- Dalam memperkasakan pembangunan bidang seni pentas ( performing Arts ) impak yang positif dapat dikesan kebelakangan ini apabila didapati bertambahnya bilangan kumpulan yang terlibat dan pertambahan individu baru dalam suatu produksi. Malah program ini bukan saja mensasarkan kepada kumpulan yang professional tetapi memberi peluang kepada kelompok amatur juga. Di samping itu perkembangan yang positif dapat di kesan apabila semakin bertambah jumlah penonton yang hadir menyaksikan setiap persembahan dan ini petanda baik kepada penggerak seni budaya tanah air agar terus berkarya dan menambah koleksi samada dalam bentuk pengarahan, skrip dan pelakonnya. Daya cipta dan kreativiti yang tinggi harus dituntut dan diadunkan dalam bentuk persembahan agar bersesuaian dengan citarasa masyarakat dan releven pada akal fikiran mereka.— with Jumiah Ngadino and 48 others
Dengan perkembangan teater pada masa ini yang nampak semakin berkurangan dan pengaruh faktor sebaran maklumat yang terhad kepada masyarakat. Maka dengan memperbanyakkan bilangan pementasan sepanjang tahun yang bermula dari tahun 2007 & 2008 maka kemunculan Pementasan Teater Berkala Sarawak 2011 kembali lagi setelah sekian lama berehat seketika. Semoga Pementasan Teater Berkala 2011 kali ini akan menjadi satu ruang kepada kumpulan-kumpulan teater di negeri ini untuk terus bergerak aktif untuk memantapkan karya dan produksi masing-masing. Di samping itu inilah pendekatan terbaik untuk masyarakat menonton dan seterusnya mengenali secara dekat jenis pementasan berbentuk perbezaan antara drama filem, drama tv dan persembahan teater yang diadakan secara bulanan. Setiap kumpulan harus menanam tekad yang tinggi untuk mengangkat karya-karya mereka tidak mustahil suatu hari sampai setaraf dengan pementasan tahap Istana Budaya. Dengan hasrat untuk memasyarakatkan teater JKKN Sarawak yakin program yang penuh dengan mesej yang tersurat dan tersirat ini akan mendapat sambutan yang baik dari masyarakat khususnya para peminat teater di Sarawak.
Jesteru, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sarawak yang merupakan agensi yang bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan tentang seni dan budaya. Maka penganjuran Pementasan Teater Berkala Sarawak 2011 diadakan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak dan Medan Teater Sarawak (MANTERA) berganding bahu demi merialisasikan program ini. Nah., sama-samalah kita saksikan pembuka tirai Pementasan Teater Berkala Sarawak 2011 akan berlangsung pada 3 Disember 2011 (Sabtu) jam 8.30 Malam bertempat di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak yang akan dipersembahkan oleh PERSATUAN GRUP TEATER NGONCONG (GTN) teater bertajuk “ JALAN KE SYURGA” Karya Dato’ Dr. Adi Badiozaman Tuah. Masuk adalah Percuma.
Bahhh… apa di tunggu lagik. Ooo Haaaaa… Mari...Mari…juh..juhh.. Oiiiii… kitak semua.. datang., datang... jangan sik datang nanga teater cdak Ngoncong seberang nun di Dewan Bahasa ya kelak….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment