• PANTUN KUASA RAKYAT SEBAGAI PENENTU

    Dua pemimpin berganding bahu,
    Pastilah Islam bertambah maju;
    Semuanya kerana Tuhan Yang Satu.
    Pastinya Allah Azzawajallah Merestu.

    Saling berkerjasama faham memahami,
    Demi rakyat dan negara tercinta;
    Semua rakyat rasa suka hati,
    Pemimpin bersatu hati itu dipinta.

    Biarpun berlain parti tapi satu hati,
    Membela rakyat tak kira parti mana;
    Kesejahteraan rakyat itu dikehendaki,
    Amanlah negara pemimpin berkerjasama.

    Jangan ada jatuh menjatuhkan,
    Jangan ada merosakan ikatan;
    Berundinglah penuh kebijaksanaan,
    Akan teguhlah sebuah perpaduan.

    Setiap pemimpin mestilah berjiwa rakyat,
    Dalam hati dalam jiwa adalah rakyat;
    Fokus yang ditumpukan adalah rakyat,
    Kerana menentukan kuasanya adalah rakyat.

    Makanya turuti kehendak rakyat duhai pemimpin,
    Rakyat mahu para pemimpin bersatu hati;
    Biarpun berlain parti tapi bersatu dalam perpaduan,
    Bersatu hatilah demi rakyat dan negara itu dikehendaki.

    Setiap pemimpin mesti adil dan saksama,
    Dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan;
    Yang lupa asal usul dari mana datangnya kuasa,
    Makanya tungguhlah hari pengundian rakyat menentukan.

    Duhai semua pemimpin yang disanjungi rakyat,
    Janganlah masa hendak pilihanraya saja membodek rakyat;
    Janji sana janji sini untuk memancing hati rakyat,
    Sudah menang nanti dilupakan kasihanlah rakyat.

    Bila berjanji mestilah ditepati,
    Itu tandanya pemimpin yang beriman;
    Allah suka pada yang menepati janji,
    Jiwa tenang dalam keimanan.

    Rakyat tak suka pemimpin bercakaran,
    Kutuk mengutuk saling hina menghina;
    Tiada yang sempurna melainkan Tuhan,
    Makanya saling muhasabah diri itu sepatutnya.

    Rakyat suka kepada kedamaian,
    Kedamaian di antara pemimpin;
    Sesama pemimpin fikirkan kesejahteraan,
    Memerintah negara penuh keamanan.

    Pabila negara aman damai,
    Rakyat senang negara sejahtera;
    Tiada lagi kekacauan melainkan permai,
    Senyuman rakyat untuk pemimpin penuh mesra.

    Moga muzakarah antara dua pemimpin DiRahmati,
    Saling bahu membahu demi rakyat tercinta;
    Jangan ada perbalahan itu patut dijauhi,
    Biarpun berlainan parti matlamat tetap sama.

    Matlamat tetap sama itu jawapan muzakarah,
    Jika masih tak sehaluan bukan muzakarah namanya;
    Kalau begitu baik tak payah muzakarah,
    Bertambah keruhkan ikatan ukhuwah baik hentikannya.

    Rakyat percaya dua pemimpin semuanya arif,
    Arif dalam semua bidang ilmu kepimpinan;
    Mereka dipilih pun kerana mereka orang yang arif,
    Arif memimpin rakyat dan negara dalam kesejahteraan.

    Rakyat percaya pada pemimpin,
    Masing-masing ada pengaruhnya;
    Tapi rakyat tetap mahukan kesepakatan,
    Di antara dua parti dua pemimpin.

    Di antara dua parti dua pemimpin,
    Keduanya digantungkan harapan;
    Harapan memimpin rakyat penuh sejahtera,
    Barulah Malaysia ini selamanya aman.

    Duhai dua pemimpin yang disanjungi,
    Ketahuilah kalian adalah pemegang amanah;
    Amanah Tuhan dan amanah rakyat yang dicintai,
    di Akhirat nanti akan dipetanggungjawabkan segala amanah.

    Janganlah bimbang dan gusar di hati,
    Rakyat sentiasa mempercayai kalian;
    Kalian menjalankan tugas sepenuh hati,
    Insya-Allah segala kebaikan dibalas Tuhan.

    Kura-kura dalam perahu,
    Pura-pura buat tak tahu;
    Tak lama lagi PRU.
    Kuasa rakyat sebagai penentu.

    Sampai di sini hamba berpantun,
    Kuasa rakyat sebagai penentu tajuk pantun;
    Pantun dikarang sebagai luahan;
    Luahan hati rakyat untuk pemimpin.

    Jika ada salah bicara harap dimaafi,
    Hamba bukanlah insan sempurna;
    Tapi suka mencurahkan bakti,
    Demi negara dan rakyat tercinta.

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    10 Jun 2012
    (PETIKAN DARIPADA WALL KHAI NOOR & HIBATULLAH YUSOF AL-HAJ)
    10 Jun 2012
     ·  ·  · June 10 at 12:28pm