USIA YANG TERSISA INI KU TAK PERLU HIDUP KEPURAAN BAHAGIA
Terlalu jauh perjalananku...
Telah hancur selumatnya hatiku..
Namun kucuba bangun dari jatuh yang panjang
Namun kucuba senyum dalam duka kelat yang perit
Rasa sudah tak tertanggung lagi aku melaluinya
Justeru aku tak perlukan rakan yang ramai keliling pinggang
Ku tak perlukan rakan yang senyumnya membuatku rasa pahit
Usia yang tersisa ini ku tak perlukan hidup kepuraan bahagia
Yang ada di hati mahu hidup bersama mereka yang mengerti
Memimpin dan mengajakku ke jalan SyurgaNya
Usiamu terlalu muda...
Masa depanmu masih perlu banyak lagi dilalui
Tidak sepertiku menantikan panggilan Illahi
Ku mesti sentiasa muhasabah diri
Dunia sasteraku adalah duniaku
Biarlah aku dengan duniaku
Berkarya agar kudapat meraih kasih dan sayang
Kasih sayang penghuni bumi setulus hati
Biarpun setelah kutiada di dunia ini
Baru kudapat balasan kasih...
Itu sudah memadai...
Kerana terlalu kasih dan sayang pada mereka
Kutulis apa yang ada di hati
Kutulis dengan air mata kasih dan sayang
Kutulis dengan tinta darah perjuangan
Agar satu masa nanti mereka akan tahu betapa aku sayangkan mereka dan mereka sayangkan aku...kasih sayang mereka nanti padaku... terbuka hati mereka untuk menghadiahkan aku sepotong Al-Fatihah untukku....Allahu Akhbar itu adalah lebih bermakna daripada dunia dan seisinya!
Ya Allah aku menulis kerana kasih sayangku kepada semua yang berhidup di muka bumi ini
Ya Allah aku menulis demi mendapat redhaMu
Ya Allah ampunkan aku
Ya Allah Sinarkan Nur Hidayah KasihMu padaku dan kepada mereka semua yang menyayangiku keranaMu
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Rha Ns
7 Muharam 1433H
3 Disember 2011