Wednesday, 27 June 2012

SAYANGKU SAYANGMU (26) -PERMATA SYURGA PUTERA PUTERIKU


    • ‎~ SERENADE RINDU ~

      Tali jiwamu
      merupa rentang sayap-sayap cahaya
      yang kau seberangkan ke hatiku
      ia bersenyawa meresap
      mengerami rindu
      berkurun harap ku pupuk di gulma sunyiku
      menunggu saatnya nanti ;
      telur-telur cinta menetas di kerubung waktu...
      ----------
      Sintang West Borneo, 6 Juni 2012
      Werdys Kalbary
       ·  ·  · June 7 at 12:04am
      • You like this.
        • TALI JIWAMU

          Tali jiwamu telah tersimpul mati
          Di kalbuku
          Hanya kematian memisahkan cinta kita

          Duhai kasih yang terkasih
          Jika tali jiwamu putus
          Putuslah cintaku

          Biarpun putus
          Aku tak setega itu
          Melepaskan cinta itu
          Kerana tali jiwamu
          Telah tersimpul mati
          Di hatiku
          Hanya kematian memisahkan kita

          Moga tali jiwamu kusimpul matikan hingga ke Syurga
          Izinkan aku bawakan ke Syurga dengan redha cintamu Cinta-Nya
          Kerana kasih kita
          Telah tercatat di Lauhmahfuz
          Hanya DIA yang tahu
          Akan
          Tali jiwamu tali jiwaku
          Dan aku sentiasa bersangka baik pada-Nya

          KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
          7 Jun 2012

    • SEMUANYA UNTUK KEKASIHMU

      belajar nulis juga ya, bareng Hesti Daisy and semua...

      Bertepi rindu dalam beranda facebookmu
      Gadis..
      Ketika kau tulis "I Miss You"
      Sungguh mataku hanya belinang
      Berlinang menahan kepedihan.

      Karena kutahu
      Semua itu hanya untuk kekasihmu
      Yang bukan untukku

      Asmira Suhadis likes this.

      PUJANGGA YANG TELAH DISEPIKAN

      Duhai pujanggaku...
      Gimana aku hendak rindu padamu
      Jarimu seakan menunjal ke arahku
      Lantas kutakut untuk merinduimu
      Ganasnya kamu ini
      Makanya kalau hendak marah pun
      Simpanlah di kalbu rindu
      Pasti rindumu akan terjawab di ombak rindu huhuhu
      Makanya kalo kau mahu aku merinduimu
      Turunkanlah tanganmu itu
      Lemparkan senyuman pelangi cinta
      Pasti hatiku reda tanpa dendam palsu
      Dan terus merinduimu
      Dan pastikan gambar asalmu
      Berpelangi cinta itu asli ok
      Dan pastikan puisi-puisimu
      Berbaur yang indah-indah
      Serasa puisimu itu adalah puisi terakhir untuk
      Kau tinggalkan kepada penghuni bumi untuk dibaca
      Bisakah pujanggaku?
      Kalau bisa aku sudi membalas rindumu yang telah kusepikan...huhuhu

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      7 Jun 2012

      (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
      7 Jun 2012
       ·  ·  · June 6 at 11:58pm

    • PERMATA SYURGA

      Duhai putera puteri kesayanganku...
      Buah hatiku pengarang jantungku...
      Telah bunda korbankan seluruh hidup bunda padamu
      Tanpa mengharapkan apapun balasan darimu
      Makanya di usia bunda yang tersisa ini
      Izinkan bunda...
      Redhakan bunda...
      Andai kata
      Bunda pergi ke medan juang
      Untuk mencari sebuah ketenangan hakiki
      Yang bunda dambakan sepanjang hidup bunda ...redhakanlah
      Biarpun perpisahan itu amat memeritkan
      Amat menyeksakan
      Tapi sabarlah sayang...
      Penyeksaan perpisahan di dunia ini cuma sementara
      Jika di bandingkan pertemuan kita di Syurga nanti
      Tidak akan ada perpisahan lagi
      Kita kan bersama selamanya Insya-Allah Aamin

      Ketiadaan bunda nanti
      Doakan bunda semoga Allah sentiasa
      Memakbulkan hajat bunda yang murni
      Untuk bekalan bunda di akhirat nanti

      Makanya
      Di saat-saat yang begini
      Tiada lain yang bunda fikirkan
      Hanya DIA yang bertahta di hati
      Kerana terlalu sangat ingin menjadi
      Kekasih-Nya
      Bunda relakan diri ini
      Diduga ...diduga...tanpa henti...
      Dihina manusia tak mengapa
      Disepikan pun tak mengapa
      Dikecewakan pun tak mengapa

      Apalah ada dengan sepi
      Apalah ada dengan kecewa di dunia ini

      Yang penting di hari
      Bunda dijemput Ilahi
      Roh bunda bertemu dengan-Nya
      Dalam keadaan tenang lagi diredhai-Nya

      Makanya putri kesayanganku
      Tolong fahami bunda
      Tolong memberi sokongan bunda ke arah ketenangan
      Tolong berkata-kata yang mendamaikan jiwa bunda
      Tolong jangan lukakan hati bunda
      Jadilah Anak Permata Syurga
      Menghormati bunda selayaknya taraf seorang bunda
      Jangan bunda dikecewakan dengan kata-kata berbisa

      Bunda sentiasa bersyukur kepada Tuhan
      Di Kurniakan Permata Syurga yang amat berharga dunia dan akhirat
      Berjanjilah dengan bunda ...untuk menjadi Anak Permata Syurga
      Agar roh bunda tenang di kala hidup dan setelah dijemput Ilahi

      Percayalah kasih dan sayang kita
      Bunda bawa hingga ke Syurga
      Insya-Allah Aamin

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      7 Jun 2012
       ·  ·  · June 6 at 9:24pm


    • ROH SUCI YANG BERNAMA QASEH FARA

      Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
      Kepada roh suci sahabatku yang terkasih Qaseh Fara

      Kenangan bersamamu masih segar dalam ingatanku
      Candamu gurau sendamu selalu membahagiakan hatiku yang berduka
      Kau sentiasa membahagiakan kami
      Kau sentiasa menjaga hati kami
      Kau suka senyum
      Dan aku bahagia dengan senyumanmu
      Kau kata senyum tak perlu apa-apa
      Makanya senyumlah ..senyumlah duhai sahabatku
      Hadirnya aku sebagai sahabatmu
      Akan selalu membahagiakan dan menceriakan hidupmu
      ALLAHU AKHBAR
      Aku bersyukur pada Tuhan kerana mengurniakan
      Seorang sahabat yang sempurna di mataku
      Biarpun dia selalu mengatakan dirinya tak sempurna
      Bagiku dia memang sempurna
      Sentiasa merendah diri
      Penyabar
      Bertutur dalam bahasa yang sejuk kalbu mendengarnya
      Penyayang
      Periang
      Ceria
      Sentiasa menjaga hati kawan-kawan
      Pemurah
      Bermuhasabah diri
      Beramal tapi tak pernah terdetik untuk membangga diri

      Duhai roh suci yang bernama Qaseh Fara....

      Kau pergi atas jemputan Ilahi
      Makanya kami redha
      Kau pergi dulu daripada kami
      Dan kami juga akan menyusul kemudiannya
      Hanya masa yang menentukan bila
      Hanya DIA yang tahu

      Kami benar rindukan mu
      Serasa dunia ini hambar tanpa mu
      Kami redha atas pemergiaan mu
      Sebagai hamba-Nya yang sentiasa lemah untuk menerima hakikat
      Kami rindukan mu ...duhai roh suci Qaseh Fara sahabatku
      Terlalu rindu...rindu serindunya

      Kerana sifatmu yang mulia
      Seorang yang amat memahami sahabatnya
      Kami ingin menjadi sepertimu
      Sentiasa menyayangi sahabat dan menghargai sahabat seumur hidup
      Kau selalu berkata pada kami
      Duhai sahabat andai kata aku pergi dulu sebelummu
      Kita tidak akan berpisah selamanya
      Kerana kasihmu telah kubawa hingga ke Syurga
      Di Syurga ku menantimu sahabatku...
      Sentiasa bersangka baiklah dengan Allah SWT Tuhan kita
      Insya-Allah kitakan bertemu...Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      (DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK YANG DISAYANGI DAN DIRINDUI SAHABATKU ROH SUCI QASEH FARA)
      7 Jun 2012
       ·  ·  · June 6 at 5:07pm

    • BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH KEPADA PARA KEKASIH-NYA

      Kekasihku...

      Kekasihku Allah SWT Tuhanku
      Kekasihku Nabi Muhammad SAW
      Kekasihku amal penemanku di kuburan
      Kekasihku adalah hamba-Nya pilihan Allah di Lauhmahfuz
      Kekasihku mengajar aku erti hidup berkasih sayang kerana-Nya

      Syurga ditempatkan kepada hamba-Nya
      Bukanlah kerana banyaknya amalan hamba-Nya
      Tapi dengan Rahmat Kasih-Nya

      Yang penting sentiasa bersangka baik dengan-Nya
      Beramal ikhlas semata kerana-Nya
      Tiada niat lain ikhlas kerana-Nya

      Kekasih segala kekasih
      DIA lah Tuhanku
      Yang setia
      Membalas cinta hamba-Nya yang ikhlas

      Janji-Nya pasti benar
      Sesungguh-Nya
      DIAlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
      Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya
      Biarpun sedetik
      Terlalu hampir
      Kemana kita berada DIA berada
      Tak pernah tidur dan lalai
      Bersama kita
      Sejak Azali Lagi
      Hingga nafas terhenti
      Syurga adalah balasan
      Yang terindah buat para kekasih-Nya
      Yang Dicintai
      Selagi berdetak jantung
      Yang tiada penghujung-Nya
      Biarpun sudah bergelar roh

      Begitulah
      Cinta-Nya Allah kepada para kekasih-Nya
      Maka berlumba-lumbalah kita untuk
      Menjadi kekasih-Nya
      Kerana
      DIA Maha
      Penyayang
      Memahami
      Setia
      Memakbulkan doa
      Janji-Nya pasti ditepati

      Kita tak akan dikecewakan
      Selagi mana kita beramal
      Ikhlas kerana-Nya

      Andainya semua hamba-Nya
      Masuk ke Syurga
      Masih lagi ada ruang untuk para kekasih-Nya
      Menghuni Syurga
      Kerana Syurga itu
      Luas seluas -luas-NYa

      Begitulah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-Nya Kekasih
      Membalas cinta kepada semua para kekasih-Nya
      Yang hidup di muka bumi
      Dari wujudnya Nabi Adam as
      Hinggalah bumi ini qiamat

      SUBHANALLAH BEGITU HEBATNYA CINTA KEKASIH
      KEPADA PARA SEMUA HAMBA-NYA YANG BERGELAR
      KEKASIH-NYA

      Moga kita semua tergolong menjadi kekasih-Nya
      Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      7 Jun 2012
       ·  ·  · June 6 at 8:19am

0 comments:

Post a Comment

 
;