Friday, 29 June 2012

SAYANGKU SAYANGMU - 58 ROH SUCI RAKAN SASTRA ALLAHYARHAM WAHYUDI




    • Innalillahi wa inna ilaihi roji'unn
      telah berpulang ke rahmatullah, kawan, sahabat, keluarge kite WAHYUDI (Obet / Bayu)
      bagi kawan2 ALUMNI MTs.N1(2000/2003) dan SMU.N4(2003/2006) yang di Pontianak kalo maok ngelayat,
      rumah alm di Gg. PADIi 6 (depan masjid)
      saye nitip salam buat keluarge..soalnye msh di Solo
       ·  · 2 hours ago · 
      • You and Azridah Ps Abadi like this.
        • Naga Pamungkas innalillahi wa inna ilahi rojiuun ... selamat jalan sahabat. semoga berada di Sisi-NYA; tempat yang damai yg abadi. Buat keluarga yang ditinggalkan agar tetap tabah
          2 hours ago ·  · 2
        • Azridah Ps Abadi Al-fatihah..
          2 hours ago ·  · 3
        • Naga Pamungkas surat yassin ...
          2 hours ago ·  · 3
        • Asmira Suhadis innalilahiwainnailahirojiun.....alfatihah..moga ditempatkan dikalangan para ambia..insaallah'
          2 hours ago ·  · 3
        • Rabeah Mohd Ali SEBAGAI ROH DI KALANGAN HAMBAMU YANG BERIMAN

          Sahabat...
          Biarpun nyawamu sudah habis
          Tapi rohmu masih hidup
          Hidup dan terus hidup
          Tika jasadmu hidup...
          Kita tahu wujudnya roh
          Tapi kita tiada rasa kehadirannya hidup bersama kita
          Selama kita hidup
          Pabila kita solat bertemu Tuhan
          Allah nampak kita
          Dan kita rasakan kehadiran Tuhan
          Cumanya jika kita tidak lalai dalam solat

          Bila kita sudah bergelar roh
          Roh cuma melihat jasad yang terbaring kaku
          Sebelum dimandikan dikafankan disembahyangkan dikebumikan
          Kini barulah kita yakin seratus peratus kita adalah roh
          Bukan manusia lagi yang hidup
          Mereka yang hidup tak nampak kita
          Tapi kita nampak mereka
          Sedang meratapi kematian kita
          Kita ...bercakap-cakap dengan mereka
          Tapi mereka tidak mendengar apa yang kita cakapkan
          Semuanya sudah tiada apa-apa makna lagi...

          Yang bermakna sekarang...
          Bekalan yang di bawa...
          Ye bekalan...
          Allahu Akhbar ....
          Adakah aku sudah bersedia untuk bertemu dengan Tuhanku
          Yang menciptakan aku...
          Yang memberi peluang ketika aku hidup di dunia
          Ya Allah berkat aku bersangka baik dengaMu Ya Allah
          Terimalah segala bekalan yang kubawa ini
          Biarpun bekalan ini... malu untuk aku persembahkan padaMu
          Serasa mahu aku dihidupkan semula
          Agar aku masih berkesempatan mengumpul lagi sebanyak bekalan
          Walaupun dengan menyebut sepatah perkataan Allahu Akhbar
          Tapi mana bisa mungkin aku dihidupkan semula
          Masa untukku sudah tamat
          Sudah tercatat aku ditakdirkan hari ini adalah hari terakhir aku
          Berhidup di bumi Tuhan.
          Hari ini mahu tak mahu aku akan berjumpa dengan Tuhanku
          Aku akan ditanya soalan kubur dan hari ini bersedia atau tidak aku mesti bersedia apa saja yang berlaku ke atas aku ...tak boleh sebut redho kerna redho itu hanya diberi peluang tika hidup di dunia saja.
          Apa saja setelah mati adalah balasan yang setimpal dengan amalan ketika berhidup di dunia....
          Allahu Akbar semasa hidupku yang aku pasakkan di kalbu bahawa
          Kau sentiasa mengikut prasangka hambaNya...aku selalu berperasangka baik padaMu Ya Allah makaNya terimalah rohku ini
          Sebagai roh-roh di kalangan hambaMu yang beramal soleh.
          Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin.

          Karya Putri Rimba Niagara
          29 Jun 2012
          26 minutes ago ·  · 1
        • Werdys Kalbary Innalillahiwainnailahirajiun...Alfatihah...ini yang meninggal Wahyudi kan ? bukannya Wahyu Yudi ?
          11 minutes ago ·  · 1
        • Alia Husnah ‎.
          Selamat Jalan WAHYUDI

          Bagai petir menggelegar
          Tanpa mendung berkelabu
          Seketika menetes air mata
          Tiada henti tak terbendung

          Tubuh yang tak pernah lelah
          Senyum selalu terurai
          Tawa selalu tertumpah
          Nyaris tak ada duka

          Lama tak bersua
          Tiada kabar berita

          Namun tiba-tiba
          Pada sore hari ini
          Yang tak pernah kuduga
          Berita kehilangannya

          Sungguh sangat pilu
          Menggores luka
          Kenangan indah
          Tak pernah terlupa

          Kau tak hanya sahabatku
          Kaulah saudaraku
          Saudara yang paling kusayang
          Kau yang paling kurindu

          Kini tak lagi senyummu
          Kini tak ada lagi tawamu
          Kini tak ada lagi dirimu
          Disini.... diantara kami

          Selamat jalan kawan
          Senandungku bersama ahli surga
          Ikhlas kulantuntan
          Mengiringi jasadmu menghadap-Nya

          Selamat jalan WAHYUDI
          Innalillahi Wa Innailaihi Raji'unn

          Pondok Kehidupan, 29 Juni 2012
          8 minutes ago ·  · 1
        • Rabeah Mohd Ali ROH SUCI YANG BERNAMA WAHYUDI

          Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
          Kepada roh suci rakan sastraku Allahyarham Wahyudi

          Kenangan bersamamu masih segar dalam ingatan kami
          Candamu gurau sendamu selalu membahagiakan hati kami Yang berduka
          Kau sentiasa membahagiakan kami
          Kau sentiasa menjaga hati kami
          Kau suka senyum
          Dan aku bahagia dengan senyumanmu
          Kau kata senyum tak perlu apa-apa
          Makanya senyumlah ..senyumlah duhai sahabatku
          Hadirnya kami sebagai sahabatmu
          Akan selalu membahagiakan dan menceriakan hidupmu
          ALLAHU AKHBAR
          Kami bersyukur pada Tuhan kerana mengurniakan
          Seorang sahabat yang sempurna di mata kami
          Biarpun dia selalu mengatakan dirinya tak sempurna
          Bagi kami kamu memang sempurna
          Sentiasa merendah diri
          Penyabar
          Bertutur dalam bahasa yang sejuk kalbu mendengarnya
          Penyayang
          Periang
          Ceria
          Sentiasa menjaga hati kawan-kawan
          Pemurah
          Bermuhasabah diri
          Beramal tapi tak pernah terdetik untuk membangga diri

          Duhai roh suci yang bernama WAHYUDI....

          Kau pergi atas jemputan Ilahi
          Makanya kami redha
          Kau pergi dulu daripada kami
          Dan kami juga akan menyusul kemudiannya
          Hanya masa yang menentukan bila
          Hanya DIA yang tahu

          Kami benar rindukan mu
          Serasa dunia ini hambar tanpa mu
          Kami redha atas pemergiaan mu
          Sebagai hamba-Nya yang sentiasa lemah untuk menerima hakikat
          Kami rindukan mu ...duhai roh suci Wahyudi
          Pasti kami terlalu rindu...rindu serindunya

          Kerana sifatmu yang mulia
          Seorang yang amat memahami sahabatnya
          Kami ingin menjadi sepertimu
          Sentiasa menyayangi sahabat dan menghargai sahabat Seumur hidup
          Kau selalu berkata pada kami
          Duhai sahabat andai kata aku pergi dulu sebelummu
          Kita tidak akan berpisah selamanya
          Kerana kasihmu telah kubawa hingga ke Syurga
          Di Syurga ku menantimu sahabatku...
          Sentiasa bersangka baiklah dengan Allah SWT Tuhan kita
          Insya-Allah kitakan bertemu...Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

          KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
          (DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAKAN SASTRA WAHYUDI MOGA ROHMU DIMASUKKAN KEDALAM ROH HAMBA-NYA YANG BERAMAL SOLEH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN)
          29 Jun 2012
          3 minutes ago ·  · 1



          (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
          29 Jun 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;