- AKU MENULIS BUKAN FANTASI ATAU ANGAN-ANGAN
 Jangan risau duhai Raisya Scorp...selagi kamu menulis untuk mengundang Rahmat Kasih Ilahi...pasti jiwamu akan tenang dan tak hiraukan pandangan dari manusia....cumanya bezanya kau dan aku...
 aku menulis mengikut gerak hati bukan fantasi atau angan-angan seperti yang kamu dan kawan kamu bilang ke aku...malangnya aku cuma di grup ini saja tiada yang sudi like tapi di grup lain like dan sentiasa meniupkan semangat untuk aku menulis...sehingga terhenti nafas terhentilah pena...dan aku percaya setiap yang baik itu datangnya dari Allah SWT. Aamiin.
 PUTRI RIMBA NIAGARA
 20 Jun 2012
 KERANA RINDU BUAT AKU TERLUKA
 Ahhh aku benci pada rindu
 Kerana rindu buat aku terluka
 Kerana rindu aku tertunggu-tunggu
 Jawapan yang tak pasti
 Aku tak suka yang tak pasti
 Aku cemburu dengan dia...
 Memiliki rindumu
 Dan rindumu bukan milikku
 Lalu aku terluka dalam duka mencuka
 Hatiku sakit dengan dia....
 Dia....dia...yang kau puja...
 Aku mengelamun dalam
 Cinta tak kesampaian...
 Malangnya aku mencintaimu
 Cintaku tak terbalas cinta
 Biarpun begitu
 Aku terus merinduimu...
 PUTRI RIMBA NIAGARA
 29 Jun 2012
 - SEIRING DENGAN ZIKIR PADA-NYA
 mata bintangmu menikam
 tangkai jantung hatiku
 lalu putus
 lalu berhenti berdetak....
 malangnya aku mencintaimu
 kerana mata bintangmu
 membuatkan jantungku
 berhenti berdetak...
 moga aku jatuh cinta pada
 hatimu yang terpasak dengan pasakan iman
 agar terus berdetak
 seriring dengan zikir pada-Nya
 PUTRI RIMBA NIAGARA
 29 Jun 2012
 
 
 - MEMAHAMI CINTA ATAS KETENTUAN-NYA
 Duhai Saldi Salad....
 Tak hayati ke puisi tersebut?
 Puisi tersebut menceritakan
 Si bidadara sibidadari sudah berada di alam perkahwinan
 (Contohnya - sudah memiliki cincin permatakan Syurga?)
 Tapi cintanya tak lama kerana telah dibakar oleh
 Yang dengki dengan kebahagiaan mereka...
 Api cemburu membuatkan mereka sakit hati
 Pada pasangan bidadara & bidadari
 Duhai Saldi Salad....
 Saya sangkakan orang puisi faham apa yang dimaksudkan
 Tapi rupanya tak faham
 Yang peliknya pujngga lain yang menulis
 Puisi berbentuk cinta jiwang-jiwang dan menyakitkan hati
 Tak pulak dipertikaikan....apa ini?
 Kita ke sini berpuisi untuk
 Menghayati keindahan
 Betapa indahnya cinta
 Yang Allah redha
 Dan sabar dengan segala bentuk
 Dugaan bilamana mereka mendengki...
 Jika dengki mendengki ini tidak dihapuskan
 Itu yang jadinya sampai membakar...
 Apa yang saya ceritanya ini adalah kisah
 Benar yang terjadi di negara saya semalam
 Mati dibakar oleh mereka yang tidak boleh
 Menerima hakikat cinta dalam ketentuan-Nya....
 Bukalah mata hatimu duhai Saldi Salad...
 Apa yang ingin disampaikan oleh saya
 Saya menulis puisi tersebut cinta mereka
 Sudah ada dalam redha Ilahi...
 Kenapa ini menjadi masalahmu duhai Saldi Salad?
 Kalau tak faham hayatilah banyak-banyak kali....ye
 Pasti faham...dan hayati juga puisi rakan-rakan mu yang lain
 Dan buat pandangan bernasmu pada puisi mereka
 Pasti mereka tak berani nak buat puisi cinta
 Yang sebelum cinta dalam redha Ilahi...
 Kalau mereka buat juga tapi Saldi Salad diam juga
 Bermakna Saldi Salad perlu muhasabah diri dan saya
 Juga muhasabah diri kerana niat baik saya salah sudah
 Disalah artikan
 Sekadar puisi pun menjadi masalah mu...
 Apa cerita ni...
 Duhai Saldi Salad....
 Andai kata cinta tidak menyebelahi saya
 Saya sudah redha atas cinta ketentuan-NYa
 Itulah intipati puisi tersebut mahu mempasakkan
 Kalimah tauhid kepada pembaca
 Agar redha setiap ketentuan-Nya
 Dan takkan wujud iri hati atau cemburu buta
 Kerana cemburu sanggup berbunuhan....
 Nauzubillah kalau macam itu...
 Duhai kanda werdys
 Jika takdir cinta menyebelahi dinda...dinda syukur
 Jika tiada dinda redha atas cinta adalah ketentuan-Nya
 Moga kanda juga begitu hendaknya ye...
 Barulah roh dan jasad kita akan aman
 Tak akan ada kecewa dan saling mendendami
 Duhai dinda suwandy...
 Terima kasih atas segala sokongan dinda
 Pada dunia karya kanda
 Kanda amat hargai
 Dan kanda akan bawa
 Hingga ke mati...Insya-Allah Aamin
 KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
 29 JUn 2012
1 Julai 2012
 


 


 
