Wednesday, 27 June 2012

SAYANGKU SAYANGMU (32) KEKASIHKU SE PUTERI CENDANA



  • KEKASIHKU SI PUTERI CENDANA

    Sewaktu ombak hadir membadai
    duyung akan pergi jauh meninggalkan pantai
    terpaksa berpisah dengan kekasihnya
    Si Puteri Cendana
    bukan
    tak cinta
    tak rindu
    tak sayang
    tapi apa nak buat
    bercinta antara dua alam
    alam duyung alam manusia
    manakan sama
    tapi hatimu hatiku
    telah berpadu cinta
    makanya usahlah kau
    bimbang dan ragu
    biarpun kita
    berlainan alam
    kau tetap
    kucinta seumur hidupku
    percayalah
    lafaz ini lahir
    dari lubuk hatiku yang dalam

    Lihatlah keindahan pantai itu
    airnya tenang membiru
    ombak kecil tak jemu
    mengheret pepasir putih
    di persisir pantai

    Bagimana ombak tak jemu mengheret
    pepasir putih di persisir pantai nan indah
    begitulah cintaku pada mu duhai kekasihku Si Puteri Cendana
    begitu jugalah aku tak jemu-jemu merinduimu dan
    mencintaimu seumur hidupku

    Indah deretan pepohon kelapa di persisir pantai
    melambai-lambai dituip angin sepoi-sepoi bahasa
    begitulah indahnya cintaku padamu
    duhai Si Puteri Cendana

    Setialah menantiku
    di persisir pantai pasirnya yang memutih itu
    bila sampai waktu dengan izin-Nya jua
    aku akan melamarmu
    menjadi bidadari dunia akhiratku
    pasti cincin permata Syurga
    yang kau impikan itu
    menjadi milikmu
    Insya-Allah sayang
    kekasihku Si Puteri Cendana
    yang cantik jelita mempesonakan imanku
    cantiknya kamu bak Bidadari Syurga

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    12 Jun 2012
     ·  ·  · June 12 at 2:34pm
    • Werdys KalbaryWan Suwandy and 3 others like this.
      • Kembara Sirua Diambang batas sang waktu
        Dia masih berdiri kaku
        Sambil terpaku
        Memandang laut yang tak kunjung beku
        Menanti dalam diam dan bisu
        June 12 at 9:31pm ·  · 2
      • Rabeah Mohd Ali Nama pun patung cendana
        Sebab itu kaku dan bisu
        Kalo sudah habis sumpahan
        Barulah hilang segala kebisuan yang kaku
        Dan diapun mengerti...
        Hehehehehehe
        Apa pun terima kasih pada Kembara Sirua kerana sudi berpuisi
        Bersama hamba...si patung cendana yang tak bisu tapi bersuara...hehehe
      • Kembara Sirua Retas segala badai yang menghadang
        Sibak semua tabir yang jadi penghalang
        Agar kian jelas rahasia siang dan malam
        Agar tak ada lagi galau dalam kebisuan
        Agar hati tetap memendarkan cahya dalam gulita
        Lewat untaian syair..
        Lewat bait bait puisi
        Lewat nada nada kasih
        Antara Hamba dengan Pencipta
        June 12 at 9:42pm ·  · 2
      • Rabeah Mohd Ali IKRAR JANJI SEORANG HAMBA KEPADA PENCIPTA-NYA

        Duhai rakan sastra yang tersanjung di hatiku
        Kau sumber inspirasiku
        Di kala hati ini berduka
        Kau sapukan airmataku
        Dengan sapu tangan kasih setulus hatimu
        Di kala aku disepikan
        Kau saja yang sudi menyahut puisiku berlagu rindu
        Lalu aku rindu serindunya padamu

        Di kala bulan memunculkan dirinya
        Wajahmu ada di situ
        Senyum padaku
        Dan kudengar jelas
        Gurindam puisimu berlagu rindu
        Dan tanganmu kau hulurkan padaku
        Menjemputku ke bulan
        Bersamamu
        Berlagu puisi
        Puisi tentang rindu
        Puisi tentang rindu pada-Nya
        Dan kita sama-sama memuji-Nya
        Tanpa henti dalam linangan airmata
        Syahdu...
        Bahagianya kita di kala itu
        Kerana bulan
        Tak jemu
        Mengajar kita
        Tentang rindu
        Tentang cinta
        Dan kita berkasih sayang
        Sesama semata kerana-Nya
        Bukan kerana harta dan pangkat
        Kerana itu tidak dibawa ke
        Padang Mahsyar
        Yang akan dibawa
        Cinta dalam Redha Ilahi

        Di Mahsyar kita sendirian
        Dibakar terik mentari sejengkal kepala
        Merenangi lautan peluh yang berpeluh-peluh
        Untuk menjawab segala ikrar janji seorang hamba
        Pada Pencipta-Nya

        Tiada siapa yang dapat membantu kita
        Di kala itu biarpun orang yang kita sayangi di dunia dulu
        Yang menjadi peneman setia di kala itu
        Dan amat berharga untuk menebus diri
        Adalah amalan yang di terima-Nya

        Jika terlepas kita di Mahsyar
        Makanya
        Pintu Syurga menanti
        Terbuka seluas-Nya
        Untuk kita yang bahagia
        Dari segala azab sengsara

        Dan ketika itulah
        Cinta kita yang kita Agungkan
        Kerana-Nya akan bertaut kembali

        Dan ku bersyukur dengan
        Hubungan kasih sayang kita
        Setulusnya kerana-Nya
        Tanpa syarat kebendaan harta
        Untuk menjalinkan kasih kita
        Akhirnya membawa kita
        Ke Syurga Ilahi
        Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

        KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
        12 Jun 2012
        June 12 at 9:53pm ·  · 1
      • Kembara Sirua Dalam jejakku
        Dalam langkahku...
        Dalam Pijakku...Dalam setiap tarikan nafasku..
        Rindu itu selalu terbawa
        Rindu itu selalu kurasa
        Rindu itu selalu kuasah
        Kurangkai dalam untaian nada
        Kurajut dalam jalin lagu
        Lagu sendu penuh syahdu
        Sebagai pelipur rindu yang mendayu kalbu
        June 12 at 9:58pm ·  · 1
      • Rabeah Mohd Ali BAYANGAN RINDU DI AMBANG SENJA

        Senja akan datang
        Setiap kali senja
        Aku menanti mu di ombak rindu
        Aku akan terdera rindu pabila di ambang senja
        Kerana bayangan yang kurindu akan hilang
        Ditelan kabus senja
        Aku redho kalau itu hukum alam

        Tapi sampai bila aku harus
        Terdera rindu pabila setiap kali
        Di ambang senja?

        Makanya...
        Biarlah ini senja yang terakhir
        Kumelihat bayangmu hilang
        Ditelan kabus senja

        Selamat tinggal bayangan rindu
        Dengan pelepasan rindu bayangan cintamu ini
        Aku sudah tidak terdera rindu
        Rindukan bayangan cinta yang menghilang entah di mana?

        Bayangan cinta ...
        Adakah kau sakit?
        Adakah kau tidak cintai aku lagi?
        Sedangkan kau sendiri kata
        Di mana ada bayanganmu
        Di situ ada cinta kamu untukku

        Ahh! Teganya kau sepikan cintaku
        Janji mana yang hendak kupercayakan lagi padamu

        Cukup ....cukup sudah
        Kau kecewakan aku
        Aku sudah letih untuk dikecewakan lagi
        Makanya izinkan aku
        Sendirian bersama lukaku
        Yang kurawat sendiri
        Dengan pasrahku pada-Nya

        KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
        12 Jun 2012
        June 12 at 11:40pm ·  · 1
      • Kembara Sirua Diambang batas senja penantian itu
        Kuakan datang membawa keindahan malam
        Walau gelapnya terbalut berjuta misteri dan tanya
        Namun satu hal pasti
        Yang masih menyisakan asa terindah
        Bahwa diakhir malam..
        Fajar kan terbit dengan indahnya
        Diantara kesejukan embun
        Yang bergelayut dipucuk dedaunan
      • Rabeah Mohd Ali UKIRAN DAUNAN KASIH PUTRI RIMBA NIAGARA

        Daunan kasih lambang kasih sayang sejati
        Penghuni Rimba Niagara hidup berkasih sayang
        Saling mempertahankan kasih sayang
        Selagi nyawa di kandung badan
        Kerana kasih setulus hati nan ikhlas kerana-Nya
        Penting kerana kasih tak tersisih
        Kasih bawa ke Syurga

        Kasih dan cinta
        Bukan berlandaskan
        Kepentingan sendiri

        Tak akan ada cemburu
        Sakit hati
        Luka dilukai

        Yang ada kasih sejati
        Berkorban jiwa
        Demi kasih setulus ikhlas kerana-Nya

        Jadinya
        Seluruh penghuni Rimba Niagara
        Pentingkan kasih dan sayang demi-Nya

        Moga Allah SWT pelihara
        Seluruh penghuni rimba niagara
        Daripada mereka-mereka
        Yang ada niat untuk
        Memusnahkan kasih sejati kerana-Nya

        Hidup ini cumalah setetes cuma
        Apalah ada pada kami penghuni rimba ini lagi
        Melainkan kami mahu kedamaian dan
        Ketenangan jiwa yang abadi
        Sebelum dijemput pulang ke pangkuan Ilahi

        Ya Allah moga kedamaian seluruh penghuni
        Rimba Niagara ini dapat bertumpang teduh
        Di bumi-Mu dengan dengan aman dan bahagia
        Tenang indah seperti hidup di alam Syurga-Mu

        Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

        KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
        12 Jun 2012

        WAHAI JIWA YANG TENANG...

        surat Ar-Rad : 28:

        “Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”

        (wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masukah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).

        BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH

        Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
        (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

        DUNIA YANG HINA

        Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
        (Riwayat al-Tirmizi)

        UKIRAN DAUNAN KASIH PUTRI RIMBA UNTUK SEMUA YANG DIKASIHI DAN DISAYANGI DUNIA AKHIRAT SAMADA YANG HIDUP ATAU YANG TELAH MENINGGAL DUNIA...SEGALA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI ..SEMOGA SEGALA NIAT MURNI DAN DOA YANG DIUKIRKAN DI DAUNAN KASIH PUTRI RIMBA NIAGARA DIMAKBULKAN ALLAH SWT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
        15 Jun 2012
        June 15 at 7:09am ·  · 1

0 comments:

Post a Comment

 
;