Saturday, 3 September 2011

KESYAHDUAN DI KUBURAN DI PAGI SYAWAL

KESYAHDUAN DI KUBURAN DI PAGI SYAWAL
by Rabeah Mohd Ali on Wednesday, August 31, 2011 at 5:02am

Awal pagi Aidilfitri menziarahi kubur keluarga tercinta
Bapa , abang dan kakakku .


Teringat kenangan manis pernah berhidup dengan mereka yang tercinta.
Lagi diingat lagi memilukan hati...rasa ingin diulangi masa silam ...mahu
berhidup bersama mereka. Takdir mesti diterima dengan redha dalam iman.


Di tanah perkuburan aman...damai....tenteram....saujana mata memandang
pacakan batu nisan. Ramai keluarga membacakan doa untuk mereka yang
sudah bergelar aruah. Ada yang membawa jambangan bunga kek wa putih untuk
diletakkan di kuburan keluarga mereka yang tersayang.


Aku membacakan surah Yasin untuk disedekahkan pahalanya kepada bapa ,
abang dan kakakku. Tanpa ditahan-tahan air mata berjuaraian. Puteri sulungku
membaca doa dikirimkan kepada aruah datuknya yang tidak pernah dilihatnya
ketika dia dilahirkan ke dunia ini.


Selesai ibuku membaca doa....ditaburkan bunga-bungaan disirami air di kubur
aruah suami dan anaknya.

Ibu memagang nisan aruah suaminya sambil berkata sesuatu dalam hatinya.
Kulihat air mata ibu mengalir deras...barangkali ibu merindui bapaku
yang telah puluhan tahun meninggalkannya.

Ibu memegang batu nisan abangku Ramli sambil berkata,
"Nak...emak dah ampunkan segala dosamu nak...Ya Allah Kau masukkan roh suami
dan kedua-dua anakku ini ke dalam SyurgaMu. Jika aku mati nanti masukkan aku
ke SyurgaMu agar aku dapat bertemu dengan suami dan anak-anakku yang telah
lama kurindui, Amin Ya Rabbal A'Lamin.



Karya: Rha NS
1 Syawal 1432H

(DISIARKAN DI YOUTH ONE STOP CENTRE)
2 Syawal 1432H

0 comments:

Post a Comment

 
;