Friday, 2 December 2011

AKU MAHU MATI DALAM KALIMAH SYURGA LAAILLAAHAILLALLAH MUHAMMADAR RASULLUALLAH



Rabeah Mohd Ali
Tolong Tarbiyahkan Aku

Teman…
Tolong tarbiyahkan aku
jika aku lupakanmu
kerana aku mahu
bertalisiraturrahim denganmu.

Teman…
Tolong tarbiyahkan aku jika
bicaraku menyinggung hatimu
kerana aku adalah teman sejatiku.

Teman…
Tolong tarbiyahkan aku
jika aku sombong padamu
kerana aku tidak mahu
menjadi bongkak sombong.

Teman..
tolong tarbiyahkan aku
jika aku tergolong
orang yang riak
kerana aku takut
Tuhan membakar amalanku
lalu campakkan aku
ke neraka jahannam
nauzubillah.

Teman…
tolong tarbiyahkan aku
jika aku terlalai daripada
Mengingati Allah
Memuji Allah
MengagungkanNyai sebilang masa dan ketika
kerana aku mahu mati
dalam kalimah Syurga
LaaillaahaillAllah MuhammadarRasulluAllah
Tiada Tuhan Kecuali Allah Nabi Muhammad Pesuruh Allah

Karya Rha NS
(17.2..2011)
· · · 11 hours ago

  • 3 people like this.

  • (PETIKAN DARIPADA PENAWAR BAGI HATI)
    6 Muharram  1433H
    2 Disember 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;