Monday, 25 June 2012

TERNYATA DENGAN CINTAPUN MANUSIA MAMPU MEROBAH DUNIA SEMAKIN GEMERLAPAN




INDAHNYA CINTA BAYANGAN

Cinta itu indah
Seindah pelangi di malam hari

Cinta itu murni
Semurni hati yang dibajai
Dengan keselarian cinta pada-Nya

Cinta tak pernah mengenal siapa
Cinta datang tanpa diduga
Cinta tak boleh pura-pura
Cinta bukan hanya pandai menyebut cinta
Hati menyebut lain mulut berkata lain
Itu bukan cinta namanya
Itu cuma cinta sandaran hati terluka
Sekadar untuk merawat luka cinta lama yang terluka
Tapi akan terluka juga akhirnya jika pura-pura cinta

Cinta sejati
Lahir dari hati
Nan suci
Mahu saling cinta mencintai
Hanya semata mahu meraih cinta redha Ilahi

Cinta akan terserlah wangiannya
Seperti apabila kita melihat cermin
Di situlah bayangan cintanya ada
Seperti mawar di letakkan di air jernih
akan terbias bayangannya
Begitulah indahnya cinta...

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
24 Jun 2012
 ·  ·  · 17 hours ago
    • Muzayyin Ali Rabeah Mohd Ali ternyata dengan cintapun manusia mampu merobah dunia semakin gemerlap...
      7 hours ago · 
    • Rabeah Mohd Ali Duhai Muzayyin Ali...berkasih sayang kerana Allah SWT pasti ada keselarian roh dan jasad apapun keputusan takdir cinta akan diterima dengan redha . Tak akan kecewa dan bersyukur jika berjaya ...yang ditakuti bila mana putus cinta...putus pula cinta dengan Allah..aku tak mahu begitu...apalah ada pada cinta dunia yang cuma sementara...jika kita letakkan cinta-Nya tempat teratas pasti jiwa akan tenang...Insya-Allah Aamiin.
      7 hours ago · 
  • (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP LUAHKAN SEHINGGA HATIMU TENANG)
    25 Jun 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;