Rabeah Mohd Ali
Pejuang Seni Wahai sahabatku
Kuhargai kata-katamu
Kunantikan khabar baik darimu
Demi perjuangan bersamamu.
9 hours ago · · 1
Rabeah Mohd Ali Bersahabat denganmu rasa teruja,
Rasakan dunia sastera kita yang punya;
Semangat juangmu tak kulupa,
Terharuku kau sudi berjuang bersama.
9 hours ago · · 1
Pejuang Seni Hadirmu tak kuduga
Menemani perjalananku menuju destinasi
Meskipun dunia kita sedikit berbeza
Namun matlamat kita terus bersemi.
9 hours ago · · 1
Rabeah Mohd Ali Matlamat kita terus bersemi,
Perjuanganmu pejuanganku tak pernah terhentii;
Kita fikirkan bersama pelbagai strategi,
Bagi menjayakan hasrat yang murni.
9 hours ago · · 1
Pejuang Seni Perjuangan perlu diteruskan
Meskipun langkah kadangkala terhenti
Hasrat yang murni perlu dipertahankan
Meskipun ada anasir cuba menodai.
9 hours ago · · 1
Rabeah Mohd Ali Jika ingin teruskan perjuangan,
Jangan hiraukan onak dan duri;
Kita saling memberi sokongan,
Biarpun cabaran bagaikan tsunami.
9 hours ago · · 1
Rabeah Mohd Ali Jangan berumah di tepi pantai,
Kalau tak sanggup dilambung gelombang;
Jangan hiraukan segala onak dan duri,
Kalau mahu matlamat sampai ke penghujung.
9 hours ago · · 1
Rabeah Mohd Ali Berjuang terus berjuang,
Pendekar melayu pantang dicabar;
Perjuangan suci sampai ke penghujung,
Jangan sesekali fikirkan berundur.
9 hours ago · · 1
Rabeah Mohd Ali Pejuang seni samalah seperti pendekar melayu,
Kekuatan pendekar melayu pada kerisnya;
Kekuatan pejuang seni pada mata penamu,
Pemikiranmu mesti pantas mencerna idea.
9 hours ago · · 1
Rabeah Mohd Ali Pejuang seniku kau pelapis generasi muda,
Justeru jangan mudah berputus asa;
Pejuang lama akan pergi jua,
Perginya nanti kaulah pewarisnya.
9 hours ago · · 1
Rabeah Mohd Ali Menulis jangan sekali untuk mencipta nama,
Hanya semata kerana Allah Tercinta;
Biarlah mereka tidak mengenali kita,
Yang penting karya kita bertahta di hati semua.
8 hours ago ·
Pejuang Seni Onak dan duri hiasan duniawi
Kiranya dilayani terbuailah diri
Tetapkan pendirian diri sendiri
Demi sebuah perjuangan yang sangat bererti.
8 hours ago · · 1
Rabeah Mohd Ali Perjuangan tak akan terhenti,
Selagi nyawa di kandung badan;
Perjuangan dipertahankan hingga ke mati,
Asalkan aset warisan dapat diwariskan.
8 hours ago · · 1
Pejuang Seni Tak terlintas di hatiku untuk mencipta nama
Tak terbuku di jiwaku untuk karyaku bertakhta di hati semua
Kuhanya ingin berkongsi cerita
Bersama merenunginya.
8 hours ago · · 1
Pejuang Seni Perjuangan dalam pelbagai perkara perlu dipertahankan
Hingga titisan darah terakhir tersemat di hati
Usah gentar untuk memulakan
Kerana itulah jalan yang telah dipilih.
8 hours ago · · 1
Rabeah Mohd Ali Kalau sudah jelas matlamat dituju,
Azamkan cita menjadi bara;
Jangan pernah berasa jemu,
Moga semangatmu sentiasa membara.
8 hours ago · · 1
Rabeah Mohd Ali Jangan pernah berasa kecewa,
Jika kau gagal terus terusan;
Sudah lumrah sebelum berjaya,
Kecekalan perjuangan penuh kesabaran.
7 hours ago · · 1
Rabeah Mohd Ali Semangat membara tak pernah terhenti,
Demi merealisasikan sebuah perjuangan;
Semangat perjuanganmu amat kuhargai,
Berjanjilah denganku akan kau buktikan.
7 hours ago · · 1
Pejuang Seni Kegagalan itu pernah kurasai
Menusuk ke jantung menikam ke hati
Aku tak ingin mematri janji
Kuingin lalui hidup ini mengikut caraku sendiri.
7 hours ago · · 1
Rabeah Mohd Ali Semua orang mengikut cara tersendiri,
Kerana mahu citarasa sendiri;
Aku jenis insan yang memahami.
Setiap citarasa yang empunya diri.
- 15 hours ago · · 1
Pejuang Seni Terima kasih kerana memahami
Itulah lumrah hidup di dunia
Semoga kita saling memahami
Demi hubungan yang tercipta.
about an hour ago · · 1
Rabeah Mohd Ali Ku juga sepertimu ingin hidup caraku sendiri,
Caramu caraku memang berbeza;
Yang penting saling memahami,
Pendirianmu penderiaanku saling terima apa adanya.
about an hour ago · · 1
Pejuang Seni Kukenali sedikit kelainanmu
Kuhormati akan caramu
Demi kebahagiaan bersama
Menutupi perbezaan yang ada.
about an hour ago · · 1
Rabeah Mohd Ali Jika benar katamu setulus hatimu,
Ku bahagia penuh terharu;
Perjuangan dunia akhirat matlamatku,
Kerdilnya aku kumuhasabah diriku.
about an hour ago ·
Pejuang Seni Meskipun ku baharu mengenalimu
Telah banyak kenangan bersamamu
Andai itu perjuangamu
Semoga Dia merestuimu.
about an hour ago ·
Rabeah Mohd Ali Amin Amin Amin Ya Rabbal A'Lamin,
Terima kasih atas doamu itu;
Salah dan silapku harap dimaafkan,
Setiap yang baik dariNya yang kurang itu dari diriku.
44 minutes ago · · 1
Pejuang Seni Aku hanya insan biasa
Berkata mengikut luahan hati dan pemikiran logik sahaja
Harap dimaafkan kiranya kata menyentuh hati
Semoga kita saling mengerti.
23 minutes ago ·
Rabeah Mohd Ali Aku insan yang tidak berkelulusan tinggi,
Siapalah aku nak dibanding denganmu;
Berfikiran logik berpengetahuan tinggi,
Berkata yang logik tingginya ilmumu.
7 minutes ago ·
Rabeah Mohd Ali Justeru aku tak layak bersamamu,
Ilmumu tinggi mencakup awan;
Biarlah aku dengan caraku,
Baru tenang rasa jiwaku berpanjangan.
5 minutes ago ·
Rabeah Mohd Ali Terbanglah tinggi bersama ilmumu,
Terus terang aku tidak setandingmu;
Harap kau hormati keputusanku,
Perjuanganmu memang berbeza denganku.
3 minutes ago ·
Rabeah Mohd Ali Maafkan aku kerana aku suka menyendiri,
Bersama meraka yang memahami,
Menerima pemikiranku tidak tinggi,
Kuundur diri maafkan aku dan kau sentiasa di hati.
a few seconds ago ·
PETIKAN DARIPADA WALL PEJUANG SENI)
7 Muharram 1433H
3 Disember 2011
0 comments:
Post a Comment