Saturday, 3 December 2011

USIA YANG TERISISA INI AKU TAK PERLU HIDUP KEPURAAN BAHAGIA


USIA YANG TERSISA INI KU TAK PERLU HIDUP KEPURAAN BAHAGIA

Terlalu jauh perjalananku...
Telah hancur selumatnya hatiku..
Namun kucuba bangun dari jatuh yang panjang
Namun kucuba senyum dalam duka kelat yang perit
Rasa sudah tak tertanggung lagi aku melaluinya
Justeru aku tak perlukan rakan yang ramai keliling pinggang
Ku tak perlukan rakan yang senyumnya membuatku rasa pahit
Usia yang tersisa ini ku tak perlukan hidup kepuraan bahagia
Yang ada di hati mahu hidup bersama mereka yang mengerti
Memimpin dan mengajakku ke jalan SyurgaNya

Usiamu terlalu muda...
Masa depanmu masih perlu banyak lagi dilalui

Tidak sepertiku menantikan panggilan Illahi
Ku mesti sentiasa muhasabah diri
Dunia sasteraku adalah duniaku
Biarlah aku dengan duniaku
Berkarya agar kudapat meraih kasih dan sayang
Kasih sayang penghuni bumi setulus hati
Biarpun setelah kutiada di dunia ini
Baru kudapat balasan kasih...
Itu sudah memadai...
Kerana terlalu kasih dan sayang pada mereka
Kutulis apa yang ada di hati
Kutulis dengan air mata kasih dan sayang
Kutulis dengan tinta darah perjuangan
Agar satu masa nanti mereka akan tahu betapa aku sayangkan mereka dan mereka sayangkan aku...kasih sayang mereka nanti padaku... terbuka hati mereka untuk menghadiahkan aku sepotong Al-Fatihah untukku....Allahu Akhbar itu adalah lebih bermakna daripada dunia dan seisinya!

Ya Allah aku menulis kerana kasih sayangku kepada semua yang berhidup di muka bumi ini
Ya Allah aku menulis demi mendapat redhaMu
Ya Allah ampunkan aku
Ya Allah Sinarkan Nur Hidayah KasihMu padaku dan kepada mereka semua yang menyayangiku keranaMu
Amin Ya Rabbal A'Lamin

Karya Rha Ns
7 Muharam 1433H
3 Disember 2011
· · 10 hours ago


  • Rans Romeo likes this.

    • Rans Romeo Jangan Pernah Berhenti Berkarya Selagi Hayat Masih di Kandung Badan...
      10 hours ago · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Siapalah aku tak setanding mereka yang bijak pandai...
      Yang mempunyai bergulung ijazah
      Yang mempunyai ilmu setinggi awan
      Yang berkarya menggunakan pemikiran logik kerana ilmunya yang tinggi....
      Aku tak larat lagi untuk pura bahagia
      Aku tak larat lagi untuk berkomunikasi dengan mereka yang tinggi ilmu lojiknya...berkata semuanya menggunaka pemikiran lojik tidak sepertiku....terus terang ku katakan aku tak setandingnya
      Pada mereka yang mempunyai ilmu yang tinggi...maafkan aku...aku tak layak berkawan denganmu...biarlah aku menyendiri bersama karyaku ....mana tahu di luar sana ada yang sudi menatapi karyaku dengan penuh kasih sayang sebagai mana sayangnya aku kepada mereka....menerima aku apa adanya....maafkan aku....

      10 hours ago · · 1

    • Datu Osman Datu Sulai Asalamualaikum n apa jenis buku2 yg Co Puan terbitkan?
      10 hours ago · · 1

    • Rans Romeo Apaguna mempunyai bergulung Ijazah Jika hanya dimanfaatkan utk hal yang merugi...??? Bukti Nyata adalah tampilan yang sesungguhnya jika suatu karya di hargai dengan keikhlasan.

      Aku bukan siap siapa, jika itu adalah kehendak Bunda Rabeah Mohd Ali...

      10 hours ago · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Waalaikummussalam...buku-bukunya belum lagi diterbitkan...ada juga penerbit yang berminat tapi bukan aku tak mahu...kerana kutakuti nanti karyaku tidak bebas bersiaran jika hak cipta terperlihara...andai kata aku jadi penerbit untuk buku-bukuku sendiri dan ada yang berminat untuk berkerjasama denganku amatku alu-alukan.
      10 hours ago · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Duhai nanda yang baik budi
      Yang tak jemu memberi sokongan padaku
      Sepanjang perkenalan tak pernah hatiku terguris
      Apa tah lagi buatku terpinggir dalam kejahilan
      Kau bersahabat denganku seikhlas hati
      Segala sokonganmu buatkan aku semangat untuk menulis hingga terhenti nafas...moga Allah saja yang dapat membalas budi baik mu itu.

      9 hours ago · · 2


  • (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
    8 Muharam 1433H
    4 Disember 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;