Saturday 3 September 2011

MOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT

MOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT
by Rabeah Mohd Ali on Wednesday, August 31, 2011 at 5:23am
Your note has been created.

Selepas menziarahi kuburan bapa, abang dan kakakku...
bersiap-siap pergi menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri
dengan hati melonjak gembira dalam penuh kesyukuran.

Sayunya hati mendengar takbir raya tanpa jemu diulang-ulang
Membesarkan Allah di pagi Aidilfitri . Umat Islam seluruh dunia
menyambut Hari Kemenangan setelah sebulan menjalani ibadah puasa
dalam kesabaran.

Selepas solat sunat Aidilfitri imam mengajak semua jemaah
meningkatkan ketakwaan kepada Allah setelah semua dosa diampunkan
Allah seperti bayi baru dilahirkan jika sekiranya ibadah puasa
diterima Allah. Dan lagi memohon Allah mencucuri Rahmat dalam
menjalani kehidupan seharian.

Selama ini kusangkakan Allah mencucuri Rahmat untuk aruah-aruah
saja tapi rupanya yang hidup pun digalakkan berdoa moga Allah
mencucuri Rahmat kepada hidup kita agar menjadi hambaNya yang
bertakwa dan Allah mencucuri Rahmat kepada roh kita setelah kita
bergelar aruah.

Moga Syawal ini membawa kemenangan kepada hidup kita dunia akhirat!
Amin Ya Rabbal A' Lamin.

Salam Syawal Maaf Zahir & Batin
Salam Kemerdekaan Untuk Negaraku Yang Tercinta!
Moga Allah merahmati negaraku dan seluruh rakyat Malaysia.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.

Karya: Rha NS
2 Syawal 1432H
31 Ogos 2011
Like · · Unsubscribe · Wednesday at 5:30am near Kuala Lumpur

Datuk Mohd Jeffry Rosman and 3 others like this.

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
2 Syawal 1432H
31 Ogos 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;