Buat Sahabatku Yang Sentiasa Tersanjung Di hati...
Maafkan aku kerana telalu banyak dugaan persahabatan kita
Hinggakan kau jadi penat dan aku jadi jemu untuk mempertahankannya
Telah berapa kali kita putus persahabatan kerana salah faham tanpa dirancang
Telah banayak kali kita rujuk kembali demi sebuah perjuangan suci kita
Angan mu anganku sama untuk mencipta kejayaan di bidang yang kita minati
Kita usaha sedaya upaya untuk menggapainya bersama
Tapi semalam buat aku hampir-hampir putus asa dengan sikapmu
Maafkan aku kerana tidak tahu kau sesibuk itu maafkan aku
Kupinta pada Tuhan agar memberi aku kesabaran yang tinggi
Aku tak mahu kerana salah faham kita berpisah lagi
Cukuplah keperitan perpisahan tika berpisah denganmu dulu
Ku bersahabat denganmu bukan kerana kecantikan dan kepandaian yang kau miliki tapi minatmu yang sama denganku dan kau telah berjanji untuk menyokongku kerana itulah kau sumber inspirasiku dan semangatku untuk berjuang tanpa henti bersamamu mana tahu apa yang kita angankan bersama menjadi kenyataan dengan IzinNya Amin
Dan Sebagai Tanda Terharuku Padamu Sambutlah...
Salam Kemaafan
Salam Silaturrahim
Salam Maal Hijrah
Salam Kejayaan
Salam Perjuangan
Salam Kasih Sayang Setulusnya
Salam Rindu Tanpa Jemu
Moga dengan bunga-bunga salam yang kukirimkan di angin lalu bisa buatkan kau tersenyum....senyummu penawar dukaku.
Terima kasih kerana sudi bersahabat denganku
Dan sudi terima segala ketidaksempurnaanku
Kau ditakdirkan menjadi sahabatku
Dan aku ditakdirkan untuk menjadi sahabatmu
Dalam ikatan ukhwah puisi berpanjangan
Dalam ikatan kasih sayang yang telah terpatri di hatiku buat selamanya.
Suara kalbu sahabat seperjuanganmu Rha NS
Kepada sahabat seperjuanganku Ruf NS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment