- Ayahanda Chik and 24 others like this.
- Chiynta Roeza tapi kadang2 datuk ada majikan yang pilih kasih terhadap pekerja,tidak tau menilai yang mana disiplin dan yang mana tidak berdisplin..November 10 at 2:40pm · · 1
- Datuk Jem Yabg penting Chiynta Roeza buktikan pada majikan yang diri ini Setia,bukan seorang yang rajin....Lambat laun majikan akan sedar,yang mana duit dan yang mana habuk.....November 10 at 2:42pm · · 1
- Chiynta Roeza tapi sayang tidak semua majikan berfikiran macam itu datuk....November 10 at 2:48pm · · 1
- Datuk Jem Wahai sahabat ku Tuan Adie Adnan sudah lunch kah?hari ni nampak macam tak ceria jak bha...November 10 at 2:57pm ·
- Enna Azlina Datuk Ahmad U the 1st usahawan Melayu yang berjaya...dan..bakal mengharumkan nama Msia...Insyaallah..Terrbaa
ikkk..! November 10 at 2:58pm · · 1 - Datuk Jem Tuan Adie Adnan Pandangan saya...Majikan dan Pekerja masing-masing ada kepentingan tugas.Ibarat kan semuanya duduk didalam sebuah kapal.Majikan itu adalah Nakhoda dan pekerja itu kelasi,sekiranya kelasi itu tidak memain kan peranan dengan tugas masing-masinng maka nakhoda pun tak boleh membawa halatuju kapal itu.Dengan itu ia akan karam maka terkapai-kapai lah orang-orang yang berada didalam kapal itu dalam kelemasan.Maaf klu pandangan saya ini salah....Sebab saya sekolah sampai darjah 5 sahaja hehehe..November 10 at 3:37pm · · 2
- Rabeah Mohd Ali Bos penyayang pekerja cemerlang,
Saling faham memahami begitu yang sebaiknya;
Pasti syarikat meraih berlipat kali ganda untung,
Sudah untung faham ajelah bos! bonus pekerja jangan dilupa.November 10 at 4:06pm · · 1 - Rabeah Mohd Ali PANTUN PEKERJA PENENTU MASA DEPAN NEGARA
Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja,
Berkerjalah dengan setulus ikhlas ;
Hidupmu akan dihargai kerana berjasa,
Moga budimu Allah membalas.
Tiada pekerja tiada kerajaan tiada Negara,
Justeru ada Negara adalah pekerja;
Apa pun bidang kerja sumbangannya pada Negara,
Kerajaan tidak dapat dipisahkan dengan pekerja.
Kerajaan pembela nasib pekerja,
Pekerja kerajaan dilayan seperti anak emas;
Tepat masa pulang habislah kerja,
Kerajaan naikkan gaji juga diberi bonus.
Untungnya sungguh pekerja kerajaan,
Kerja senang tak banyak cabaran;
Rakyat datang jangan cepat baran,
Pekerja berbudi bahasa menjadi pujaan.
Rakyat datang mahu berurusan,
Berurusan dengan penjawat awam;
Menunggu lama amat membosankan,
Membosankan berurusan penjawat awam.
Gaji nak bonus pun nak,
Tapi kerja tak setimpal gaji;
Bonus tak dapat mula memberontak,
Pekerja cemerlang kerajaan tetap memuji.
Kerajaan menyeru penjawat awam ,
Semua pekerjanya lakukan transformasi;
Demi kecemerlangan Negara dan orang awam,
Maka Negara maju kerana pekerja berdedikasi.
Malang sungguh pekerja swasta,
Masih ada juga sistem penghambaan;
Bekerja separuh mati gaji entah ke mana,
Kejam nya majikan tak ada perasaan.
Di era Negara maju serba moden,
Majikan untung berlipat ganda;
Gaji pekerja mereka tak naikkan,
Derita pekerja menyara keluarga.
Kerja separuh mati tak setimpal gaji,
Demi kehidupan teruskan juga;
Bos menghendik juga mengeji,
Hati merintih ditahankan juga.
Hati merintih ditahankan juga,
Demi meneruskan sebuah kehidupan;
Sanggup bersusah demi kelurga,
Mengharapkan sinar cahaya di masa depan.
Sabar pekerja menahan cabaran,
Menghadapi majikan yang tamak haloba;
Salah sikit dah panas baran,
Pekerja bersabar dalam kesempitan.
Gaji diberi tidak mencukupi,
Untuk menyara kehidupan keluarga;
Padahal majikan hidup serba mencukupi,
Sumbangan pekerja tidak berharga.
Mogok pekerja bos yang susah,
Mogok bos pekerja tak bergaji;
Hidup pekerja semakin susah,
Negara moden selalu tak begini.
Hari-hari bekerja demi sesuap nasi,
Mencari nafkah keluarga tercinta;
Setiap tahun bos menabur janji basi,
Memberi bonus semuanya helah belaka.
Mana lagi tempat hendak mengadu,
Pekerja malang derita tanggung sendiri;
Syukurlah ada hamba Allah ambil tahu,
Membela pekerja tidak dibiarkan sendiri.
Segala masalah mengadu kepada WNK,
Berjuang habis- habisan demi pekerja;
Berhujan berpanas sanggup bertekak,
Asalkan terbela nasib pekerja.
Dikutuk dihina tidak diambil peduli,
Memperjuangkan nasib pekerja bermati-matian;
Terbela nasib pekerja kepuasan di hati,
Kemenanganmu sentiasa kami nantikan.
Ya Tuhan jika kami di pihak yang benar,
Berilah kami kekuatan dan keazaman;
Moga rintihan kami mereka mendengar,
Bahagialah kami demi sebuah kehidupan.
Doa orang teraniaya tanpa hijab,
Hidup bersandar kepada Allah semata;
Berusaha bertawakal doa mustajab,
Berjuang tetap berjuang demi pekerja tercinta.
Tiada pekerja tiada kerajaan tiada Negara,aling faham memahami demi Negara;
Antara pekerja majikan juga kepimpinan Negara,
Kerana pekerja penentu masa depan Negara.
Pekerja penentu masa depan Negara,
Itu tidak dapat dinafikan mana-mana Negara;
Rakyat dibela diperjuangkan demi Negara,
Pekerja merealisasi tranformasi Negara
Karya: Rha NS
1 Mei 2011
(Bersempena Meraikan Sambutan Hari Pekerja)November 10 at 6:12pm · · 1 - Rabeah Mohd Ali Moga datuk jem sudi menerima rangkap-rangkap pantun di atas dengan senang hati tanpa prejudis.November 10 at 6:13pm · · 1
(PETIKAN DARIPADA WALL DATUK JEM)
3 Muharram 1433H
29 November 2011
Monday, 28 November 2011
BERJUANG TETAP BERJUANG DEMI PEKERJA TERCINTA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment