Monday, 25 June 2012

DALAM GENGGAMAN SIMFONI ILAHI KARYA RADEN SADHEWA & PUTRI RIMBA NAIGARA



  • satu-satu..
    rintik itu memecah darah merebah kanvas..
    wangi kupu karam dalam pelukan badai..
    memagut lapuk peti mati kian remuk sesirna cahaya lepas..
    satu-satu..
    moonlight sonata menikam malam..
    memar pijar gemintang gugur perlahan..
    tak ubahnya ranggas dedaunan disapu dera angin.....
    Senandung semerbak embun begitu rimbun
    di pucuk bukit subuh..mewarnai jiwa-jiwa yang merindukan suluh..
    mengusap mentari..mengkristal sebening pelangi..
    berdansa di pucuk dedaunan dan sudut sanubari..
    dengan kilauan altar langit dan irama nafas malaikat..
    dimana kuntum-kuntum rindu mekar mewangi..
    membasuh gelisah tanah pun desahan melodi pagi..
    dan kemudian terjun bebas menuju cahaya..
    seharum bunga cinta…
    seteduh malam purnama..
    sesejuk balutan sebuah rasa..
    dalam genggaman simfoni Ilahi..
    yang meluluhdamaikan jiwa-jiwa..
    membakarnyala kebekuan mata..
    merengkuh elegi musim semi..
    mendebam dinding jantung hati..
    dan pipimu kian merona melati..
    ketika bibirku mengunci indah senyumanmu
    dengan cumbuan kasih
    (..you and you..)
     ·  ·  · Yesterday at 2:29pm
    • You and 3 others like this.
      • SIMFONI NUR HIDAYAH KASIH-MU

        Kasih...
        Kau kata
        Cintamu ke aku
        Seperti simfoni terindah
        Lalu aku senyum
        Senyumku berpelangi cinta
        Hatiku yang mendung terus berpelangi cinta
        Di mana-mana
        Cinta...cinta....cinta...
        Suatu ungkapan
        Yang boleh menghidupkan segala yang suram
        Hidup yang sepi... muram....suram
        Terus ceria seperti bunga kembang pagi
        Hari-hari ceria...ceria...ceria...
        Seceria pelangi cinta
        Indah dipandang mata
        Indah di kalbu
        Hari-hari berlagu rindu
        Hari-hari berlagu kasih
        Agar kasih tak tersisih
        Saling cinta
        Saling sayang
        Saling memahami
        Saling mengerti
        Saling berbaik sangka
        Tiada rasa terluka
        Tiada rasa disakiti hati
        Melainkan bahasa-bahasa Syurga
        Yang membuatkan semua mendengar terasa
        Tenang roh dan jasad
        Hidup di dunia dirasakan di Syurga
        Sedangkan Syurga adalah teramat indah
        Daripada dirasakan di dunia ini
        ALLAHU AKHBAR
        Syurga idaman semua yang mencintai-Nya
        Cintakan-Nya mudah dilafazkan
        Untuk buktikan...
        Ramai yang gagal
        Kerana ujian untuk buktikan cinta seikhlas-Nya
        Terlalu hebat
        Sehebat cinta-Nya
        Jika kita jatuh cinta pada-Nya sekali
        DIA akan balas bekali-kali tak terkira banyak-Nya
        ALLAHU AKHBAR
        Bila cinta-Mu wujud takkan hilang
        Hingga KAU bawa ke Syurga-Mu
        Memang benarlah KAU Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
        Kasihku dan amalanku yang terlalu sedikit
        KAU balas dengan berganda-ganda banyak-Nya Ya Allah
        ALLAHU AKHBAR
        Malu aku Ya Allah
        Syahdu hatiku
        Betapa Kau
        Maha Pengasih
        Maha Penyayang
        Tanpa Batas
        Tanpa Had
        Cinta-Mu pada hamba-Mu
        Yang mencintai-Mu
        Tanpa syarat siapakah status hamba-Mu itu
        Asalkan ikhlas mencinta-Mu
        Sanggup berkorban apa saja demi meraih cinta-Mu
        Apa yang dibuat bukan mahu pandangan manusia
        Tapi hanya mahu pandangan-Mu Ya Allah

        Ya Allah kami semua mengaku sebagai hamba-Mu
        Kami mahu taat pada semua perintah-Mu
        Kami mahu kasih pada-Mu
        Kami mahu cinta-Mu
        Maka-Nya balaslah kasih dan cinta kami
        Agar kasih kami tak KAU sisih
        Agar kami tak menyesal setelah kami mati

        Di dunia kami bertemu-Mu tika solat
        Tika nafas terhenti roh kami diangkat bertemu-Mu
        ALLAHU AKBAR
        Saat betapa indahnya pertemuan di kala itu
        Pasti hanya KAU dan HAMBA-MU saja yang tahu
        Betapa indah-Nya Pertemuan di kala itu

        Maka-Nya sebelum kami
        Bertemu-Mu
        Limpahkan Nur Hidayah Kasih-Mu
        Pada kami hamba-Mu

        Simponi Nur Hidayah Kasih-Mu
        Mengajak
        Semua hamba-Mu
        Meng-Agungkan-Mu
        Di sebilang masa dan ketika
        Agar roh dan jasad
        Kami tertabiyah
        Untuk menuju jalan-jalan
        Nur Hidayah Kasih-Mu
        Selagi hayat di kandung badan

        Perkenankanlah Ya Allah
        Perkenankan hajat-hajat kami
        Untuk menuju jalan-jalan ke Syurga-Mu

        Aaamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

        KARYA: PUTRI RIMBA NIAGARA
        25 Jun 2012
        a few seconds ago · 

        (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUISI ILAHI)
        25 Jun 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;