OLDER POSTS- Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
salam kasih sayang dan salam maal hijrah...
:: Renungan Kehidupan ::
Ingatkan diri tentang destinasi terakhir hidup ini...
Ingatkan diri tentang adanya garisan penamat...
Ingatkan diri bahawa kita akan kembali pada Pencipta kita,Allah s.w.t...
Ingat Allah s.w.t,ingat syurga-Nya yang seluas langit dan bumi..Ingat neraka-Nya..Setiap penglihatan,pendengaran dan hati nurani itu akan diminta dipertanggungjawabkan...
Jika dahulu kita ditanya tentang cita-cita dan impian hidup,
sering kita (saya ke awak?) katakan :
~Aku mahu HIDUP sebagai orang yang beriman pada Allah s.w.t...
~Aku mahu HIDUP sebagai seorang anak yang taat berbakti pada ibu & ayah...
~Aku mahu HIDUP sebagai pelajar paling cemerlang...
~Aku mahu HIDUP sebagai seorang doktor yang penyayang...
~Aku mahu HIDUP sebagai guru yang terbaik...
~Aku mahu HIDUP sebagai orang yang banyak pengaruh dan karisma...
~Aku mahu HIDUP sebagai orang paling bahagia...
Dan banyak lagi impian yang kita angankan..Kalau boleh,satu dunia ini kita mahu miliki...
Dengan izin Allah s.w.t,banyak impian dimakbulkan...
Sekarang,dengan perubahan zaman dan peredaran waktu,
Dengan pertambahan detik masa dan umur,
Dengan pengurangan usia dan harta,
Cuba gantikan perkataan HIDUP dalam impian kita dengan MATI...
Semoga Bermanfaat...
Renung2kan Dengan Memperbanyakkan Muhasabah Diri Dan Selamat Beramal...
Senyum Dalam Keimanan Selalu...
InsyaAllah...^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment