Wednesday, 27 June 2012

SAYANGKU SAYANGMU (45) - UKIRAN KASIH PUTRI RIMBA NIAGARA & PUTRA WERDYS KALBARY



    • TALI JIWAMU

      Tali jiwamu telah tersimpul mati
      Di kalbuku
      Hanya kematian memisahkan cinta kita

      Duhai kasih yang terkasih
      Jika tali jiwamu putus
      Putuslah cintaku

      Biarpun putus
      Aku tak setega itu
      Melepaskan cinta itu
      Kerana tali jiwamu
      Telah tersimpul mati
      Di hatiku
      Hanya kematian memisahkan kita

      Moga tali jiwamu kusimpul matikan hingga ke Syurga
      Izinkan aku bawakan ke Syurga dengan redha cintamu Cinta-Nya
      Kerana kasih kita
      Telah tercatat di Lauhmahfuz
      Hanya DIA yang tahu
      Akan
      Tali jiwamu tali jiwaku
      Dan aku sentiasa bersangka baik pada-Nya

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      7 Jun 2012
       ·  ·  · June 6 at 11:31pm
      • Werdys Kalbary and 2 others like this.
        • Kembara Sirua Tali jiwamu..
          Ikatkan menjadi satu
          Pada yang SATU
          Agar hatimu tetap bersatu
          Kala jasadmu tak lagi dapat bersatu
          June 7 at 11:09pm ·  · 1
        • Rhian D'Kincai ‎--- bunga gugur di atas juwa yang terkubur, maka gugur pulah hal ikhwal antar kita --- (WS Rendra)
          June 8 at 2:40am ·  · 1
        • Rabeah Mohd Ali KUJAHIT LUKAMU DENGAN BENANG CINTAKU

          Oh kekasihku...
          Jika teramat parah lukamu
          Terlalu mendalam dek kerana kekasihmu itu
          Biarkan kujahit lukamu dengan benang cintaku
          Agar boleh kulihat senyumanmu.

          Jika air matamu tidak berhenti merinduinya
          Aku tak boleh menghentikan
          Kecuali terhenti sendiri atas kemahuanmu.

          Aku yang jauh di sini
          Mendoakan kau tidak bermuram durja
          Selalu tersenyum
          Menjadi penyeri di laman cinta
          Sentiasa mewangi
          Di waktu pagi petang dan malam
          Teman-teman di sekelilingmu pasti bahagia
          Melihatmu sentiasa ceria menghadapi hari-hari mendatang.

          Jika kau terasa rindu padaku
          Pandanglah bulan purnama
          Di situ aku melemparkan senyuman sayang untukmu.

          Jika kau tak sudi membalas senyumanku itu
          Bermimpilah tentang aku
          Aku sedia mendengar rintihan kalbumu
          Kerana aku teramat menyayangimu
          Tanpa jemu menyintaimu seumur hidupku.

          Karya Putri Rimba Niagara
          8 Jun 2012
          June 8 at 5:09am ·  · 1
    •  this.
      • Rabeah Mohd Ali BULAN FAHAM ARTI RINDU DAN CINTA

        Pabila rinai gerimis buat kau terdiam dalam kelam...
        Maafkan aku gagal menyelami hatimu
        Yang rindu padaku
        Rupanya kau menyulam rindu padu
        Sedangkan aku berpura dalam senduku
        Menantikan bulan membalas rinduku
        Karena bulan tak jemu mengajar
        Aku arti rindu dan cinta
        Pada Maha Pencipta Cinta
        Yang mencipta bulan
        Dan mengurniakan aku cinta
        Agar aku terus mencintai
        Pecipta Alam Semesta ini
        Makanya aku senyum pada bulan
        Tanda aku bersyukur pada-Nya
        Karena bulan memahami arti rindu dan cinta
        Karena-Nya

        KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
        8 Jun 2012
        June 8 at 5:19am ·  · 2
      • IKRAR JANJI SEORANG HAMBA KEPADA PENCIPTA-NYA

        Duhai teman sastra yang tersanjung di hatiku
        Kau sumber inspirasiku
        Di kala hati ini berduka
        Kau sapukan airmataku
        Dengan sapu tangan kasih setulus hatimu
        Di kala aku disepikan
        Kau saja yang sudi menyahut puisiku berlagu rindu
        Lalu aku rindu serindunya padamu

        Di kala bulan memunculkan dirinya
        Wajahmu ada di situ
        Senyum padaku
        Dan kudengar jelas
        Gurindam puisimu berlagu rindu
        Dan tanganmu kau hulurkan padaku
        Menjemputku ke bulan
        Bersamamu
        Berlagu puisi
        Puisi tentang rindu
        Puisi tentang rindu pada-Nya
        Dan kita sama-sama memuji-Nya
        Tanpa henti dalam linangan airmata
        Syahdu...
        Bahagianya kita di kala itu
        Kerana bulan
        Tak jemu
        Mengajar kita
        Tentang rindu
        Tentang cinta
        Dan kita berkasih sayang
        Sesama semata kerana-Nya
        Bukan kerana harta dan pangkat
        Kerana itu tidak dibawa ke
        Padang Mahsyar
        Yang akan dibawa
        Cinta dalam Redha Ilahi

        Di Mahsyar kita sendirian
        Dibakar terik mentari sejengkal kepala
        Merenangi lautan peluh yang berpeluh-peluh
        Untuk menjawab segala ikrar janji seorang hamba
        Pada Pencipta-Nya

        Tiada siapa yang dapat membantu kita
        Di kala itu biarpun orang yang kita sayangi di dunia dulu
        Yang menjadi peneman setia di kala itu
        Dan amat berharga untuk menebus diri
        Adalah amalan yang di terima-Nya

        Jika terlepas kita di Mahsyar
        Makanya
        Pintu Syurga menanti
        Terbuka seluas-Nya
        Untuk kita yang bahagia
        Dari segala azab sengsara

        Dan ketika itulah
        Cinta kita yang kita Agungkan
        Kerana-Nya akan bertaut kembali

        Dan ku bersyukur dengan
        Hubungan kasih sayang kita
        Setulusnya kerana-Nya
        Tanpa syarat kebendaan harta
        Untuk menjalinkan kasih kita
        Akhirnya membawa kita
        Ke Syurga Ilahi
        Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

        KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
        8 Jun 2012
    DAMBAAN CINTA KITA PADA-NYA

    Dalam proses ingin pulang ke pangkuan-Nya
    pasti diuji dan terus diuji
    hanya keimanan tauhid saja
    yang dapat meraih cinta-Nya
    moga cinta-Nya
    sama dapat diraih
    berkat dambaan cinta kita pada-Nya

    June 20 at 11:04pm · Like · 2

    Werdys Kalbary @Kembara Sirua:
    dalam hening sujud
    dan derai air mata...
    tak pernah alpa dari pinta
    semoga selamat sejahtera
    meliputi semua anak bangsa...
    June 20 at 11:07pm via mobile · Like · 2

    Kembara Sirua

    Cinta...
    Tak sekedar hantaran bait bait puisi
    Tak hanya baris baris syair puji
    Bukan cuma bait bait Merintih
    Tapi bukti
    Pengakuan diri sebagai hamba Ilahi
    Dalam segala gerak kehidupan tiap insani
    June 20 at 11:10pm · Unlike · 3

    Putri Rimba Niagara

    SETIAP BAIT-BAIT PUSI YANG INDAH
    DATANG DARI-NYA

    Setiap bait-bait puisi yang indah
    Hasil dari setiap kalbu suci
    Semuanya datang dari-Nya
    Makanya jangan menjadi
    Kegalauan di hatimu
    Allah pasti tahu
    Niat sucimu
    Dia sentiasa bersamamu
    Memakbulkan segala niat sucimu
    Itulah bukti cinta-Nya
    Karena DIA tak pernah memungkiri janji
    Janji-Nya pasti
    Asalkan kau ikhlas dalam setiap ibadahmu

    PUTRI RIMBA NIAGARA
    June 20 at 11:18pm · Like · 2
    a few seconds ago · 

    • NIAGARA
      June 20 at 11:18pm · Like · 2
      10 minutes ago · 
    • Rabeah Mohd Ali HIDUP DAN MATI KITA
      ADALAH URUSAN-NYA

      Jika kita yakin
      Hidup dan mati kita
      Adalah urusan-Nya
      Apa nak dikesahkan
      Remeh temeh masalah dunia
      Tapi bila sudah melangkah ke alam
      Barzah semuanya sudah terlambat
      Untuk diperbetulkan mana yang silap
      Selagi hayat dikandung badan
      Usahalah memperbaiki diri
      Muhasabah diri
      Ke mana kita sesudah mati
      Kerana kita yang menentukan
      Tiket ke Syurga atau ke neraka
      Moga kita sentiasa mahu menempah tiket ke Syurga-Nya
      Aamiin Ya Rabal A'Lamin
      June 20 at 11:32pm · Like · 1

      Werdys Kalbary @dinda Rabeah:
      pesan tiket satu ya...
      June 20 at 11:48pm via mobile · Unlike · 1

      Putri Rimba Niagara:

      Siapa nak tiket Ke Syurga kena usaha sendiri... karna di Mahsyar nanti berjawab sendiri lepas segala hitungan...barulah tahu ke mana selepas itu...moga kita semua terpilih mendapat tiket ke Syurga-NYa. Aamiin.
      June 20 at 11:50pm · Like · 1

      Werdys Kalbary Aamiin ya Rabbul alamin...
      June 20 at 11:56pm via mobile · Unlike · 1

      Kembara Sirua Ayah tercinta selalu mengajariku
      Untuk selalu melakukan yang terbaik
      Tanpa berharap gelar terbaik
      June 22 at 11:15am · Unlike · 2

      Putri Rimba Niagara:

      Gelaran terbaik adalah menjadi hamba-Nya yang ada nilaian di sisi-Nya
      Jika itu tidak dicita-citakan dan diusahakan makanya amatlah rugi hidup dunia dan akhirat duhai ayahanda Kembara Sirua....
      June 22 at 11:23am · Like · 1

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA & KANDA WERDYS KALBARY & AYAHANDA KEMBARA SIRUA
      28 Jun 2012
      a few seconds ago · 

      • DI MATAMU ADA PELANGI CINTA
        SETULUS IKHLAS KERANA-NYA

        di matamu ada pelangi cinta
        setulus ikhlas kerana-Nya

        di hatimu ingin
        membersihkan kebekuan
        hati yang bercelaru
        jiwa tak menentu
        agar tak buntu

        bunga-bunga Syurga
        jangan sekali dilepaskan
        kerana akan dipersoalkan
        cuma penyelesaian
        cara berhikmah
        penuh bijaksana
        agar tiada
        yang terluka dilukai
        biarpun hatimu remuk redam
        biarkan...
        asalkan Allah tahu
        segala niat murnimu
        mahu pulang ke pangkuan Ilahi
        dalam tenang
        setenang air di kali Syurga

        moga Syurga balasan
        padamu dan pada semua
        yang kau cintai
        setulus ikhlas kerana-Nya

        percayalah Allah sentiasa
        bersama hamba-Nya
        selagi hamba-Nya
        bersangka baik terhadap-Nya

        KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
        20 Jun 2012
        June 20 at 10:35pm ·  · 1

    |
    • Kembara Sirua Sejenak mari berhening diri
      Merenungi langkah kemarin
      Diambang batas senja
      lalu bila malam merambat pelan
      Kisahkan segala keindahan itu
      Pada anak yang lari menikam pagi
      Agar esok ketika terbit mentari
      Dia songsong dengan langkah pasti
      Kejayaan yang telah pergi
      Untuk diraih kembali
      Oleh sang penerus generasi
      June 20 at 10:35pm ·  · 2
    • Werdys Kalbary ‎@dinda Rabeah:
      dalam remuk redam hati,
      ku pulangkan jua pada ilahi Rabbi
      dimana diri yang secuil ini
      senantiasa damba akan cintaNYA
      akan rinduNYA
      yang merangkum semesta...
      ---terima kasih ya dinda---
      June 20 at 10:58pm via mobile ·  · 1
    • Rabeah Mohd Ali Dalam proses ingin pulang ke pangkuan-Nya
      pasti diuji dan terus diuji
      hanya keimanan tauhid saja
      yang dapat meraih cinta-Nya
      moga cinta-Nya
      sama dapat diraih
      berkat dambaan cinta kita pada-Nya
      June 20 at 11:04pm ·  · 2
    • Werdys Kalbary ‎@Kembara Sirua:
      dalam hening sujud
      dan derai air mata...
      tak pernah alpa dari pinta
      semoga selamat sejahtera
      meliputi semua anak bangsa...
      June 20 at 11:07pm via mobile ·  · 2
    • Kembara Sirua Cinta...
      Tak sekedar hantaran bait bait puisi
      Tak hanya baris baris syair puji
      Bukan cuma bait bait Merintih
      Tapi bukti
      Pengakuan diri sebagai hamba Ilahi
      Dalam segala gerak kehidupan tiap insani
      June 20 at 11:10pm ·  · 3
    •  
    • Rabeah Mohd Ali KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT UNTUK DIRAIH
      DALAM SANGKA BAIK PADA-NYA

      Werdys Kalbary @dinda Rabeah:
      dalam remuk redam hati,
      ku pulangkan jua pada ilahi Rabbi
      dimana diri yang secuil ini
      senantiasa damba akan cintaNYA
      akan rinduNYA
      yang merangkum semesta...
      ---terima kasih ya dinda---
      June 20 at 10:58pm via mobile · Unlike · 1

      Putri Rimba Niagara:

      Dalam proses ingin pulang ke pangkuan-Nya
      pasti diuji dan terus diuji
      hanya keimanan tauhid saja
      yang dapat meraih cinta-Nya
      moga cinta-Nya
      sama dapat diraih
      berkat dambaan cinta kita pada-Nya
      June 20 at 11:04pm · Like · 2

      Werdys Kalbary @Kembara Sirua:
      dalam hening sujud
      dan derai air mata...
      tak pernah alpa dari pinta
      semoga selamat sejahtera
      meliputi semua anak bangsa...
      June 20 at 11:07pm via mobile · Like · 2

      Kembara Sirua

      Cinta...
      Tak sekedar hantaran bait bait puisi
      Tak hanya baris baris syair puji
      Bukan cuma bait bait Merintih
      Tapi bukti
      Pengakuan diri sebagai hamba Ilahi
      Dalam segala gerak kehidupan tiap insani
      June 20 at 11:10pm · Unlike · 3

      Putri Rimba Niagara:

      INDAHNYA CINTA BAYANGAN

      Cinta itu indah
      Seindah pelangi di malam hari

      Cinta itu murni
      Semurni hati yang dibajai
      Dengan keselarian cinta pada-Nya

      Cinta tak pernah mengenal siapa
      Cinta datang tanpa diduga
      Cinta tak boleh pura-pura
      Cinta bukan hanya pandai menyebut cinta
      Hati menyebut lain mulut berkata lain
      Itu bukan cinta namanya
      Itu cuma cinta sandaran hati terluka
      Sekadar untuk merawat luka cinta lama yang terluka
      Tapi akan terluka juga akhirnya jika pura-pura cinta

      Cinta sejati
      Lahir dari hati
      Nan suci
      Mahu saling cinta mencintai
      Hanya semata mahu meraih cinta redha Ilahi

      Cinta akan terserlah wangiannya
      Seperti apabila kita melihat cermin
      Di situlah bayangan cintanya ada
      Seperti mawar di letakkan di air jernih
      akan terbias bayangannya
      Begitulah indahnya cinta...

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      28 Jun 2012

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA & KANDA WERDYS KALBARY & AYAHANDA KEMBARA SIRUA
      28 Jun 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;