Wednesday, 30 November 2011

KEKAYAAN BOLEH BUAT KITA LUPA DIRI KEMISKINAN BOLEH BUAT KITA JADI KUFUR



Rabeah Mohd Ali
KEKAYAAN BOLEH BUAT KITA LUPA DIRI
KEMISKINAN BOLEH BUAT KITA JADI KUFUR

Kerana kita berharta semua nak berkawan
Pabila kita tiada harta dihina ke mana pergi

Miskin tidak berusaha bukan takdir
Daif hanya berserah bukan takdir

Miskin diredhai setelah berusaha
Daif diredhai setelah berusaha

Miskin dan daif ingin berubah
Kerana tidak mahu mewariskan kemiskinan kepada generasinya
Tapi apa salahnya jika si kaya raya menzakatkan hartanya yang bertimbun kepada si miskin dan si daif yang memerlukan kerana harta si kaya raya ada hak si miskin dan si daif membantu bukan membuatkan mereka malas berusaha tetapi membantu menaik tarafkan ekonomi mereka agar dapat meneruskan kehidupan yang sempurna secara tidak langsung menyahut seruan kerajaan membasmi kemiskinan tegar dan dapat membantu kerajaan yang mahukan rakyatnya berpendapatan tinggi.

Si miskin dan si daif pabila sudah menjadi kaya-raya jangan pula lupa diri dan sombong...lakukan sebagaimana pernah diberi bantuan oleh mereka yang pernah berjasa.

Si kaya dan si miskin saling berkait rapat
Sebab itu Allah perintahkan hambaNya mengeluarkan zakat
Si kaya tidak boleh tamak seperti Qarun

Kekayaan adalah ujian dari Allah
Kemiskinan pun adalah ujian dari Alllah

Kekayaan boleh buat kita lupa diri,
Kemiskinan boleh buat kita jadi kufur;
Ada akal kita fikirlah sendiri,
Bagaimana mahu menjadi hamba yang bersyukur.

Karya Rha NS
5 Muharram 1433H
1 Disember 2011
· · · 4 hours ago

  • 2 people like this.

  • (PETIKAN DARIPADA PENAWAR BAGI HATI)
    5 Muharram 1433H
    1 Disember 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;