Wednesday, 30 November 2011

PILIHLAH AKU SEBAGAI KHALIFAH YANG SENTIASA BERBAKTI PADAMU DAN MANUSIA



Siti Khadijah Osuan
Jiwa-jiwa sesat

Jiwa-jiwa sesat itu,
umpama patung pujaan tak bernyawa
dianggap bertuah dalam bertuhan
dianggap beruntung sezaman
dianggap maju pangkat jasadmu
namun parah berkerudung dalamnya.
jiwa sesat itu sudah lama hilang arah tuju
hilang awali islamnya
hilang semangat sunnahnya
dimakan tanduk-tanduk tajam barat
ditelan sang pencinta durjana
dicucuk halus jarum beracun keseronokan duniawi
direkayasa untuk mencincang hingga hancur rasa bertuhan
menganggapi sebagai keindahan
pada keruntuhan diri jiwa sesat.
berketawa mereka menyaksi !
jiwa sesat itu semakin tenggelam dalam lumpur kotor
kotor mengusapi minda dan akal ciptaan Ilahi
terlupa pada azali penciptaanmu..
wahai jiwa-jiwa sesat
kembalilah keasalmu !!!
jangan biarkan dirimu dibakar dilantai dunia
yang membuat dirimu lupa
bahwa kau adalah jiwa-jiwa sesat...
· · · 11 hours ago

  • You and Mahabbah El-ahMead like this.
    • Rabeah Mohd Ali SUMPAH SETIAKU DI ALAM ROH

      Sumpah Setiaku Di Alam Roh
      Aku tafakur sejenak
      untuk apa aku dilahirkan ke dunia ini?

      Di alam kandungan sebelum roh
      ditiup ke jasad
      aku telah bersumpah setia untuk
      patuh kepada Yang Maha Esa
      dengan sumpah setia itulah aku
      dihidupkan ke dunia ini
      Masya-Allah malunya aku
      jika aku tidak tepati sumpah setia itu
      bumi mana hendak kudiami
      selain daripada bumi ini!
      Andai kata planet lain boleh
      didiami tapi milik-Nya juga!

      Mana mungkin aku
      menjadi penderhaka
      kepada Maha Penciptaku.

      Duhai Pencipta Sekalian Alam
      aku perlukan hidayah-Mu
      tunjukkan aku ke jalan yang lurus
      agar aku dapat menepati
      sumpah setiaku pada-Mu
      jadikan aku khalifah di muka bumi ini
      yang sentiasa Di Bawah Lindungan Kasih
      dan Rahmat-Mu.

      Hidupkan aku dalam suasana
      yang sentiasa ingat akan
      sumpah setiaku pada-Mu
      dan pilihlah aku sebagai khalifah
      yang sentiasa berbakti pada-Mu dan
      sekalian manusia di muka bumi ini
      Amin. Ya Rabbal A'lamin .

      Karya Rha NS
      28 Januari 2011
      11 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Penawar Roh

      Roh itu muram
      menangisi nasib diri
      menyesali yang empunya diri
      yang masih terleka dan terlalai
      tentang masa dan peluang
      yang dilepaskan tanpa
      menghitung usia berlalu pergi.

      Izrail mengintai-ngintai roh yang suram
      menunggu perintah dari Maha Pencipta
      roh dan jasad.

      Yang empunya diri masih tidak
      mahu merebut peluang
      untuk pulang ke pangkal jalan!

      Yang empunya diri ingatlah
      masa terlalu suntuk untukmu
      pintu taubat terbuka untukmu
      peluang sentiasa menantimu
      rebutlah peluang selagi
      nafasmu ada!

      Berazamlah merebut segala cahaya
      yang menerobos masuk ke tubuhmu
      tanpa ada halangan yang berpunca
      dari kejahilan yang empunya diri.

      Cahaya hidayah datanglah pada
      yang empunya diri yang sudah
      pulang ke pangkal jalan
      dan inilah penawar roh
      yang suram!

      Karya Rha NS
      28 Januari 2011
      11 hours ago ·
    • Siti Khadijah Osuan Allah berfirman dalam Al-Quran yang manusia ini diturunkan kedunia untuk menjadi khalifah..betap besar tanggungjwab yang terpkasa ditanggung manusia bagi mereka yang mengerti maksud hidup ini..Puisinya sangat indah..:-)terima kasih pn..
      11 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Kemurungan Roh
      Roh begitu
      payah hendak
      tingggalkan
      jasad yang
      telah didiami
      separuh abad
      lamanya.

      Payah... begitu payah
      sakit yang ditanggung
      melebihi sakit jasad

      Memang mereka melihat
      sakitnya jasad amat menakutkan
      tapi derita sakitnya roh lagi
      tak terperi sakitnya!

      Dalam kesakitan jasad
      diajar dengan kalimah
      Lailahaillah
      berulang-ulang kali
      tapi kenapa jasad
      tidak mahu mengikuti
      kalimah yang boleh
      membawanya
      ke Syurga?

      Duhai jasad
      ikutlah kalimah
      suci yang boleh
      membawaku
      ke Syurga
      Aku ingin ke Sana!
      Ke Sana bertemu
      dengan Tuhanku
      Tapi macam mana?
      Mana mungkin?
      Selama aku
      bersamamu
      kau tidak mahu
      Bersujud padaNya
      Membaca KalamNya
      Mematuhi perintahNya
      Menjauhi laranganNya
      sekarang semuanya
      sudah terlambat…
      Aku roh yang malang!

      Biarpun aku
      tak mahu keluar
      dari jasad
      yang derhaka ini
      aku kena akur
      dengan perintah
      Tuhanku
      selamat tinggal
      Jasad yang
      derhaka!
      Celaka
      nasibku!
      nasibmu jua!

      Aku tempah tiket ke Syurga
      kau sengaja nak ke Neraka
      sekarang kau dan aku
      rasailah
      azabnya seksa kubur!
      azabnya seksa neraka!
      Akibat kedurjanaan kau
      tapi bukan kehendakku
      kerana asal kejadianku
      aku ingin patuh kepada Tuhanku!

      Karya Rha NS
      31 Januari 2011
      11 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Apabila Jasad Mendapat Nur Illahi
      Roh salahkan
      jasad kerana
      tersasar dan tersesat
      daripada jalan lurus
      yang ada dalam
      surah Al-Fatihah.

      Sepanjang roh bersama
      hayat jasad di muka
      bumi ini jasad tidak
      mahu menuruti kehendak roh
      yang mahu jasad seiring
      dengan kehendaknya
      tapi
      ada saja pertentangan
      antara jasad dengan roh.

      Roh terpenjara dalam
      dosa yang diciptakan
      jasad
      lagi banyak dosa
      yang dilakukan jasad
      roh merintih dalam
      duka yang berpanjangan.

      Raja iblis mentertawakan roh
      kerana usaha roh gagal dalam
      mengawal jasad derhaka
      ‘Jasad itu cuma dalam
      perhatian aku saja
      dia akan sentiasa menuruti
      kehendakku, dia dalam
      genggaman aku!’
      Egonya raja iblis itu.

      Roh terbelenggu dalam
      kekakuan dan ketakutan
      yang amat sangat dengan
      azab dari Allah yang akan
      ditimpakan ke atasnya
      nanti pasti!
      Di dunia telah dirasai
      betapa azabnya!
      Inikan di akhirtat!

      Sekarang rasakan
      nyalaan api neraka ini?
      Teriakan suara yang amat menggerunkan jasad.
      Panas! Panas! Sakit! Sakit!
      jerit jasad ketika hendak dihumbankan
      ke dalam api neraka yang menyala-nyala.

      Syukur Alhamdulillah bermimpi
      rupanya jasad.

      Jasad telah mendapat
      Nur Illahi
      Jasad tidak lagi menyeleweng
      dengan kehendak roh
      mereka seiring sekata
      menjadi sahabat yang paling
      akrab sebagai khalifah di muka
      bumi ini.

      Di pagi Jumaat
      yang syahdu itu
      jasad mengucapkan
      kalimah suci
      Laillahaillah.

      Roh tenang ketika
      meninggalkan jasad
      yang berwajah
      disinari
      Nur Illahi.

      Karya Rha NS
      1 Januari 2011
      11 hours ago ·

  • (PETIKAN DARIPADA DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
    4 Muharram 1433H
    30 November 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;