Saturday, 3 December 2011

POHON CINTA



R Hamzah Dua

POHON CINTA

Bajalah pohon cinta
di ladang hayatia duanya
hanya Dia
Maha Penerima
cinta hamba-Nya

Suburkanlah pohon cinta
di ladang iman
pasrah akan Kebesaran-Nya
tiada duanya
Dia Kekasih abadi.

03122011.
· · · 18 hours ago

  • You, Naga Pamungkas and Saddam Alqadawi like this.

    • R Hamzah Dua terzahirnya ilham setelah membaca puisimu 'Cinta Bawa Ke Syurga'. Terima kasih atasnya. Marilah bersama kita semua semarakkan dan suburkan ladang hayati ini... agar Dia sering dekat di sisi kita... kerana Dia Maha Pengasih dan Penyayang.
      18 hours ago · · 2

    • Saddam Alqadawi puisi yang singkat, padat dan dalam artinya, seperti kedalaman telaga-NYA
      11 hours ago · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Kutertanya-tanya pada diriku adakah aku layak menghuni Syurga?
      Sedangkan amalan yang kubuat tak setimpal balasanNya Syurga
      Sedangkan dosa setiap hari bertambah bertimbun dengan meningkatnya usia dan mendekatnya kematian
      Ya Allah kusentiasa memerlukan Nur Hidayah KasihMu
      Kusentiasa memerlukan pengampunan dariMu
      Kurniakan aku sahabat-sahabat yang sentiasa ikhlas denganku memimpinku...mengajakku ke jalan SyurgaMu
      Sayangilah aku sayangilah mereka...
      Hidupkan roh dan jasad kami saling dahagakan ilmu agar sentiasa takut akanMu sentiasa MengagungkanMu Menge-EsakanMu di setiap masa di setiap ketika hingga terhenti nafas...Amin Ya Rabbal A'Lamin

      10 hours ago ·

  • (PETIKAN DARIPADA DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
    8 Muharram 1433H
    4 Disember 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;