohd Ali on Sunday, September 4, 2011 at 6:49am

CINTAKU BERSEMI DI UFUK SENJA

Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar
Keindahan ciptaanMu ini buat hatiku bertambah rindu padaMu
Aku taksub dalam cintaku padaMu Ya Allah
Pancaran sinar mentari di ufuk senja kulihat jelas namaMu Ya Allah
Pacaindera kalbuku kulihat pacaran ufuk senja memancarkan namaMu
berada dalam batu berlian ...
Allahu Akhbar aku memujaMu tanpa hentiNya!
Di ufuk senja cintaku bersemi
MemujiMu MemujaMu tanpa jemu hingga ke penghujung hayatku...
MencintaiMu adalah satu kebahagian dan ketenangan abadi
Balaslah cintaku Ya Allah
Amin Ya Rabbal A'Lam

Karya Rha NS
6 Syawal 1432H
4 September 2011

(DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK YOUTH ONE STOP CENTRE)
Cetusan ilham puisi setelah melihat foto yang dihantar oleh teman
facebook Rabeah Mohd Ali yang berasal dari negara Iran. Justeru
mohon kerjasama rakan Youth One Stop Centre sudi menterjemahkan
puisi tersebut ke dalam Bahasa Inggeris untuk dihayati oleh rakanku itu.
Kerjasama amat dihargai. Moga Allah saja yang membalasNya.
Like · · Unsubscribe · about an hour ago near Kuala Lumpur

Princess Adeq Que and Yantzen Peace like this.

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
4 September 2011
0 comments

CAHAYA MENUJU KE PETALA LANGIT DAN BUMI


Subhanallah...
Sungguh indah ciptaanMu
Awan biru tetap bercahaya biarpun awan kelabu cuba menutupinya
Sedaya kudrat awan biru tetap melawan dan terus melawan
Akhirnya dengan izin Allah awan biru menang!
Buktinya cahaya awan biru terus menuju ke petala langit dan bumi
menembusi awan kelabu! Masya-Allah betapa besar kuasaMu Ya Tuhanku.

Karya Rha NS
6 Syawal 1432H
4 September 2011

(DISIARKAN UNTUK YOUTH ONE STOP CENTRE - Mohon kerjasama rakan
untuk menterjemahkan puisi di atas dalam BI untuk dihayati oleh rakan fb
ku dari negara Iran - moga Allah saja yang dapat membalas kebaikanmu.

Like · · Unsubscribe · 50 minutes ago near Kuala Lumpur

Yantzen Peace and Princess Adeq Que like this.

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
4 September 2011
0 comments

BERMIMPI TENTANG AWAN BIRU

BERMIMPI TENTANG AWAN

Aku selalu bermimpi tentang awan ciptaanNya
Tika itu suasana pagi di awan seakan berpesta
Pelbagai objek kulihat...aku teruja melihat objek
Sukar hendak kuceritakan perasan taksub aku di kala itu
Syukur Alhamdulillah kerana bermimpi tentang pelbagai objek di awan biru!

Karya Rha NS
6 Syawal 1432H
4 September 2011

Like · · Unsubscribe · 38 minutes ago near Kuala Lumpur

Yantzen Peace likes this.

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
4 September 2011
0 comments

AKU SAYANG KAMU ANAK KECIL



Anak kecil...
Apa yang kau takutkan?
Adakah kau takut digugurkan bom-bom peperangan?
Jangan takut anak kecil...
Allah sentiasa bersamamu

Biarpun kau tak punya ibu dan ayah....
Tapi kamu dikelilingi keluarga angkat yang sentiasa menyayangimu...
Sudah jangan menangis lagi...
Mari kudendangkan lagu,'Aku Sayang Kamu Anak Kecil.'

Karya Rha NS
6 Syawal 1432H
4 September 2011

Like · · Unsubscribe · 22 minutes ago near Kuala Lumpur

Princess Adeq Que likes this.

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
4 September 2011
0 comments

PANTUN IBU OH! IBU

Rabeah Mohd Ali posted toYouth One Stop Centre Only
group members can see this post
PANTUN IBU OH! IBU
(BERSEMPENA SAMBUTAN HARI IBU SEDUNIA)

Diucapkan selamat hari ibu ,
Kepada ibuku tersayang;
Kami adik beradik menyayangimu,
Dunia akhirat tetap di sayang.

Dalam kandungan ibu berdoa,
Agar dikurniakan anak soleh soleha;
Bersyukur ibu melahirkan cahaya mata,
Seorang bayi yang amat sempurna.

Ibu berkorban nyawa membesarkan anak,
Besarkan anak tanpa harapkan balasan;
Kecilkan hati ibu berdosanya anak,
Di akhirat nanti mendapat balasan.

Anak dipelihara bersama ibu dan bapa,
Dididik dijaga dengan penuh kasih sayang;
Jerit payah ibu pelbagai rupa,
Namun sabar demi kasih dan sayang.

Biarpun penat tidak mengapa,
Asalkan anak semuanya terjaga;
Kebahagian anak ibu berdoa,
Moga ibu tempatnya di Syurga.

Derhakaku ibu kejamnya aku,
Kecilkan hatimu bukan kusengaja;
Sudah lumrah manusia begitu,
Moga Allah memberi hidayah sentiasa.

Bukan mahuku jadi anak derhaka,
Pengaruh kawan buatku begini;
Menagih mengedar dadah buatku celaka,
Lupakan nasihat ibu penjaraku di sini.

Kekhilafanku buat ibuku berair mata,
Berdoa ibu agar aku dilepaskan;
Menangis aku hingga bengkak mata,
Tapi kesalahanku tak akan dilepaskan.

Malunya aku berdepan dengan ibu,
Ke mana pergi tanganku bergari;
Sedihnya aku mencium dahi ibu,
Maafkan aku ibu membuatmu begini.

Biarpun aku jadi begini,
Namun ibu tetap kasihkan aku,
Ku salahkan diriku sendiri,
Kerana tak menghargai kasih ibuku.

Hidup di penjara amat memilukan,
Terkenang-kenangkan ibu dalam kerinduan;
Lukakan hatimu kutangis dalam sendan,
Penyesalan yang tak sudah aku kesalkan.

Kalau diulangkan masa mahu aku berubah,
Menjadi anak soleh sukakan hatimu ibu;
Tentu aman bahagia iman yang teguh,
Seteguh kasih sayangmu kasih sayangku.

Apa nak buat masa tak boleh diulang,
Aku tidak boleh membetulkan masa;
Moga anak di luar sana cari jalan pulang,
Pulang ke pangkal jalan demi hidup bahagia.

Hidup bahagia bersama ibu tercinta,
Balaslah kasih sucinya ibu;
Peluk ciumnya sebagai balasan cinta,
Pasti pilu dalam bahagia hati ibumu.

Apabila sudah jadi begini salah diriku,
Bukan salah ibu mengandung;
Aku yang khilaf mengikut nafsu,
Kejamnya aku membuat ibuku malang.

Bilamana ibuku berkunjung melawatku,
Aku dipeluk cium melepas rindu;
Kumenangis dalam syahdu,
Kutatap wajah ibu teramat pilu.

Aku menangis dalam sendu,
Ibu menangis dalam pilu;
Maafkan aku wahai ibuku,
Moga Tuhan merahmati hidupmu.

Ibu mengelap air mataku mengalir deras,
Ibu pujukku supaya bersabar;
Tabahnya hati ibu kudiambil tindakan tegas,
Ibuku tetap terimaku dengan sabar.

Masa berpisah amat memeritkan perasaan,
Bagaikan tersayat hatiku dalam luka;
Ibuku menangis penuh ihsan,
Dua beranak berpisah dalam cinta terluka.

Ibu oh! Ibu kusayang ibu,
Halalkan makan minumku;
Biarpun setitis air susumu ,
Doakan Allah terima taubatku.

Ibu oh! Ibuku tercinta,
Kasih sayangmu kuingat hingga ke mati;
Wangian cintamu bagaikan bauan Syurga,
Hingga hujung nyawa cintamu tetap diingati.

Karya: Rha NS
8 Mei 2011

(DISIARKAN DI YOUTH ONE STOP CENTRE)
3 September 2011
5 Syawal 1432H
Like · · Unsubscribe · 9 hours ago near Kuala Lumpur

2 people like this.

Rabeah Mohd Ali:

Terima kasih Sesudah Subuh...
Moga dikau menjadi anak soleh
Yang berjasa kepada kedua orang tuamu
Amin Ya Rabbal A'Lamin

9 hours ago · Like · 1 person

Sesudah Subuh sedih pula rasanya..macam nak balik kampung jak huhuhuhuhu

9 hours ago · Unlike · 2 people

Rabeah Mohd Ali:

Eloklah tu balik kampung ... masih ada peluang ...
ibumu tentu suka melihat air mata kasih sayang anaknya dari
perantauan...hihihi

9 hours ago · Like · 1 person

Sesudah Subuh ibuku ada d sini....bersama ku...

8 hours ago · Like · 2 people

Rabeah Mohd Ali:

Alhamdulillah....bertuah ibumu punyai anak sepertimu...

8 hours ago · Like · 1 person

Sesudah Subuh amin...

8 hours ago · Unlike · 1 person

Rabeah Mohd Ali:

Sesudah Subuh anak soleh,
Sejuk perut ibu mengandungkanmu;
Lahirpun sesudah subuh,
Menyinarkan hidup dunia akhirat ayah dan ibumu.

8 hours ago · Like · 1 person

Sesudah Subuh amin

8 hours ago · Unlike · 1 person

Rabeah Mohd Ali Amin Ya Rabbal A'Lamin.

8 hours ago · Unlike · 1 person


(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
4 Septemper 2011
6 Syawal 1432H
0 comments

BERSAHABAT BERKASIH BERPUISI ABADI SELAMANYA (PENDAPAT RAKAN YOSC)

BERSAHABAT BERKASIH BERPUISI ABADI SELAMANYA
by Rabeah Mohd Ali on Saturday, September 3, 2011 at 5:44am

Selamat ulang tahun kelahiran Mai Az rakan puisiku
Biarpun kita tak pernah ketemu
Puisi-puisimu telah membuatkan aku terkasih padamu
Dan mengenalimu apa adanya
Moga persahabatan ini memberi manfaat untuk kita dan
semua yang membaca karya-karya kita

Kita diketemu di alam maya atas kehendakNya
Justeru aku amat hargai pertemuan ini
Moga memberi manfaat dunia akhirat. Amin Ya Rabbal A'Lamin.

Mai Az likes this.

Mai Az amin....terima kasih kak Rabeah Mohd Ali kerana
menyayangiku kerana karya2ku...ilham ini tidak akan terhenti disini...
dan bukan noktahnya disini..kerana hati senang dan damai...tulus demi
sahabat kepada sahabat...amat bernilai dan berharga...
untuk dikongsi bersama... ilmu bawa hingga ke akhirat...
manfaat untuk selamanya...salam kasih sayang...sama-sama
menuju keredhaan-Nya...

5 hours ago · Unlike · 1 person

Rabeah Mohd Al:

Amin Ya Rabbal A'Lamin moga dikabulkan Allah,
Mai Az kita berkarya ingin mendapat redhaNya,
Tidak sekali untuk berbangga dan bermegah,
Bersahabat berkasih berpuisi abadi selamanya.

2 minutes ago · Unlike · 1 person


(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
5 Syawal 1432H
3 September 2011

Like · · Unsubscribe · Yesterday at 5:51am near Kuala Lumpur

Princess Adeq Que, Kumis Beracun, Yantzen Peace and 2 others like this.

Sesudah Subuh mak oi macam karangan....tanjat boboy

16 hours ago · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali Mak datok oi....karangan bukan sebarang karangan...
karangan lahir dari hati nan suci...kalau ada yang tak kena dengan
karangan itu...bolehlah beri tunjuk ajarmu duhai Sesudah Subuh...

11 hours ago · Like · 1 person

Sesudah Subuh manis semanis madu....

11 hours ago · Like · 2 people


Rabeah Mohd Ali:

Manis semanis madu katamu duhai Sesudah Subuh,
Rasa nak marah terus nak rasa tergelak;
Saja nak tahu hati budi mu Sesudah Subuh,
Sememangnya dikau seorang yang ceria suka tergelak.

'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN'

11 hours ago · Like · 1 person

Sesudah Subuh 'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN' juga...
kata-kata mu membuat ku tak tidur malam... kamu gembira aku pun turut
gembira kekekekek boleh ka sudah Ain Yasmine

11 hours ago · Like · 2 people

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
4 September 2011
0 comments

BERSAHABAT BERKASIH BERPUISI ABADI SELAMANYA

BERSAHABAT BERKASIH BERPUISI ABADI SELAMANYA
by Rabeah Mohd Ali on Saturday, September 3, 2011 at 5:44am

Selamat ulang tahun kelahiran Mai Az rakan puisiku
Biarpun kita tak pernah ketemu
Puisi-puisimu telah membuatkan aku terkasih padamu
Dan mengenalimu apa adanya
Moga persahabatan ini memberi manfaat untuk kita dan semua
yang membaca karya-karya kita

Kita diketemu di alam maya atas kehendakNya
Justeru aku amat hargai pertemuan ini
Moga memberi manfaat dunia akhirat. Amin Ya Rabbal A'Lamin.

Mai Az likes this.

Mai Az amin....terima kasih kak Rabeah Mohd Ali kerana
menyayangiku kerana karya-karyaku...ilham ini tidak akan
terhenti disini...dan bukan noktahnya disini..kerana hati
senang dan damai...tulus demi sahabat kepada sahabat...
amat bernilai dan berharga...untuk dikongsi bersama...
ilmu bawa hingga ke akhirat...manaafat untuk selamanya...
salam kasih sayang...sama-sama menuju keredhaan-Nya...

5 hours ago · Unlike · 1 person

Rabeah Mohd Al:

Amin Ya Rabbal A'Lamin moga dikabulkan Allah,
Mai Az kita berkarya ingin mendapat redhaNya,
Tidak sekali untuk berbangga dan bermegah,
Bersahabat berkasih berpuisi abadi selamanya.

2 minutes ago · Unlike · 1 person


(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
5 Syawal 1432H
3 September 2011

Like · · Unsubscribe · 3 hours ago near Kuala Lumpur

Yantzen Peace likes this.

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
3 September 2011
5 Syawal 1432H
0 comments

RANTAIAN KASIH YANG MERACUNI (1)


Kenapa mahu diteruskan cinta yang telah retak beribu
Yang memakan diri Yang memusnahkan hatimu Harlina?

Bertahun kau berbakti padanya
Bertahun kau mengabdikan cinta padanya

Adakah pernah dia menghargaimu?
Adakah dia membalas cinta sucimu Harlina?

Biarpun kau dilayan seperti hamba abdi
Tapi kau tetap mengabdikan cinta padanya
Aku tak tahu kenapa kau sesetia itu

Boleh dikatakan semua keluargamu mengatakan
kau tak bahagia hidup disampingnya
Tapi kau tetap pertahankan cintamu itu

Orang kata itu bukan cinta namanya
Itu peracun cinta
Tapi kau tetap kata itulah penawar cintamu

Aduh bisa pening aku dibuatnya
Puas aku memujukmu supaya lupakannya berulang-ulang kali
Tapi berulang-ulang kali kau kata mahukannya semula

Memanglah cinta itu buta
Tapi biarlah kena pada tempatnya

Tidakkah kau terfikir apa yang dilakukan padamu selama ini?
Biarpun dia seorang yang berada yang tak punya saudara mara
Yang boleh membuatkan kau bahagia dengan hartanya yang melimpah ruah itu?
Tapi apa yang kau dapat?
Kau pakai hiasan palsu sedangkan dia boleh menyaluti tubuh badanmu dengan
emas intan berlian
Wangnya yang banyak tak terkira boleh menyara hidupmu tapi
perbelanjaan dapur semua dalam keadaan dihadkan yang melampau
hinggakan tubuhmu kurus melidi kerana catuan makanan ke atasmu Harlina
Dia mempunyai kereta mewah tapi tidak mahu kau memandunya
Kau dibenarkan memandu kereta buruknya untuk menguruskan bayaran bil-bil
Bila kau mengaji dengar suara lunakmu itu
Dia memarahimu dikatakan buat apa mengaji kalau tak faham maknanya?
Kau diam tanpa kata

Kau dengar satu cerita Harlinaku..

Ada seorang datuk menyuruh cucunya membawa sebuah bakul yang berlubang
Disuruh cucunya membawa bakul tersebut yang telah diisikan dengan air
Puas si cucu membawa berhati-hati tapi masih lagi air tertumpah-tumpah

"Atuk puas saya membawa bakul berisi air ini berhati-hati tapi tertumpah
juga.. macam mana ni tuk?"

"Cucuku...walaupun kau bawa bakul yang berisi air tumpah airnya
setidak-tidaknya bakulmu itu bersih kerana selalu diisikan air walaupun airnya
selalu tumpah...begitu juga dengan Al-Quran biarpun kita tidak faham apa
maknanya, jika selalu dibaca jiwamu akan tenang dan membersihkan rohanimu."

Harlina berkata lagi membela dia yang dicintai sepenuh hati.

Katanyanya dia takkan dengar ustaz yang berceramah yang tidak mempunyai
apa-apa kelulusan..kalau kelulusan universiti Al-Azhar baru dia boleh dengar
lain daripada itu dia tak suka dengar.

Harlinaku..

Kalau semua orang berfikiran seperti dia yang kau cintai itu...
Alamat tak berkembanglah agama Islam di muka bumi ini
Sudah pasti dia tidak akan mendengar ajaran Nabi Muhammmad SAW
Kerana Nabi Muhammad SAW yang tak tahu membaca dan menulis

Harlina...Harlina...Harlina ...apakah itu namanya cinta Harlina?

(BERSAMBUNG)

Karya: Rha NS
1 September 2011
3 Syawal 1432H
Like · · Unsubscribe · Thursday at 4:52am near Kuala Lumpur

 2 others like this.
 (PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
1 September 2011
3 Syawal 1432H
0 comments

RANTAIA N KASIH YANG MERACUNI (II)


Harlina... dibawa pulang ke kampung
oleh kedua orang tuanya kerana dikatakan
fikirannya sudah terganggu dengan tubuh
badannya tinggal isi dengan tulang
kurus melidi.

Kesihan aku melihatmu di kala itu Harlina
berkata-kata sendirian dengan tidak mahu
mandi berhari-hari.

Dulu kau seorang yang ahli solat sudah tidak bersolat
Dulu kau seorang yang suka mengaji sudah tidak suka mengaji

Di merata tempat kedua orang tuamu bawa berubat
Insya-Allah kau beransur sembuh

Kau mula
mandi
berhias diri
solat
mengaji
Menjalini kehidupan normal seperti biasa
Syukur Alhamdulillah

Hidup tidak lagi seperti bunga di pandang pasir tandus
Tapi sekuntum bunga yang mewangi
disinari pelangi di siang hari
disimbahi cahaya pernama di malam hari

Setelah sebulan kau mengecapi kehidupan yang ceria
Tiba-tiba telah mengubah segalanya yang ceria
Pabila kau terima surat yang datangnya dari pejabat Agama Islam
Dalam surat itu mengatakan talak telah digugurkan oleh dia yang kau cinta

Kau menangis semahunya
Dan rus membalas surat itu membela diri
"Macam ini tak adillah talak digugurkan tanpa memanggil saya
kalau saya ada anak ...tidakkah ini satu ketidak adilan untuk saya?"

Tidak sampai sebulan talak digugurkan...Dia ditimpa lumpuh separuh badan.
Dia menelefon Harlina.

"Harlina...abang...perlukan Lina...Lina pulanglah ke pangkuan abang semula ye...
Kasihan nilah abang...tiada siapa untuk menguruskan abang..."

Harlina menangis menahan sebak.

"Abang sabarlah ye...nanti Lina uruskan bagaimana kita boleh rujuk semula
dan bolehlah Lina menjaga abang..." kata Harlina dengan nada yang lembut.

Harlina...Harlina....Harlina... Kenapa kau harus menerimanya semula Harlina?
Terang-terang dia telah menzalimi dan meracuni cintamu tapi kau masih mahu
membalas cinta beracunnya dengan layanan isteri soleha.

Badanmu yang kurus melidi itu mana larat hendak menguruskan dia yang sudah
lumpuh itu. Untuk apa kau mengabdikan cinta untuknya? Sedangkan selama ini
racun berbisa yang kau terima?

Ramai yang yakin jika ditakdirkan dia sembuh semula... mahu dia memcampakmu
seperti sampah yang hina yang tak berguna! Adakah itu namanya cinta Harlina?
Fikir-fikirkanlah Harlina...

Kepada anda yang budiman ...boleh tak beri pandangan samada Harlina harus
meneruskan cintanya atau melupakan terus cintanya yang beracun itu?

Karya: Rha NS
4 Syawal 1432H
2 September 2011
Like · · Unsubscribe · 21 hours ago near Kuala Lumpur

Yantzen Peace, Nor Gto and 2 others like this.
(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
2 September 2011

0 comments

MOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT

MOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT
by Rabeah Mohd Ali on Wednesday, August 31, 2011 at 5:23am
Your note has been created.

Selepas menziarahi kuburan bapa, abang dan kakakku...
bersiap-siap pergi menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri
dengan hati melonjak gembira dalam penuh kesyukuran.

Sayunya hati mendengar takbir raya tanpa jemu diulang-ulang
Membesarkan Allah di pagi Aidilfitri . Umat Islam seluruh dunia
menyambut Hari Kemenangan setelah sebulan menjalani ibadah puasa
dalam kesabaran.

Selepas solat sunat Aidilfitri imam mengajak semua jemaah
meningkatkan ketakwaan kepada Allah setelah semua dosa diampunkan
Allah seperti bayi baru dilahirkan jika sekiranya ibadah puasa
diterima Allah. Dan lagi memohon Allah mencucuri Rahmat dalam
menjalani kehidupan seharian.

Selama ini kusangkakan Allah mencucuri Rahmat untuk aruah-aruah
saja tapi rupanya yang hidup pun digalakkan berdoa moga Allah
mencucuri Rahmat kepada hidup kita agar menjadi hambaNya yang
bertakwa dan Allah mencucuri Rahmat kepada roh kita setelah kita
bergelar aruah.

Moga Syawal ini membawa kemenangan kepada hidup kita dunia akhirat!
Amin Ya Rabbal A' Lamin.

Salam Syawal Maaf Zahir & Batin
Salam Kemerdekaan Untuk Negaraku Yang Tercinta!
Moga Allah merahmati negaraku dan seluruh rakyat Malaysia.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.

Karya: Rha NS
2 Syawal 1432H
31 Ogos 2011
Like · · Unsubscribe · Wednesday at 5:30am near Kuala Lumpur

Datuk Mohd Jeffry Rosman and 3 others like this.

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
2 Syawal 1432H
31 Ogos 2011
0 comments

KESYAHDUAN DI KUBURAN DI PAGI SYAWAL

KESYAHDUAN DI KUBURAN DI PAGI SYAWAL
by Rabeah Mohd Ali on Wednesday, August 31, 2011 at 5:02am

Awal pagi Aidilfitri menziarahi kubur keluarga tercinta
Bapa , abang dan kakakku .


Teringat kenangan manis pernah berhidup dengan mereka yang tercinta.
Lagi diingat lagi memilukan hati...rasa ingin diulangi masa silam ...mahu
berhidup bersama mereka. Takdir mesti diterima dengan redha dalam iman.


Di tanah perkuburan aman...damai....tenteram....saujana mata memandang
pacakan batu nisan. Ramai keluarga membacakan doa untuk mereka yang
sudah bergelar aruah. Ada yang membawa jambangan bunga kek wa putih untuk
diletakkan di kuburan keluarga mereka yang tersayang.


Aku membacakan surah Yasin untuk disedekahkan pahalanya kepada bapa ,
abang dan kakakku. Tanpa ditahan-tahan air mata berjuaraian. Puteri sulungku
membaca doa dikirimkan kepada aruah datuknya yang tidak pernah dilihatnya
ketika dia dilahirkan ke dunia ini.


Selesai ibuku membaca doa....ditaburkan bunga-bungaan disirami air di kubur
aruah suami dan anaknya.

Ibu memagang nisan aruah suaminya sambil berkata sesuatu dalam hatinya.
Kulihat air mata ibu mengalir deras...barangkali ibu merindui bapaku
yang telah puluhan tahun meninggalkannya.

Ibu memegang batu nisan abangku Ramli sambil berkata,
"Nak...emak dah ampunkan segala dosamu nak...Ya Allah Kau masukkan roh suami
dan kedua-dua anakku ini ke dalam SyurgaMu. Jika aku mati nanti masukkan aku
ke SyurgaMu agar aku dapat bertemu dengan suami dan anak-anakku yang telah
lama kurindui, Amin Ya Rabbal A'Lamin.



Karya: Rha NS
1 Syawal 1432H

(DISIARKAN DI YOUTH ONE STOP CENTRE)
2 Syawal 1432H

0 comments

KETUPAT RENDANG

Ketupat lemang rendang,
Hidangan Hari Raya,
Kehadiran kalian terkenang-kenang,
Maaf zahir batin daripada saya.

Like · · Unsubscribe · August 28 at 7:02pm

Datuk Mohd Jeffry Rosman and 2 others like this.

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
28 Ramadhan 1432H
28 Ogos 2011

0 comments

SALAM KEMERDEKAAN KE-54 NEGARAKU YANG TERCINTA !



Salam Kemerdekaan Untuk Negaraku Tercinta,
Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
Tersenyum megah penuh bangga,
Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.

Kau tak pernah erti kalah,
Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
Di mana pun berada kau berkibar megah,
Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.

Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
Semangat rakyatnya terus membara-bara,
Menjadikan realiti impian 1Malaysia.

Salam Ramadhan untuk Datuk Seri,
Semoga puasa membawa keberkatan;
Jasamu sentiasa mewangi di hati,
Perjuangan terdahulu masih diteruskan.

Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
Membela nasib rakyat di mana saja berada,
1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu.

1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu,
Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.

Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
Sehati senada sejiwa saling memahami,
Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.

Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.

Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
Yang difikirkan keamanan negara ini,
Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.

Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.

Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.

Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
Teringat dengan keperitan perjuangan Tunku,
Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.

Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
Buat Negaraku Malaysia tercinta:
Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.

Sambutan Kelahiranmu Yang Ke-54 ini kuberjanji,
Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
Moga kau tidak akan disakiti lagi,
Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.

Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
Moga kau sentiasa gembira selalu;
Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.

Karya: Rha NS
1 Ogos 2011
(Diilhamkan Bersempena Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan
Malaysia Ke-54 Bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2011)
Like · · Unsubscribe · August 27 at 10:46am

Adie Adnan and 4 others like this.

Zullsuarezs Luis Amin aku jempol rabeah 99kali

August 27 at 10:54am via mobile · Like


(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
27 Ogos 2011
0 comments

HARGAI KEMERDEKAAN! MERDEKA SELAMANYA!

HARGAI KEMERDEKAAN! MERDEKA SELAMANYA!
by Rabeah Mohd Ali on Monday, August 29, 2011 at 3:55am

HARGAI KEMERDEKAAN MERDEKA SELAMANYA!

Rakyat Malaysia Yang Berjiwa Patriotik Kusanjungi,
Alangkah bahagia negara ini jika rakyat sepertimu;
Menghargai Kemerdekaan Negara yang dikecapi,
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dilafazkan tanpa jemu.

Salam Kemerdekaan & Salam Aidilfitri dariku untukmu
dan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tungku Abdul Rahman
Bapa Kemerdekaan Negara Kita pada 31 Ogos 1957 dan
diteruskan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.
Laungan Keramat ini akan bergema setiap kali
Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia .

"Hargai Kemerdekaan Merdeka Selamanya!"
Selagi Ada Bulan Dan Matahari Negaraku Terus Merdeka!"

Karya: Rha NS
22 Ramadhan 1432H
22 Ogos 2011

19 hours ago · Like · · Unsubscribe

6 others like this.

Rabeah Mohd Ali:

Terima kasih semua yang sudi menyokong karya-karyaku...
Syukur Alhamdulillah karya-karyaku di hargai akhirnya
Pada yang sudi hargai kuucapkan jutaan terima kasih tak terhingga
Kerana sudi membaca hasil karyaku
Sokongan kalian semua tersanjung di hatiku.

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)

DISIARKAN JUGA DI LAMAN SEMBANG-SEMBANG POLITIK TERKINI
DISIARKAN JUGA DI LAMAN DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO
DISIARKAN JUGA DI JENDELA KENYALANG HARI INI
DISIARKAN JUGA DI BLOG SASTERAKUDUNIAKU
DISIARKAN JUGA DI BLOG BUKUKREATIFPATROTIK
DISIARKAN JUGA IKLAN PERCUMA 1MALAYSIA
DISIARKAN JUGA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI
Like · · Unsubscribe · August 29 at 4:05am

Yantzen Peace  like this.

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
29 Ogos 2011
29 Ramadhan 1432H
0 comments

SALAM AIDILFITRI SALAM KEMERDEKAAN



Salam Aidilfitri Salam Kemerdekaan Ke-54 Malaysia Tercinta
Moga Allah terima segala amalan kita
Negaraku terus aman merdeka selamanya
Bersyukur di pagi Raya
Bergembira meraikan Hari Kemerdekaan Ke -54
Syukur Allhamdulillah Kedatangan Syawal
Syukur Alhamdulillah Negaraku Kekal Merdeka
Salam Aidilfitri Diiringi Dengan Takbir Raya
Salam Kemerdekaan Diiringi Dengan Laungan Kemerdekaan 7 kali
Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!

Karya: Rha NS
29 Ramadhan 1432H
29 Ogos 2011

Like · · Unsubscribe · August 29 at 10:01am near Kuala Lumpur


(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
29 Ramadhan 1432H
29 Ogos 2011
0 comments

SALAM AIDILFITRI SALAM KEMERDEKAAN DARIPADA RHA NS

Rabeah Mhd Ali:

Salam Aidilfitri! Salam Kemerdekaan!
Moga Syawal Membawa Kerahmatan
Moga Negaraku Yang Tercinta Merdeka SelamaNya
Selagi Ada Bulan Dan Matahari!
Amin Ya Rabbal A'Lamin

Like · · Unsubscribe · Wednesday at 10:54am near Kuala Lumpur

Nor Gto, Adie Adnan, Kumis Beracun and 6 others like this.

Ishak Soyoh Bintang juga ba....merajuk nanti bintang tu....
hahaha salam aidil fitri salam merdeka....

Wednesday at 10:56am · Unlike · 1 person

Rabeah Mohd Ali:

Ya bah tertinggal bintang dan pelangi ...
Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!

Wednesday at 11:00am · Like · 1 person

Ishak Soyoh ambang merdeka semalam cukup tenang dibandar tawau...
cuma dihiasi FUN FAIR yang mula dibuka semalam...
budak kita amat menghormati dah menghayati akan HARI KEMENANGAN
UMAT ISLAM dan HARI KEMERDEKAAN UNTUK RAKYAT 1MALAYSIA...
tahniah anak-anak jati tawau...

Wednesday at 11:07am · Unlike · 2 people

Rabeah Mohd Ali Ambang merdeka indah di bandar Tawau,
Syawal disambut meriah Kemerdekaan diraikan;
Syabas kerana berjiwa patriotik rakyat Tawau,
Merdeka!Merdeka!Merdeka!Segenap pelosok dilaungkan.

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
3 September 2011
5 Syawal 1432H











0 comments

SALAM SYAWAL DARIPADA DATUK MOHD JEFFRY ROSMAN


DATUK MOHD JEFFRY ROSMAN:

Salam Syawal warga YOSC, apa khabar raya anda semua?
Semoga terus bergembira bersama dengan sanak saudara
yang balik kampung ya...abang jeff tak nak ganggu juga
kerana tahu semua pasti nak lepas rindu dengan keluarga
dari jauhkan..semua bukan selalu jumpa kan..teruskan acara
anda semua masing masing ye..nanti dah senang baru kita
sambung senario raya semula bersama..kumpul cerita untuk
ruangan santai YOSC  cerita..

Like · · Unsubscribe · Thursday at 12:29am

Dato Seri Zaleey Jazz, Kumis Beracun, Princess Adeq Que and
14 others like this.

Cmatt Penyapuss sikit kurang sihat sni.. tapi langgar
salah.. hahah

Thursday at 12:38am · Like

Emonk Si Toyol Nakal wasalam

Thursday at 1:59am via mobile · Like

Azlan Ismail selamat hari raya Datuk sekeluarga,maaf zahir batin.

Thursday at 8:26am via mobile · Like · 1 person

Mus Mase Wsalam...

Kompom BZ...

Ndak menang tangan melayan...

Tamu yagn datang berkunjung...
& kuih-muih semasa pergi ziarah...

:-)

Thursday at 9:04am · Like · 2 people

Datuk Mohd Jeffry Rosman Terbaik cmatt...

Thursday at 10:55pm · Like

Datuk Mohd Jeffry Rosman Azlan..selamat hari raya maaf zahir
dan batin buat azlan dan keluarga..

Thursday at 10:55pm · Like

Datuk Mohd Jeffry Rosman Emonk..apa khbaar?

Thursday at 10:55pm · Like

Azlan Ismail terimakasih Datuk....

Thursday at 11:11pm via mobile · Like

Datuk Mohd Jeffry Rosman Sama sama azlan..

Thursday at 11:12pm · Like

Azlan Ismail tak buat open house kah Datuk, macam mana pagi bah
beraya ni di rumah Datuk,bawa sekali rombongan encik khai dengan
rombongan cik kiah..hehehehe.

Thursday at 11:25pm via mobile · Like

Emonk Si Toyol Nakal kabar baik..

18 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali:

Ketupat rendang makanan kegemaran,
Disukai ramai rakyat Malaysia:
Maaf dipinta datuk Jeffry yang budiman,
Tersalah bicara tersalah menyusun kata-kata.

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
3 September 2011
5 Syawal 1432H
  
0 comments

SALAM SYAWAL DARIPADA DATO' SERI ZALEEY JAZZ


Dato' Seri Zaleey Jazz:

Hai semua warga YOSC, salam pengganti diri maksud jauh
dimata dekat dihati andai terlanjur kata, terlanjur maksud
dan terlanjur sangka itu maknanya kita hamba allah tidak
lari dari kesalahan dan kesilapan diri....
dalam bulan syawal ini sama2lah kita memaafkan dan saling berdoa
untuk kesejahteraan saudara-saudara kita mau pun yang hidup
atau sudah tiada...
andainya ada silap kata dan tersasul bahasa harap dimaafkan dengn
tulus dan ikhlas sepuluh jari ku hulur untk mohon maaf...
saya wakil keluarga mngucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
Unlike · · Unsubscribe · August 30 at 10:09am

You, Kumis Beracun, Datuk Mohd Jeffry Rosman, 'prince Mohãmmãd
Shãidi Rãhmãdãn and 13 others like this.

Baitbaitcyentah Mislina Aqhlatuz SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN ..

August 30 at 10:10am · Like

Dato Seri Zaleey Jazz terima kasih Baitbaitcyentah Mislina Aqhlatuz

August 30 at 10:11am · Like

Baitbaitcyentah Mislina Aqhlatuz SAMA=SAMA Dato Seri Zaleey Jazz ..

August 30 at 10:11am · Like

Dato Seri Zaleey Jazz terima kasih Mohd Zulkipley

August 30 at 10:15am · Like

Dato Seri Zaleey Jazz terima kasih Caesario D Kriiss

August 30 at 10:17am · Like

Dato Seri Zaleey Jazz salam Datuk, bila buat rumah trbuka

Wednesday at 9:11am · Like · 1 person

Dato Seri Zaleey Jazz terima kasih prince

Wednesday at 9:13am · Like

Datuk Mohd Jeffry Rosman Buat juga dato seri..tapi
nda tau hari ke berapa ya?

Wednesday at 9:45am · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali:

Salam Aidilfitri Salam Merdeka!
Moga Aidilfitri membawa Kerahmatan
Moga Kemerdekaan Diraikan Dengan Semangat Patriotik Yang Tak Pernah Padam!

Wednesday at 10:37am · Like

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
5 Syawal 1432H
3 September 2011
0 comments

YA ALLAH PERKENANKAN DOAKU INI


Ya Allah Ya Tuhan kami
Di malam akhir Ramadhan ini
Kau ampunkan segala kesalahanku padaMu
Kau bukakan pintu hati mereka untuk memaafkanku
Baru tenang jiwaku

Ya Allah di akhir Ramadhan ini
Teramat malu aku padaMu
Jika amalanku yang setitis ini
Tidak Kau terima
Menangis aku Ya Allah
Hinanya aku Ya Allah
Menyalahkan diri sendiri
Kerana amalanku tidak menepati kehendakMu

Ya Allah aku hambaMu yang tidak sempurna
Biarpun kucuba menyempurnakan sebaik mungkin
Dengan belas ihsanMu Ya Allah
Kau terimalah amalan
Aku
Semua Keluargaku
Semua Sahabatku
Semua Umat Islam
Yang kukasihi dunia akhirat

Sesungguhnya Kau Maha Pemurah
Sesungguhnya Kau Maha Perkenankan
Kau Perkenankanlah doaku ini
Amin Ya Rabbal A'Lamin.

Karya: Rha NS
29 Ramadhan 1432H
29 Ogos 2011
Like · · Unsubscribe · August 29 at 5:03am

Yantzen Peace, Kumis Beracun and Pieces Anna like this.

 Pieces Anna aminnnn....

 August 29 at 6:21am · Like

(PETIKAN DARIPADA YOUTH  ONE STOP CENTRE)
29 Ramadhan 1432H
29 Ogos 2011
0 comments

SALAM SYAWAL UNTUK SEMUA


Salam Syawal buat sahabatku,
Kukirimkan jutaan ampun di angin lalu;
Salah tutur bicara maafkan daku,
Biarpun di pagi Syawal kita tak ketemu.

Di pagi Syawal kita tak ketemu,
Bersama sanak saudara bermaaf-maafan;
Takbir di pagi Aidilfitri mendayu-dayu,
Buat hatiku terharu sendu sendan.

Hatiku terharu sendu sendan,
Teringatkan permergiaan keluarga tercinta;
Kubacakan Yassin di kuburan,
Pengubat rindu buat mereka yang tiada.

Pengubat rindu mereka yang tiada,
Moga dicucuri rahmat roh yang tercinta;
Moga Allah ampunkan segala dosa,
Menerima segala amalan ketika hidupnya.

Pergi ke masjid berwangi-wangian,
Bertakbir Raya Di Aidilfitri;
Takbir Raya didengar penuh penghayatan,
Kesyahduan takbir menusuk hati.

Takbir Raya menusuk hati,
Air mata mengalir meninggalkan Ramadhan;
Pergi Ramadhan selalu dirindui,
Moga berjumpamu lagi di tahun hadapan.

Wajah berseri-seri pakaian serba baru,
Meraikan Syawal penuh kesyukuran;
Pelbagai juadah untuk tetamu,
Bersalam salaman penuh keceriaan.

Bersalam-salaman penuh keceriaan,
Saling bermaaf-maafkan di antara kita;
Mengundang rahmat dari Tuhan,
Dosa tersimpan terampun buat hatiku lega.

Sambil bersalaman bermuhasabah diri,
Jangan diulangi kesilapan lalu;
Tutur bicara perlu dikaji,
Agar ianya tidak memakan diri.

Selesai bersalaman kita dijamu juadah,
Pelbagai jenis terhidang sudah;
Semuanya ramah tamah,
Di pagi Syawal sememangnya indah.

Senyuman Syawal semanis kurma,
Kedatangan Syawal dari Tuhan untuk hambaNya;
Moga amalan kita diterimaNya,
Berkat kesabaran menahan segala cabarannya.

Senyuman Syawal semanis kurma,
Senyuman hambaNya mengundang keberkatan;
Bermaafan kita dalam redhaNya,
Bertalisiraturrahim penuh keberkatan.

Moga Allah cucuri rahmat kepada kita semua,
Begitu juga setelah mati mendapat rahmatNya;
Syukurku kita bertalisiraturrahim di alam maya,
Bertukar pandangan berkongsi ilmu demiNya.

Selamat Aidilfitri kepada semua sahabatku,
Salah dan silap harap maafkan daku;
Mana tahu ada tutur kataku yang menguriskan hatimu.
Kuhulurkan salam memohon maaf darimu.

Karya: Rha NS
21 Ramadhan 1432H
21 Ogos 2011
Like · · Unsubscribe · August 28 at 2:07am

 Princess Adeq Que and 2 others like this.

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
28 Ogos 2011
28 Ramadhan 1432H
0 comments

MENJELANG SYAWAL

MENJELANG SYAWAL
by Rabeah Mohd Ali on Saturday, August 20, 2011 at 6:18am
Your note has been created.

Duhai teman fb yang dikasihi lagi dihormati...
Tak lama lagi kita akan menyambut Syawal
Kita akan tinggalkan Ramadhan bulan yang penuh kemuliaan
Moga segala amalan kita semua diterimaNYa
Moga kita ada berkesempatan menemui Ramadhan tahun seterusnya
Agar dapat mengumpulkan saham akhirat yang tak pernah putus Insya-Allah
Aku sebagai hamba yang tidak pernah sempurna
Biarpun aku cuba sedaya upaya menyempurnakan sebaik mungkin
Tetap juga ada kekhilafan

Dalam soal-soal menjaga tutur bicara yang kurang enak didengar
Soal-soal yang yang terselindung terguris
Siapalah aku duhai sahabatku untuk menjadi insan yang sempurna....
Justeru dengan rasa terlalu kerdil...
Maafkan segala kesalahanku


Duhai sahabatku semua...
Mana tahu kesalahanku ada terselindung di balik bulan purnama hatimu itu?
Maafkan aku ya teman-teman semua
Ketahuilah kehadiran kalian telah mempelangikan hidupku
Selama ini senyuman hidupku berselindung di sebalik bulan...
Tapi kini tidak lagi duhai teman-temanku
Lihatlah bulan di situ ada senyumanku yang kuhadiahkn untuk kalian


Biarpun kita tidak pernah berjumpa di alam realiti ...
Tapi sudah memadai buatku
Dengan bahasa kalbumu itu
Melalui alam maya
Kufaham apa yang sedang kita komunikasikan
Semuanya secara tidak langsung memberi informasi padaku
Kalian semua adalah guru-guruku
Mana tidaknya
Dalam jenaka ada ilmu
Dalam bicara kata ada ilmu
Waima terguris kata pun ada ilmu
Ilmu...ilmu...ilmu...
Ilmu dunia akhirat
Terima kasih teman kehadiran kalian
Membuatkan aku lebih menghargai hidup ini
Moga rahmat dan redha Allah sentiasa bersama kalian semua

Ya Allah di penghujung Ramadhan yang penuh berkat ini
Yang akan kami tinggalkan
Yang akan kami sentiasa rindui
Yang akan kami tunggu di tahun-tahun mendatang Insya-Allah
Kau terimalah amalanku dan sahabat-sahabatku
Kau ampunkan segala dosa-dosa kami
Kau suburkanlah hati-hati kami untuk taat padaMu
Melakukan segala kebaikkan yang Kau redhai
Selama hayat kami hidup

Kau perkenankanlah semua hajat kami yang baik-baik
Yang ada nilaian di SisiMu Ya Allah
Amin Ya Rabbal A'Lamin


Karya: Rha NS
20 Ramadhan 1432H
20 Ogos 2011

Like · · Unsubscribe · August 28 at 2:06am

 Nor Gto and 2 others like this.

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
28 Ramadhan 1432H
28 Ogos 2011
0 comments

TERIMA KASIH ADIKKU!

Belia-belia yang di YOSC (Youth One Stop Centre)
JOm Kita suarakan keinginan kita dan cadangan-cadangan
yang munasabah dalam group ini. . . .
Datuk-datuk yang d YOSC. . .
Kami berharap datuk-datuk dapat mendengar dan menbantu
KAMI untuk mencari jalan apa yang di suarakan. . . .
Kita Dalam Group nie harus besama-sama berganding bahu
untuk melahirkan belia-belia aktif. . .

(mahaf kalau ada ayat-ayat ku yang salah. . .)

Like · · Unsubscribe · August 28 at 12:12am via mobile

Kumis Beracun, Nor Gto, Princess Adeq Que and 5 others like this.

Sesudah Subuh hahaha tak ada salah :p

August 28 at 12:13am · Like

Emonk semua nya betul :D

August 28 at 12:15am via mobile · Like

Rabeah Mohd Ali:

Andaikata ku masih belia ku sokong,
Tapi usiaku sudah berlalu,
Namun aku tetap menyokong,
Asalkan maju jaya semua belia-beliaku.

August 28 at 12:16am · Like · 3 people

Miz Echa kak Rabeah Mohd Ali..i like ur statment...
wanna thumbs up..hehehe

August 28 at 12:25am · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali:

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahiwabaratuh.

Miz Echa adikku sayang...biarpun ku tak kenali dirimu
tapi hatiku berkata kaulah permata hatiku....
tapi yang lebih mahal permata negaraku justeru biarpun
berhujan berpanas...dibakar terik mentari kutetap menyokong
semua belia demiNya demi negaraku tercinta.

Biarpun siapalah aku ini...namun kugagahi juga untuk memberi
segala pandangan dan idea yang ada walaupun tidak seberapa ini...
dan apa jua pandangan mereka ke atasku tidak kuhiraukan kerana
kutakuti masaku terlalu suntuk untuk menangguh-nangguh lagi ...
mana tahu esok atau lusa aku sudah tiada di dunia ini...
ah! Ruginya aku kalau tiada apa-apapun yang kutinggalkan untuk
belia-belia kesayanganku.

Ku percaya setiap yang baik itu datang dariNya.
Yang tidak sempurna itu itu dari diriku sendiri
Namun kucuba menjadi insan yang sempurna Insya-Allah

Kurniaan Allah padaku yang setitis ini
Ingin kukongsi bersama mereka yang sudi
Membaca karya-karyaku di alam maya.
Moga kau sudi membacanya adikku.
Kalau tak sudipun tak apa...
Ku tak akan berkecil hati.

Yang menyayangimu sepenuh hati,

Kakakmu Yang Tak Kau Kenali,

(RABEAH MOHD ALI)

August 28 at 12:49am · Like · 2 people


Rabeah Mohd Ali:

Terima kasih adikku...sebagai permulaan ingin kuhadiahkan sebuah
cerpen bertajuk, 'Piah Aman Di Sini' Sebagai salam perkenalan dari
kakakmu ini. Sebentar lagi disiarkan ye...harap sudi membacanya....

August 28 at 1:00am · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali:

Untuk melengkapkan cerita Piah, kusiarkan juga ...luahan rasa bapa
dan ibu piah...harap sudi hayati cerita piah...yang baik dijadikan
pedoman yang zalim jadikan iktibar .Kutunggu pendapat dari kalian
hasil karya ku...apapun terima kasih untuk segalanya atas sokongan
kalian.

August 28 at 1:25am · Like · 1 person

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE CENTRE)
28 Ogos 2011
28 Ramadhan 1432H

0 comments

PIAH AMAN DI SINI!


Terik mentari di padang bola itu membuatkan
tubuh kecilku kepanasan. Kepalaku sakit.
Aku panggil ayah.
"Ayah...!Ayah...! Piah pening ni...
Marilah balik...!" . Kupanggil ayah dengan
kasih sayang. Lama kupanggil ayah tapi ayah
langsung tidak memperdulikan panggilanku.
Ayah terus menendang bola sambil ketawa
dengan kawan-kawangnya.
"Ayah....Piah panas ni... ayah...." jeritku
mohon simpati agar ayah penamatkan permainan
bola sepak dengan kawna-kawannya.

Aku duduk di padang setelah lama berdiri.
Tanpa disedari ayah sudah muncul di depan
mataku. Dia terus menghentakku berkali-
kali di padang rumput. Macam mana ayah
melecek bola macam itulah ayah lakukan padaku.
"Ayah...! Sakit! Sakit! Ampun ayah...
Ampunkan Piah ayah...! Piah tak buat lagi...
Sakit! Sakit ayah!" . Aku menangis sekuat
hati mohon disimpati ayah. Tubuhku yang
kecil ini manalah tahan diperlakukan
seperti bola.

Aku lemah tidak berdaya... suaraku sudah
tidak larat lagi hendak menjerit...
Aku hanya menangis menahan kesakitan yang
amat sangat! Tak guna aku minta simpati
pada ayah... ayah menendangku pula,
aku berguling-guling di rumput hijau yang
membahang panasnya. Kurayu pada kawan-kawan
ayah minta mereka manyelamatkan aku dari
didera malah raunganku disambut dengan hilai
ketawa oleh ayah dan kawan-kawannya.

Setelah aku tidak berdaya lagi, lelaki yang
bertopengkan syaitan itu melambungku tinggi
lalu ditendang sekuat hatinya. Aku terhentak
jatuh. Mereka semua mengenawakan aku.

Apa kamu ingat aku ini bola ke?
Dilecek... dihempas...ditentang... dilambung...!
Manusia apa kamu ini?
Mana letak mata hati kamu?
Binatang pun ada sifat penyayang.
Kamu ni bukan saja tak layak jadi manusia...
Jadi binatang pun tak layak?
Gelaran syaitan layak bagi kamu?
Kamu adalah syaitan bertopengkan manusia.
Belas kasihan di hati kamu memang tak ada
sebesar zahrah pun!

Akibat tendangan yang kuat itu , aku terjelepuk.
Berderai segala tulang belulangku hinggakan
aku sudah tidak bernyawa lagi.

Aku perhatikan ramai yang menangis kematianku.
Ibu menangis di atas kematianku tapi semuanya
sudah terlambat.

"Selamat tinggal ibu...biarkan Piah pergi bertemu
Tuhan dengan aman. Piah tak mahu susahkan ibu
lagi. Maafkan Piah ibu... kerana kelahiran Piah
di dunia telah menyusahkan ibu selama ini.

Buat hamba-hamba Allah yang simpati dengan penderitaan
Piah dan sanggup menangis kerana Piah... Piah amat
terharu! Kalau Piah masih hidup, mungkin ketika
kejadian malang yang menimpa Piah pasti kalian akan
datang menyelamatkan Piah daripada manusia yang
bertopengkan syaitan itu kerana Piah pecaya kalian
adalah insan terpilih di bumi ini berhati murni.

Lihatlah kematian Piah ini ada hikmahnya. Ramai yang
membuka mata . Tak apalah biarlah Piah yang menjadi
mangsa penderaan ini asalkan kanak-kanak di luar sana
tidak akan menerima nasib malang seperti Piah.

Kepada yang salah pada Piah...Piah sudah maafkan tapi
Piah tak tahu samada Tuhan maafkan kalian atau tidak
hanya Allah saja yang tahu.

Piah aman di sini. Semua penghuni di sini sayang pada Piah.
Kasih sayang yang Piah tak dapat ketika di dunia.

Ibu...jangan sedih ya ibu...Piah aman di sini!
Nenek... jangan risau ya nenek...Piah aman di sini!

Karya: Rha NS
31 Ogos 2010

Like · · Unsubscribe · August 28 at 1:04am

 Princess Adeq Que and 2 others like this.

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
28 Ogos 2011
28 Ramadhan 1432G 

0 comments

PIAH MAAFKAN AYAH!


Piah...
Maafkan ayah...
Baru kini ayah tersedar dari lamunan mimpi ngeri!
Mimpi yang ayah ciptakan menjadi realiti!
Maafkan ayah Piah!
Ayah terlalu zalim pada mu nak...!
Ayah tak tahu syaitan mana yang telah merasuk ayah tika itu!

Tanpa belas kasihan melakukan yang tak sepatutnya ayah lakukan!
Maafkan ayah... Piah! Maafkan ayah Piah!

Benarlah apa yang Piah katakan ayah ni syaitan
yang mempertopengkan manusia?
Ayah akui itu... Ayah memang kejam Piah! Ayah kejam!
Ayah malu pada diri ayah sendiri! Pada Piah! Pada masyarakat!
Pada Tuhan terutamanya.

Adakah dosa ayah ini terampun?
Piah anak yang baik Piah!
Ayah sudah berlaku kejam pada Piah,
Piah masih mahu memaafkan ayah...
Memang selayaknya tempatmu di Syurga.

Piah...
Ayah sekarang ini telah terima hukum karma.
Ayah di penjara ...jika sabit kesalahan ayah akan terima hukuman...
Ayah dah redha kerana itu semua kesalahan ayah padamu nak.

Bila ayah kenangkan peristiwa kekejaman ayah pada Piah serasa
hendak tercabut nyawa ayah di badan!

Kalau dulu Piah meraung supaya dikasihani ayah
tapi kini ayah yang meraung Piah!
Hingga raungan ayah tiada siapa yang mendengar kecuali Tuhan.

Kalau dulu Piah sakit ditendang ...
Dihentak dan dilambung hingga jatuh
terjelepuk berderai tulang belulang Piah
tapi kini ayah setiap hari sakit sebagaimana
Piah sakit macam itulah ayah sakit!
Tulang belulang ayah ni rasa berkecai!
Setiap malam ayah tak dapat tidur menanggung
kesakitan yang amat sangat.

Ayah terbayangkan kesakitan yang Piah alami
di atas perbuatan ayah yang tidak perikemanusiaan pada mu Piah!
Ayah menangis mengenangkan kezaliman ayah pada Piah.
Hinggakan ayah mata ayah dah kering untuk ditangiskan kesalahan ayah
pada Piah. Kesalahan ayah yang ayah sendiri tidak dapat maafkan!

Apabila teringatkan Piah ...
Ayah pasti,
menangis pilu
meraung kesakitan
menyalahkan diri sendiri
makan tak lalu tidur tak lena.

Kini ayah sudah menerima pembalasan
sebelum tiba di akhirat lagi.
Sekarang ni ayah terima pembalasan dari Tuhan...

Ayah kurus tak lalu makan
mata buta kerana menangis
bisu kerana meraung kesakitan

Ayah redha jika apa pun hukuman dunia
yang patut dikenakan kepada ayah
dan ayah pasrah jika ayah di masukkan ke neraka
tapi ayah mohon sangat-sangat agar Allah ampunkan
semua kesalahan ayah padamu Piah! Ayah terlalu insaf kini..
Ayah malu pada Tuhan kerana sesungguhNya Dia Maha Penyayang
pada hambanya tapi ayah tiada sedikitpun ada sifat kasih sayang
pada Piah malah menzalimi Piah!
Ya Allah ampunkan kezaliman yang telah kuperbuat kepada anakku Piah!
Terimalah taubatku ini Ya Allah!
Sesungguhnya Kau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.
Jika Kau mengambil nyawaku sekarang pun aku dah redha tapi izinkan
aku bertemu dengan anakku Piah kerana aku ingin memohon maaf padanya
dan memeluknya dengan kasih sayang yang selama ini tidak kulakukan
ketika dia hidup di dunia ini.
Ya Allah Kau Perkenankan permintaanku ini.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.


Karya: Rha NS
8 Julai 2011

Like · · Unsubscribe · August 28 at 1:08am

Nor Gto and 2 others like this.

(DIPETIK DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
28 Ogos 2011
0 comments

PIAH MAAFKAN IBU!

Piah...
Maafkan ibu...
Pemergiaan Piah masih lagi terkesan di hati ibu.
Luka Piah...Lukanya terlalu mendalam!
Luka yang ditanggung ibu tiada kesembuhan!

Semasa ibu terima berita kematian Piah yang tragis
pada hari itu rasanya bagai nak kiamat dunia ini!
Langit seolah-olah menghempap ibu.

Ibu tidak sangka sama sekali kenapa ini harus terjadi?
Mana ibu sangka ayahmu berubah sikap menjadi sekejam
itu? Yang ibu tahu... dia begitu prihatin pada Piah.
Itu cuma sandiwaranya saja.
Sangkaan ibu meseleset sama sekali!
Di hadapan ibu dia layan baik Piah
tapi di belakang ibu dia lakukan sekejam itu.
Ibu tak sangka Piah...!
Benar-benar tak sangka kenapa ini harus terjadi.

Maafkan ibu Piah.
Semalaman ibu menangis pada hari kematian Piah.
Jenazah Piah ibu peluk erat-erat sambil mencium
pipi Piah yang sejuk itu.
Pipi Piah disimbahi dengan air mata kekesalan ibu.

Piah...kesalnya ibu ketika itu hanya Allah saja yang tahu.
Kesal kenapa ibu tidak memberi kasih sayang yang sepenuhnya
pada Piah di kala Piah hidup.

Ibu salahkan diri ibu Piah!
Betullah apa yang Piah kata kasih sayang
yang hendak dicurahkan sudah terlambat.
Ya... sudah terlambat Piah!

Selama ini ibu sibuk mencari wang untuk menyara hidup kita
sekeluarga.  Sebab itu ibu hantar Piah  pada nenek untuk
jaga Piah.  Cuma sebulan sekali menjenguk Piah di kampung.

Ayahmu yang bekerja ikut suka hatinya sebagai pembantu
kedai runcit manalah cukup menanggung perbelajaan untuk
hidup di kota raya ini.

Tidak sangka pula perkara ini berlaku ketika Piah bercuti
sekolah.  Ibu ingat nak bawa Piah pergi ke Zoo Negara
tapi belum sempat hajat ibu hendak membawa Piah jalan-jalan
ke Zoo Negara... begini pula jadinya.

Kalaulah ibu tahu akan ini jadinya...takkan ibu ambil Piah
di kampung! Tapi manalah ibu tahu Piah...apa yang sudah tertulis
dalam Qada dan Qadar.  Piah pergi tinggalkan ibu dengan cara
yang menyayatkan hati ibu...dan menyayatkan hati semua orang.

Piah anak yang baik Piah!
Kelahiran Piah tidak pun menyusahkan ibu...
Tapi ibu yang tak tahu bersyukur dengan Kurniaan Allah
pada ibu mengurniakan anak sebaik Piah.

Kalau bolehlah diulangkan masa...
Mahu ibu pelihara Piah sebaik mungkin!
Menjadi ibu yang bertanggungjawab dan
menyayangi Piah ikhlas sepenuh hati
kerana Allah Taala.
Tapi itu cuma illusi yang tak akan menjadi kenyataan!
Maafkan ibu Piah!

Semenjak Piah tinggalkan ibu...
Tiada bererti lagi hidup ibu.
Hari-hari yang dilalui hambar
dan penuh kekecewaan.

Gambar Piah sentiasa di sini ibu.
Bila rindu ibu cium gambar Piah
seolah-olah ibu cium pipi Piah.
Alangkah bahagianya jika ibu lakukan
kasih sayang ini ketika Piah hidup?
Benarlah kata Piah, ibu sudah kelewatan
untuk memberi kasih sayang.
Inilah yang ibu tanggung akibat melalaikan
kasih sayang pada Piah anak yang terlalu baik!

Piah...
Ibu benar-benar rindukan Piah!
Barulah ibu faham perasaan Piah yang selama ini
ingin dimanja dan dibelai tapi ibu saja buat-buat
tak faham. Kejamnya ibu pada Piah!
Kasihan Piah tidak dapat mengecapi kasih sayang
dari ibu dan ayah.

Ibu dan ayah telah terima hukum karma.
Ibu dan ayah telah terima pembalasan dari Allah
akibat menzalimi anak sendiri.

Piah...
Ibu tahu Piah telah aman di Sana.
Memang patut Piah berada di Syurga
tempat yang penuh kasih sayang suci...
murni sesuci tempatNya balasan yang Allah
berikan kepada hamba yang dicintaiNya.

Piah...maafkan ibu...
Doakan agar Allah ampunkan dosa ibu yang lalai
memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Ya Allah ampunkan kesalahanku yang telah
kulakukan kepada anakku yang tidak berdosa.
Izinkan aku bertemu dengannya di SyurgaMu nanti.
Mahu kutebus segala kerinduan dan kasih sayang
yang sepatutnya kulakukan di masa hidupnya.
Ya Allah tolonglah perkanankan doa hambamu ini.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.


Karya:  Rha NS
9 Julai 2011

(DISIARKAN DI YOUTH ONE STOP CENTRE)
28 Ogos 2011

  

 
Friday, 2 September 2011 0 comments

PERGIMU SENYUMAN SYURGA


Pemimpin dekat di hati rakyat...
Bagaikan aur dengan tebing
Rakyat belum  bersuara
Sudah faham
Rakyat bersuara
Lagi terlebih faham
Lalu difikir
Di benak hati
Di Luar kotak pemikiran
Bagaimana mahu diselesaikan
Setiap masalah yang ditanggung rakyat
Diperah biarpun setitis kudrat pemikiran
Demi rakyt untuk rakyat
Rela dia
berhujan berpanas
berpenat berlelah
dihina dikutuk
dilalui dengan hati yang tabah dan redha

Yang menjadi tanda tanya
Kenapa dia sanggup
Bersusah payah demi rakyat?
Sedangkan dia telah miliki segalanya!
Tak perlu berpening memikirkan
Masalah rakyat?
Apa lagi yang diperlukan dalam dunia ini?

Itulah yang mengagumkan aku
Bila dia jawab
Itu adalah tanggungjawabnya
Dan akan dipertanggungjawabkan
Di akhirat kelak
Dan dia jawab lagi
Mahu menjadi khalifah Alllah
Yang mati dalam perjuangan
Kerana perjuangannya adalah
'Fisabilillah'
Aduh! Terkedu aku mendengarnya

Moga apa yang dicitakan oleh
pemimpin berjiwa rakyat itu
dipermudahkan segala urusan
apabila dia berurusan
mengenai rakyat dan negaranya
moga dimakbulkan Allah
segala hajat dan cita-citanya
dan Allah membalas segala baktinya
dengan balasan Syurga
kerana hidup matinya
semuanya kerana Allah
bukan kerana manusia
bukan untuk mengejar kuasa dunia
bukan untuk mencipta nama
bukan untuk kepentingan sendiri
makanya ditempuh onak dan duri
biarpun hati hancur berkecai!
biarpun ombak tsunami datang membadai!
biarpun dihujani peluru di setiap penjuru
demi rakyat dia rela begitu
moga Allah sentiasamu
di setiap langkah dan helaan nafas
di setiap denyut nadi
di setiap degupan jantung
memikirkan rakyat
adalah tanggungjawab
itulah roh perjuangannya
akan terus berjuang
hingga ke titisan darah terakhir
sehingga terhenti
tarikan nafas
degupan jantung
denyutan nadi
Subhanallah Alhamdulillah Alllahu Akhbar
Itulah lafaz dari rakyat untukmu
seorang pejuang yang sentiasa mewangi jasamu
bak haruman kasturi direnjiskan haruman setanggi!
di kuburanmu ditaburkan bunga-bunga kemboja putih
seputih perjuanganmu dan diiringi doa restu
pergilah dikau dengan aman dan tenteram
kerana perjuanganmu diwarisi oleh generasi
setiamu yang sudah sebati dalam jiwa
apa erti tersirat perjuanganmu selama ini!

Pemergianmu diredhai
Kerana Syurga tempatmu
Pergimu Senyuman Syurga!
Allahu Akhbar!

Karya:  Rha NS
29 Ramadhan 1432H
29 Ogos 2011
(Diilhamkan Khas Untuk Ybhg Datuk Mohd Jeffry Rosman Bersempena
Menyambut Kemerdekaan Malaysia Ke-54 pada 31 Ogos 2011)
0 comments

MOGA ALLAH MEMBALAS SEGALA KEBAIKANMU

Datuk Mohd Jeffry Rosman:

Salam dan selamat bersahur rabeah, tiada kata seumpama.
Madah kerana madah sudah bersulam dengan syair yang
cukup menterujahkan segala naiwaitu serta tindakanku..
ini satu amanat, ini satu permintaan, ini satu harapan ,
ini satu coretan, ini satu wadah, ni satu seruan, ini
satu permohonan, ini satu sntikan, ini satu inspirasi
dan semuanya kata kata gurindam ini mempunyai makna yang
tersirat serta pasti akan tersurat...insyaAllah bait demi
bait keluar dari komen rabeah ini akan pasti aku sahut..
dari Tun Mahathir berkata perjuangan ini belum selesai dan
saya tak mahu jadi melayu mudah lupa..oleh yang demikian
saya lebih utamakan rakyat dari segalanya kerana mereka
amat penting bagi diriku, bukan kerana mahukan undi atau
jawatan semata mata..di mana aku berpijak di situlah aku
menjunjung..terima kasih sekali lagi, ingatan budi pasti
tak kulupai..amin dan wasalam

Monday at 3:51am · Unlike · 1 person


Walaikummusalam... terima kasih tidak terhingga kepada datuk
kerana sudi membaca coretan saya...saya doakan moga datuk
sentiasa bersemangat untuk berjuang walau apapun rintangan
yang dihadapi demi agama, rakyat, bangsa dan negara.
Mengenai masalah pencemaran air di kudat yang telah dialami
sejak 30 puluh tahun itu apakah perkembangannya ye...
sekadar nak tahu je...kerana saya terpanggil untuk membantu
tapi apakah daya saya yang tiada berupaya hendak lakukan
hanya ini sajalah yang dapat saya usahakan untuk mereka rakyat
Kudat. Di sini insya-Alah saya siarkan keluh kesah mereka ...
moga mendapat perhatian datauk yang budiman ye...

Monday at 5:43am · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali

Terima kasih datuk ...kerana sudi memahami pemberontakkan kalbu
rakyat Kudat...mana tahu Allah kirimkan datuk untuk menyelesaikan
masalah mereka...Sebagai ucapan terima kasih yang tak dapat hendak
dilafazkan kepada datuk kerana sangggup bersusah payah bepenat
lelah untuk menyelesaikan masalah rakyat Sabah sudilah terima
karya saya ini:

Monday at 11:44am · Like · 1 person

RABEAH MOHD ALI:

Moga bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini segala permintaan
dikabulkan ...
Moga masalah apa yang ditanggung rakyat kudat ada jalan penyelesaiannya .
Moga Allah saja yang dapat membalas budi baik datuk dalam perkara ini.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.


(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
3 September 2011 
0 comments

SALAM AIDILFITRI & SALAM KEMERDEKAAN DARIPADA DATUK JEM

DATUK JEM:

Salam Aidilfitri dan Salam kemerdekaan yg ke 54.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf Zahir & Batin [via Celcom SMS]


12 people like this.

Rostam S MExx selamat hari raya aidil fitri Datuk Datuk Jem..
maaf zahir n batin..

11 hours ago · Like

Anisah Safiyah salam merdeka raya....

2 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali:

Salam Aidilfitri Salam Merdeka!
Moga Diberi RahmatNya Di Syawal Ini
Moga Negaraku Terus Kekal Merdeka Selagi Ada Bulan Dan Matahari!

2 hours ago · Like · 1 person

Datuk Mohd Jeffry Rosman:

Salam adil fitri dan salam kemerdekaan buat Datuk dan sekeluarga..
semoga kita sama sama menghayati erti perjuangan dan kemenangan
menawan hawa nafsu di bulan ramadhan yang lalu serta kemenangan
pejuang bangsa nusa kita 54 tahun yang lalu..maaf zahir dan batin ..

about an hour ago · Like · 1 person

Datuk Jem Merdeka!merdeka!Merdeka.....Inilah yang harus kita menghayati
erti kemerdekaan Datuk.Terima kasih dengan ucapan itu...
Dari kemerdekaanlah maka kita sama-sama dapat menikmati keamanan dan
ketenteraman yang kita perolehi sekarang...
Selamat menyambut Hari Merdeka dan selamat menyambut hari raya Datuk.
Maaf Zahir & Batin...

11 minutes ago · Like

Datuk Jem Salam Merdeka Salam Aidilfitri! Terima kasih Rabeah Mohd Ali
dengan ucapan ini..Marilah sama-sama kita mengyahati erti kemerdekaan
Negara kita yang kita sama-sama telah nikmati dari keamanan dan ketenteraman.
Selaaamt menyambut Hari Raya Aidilfitri.Maaf Zahir & Batin..

4 minutes ago · Like

Datuk Jem Salam Aidilfitri Salam Merdeka!! Darwis Hj Sonda.Maaf Zahir Batin..

2 minutes ago · Like

Datuk Jem Salam Aidilfitri Salam Merdeka!!Laila Manja..

2 minutes ago · Like

Datuk Jem Salam Aidilfitri Salam Merdeka! Taufik Amadoera.
Selamat Hari Raya.Maaf Zahir Batin.

about a minute ago · Like


(PETIKAN DARIPADA WALL DATUK JEM)
3 September 2011
5 Syawal 1432H
0 comments

"YOSC" YOUTH ONE STOP CENTRE


MOTO: (5B) bersama, bersatu, bertindak, berusaha,
dan berjaya...

VISI : Ke arah pembentukan belia (tawau) yang
cemerlang lagi gemilang, yang dapat menyumbang kepada
pembangunan Agama, Bangsa, Masyarakat, dan Negara.

MISI :Untuk melahirkan belia yang berdisplin, bertanggungjawab,
prihatin, dinamik, proaktif, cergas, berkepimpinan, berkemahiran,
berdikari, berbudaya, patriotik, kesukarelaan dan daya juang
yang tinggi.


(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
2 September 2011
0 comments

USAHAWAN BERHATI TABAH ADIE ADNAN & RAKANNYA

Tersebutlah kisah rakyat Sabah,
Adie Adnan yang empunya cerita;
Seorang usahawan yang berhati tabah,
Menempuh dugaan pelbagai rupa.

Sesama rakan perniagaan tiada mendengki,
Kerja berpasukan digalakkan pada kakitangannya;
Ke mana pergi sentiasa dihormati,
Dipercayai kerana kejujuran dan kegigihannya.

Orangnya berkacamata,
Bila berkata orang percaya;
Ke mana pergi tak suka mengata,
Hanya difikirkan syarikatnya berjaya.

Moga perniagaanmu terus berjaya,
Allah mudahkan segala urusan;
Dah berjaya syukurlah padaNya,
Agar hidupmu sentiasa dalam keberkatan.

Karya: Rha Ns
4 Ramadhan 1432H
4 Ogos 2011
(Diilhamkan Istimewa Untuk Sahabatku Adie Adnan Moga
Gembira Menerima Karya Ciptaanku Ini Ye)
11 hours ago · Like · · Unsubscribe

prince Mohãmmãd Shãidi Rãhmãdãn, Adie Adnan and 6 others like this.

Adie Adnan salam sahabat ku selamat beribadah..terima kasih
kerana karya yang di cipta...

11 hours ago · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali Setiap sahabat yang hadir di hatiku adalah permata
yang amat berharga dan ingin dikongsi nilai permata sahabatku itu
dengan semua yang sudi membacanya. Moga kau terus berjaya dunia akhirat.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.

11 hours ago · Like · 1 person

Adie Adnan amin....

11 hours ago · Like

'prince Mohãmmãd Shãidi Rãhmãdãn Nice. . .untuk aku tiada ka. . ?
Ehehe

11 hours ago via mobile · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali

Ada...hehehe...

Prince Mohammad Shaidi Rahmadan,
Hidupmu penuh ceria;
Tapi hajat di hati ingin mati dalam kebaikan,
LaaillaahaillaAllah kalimat yang dipuja.

Moga hajatmu tercapai duhai sahabat si Adie Adnan,
Hatimu sesejuk salju;
Menghargai talisiraturrahim dalam kemesraan,
Moga Allah memakbulkan semua hajatmu.

Kudoakan dilimpahkan Tuhan rezekimu,
Agar dapat membuat amal dengan rezeki
Rezeki yang halal dicari tanpa jemu,
Agar bahagia di kala hidup dan mati.

10 hours ago · Like

'prince Mohãmmãd Shãidi Rãhmãdãn Terima kasi Rabeah Mohd Ali
Hasil karya mu indah sekali. . .

10 hours ago via mobile · Like

Rabeah Mohd Ali Terima kasih sahabatku kerana sudi menghargai
karyaku...tak sudi ke menjadi sahabat fbku ye...

10 hours ago · Like

'prince Mohãmmãd Shãidi Rãhmãdãn Done. . .

10 hours ago via mobile · Unlike · 1 person

Rabeah Mohd Ali Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat fbku
moga memberi kebaikan abadi. Amin Ya Rabbal A'Lamin.

4 hours ago · Like · 1 person

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
2 September 2011
0 comments

TERUSKAN PERJUANGAN BELIA SABAH


DATUK MOHD JEFFRY ROSMAN:

Salam ramadhan YOSC, apa khabar hari ini? Ingat pepatah ini ya,
dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung..
walau apapun yang mendatang belia tawau pastikan segalanya akan ditempuhi..
apa sahaja cemuhan pasti kita redahi, apapun kita bakal adakan program pertama
dalam syawal ini, semua ahli YOSC, bersatu, bergabung dan bersih dari perasaan
Hasad Dengki antara kita untuk kita capai visi dan misi YOSC!!
Anda semua terbaik tiada yang terkecuali..

August 24 at 8:44am · Like · · Subscribe

Kumis Beracun, 'prince Mohãmmãd Shãidi Rãhmãdãn, Adie Adnan and
10 others like this.

Hasidy Harun Setiap yang baik kita akan sokong dan segala pra-sangka
buruk atau cerita-cerita luar yang tidak baik kita dengar, perlu diselidik
terlebih dahulu dan sentiasa memberi jalan dan ruang untuk memperbetulkannya.
Wallahualam.

August 24 at 8:52am · Like

prince Mohãmmãd Shãidi Rãhmãdãn Jempol. . . .

August 24 at 11:03am via mobile · Like

Lie Tondekan JEMPOL

August 24 at 1:01pm · Like

JaCk RuDi i like

August 24 at 1:15pm · Like

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
24 Ogos 2011
0 comments

SAYA DOAKAN ANDA KAYA

Mohd Razif Nizam

Saya doakan anda semua menjadi KAYA DAN BERJAYA
August 23 at 6:57pm via mobile · Like · · Unsubscribe

AwIe Yamaha, Kumis Beracun and 12 others like this.

Rabeah Mohd Ali Amin Ya Rabbal A'Lamin...
berjaya dunia akhirat Amin Ya Rabbal A'Lamin

August 23 at 7:50pm · Like · 1 person

Lie Tondekan AMIN

August 23 at 7:50pm · Like · 1 person

Lajung Rumbio Amin ,Syukur Tuhan,mudahmudahan di murah rezeki

August 23 at 8:00pm · Like · 2 people

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
23 Ogos 2011
0 comments

KOPERASI USAHAWAN BELIA SABAH

Salam..selamat pagi dan selamat menjalani ibadah puasa semua ...
khas untuk belia2 di tawau...saya bercadang untuk membuka
sebuah koperasi usahawan belia di tawau khususnya kepada belia-belia
yang berminat dalam bidang keusahawanan mahupun seorang usahawan.
Beri pendapat anda...
Thursday at 9:47am · Like · · Unsubscribe

Datuk Mohd Jeffry Rosman, Yantzen Peace, Kumis Beracun and
13 others like this.

'prince Mohãmmãd Shãidi Rãhmãdãn Saya setuju. . .

Lagi pun masaalah penganguran dapat d kurangkan. .betul kan?

Thursday at 11:06am via mobile · Like · 1 person

Ku Ilhammu betul...tu...selain tu kita dapat bantu membantu sama lain...
jangan terlalu berharap dengan peruntukan dan janji-janji kosong pemimpin
yang tidak bertanggungjawab...

Thursday at 9:20pm · Like · 1 person

AwIe Yamaha jempol....

Thursday at 10:24pm · Like · 1 person

Edy Bin Ismail go on DMJR.......

Thursday at 10:31pm · Like · 3 people

Rabeah Mohd Ali Selagi ianya akan memberi kebaikan kepada
belia Sabah...saya setuju 100%

Thursday at 10:33pm · Like · 2 people

Datuk Mohd Jeffry Rosman Tq tq tq dan semua yg support saya..
kita bersama dalam group yang baik supaya akal kita akan sentiasa yg baik
jangan rosakkan akhlak kita dengan join group yang buat celaru iman sahaja..

Friday at 9:44am · Like

Rabeah Mohd Ali Saya penuh yakin jika semua belia Sabah yang ingin menjadi
usahawan mendapat apa saja pandangan ,pengalaman, tunjuk ajar, idea, strategi,
nasihat yang kesemuanya dirangkumkan sebagai ilmu perniagaan daripada
Datuk Mohd Jeffry Rosman...Insya-Allah semuanya boleh menjadi usahawan
yang berjaya, cemerlang, beriman dan dermawan.
Insya-Allah Jutawan Dunia Akhirat. Amin.

Friday at 10:42am · Like · 1 person

Master Muhammad Heiqal Dini haa macam ni baru lah perniagaan aqlan enterprise
saya berjalan lancar..balik-balik di janji kosong seja oleh pemimpin tertentu..
bagus tu bro saya sokong.

Friday at 10:58am · Like

Rabeah Mohd Ali:

Ku Ilhammu...ku kagumi dikau,
Remaja berminda kelas pertama;
Menjana idea bernas dari ilhammu,
Kau adalah remaja idola semua.

Friday at 11:06am · Like

Rabeah Mohd Ali:

Idea yang kau kemukakan amat berharga,
Untuk menubuhkan koperasi usahawan belia Sabah;
Disokong pula Datuk Jeffry yang mulia,
Belia Sabah cemerlang gemilang Insya-Allah.

Friday at 11:09am · Like

Rabeah Mohd Ali:

Seorang usahawan cepat merebut peluang,
Justeru cepat bertindak memulakan strategi;
Membina Empayar Perniagaan Usahawan Gemilang,
Pasti belia Sabah tak sabar menanti.

Friday at 11:12am · Like

Rabeah Mohd Ali:

Pasti belia Sabah tak sabar menanti,
Idea ku ilhammu direaliasi;
Pasti Datuk Jeffry penyokong koperasi,
Mencurah ilmu perniagaan agar diminati.

Friday at 11:16am · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali:

Mencurah ilmu perniagaan agar diminati,
Belia Sabah beratur mendaftarkan diri;
Ingin mengubah nasib diri,
Menjadi kebanggaan keluarga yang dicintai.

Friday at 11:19am · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali:

Pasti belia Sabah berlumba-lumba,
Ingin berjaya di bidang perniagaan;
Berusaha hingga berjaya,
Kejayaanmu disambut dengan kesyukuran.

Friday at 11:21am · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali:

Kejayaanmu kejayaanku,
Pasti Datuk Jeffry tersenyum bangga;
Berkat idea ku ilhammu,
Kejayaan ditempa berkat segala usaha.

Friday at 11:23am · Like · 2 people

Rabeah Mohd Ali:

Ku di sini dari jauh mengucapkan tahniah,
Kepada bakal-bakal usahawan juwatan dunia akhirat;
Berusalah hingga berjaya jangan sekali mengalah,
Insya-Allah kalian berjaya kerana rezekimu yang berkat.

Friday at 11:26am · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali:

Sampai di sini aku berpantun,
Berpantunku demi kasih sayang,
Sayangkan belia Sabah yang berbicara santun,
Kudoakan kejayaan kalian agar cemerlang dan gemilang.

Friday at 11:29am · Like · 1 person

Ku Ilhammu terimakasih semua yang memberi pendapat dan sokongan...
dan selepas ni saya akan berusaha dan untuk melaksanakan apa
yang dirancang....dan saya perlukan sokongan kalian semua....
thanks...kepada Datuk Mohd Jeffry Rosman semoga datuk dapat jadi
pembimbing belia-belia untuk mencapai kejayaan dalam bidang ini
kerana datuk lebih berpengalaman.....

8 hours ago · Like · 1 person

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
2 September 2011
0 comments

KEJAYAAN EMPAYAR PERNIAGAAN DATUK JEM



DATUK JEM:

Salam..Atas sefahaman yang dijalinkan antara saya dan Datuk Md Jeffry,
akhirnya kami mendapat kata putus untuk memulakan Empayar perniagaan
atas nama Syarikat.Mustwin Steel Kitchen Equipment S.B Satu-satunya syarikat.
bumiputera yang akan memulakan operasinya di Tawau,Sabah Saya mengalu-alukan
dan mengutamakan belia warga Sabah yang berkemahiran bidang tersebut untuk
sama-sama memajukan MSKE
SB. Muga apa yang dirancang mendapat keberkatan
dari Allah swt dan sokongan dari anda semua.
6 hours ago · Like ·

Datuk Mohd Jeffry Rosman, Adie Adnan and 12 others like this.

Beby BebyBie Bieyana II Prniagaan apa? :)
6 hours ago · Like · 1 person

Datuk Jem:

Kilang membuat peralatan dapur berasas kan keluli tahan karat.
6 hours ago · Like · 2 people

Eda Ramly Whatever it is...aminnn,..congratulati?ons and all the best...
6 hours ago · Like · 1 person

Datuk Jem Thanks Eda...
6 hours ago · Like · 1 person

Beby BebyBie Bieyana II oh good luck ya & welcome to tawau :)
Kampung saya tu..hehhe
6 hours ago · Like

Datuk Jem Thanks Beby...U tingal kat aisbox?
6 hours ago · Like
|

Eda Ramly you deserve it dato..

Beby BebyBie Bieyana II datuk :tidak :) saya tinggal kat tempat
lain tapi memang kat tawau..but now kat kk :)
6 hours ago · Like · 1 person

Datuk Jem Oh...Nanti lepas Raya tabur bakti kat tawau ya.
Tak payah dok jouh di kk.
6 hours ago · Like

Beby BebyBie Bieyana II alamak...mana bolehlah datuk..
demi mengejar cita-cita haruslah tinggalkan tawau
:)) mana tahu ada rezeki pergi kl lagi..heehhee
6 hours ago · Like · 1 person

Nur Cahaya Congratz ya..Semoga sukses selalu...
6 hours ago · Like · 1 person

Datuk Jem Thanks Nur...
6 hours ago · Like · 1 person

Nur Cahaya Camana lah agaknya Tawau sekang ye..Walaupun
Nur lahir kat Tawau tapi dah lebih 20 tahun tak melawat tawau...
6 hours ago · Like

Datuk Jem Tawau sudah maju Nur dan akan bertambah maju lagi
apa bila kilang keluli bertapak di tawau...Nur lahir kat kg aisbox ke?
6 hours ago · Like

Nur Cahaya Tak Datuk Jem..Nur lahir kat Tg Bt Darat Tawau..
Nur pernah sekolah dekat batu 4 tak jauh dri Kg aisbox tu..
6 hours ago · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali:

Tahniah! Datuk Jem dan Datuk Md Jeffry atas Empayar Perniagaan itu.
Didoakan moga berjalan lancar dan berjaya dengan cemerlangnya.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.

'KEJAYAANMU KEBAHAGIAANKU KEBAHAGIAN SEMUA WARGA BELIA
DI SABAH YANG BERKEMAHIRAN '
6 hours ago · Like · 1 person

Datuk Jem Saya lihat dan apa yang saya dengar perkampungan Aisbox
begitu unik,lebih-lebih lagi ada gado-gado resepi turun temurun begitu
sedap dn enak
6 hours ago · Like · 2 people

Datuk Jem Terima kasih Rabeah...Kerjaya untuk semua warga Sabah.
6 hours ago · Like

Kamariah Binti Abu Kassim:

Alhamdulillah, berkat usaha datuk selama ini telah menampakkan
hasil dan moga dengan perancangan meluaskan empayar steel di sabah
ni bisnes datuk bertmbah maju...amin.
6 hours ago · Like · 1 person

Datuk Jem Amin...Terima kasih Kamariah,saya akan membuktikan
anak kelahiran Teluk Intan Perak yang satu ketika dahulu yang
suka terjun sg perak akan dapat menabur bakti di Tawau setelah
saya jatuh cinta pandang pertama....
6 hours ago · Like · 1 person

Dato Seri Zaleey Jazz:

Salam datuk jem, saya amat berterima kasih banyak atas layanan datuk
terhadap saya dan datuk mohd jeffry dalam beberapa hari lepas....
Dan sya amat brsyukur dapat berkenalan dengan datuk jem saya
juga sebagai warga sabah biarpun sya bukan warga tawau amat mengalu-alukan
atas kerjasama datuk dan mmberi kepercayaan penuh terhadap bumiputra sekaligusnya
warga tawau untuk mnerajui empayar ke tawau dan insyallah sekiranya saya diberi
peluang untuk mnceburi bidang ini akan saya laksanakan sebaik mungkin
mudah-mudahan atas niat ikhlas dan usaha bersama moga sukses di sabah datuk jem...
6 hours ago · Like · 1 person

Kamariah Binti Abu Kassim:

Yer datuk, semangat yang kuat dapat membuktikan anak kampung seperti
datuk boleh maju dan terus maju. saya mendoakan kesejahteraan buat
datuk sekeluarga....sebagai ank teluk intan, saya juga tumpang gembira
dengan kejayaan datuk
6 hours ago · Like · 1 person

Salasiah Ibrahim congrats and well done
5 hours ago · Like · 1 person

Datuk Jem:

Waalaikumsalam Datuk Seri...Saya pun mengucapkan ribuan terima kasih
atas kesudian Datuk seri Dan Datuk Mohd Jeffry datang ke Kilang saya
di Kuala Selangor.Bagi saya apa yang sy terima layanan semasa saya
di Tawau tempohari tak sama dan tak dapat saya balas semasa
Dato Seri dan Datuk Mohd Jeffry masa Di KL...
5 hours ago · Like

Sofia Salleh Congratulations Datuk......semoga lebih maju dan berjaya
5 hours ago · Like · 1 person

Datuk Jem Terima kasih Sofia...
5 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali:

Bersyukurlah banyak-banyak Datuk Jem sahabatku,
Dikelilingi rakan-rakan dan rakan perniagaan yang menyokongmu:
Kukagumi usahamu yang tak pernah jemu,
Untuk majukan diri dan menabur budi kepada warga belia Tawau.

Perjuanganmu tak pernah terhenti,
Biarpun tsunami datang membadai:
Kau tetap berdiri teguh dengan berani,
Membina Empayar Perniagaan disegani ramai.

Pantaslah kau beroleh kejayaan,
Kerana usahamu tak kenal erti kalah;
Semangatmu penuh perjuangan,
Moga Empayar Perniagaanmu berdiri Megah!Gagah Teguh!

Ku yang jauh di sini tersenyum penuh kesyukuran,
Kerana meraikan kejayaan sahabatku;
Datuk Jem yang berhati budiman,
Seorang ahli perniagaan idolaku.
5 hours ago · Like · 1 person

Datuk Jem:

Alhamdulillah Rabeah kerana menyokong dna memberi penuh
semangat terhadap ku.Insya-Allah'Saya tetap perpegang dan memijak
pada bumi nyata.Hati dan seluruh tubuh ku tetap berpegang setiap
apa rezeki ku miliki adalah milik Allah, saya hanya meletakan
semua itu hanya amanah Allah yang Allah beri kepercayaan untuk
menjalankan amanahnya...
4 hours ago · Unlike · 1 person

Adie Adnan:

tahniah dan syabas datuk..mengorak langkah denan bija nya sekali..
saya doakan semoga usaha sama ini mendapat kebaikan bersama..amin
4 hours ago · Unlike · 2 people

Datuk Jem :

Terima kasih Tuan Adie...sokongan dari kawan-kawan penting bagi
saya kerana itu salah satu menaikan semangat saya lagi....
4 hours ago · Unlike · 2 people

Jeliha Mohd Hassan amin.....tahniah DJ....semoga d berkati allah selalu...
4 hours ago · Unlike · 2 people

Datuk Jem Terima kasih jeliha....Sama2 kita berdoa.
4 hours ago · Unlike · 1 person

Adie Adnan:

Sama-sama Datukk...saya pun turut bangga kerana saya berada
di MVSB secara tidak langsung MVSB melangkah 1 tapak lagi
kehadapan dengan ada kerjasama dengan syarikat datuk..
insyallah saya akan cuba membantu pemasarannya d sdkn pulak
kerna perkara ini telah pun d maklumkan dgn sya semasa
DMJR dtg ke sdkn baru2 ini kemungkinan besar sdkn buat
showroom utk proudak tersebut...
4 hours ago · Unlike · 1 person

Datuk Jem Ya,sy pun sudah dimaklum kan hal ni oleh DMJR semasa
DMJR di KL semalam.Bukan di sdkn shj kemungkinan di Lahat
Datu,KK dn beberapa tempat lagi...
4 hours ago · Like

Adie Adnan :

ya dtuk itu perancangan DMJR semasa kami sembang d sdkn baru2
ini sebelum beliau ke KL bertemu dgn dtuk...so sya memang terasa
teruja dgn khabar baik ini sya juga mengucapakan terima kasih
yg tak terhingga dgn dtuk kerna memberi kepercayaan kepada
DMJR serta peluang ini secara tidak langsung kepada belia2
d sabah...insyallah sya hanya menunggu arahan dari DMJR utk
pengambilan printis belia2 d sdkn utk d htr kursus ke kl
dlm bidang ini...
4 hours ago · Like · 1 person

Xela Staillox tahniah datuk,sy blh tlg cr pekerjanya datuk..........
4 hours ago · Like

Datuk Mohd Jeffry Rosman:

Salam Datuk, amin ya rabbil alamin..semoga semua kita mendapat
hidayah dan petunjuk kebaikan bersama ...terima kasih Datuk Jem
kerana sudi berkalobarasi dalam usaha baik ini..
3 hours ago · Like · 2 people

Datuk Jem Wa'salam Datuk...Sama2 kita mengapai 1impian dlm bidang
keluli di Tawau....
3 hours ago · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali:

Syabas! Kukagumi...kalian semua memanglah berjiwa usahawan
yang dermawan, budiman ,kreatif dan patriotik! Jiwa-jiwa usahawan
beginilah yang akan menaikkan nama negara ke persada antarabangga
Insya-Allah! Malaysia pasti berbangga dengan usahawan yang
terbilang berjiwa patriotik!

'KEJAYAANMU KEJAYAAN UNTUK MALAYSIA'
3 hours ago · Like · 1 person

(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
26 Julai 2011
Posted by Sasteraku Duniaku at 03:15
Thursday at 11:49am · Like · · Unsubscribe

Datuk Mohd Jeffry Rosman, Kumis Beracun, Dato Seri Zaleey Jazz
and 3 others like this.
'prince Mohãmmãd Shãidi Rãhmãdãn Alhamdulilah. . .akhirnya ada sudah. . .
Bagaimana pulak dengan yang tidak berpegalaman dalam bidang keluli. . ?
Boleh memohon ka. ?

Thursday at 11:53am via mobile · Like

Rabeah Mohd Ali Itu kena tanya dengan datuk Jem...Insya-Allah datuk Jem
akan terima permohonan dengan syarat menimba ilmu bidang keluli dulu
hihihi datuk jem jangan marah kerana menjawab soalan...

Thursday at 12:44pm · Like


(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
26 Julai 2011
0 comments

DUHAI PEJUANG RAKYAT YANG TULEN



Darahku yang mengalir adalah hak rakyat
Darahku yang mengalir juga ada semangat Melayu
Darahku yang mengalir tertulis ,'Fisabilillah'

Aku adalah hak Allah
Hamba Allah yang berjawatan hamba sampai kapanpun!
Aku adalah khalifah di muka bumi ini

Justeru siapapun mereka
Takkanku hiraukan
Biarpun berpenat berlelah
Biarpun jasadku
Dihujani peluru di setiap penjuru
Namun kuberundur tidak sekali!

Pantang Pahlawan Melayu tewas
Sebelum turun ke gelanggang!

Dulu kini dan selamanya
Aku telah pun bersedia
Membela nasib rakyat
Yang harus dibela
Biarpun aku dicerca!
Dipandang sebelah mata
Bagi mereka yang tidak berpuas hati
Cara aku membela rakyat

Aku dengan caraku
Dan kau dengan cara kau
Biarpun kita berbeza pendapat
Tapi matlamatnya tetap sama
Iaitu membela rakyat yang harus dibela

Dalam perjuangan
Mesti ada yang tidak berpuas hati
Mesti ada mengumpat mengeji
Mesti ada iri hati
Mesti ada dengki mendengki
Mesti ada tikam menikam
Jatuh menjatuh
Hingga tersungkur!
Kekuasaan menjadi rakus
Sampai memakan diri!

Kerana darahku tertulis 'Fisabilillah'
Takkan kuhiraukan semua yang memakan diri
Yang ada di hatiku darah ."Fisabilillah"
Nyawaku telah kupertaruhkan untuk:
Allah
Rakyat
Bangsa
dan negaraku tercinta!

ALLAHU AKHBAR!
BERJUANGLAH HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR
DUHAI PEJUANG TULEN RAKYAT SABAH!

Karya: Rha NS
7 Ramadhan 1432H
7 Ogos 2011
(Diilhamkan Khas Untuk Pejuang Tulen Di Hati Rakyat Sabah
YBhg Datuk Mohd Jeffry Rosman)
(PETIKAN DARIPADA BLOG: bukukreatifpatriotik.blogspot.com)

Thursday at 12:03pm · Like · · Unsubscribe

2 others like this.

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
7 Ogos 2011






0 comments

PANTUN BELIA HARAPAN NEGARA


Menteri Belia Dan Sukan menteri produktif,
Menganjurkan program pelbagai aktiviti;
Maju negara kerana belia positif,
Belia cemerlang itulah yang dihajati.

Hari belia disambut penuh gemilang,
Belia gembira pergi ke sana;
Pergi ke sana merebut peluang,
Masa depan tercerna negara terbina.

Program diatur mengikut citarasa belia.
Asalkan belia jadi cemerlang;
Program diatur dikawal selia,
Agar belia terus gemilang.

Setiap 15 Mei Hari Belia Negara.
Untuk memperingati belia berjasa;
Sayangkan belia sayangkan negara,
Pemimpin hargai setiap belia.

Hari ini belia diraikan,
Dalam suasana penuh ceria;
Jasamu belia tidak dilupakan,
Kerana dirimu harapan negara.

Pelbagai program di hari belia,
Hingga belia rasa teruja;
Tiada belia rasa kecewa,
Kerana minat belia semuanya ada.

Wajah belia berseri-seri,
Belia negara raikan hari belia;
Usaha belia tetap dihargai,
Kerana dirimu harapan negara.

Di hari belia mendapat ilham,
Mendapat ilham menjadi ahli belia;
Di usia muda melabur saham,
Agar tak rugi di hari tua.

Bila menjadi ahli belia,
Hidup berubah merebut peluang;
Belia kreatif majulah negara,
Belia cemerlang negara terbilang.

Menteri Belia Dan Sukan banyak idea,
Ingin membangunkan belia Malaysia;
Program dianjurkan dengan jaya,
Cemerlang belia untuk negara.

Belia produktif negara cemerlang,
Usaha dibina atas keringat;
Jasamu menteri takkan hilang,
Ke mana kau pergi terus diingat.

Bertuahnya hidup belia Malaysia,
Sentiasa dihargai oleh kerajaan;
Rebutlah peluang selagi ada,
Pastinya dikau menempa kejayaan.

Negara lahirkan ahli sukan,
Ramai sudah menjadi ternama;
Di mata dunia mengharumkan nama negara,
Pingat dirangkul negara berbangga.

Belia bersukan belia cergas,
Segala aktiviti berjalan lancar;
Belia lemah patut bertegas,
Wajah berseri terus terpancar.

Belia digalak aktif bersukan,
Badan sihat minda cergas;
Mahu berjaya tiada alasan,
Tetapkan matlamat biar jelas.

Belia aktif kerana mendapat sokongan,
Diberi sokongan keluarga dan kerajaan;
Belia lemah terus ada kemajuan,
Diberi galakan juga bantuan.

Belia dan kerajaan saling memerlukan,
Kerana belia tiang negara;
Belia berkualiti lagi berwawasan,
Pastinya cemerlang belia 1Malaysia.

Tanpamu menteri siapalah belia,
Harapan belia terpikul di bahumu;
Jasamu menteri tidak dilupa,
Akan dihargai bila bertemu.

Belia kreatif penentu pembangunan negara,
Negara terus gilang gemilang;
Majulah belia majulah negara,
Tercipta sudah belia cemerlang.

Sukanya hati belia berjaya,
Keluarga tersayang turut gembira;
Semuanya gembira tidak terkira,
Kerana belia harapan negara.

Puisi Belia Harapan Negara

Beliaku…
Negara perlukanmu…
Justeru… Bangunlah dari lenamu…
Sedarlah dari lekamu…
Sedarlah dari lalaimu..
Mari kubimbingmu... Menuju kejayaan!

Jangan ada rasa rendah diri…
Jangan ada rasa kecewa…
Berubahlah demi…
Dirimu… Keluargamu… Negaramu… Pewarismu nanti.

Aku percaya kau boleh berjaya…
Jika semangat kentalmu datang…
Aku menantimu di sini…
Bersama azammu untuk berjaya…
Justeru daftarlah sekarang untuk menjadi ahli belia.
Segalanya akan berubah! Percayalah!
Kerana kau adalah harapan negara!

Karya: Rha NS
15 Mei 2010
(Sempena Hari Belia Negara )
August 23 at 10:46am · Like · · Unsubscribe

Yantzen Peace, Kumis Beracun, Datuk Mohd Jeffry Rosman
and 11 others like this.

Alex Dennis on paper jee.
adakah ia tersirat di Daerah Tawau.

August 23 at 10:48am · Like · 2 people

Rabeah Mohd Ali Boleh juga direalisasikan di Daerah Tawau...
cuba minta pandangan Datuk Jeffry mengenai yang tersirat..
terima kasih atas perhatiaanmu sahabatku dari Tawau...

August 23 at 10:54am · Like

Alex Dennis yes saya tau dapat rasakan Tanggungjawab Datuk
Mohd Jeffry Rosman tetapi pihak Kementerian yang bertanggungjawab ......?

August 23 at 10:57am · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali Kalau gitu saya cadangkan elok sangatllah pihak
kementerian bergabung idea dengan Datuk Jeffry dan Saudara
Alex Dennis bagi merealisasikan pada belia Sabah ...
apa yang tersirat pada pantun di atas.
Apa pendapatmu duhai sahabatku yang baru kukenali?

August 23 at 6:56pm · Like

Datuk Mohd Jeffry Rosman Salam rabeah, saya rasa pantun di atas adalah
terbaik sepanjang yang aku pernah baca..inilah satu pantun belia yg harus diikuti..
satu pedoman sejuta kebaikan..

August 23 at 11:11pm · Like

Rabeah Mohd Ali

Waalaikummussalam Warahmatullahhiwabarakatuh, terharu saya mendengar
komen daripada datuk...mengenai pantun belia yang dikarangkan..
Ketika saya mengarang pantun tersebut...perasaan saya yang selama ini
terlalu sayangkan generasi selepas merdeka tidak dapat dibendung lagi...
lebih-lebih lagi semua belia 1Malaysia. Alangkah bahagianya setiap naluri
belia difahami oleh pihak kerajaan dan pemimpin di Malaysia kerana mereka
semua adalah permata-permata negara yang terlalu amat bernilai.
Jika mereka tidak diberi sokongan, galakkan dan perhatian sepenuhnya oleh
pihak kerajaan mahupun pemimpin...aduhai kesihan mereka...kasihan negara...
jika belia aktif dan berfikiran positif makanya ...walau apa juga keadaan
sekalipun mereka tetap mengutamakan negara daripada kepentingan mereka
sendiri kerana negara telah mengutamakan mereka ...
pemikiran mereka telah terpasak ilmu yang terasuh untuk mencintai negara!

"HARGAI BELIA...HARGAI RAKYAT...HARGAI PEMIMPIN...HARGAI NEGARA...
KEMERDEKAAN PASTI MILIK KITA SELAGI ADA BULAN DAN MATAHARI!

'SALAM KEMERDEKAAN KE-54 MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA! "

August 24 at 3:07am · Like

Rabeah Mohd Ali

SALAM KEMERDEKAAN KE-54 MALAYSIA NEGARAKU TERCINTA!

Salam Kemerdekaan untuk negaraku tercinta,
Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
Tersenyum megah penuh bangga,
Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.

Kau tak pernah erti kalah,
Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
Di mana pun berada kau berkibar megah,
Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.

Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
Semangat rakyatnya terus membara-bara,
Menjadikan realiti impian 1Malaysia.

Salam Ramadhan untuk Datuk Seri,
Semoga puasa membawa keberkatan;
Jasamu sentiasa mewangi di hati,
Perjuangan PM terdahulu masih diteruskan.

Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
Membela nasib rakyat di mana saja berada,
1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu.

1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu,
Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.

Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
Sehati senada sejiwa saling memahami,
Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.

Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.

Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
Yang difikirkan keamanan negara ini,
Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.

Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.

Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.

Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
Teringat dengan keperitan perjuangan Tuanku,
Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.

Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
Buat Negaraku Malaysia tercinta:
Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.

Sambutan Kelahiranmu Yang Ke-54 ini kuberjanji,
Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
Moga kau tidak akan disakiti lagi,
Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.

Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
Moga kau sentiasa gembira selalu;
Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.

Karya: Rha NS
1 Ogos 2011
(Diilhamkan Bersempena Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan
 Malaysia Ke - 54 Pada 31 Ogos 2011)

August 24 at 3:16am · Like

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
24 Ogos 2011
24 Ramadhan 1432H
 
;