Tuesday, 26 June 2012

BERSAMA KITA BERDOA MOGA DISINARI NUR HIDAYAH DAN RAHMAT KASIH ILAHI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN


    • Bukanlah seorang sahabat itu yang sentiasa memuji muji kita demi kepentingan dirinya sendiri dengan mengharap ganjaran; tapi seorang sahabat adalah orang yang sentiasa menunjukkan kesalahannya kita dan tidak mengharap apa-apa balasan dari apa saja yang dilakukannya....
       ·  · 47 minutes ago · 
      • 13 people like this.
        • YA ALLAH KAMI YAKIN SEYAKIN YAKIN-NYA

          Ya Allah
          Mati itu pasti
          Seksa kubur itu pasti
          Alam barzah itu pasti
          Alam akhirat itu pasti
          Siratul mustaaqim itu pasti
          Syurga itu wujud
          Neraka itu wujud
          Semuanya benar tiada yang tak benar melainkan benar

          Semuanya kami yakin
          Yakin seyakin yakinnya

          Maka terimalah taubatku
          Terimalah amalanku

          Agar aku
          Mati dalam keadaan tenang
          Dihindari seksa kubur
          Menempuhi alam akhirat yang bahagia selamanya
          Meniti siratul mustaqim dengan mudah tanpa azab sengsara
          Masuk ke Syurga bersama-sama dengan hamba-Mu
          Yang terselamat daripada segala azab sengsara neraka.
          Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

          BERKATNYA TALI SILATURRAHIM YANG MAHU
          KE JALAN-JALAN KETUHANAN
          IKATAN UKHUWAH PERSAHABATAN DI DUNIA DIPATRIKAN HINGGA KE SYURGA INSYA-ALLAH AAMIIN.

          MOGA SETIAP YANG HADIR DALAM HIDUPKU KASIH DAN CINTA-NYA SESEJUK EMBUN DI WAKTU PAGI...PASTI JIWAKU PUN SESEJUK EMBUN DI WAKTU PAGI SETENANG AIR DI KALI SYURGA SETENANG JIWA YANG INGIN TENANG TIKA BERTEMU DENGAN TUHANKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.

          Doa setulus ikhlas untuk semua rakan fbku , rakan grupku dan semua pembaca setia karyaku di alam maya.
          Moga Allah Azzawajallah makbulkan . Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

          PUTRI RIMBA NIAGARA
          26 Jun 2012
          44 minutes ago ·  · 2
        • TENTANG MATI

          Kenapa takut mati?
          Takut mati mati
          Hindari mati mati
          Sihat mati
          Sakit pun mati
          Tua muda mati
          Kaya miskin mati
          Semuanya akan mati
          Mati milik semua
          Bersedia atau tidak mati
          Mati tak kira siapa
          Tak kira di mana
          Di mana-mana boleh mati
          Bersedia atau tidak mati
          Yang penting mati dalam husnul khotimah
          Mati dalam kebaikan dalam redho-Nya Ilahi
          Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

          KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
          12 Jun 2012

          TERIMA KASIH SUARA AKHIRAT

          Kaya macam mana manusia itu
          Dia tetap miskin

          Apa maksudmu?
          Sebab aku ni kaya punya harta tak terkira banyaknya

          Kau lahir ke dunia ini kosong...

          Lagi aku tak faham?
          Apa maksud kosong
          Aku lahir atas kehendak ibu dan ayah aku
          Apa pulak kosong...

          Kau silap...
          Kau lahir atas kehendak Pencipta-Mu
          Kalau kau lahir atas kehendak ibu dan ayahmu
          Pasti mereka hendak anak mereka sempurna cantik dan tampan
          Tak ada satu pun celaan yang menyusahkan hati mereka
          Dan yang kukatakan kosong itu...tika kau lahir
          Tiada apa pun yang kau bawa ....kosong
          Mati pun cuma kain kafan yang kau bawa
          Kalau mati membawa semua hartamu yang ada
          Jenuh juga orang nak menggali kuburmu
          Satu bulan hendak menggali kubur pun tak siap-siap...

          Apa maksudmu?
          Katakan jangan selindung-selindung aku tak suka
          Jelaskan sejelas-jelasnya agar aku faham
          Sebab aku ni pencinta harta
          Bagiku harta adalah segala-galanya
          Untuk diri aku sendiri pun aku berkira
          Inikan hendak bersedekah
          Kirim salamlah
          Kalau nak kaya usaha sendirilah
          Kau tahu kerana aku banyak hartalah aku
          Ramai suka berkawan dengan aku
          Aku pun pelik kenapa mereka suka berkawan dengan aku
          Dan hormat gila-gila dengan aku...
          Aku bukan bagi pun harta aku pada mereka
          Tapi masih terhegeh-hegeh nak menjadi kawan aku
          Pelik kan manusia ini..
          Cuba aku papa kedana...
          Seorang pun tak mahu berkawan dengan aku...
          Manusia ini sukakan harta
          Sebab itu aku sukakan harta
          Kerana harta aku dihormati dan disanjungi
          Ke mana saja aku pergi semua hormat aku
          Dan sanjungi aku ...
          Sebab itu aku suka...suka....sukakan harta...
          Hidup aku senang lenang atas usaha aku sendiri
          Harta yang banyak inilah Syurga duniaku...

          Kau terpedaya dengan diri kau sendiri
          Harta yang banyak itu kau nak bawa ke kubur ke?
          Ha...sebab itulah aku katakan tadi
          Sebulan hendak menggali kuburmu pun ak siap-siap
          Sebab segala eset yang kau miliki mahu ditanam sama
          Kau bayangkanlah rumah kau yang macam istana ini
          Nak di kebumikan juga...
          Itu baru istana belum lagi yang lain nak dikebumikan juga
          Yelah nak ikut wasiat tuannya...
          Dalam kubur pun kau nak teruskan perniagaan mewahmu jugakan...

          Tapi aku tak pernah dengar orang dalam kubur
          Jalankan perniagaan...ada ke pembelinya
          Takkan ahli kubur masih lagi nak berjual beli ye..
          Macam mana ye rupanya pembeli produk aku
          Dibeli boleh pocong-pocong
          Hee takutnya nasib baiklah aku pun sudah bergelar pocong...
          Tapi apa produk yang aku nak jual ye...kalau aku jual mereka
          Berminat ke nak beli...buntu aku ni...

          Kalau kau tak nak buntu...dari sekaranglah kau kena berubah...

          Apa maksud kau? Tolong bantu aku dari kebuntuan ini agar aku tak
          Menyesal sebelum aku bergelar pocong

          Hidup jangan leka sangat dengan pesona dunia...
          Harta kau yang banyak-banyak ni
          Banyak-banyaklah kau infakkan ke jalan-Nya
          Itulah keuntungan yang tak akan habis-habis
          Biarpun kau sudah berada di alam barzah
          Kau bukan lagi menjadi jutawan pocong
          Tapi kau adalah roh suci yang telah disucikan
          Dengan harta yang telah kau infakkan ke jalan-Nya
          Di dunia kau mencari jalan-jalan ke Syurga
          Di kubur mu nanti kaulah ahli Syurga
          Kau tidur sebagai ahli Syurga dan diperlihatkan
          Syurga yang Maha Indah hingga tiada apa yang
          Kau lafazkan melainkan
          SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
          Dan mesti kau rasa bersyukur ketika di dunia kau
          Sempat bertaubat dengan menginfakkan hartamu
          Ke jalan-jalan Syurga-Nya

          Masya-Allah aku tak terfikir
          Sebagaimana yang kau fikir
          Terima kasih suara akhirat
          Kaulah sahabat dunia akhiratku
          Moga Rahmat Allah Azzawajalllah
          DiLimpahkan kepadamu dan seluruh ahli keluargamu
          Yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia

          Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

          KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
          12 Jun 2012
          Like · · Unfollow Post · June 12 at 8:56am
          Zulfahmi Se likes this.
          (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP MELA AYU RADIO ONLINE)
          26 Jun 2012
          42 minutes ago ·  · 2
        • Encik Asmyvi jom Mati..
          41 minutes ago ·  · 1
        • Rabeah Mohd Ali YA ALLAH BAHAGIAKAN ROH DAN JASAD KAMI

          Ya Allah aku perlukan cahaya hidayah dari-Mu
          Agar hatiku hanya tertumpu pada dzat cinta-Mu
          Apa saja urusan hidupku hanya cinta -Mu yang kusandarkan
          Hanya KAU menjadi keutamaanku
          Setiap hamba-Mu yang kau hadirkan dalam hidupku
          Sucikanlah dengan hati-hati yang tenang
          Mengutamakan-Mu Meng-Agungkan-Mu
          Mendambakan cinta-Mu dan redha-Mu
          Di kala hidup dan mati
          Yang ada di hati kami
          Hanya cinta dan sayang menyayangi hanya karena-Mu
          Ikatan kami bukan karena pesona dunia
          Tapi ikatan kami ikhlas
          Sama-sama mendambakan cinta dan redha-Mu
          Di setiap perkataan dan perbuatan
          Seiring dengan keredhaan-Mu
          Suburkanlah hati kami
          Bicara-bicara Syurga
          Suara-suara akhirat
          Yang tak lelah
          Mengajak kami
          Ke jalan Syurga-Mu
          Meraih cinta dan redha-Mu
          Andai kata kami punya harta
          Bukakan hati kami
          Sentiasa mahu menginfakkan ke jalan-Mu
          Karena kami sentiasa faham harta yang
          Kami miliki adalah datang daripada-Mu
          Maka-Nya harta itu mahu dipulangkan kepada-Mu jua
          Itulah lambang cinta kami pada-Mu Ya Allah
          Kikiskanlah Ya Allah
          Kikiskan sifat bakhil kami
          Pada harta yang tak membawa arti bagi-Mu
          Jika harta itu kami bakhilkan
          Yang kami mahu harta kami
          Diinfakkan ke jalan-Mu

          Antara harta dan cinta-Mu
          Kami pilih cinta-Mu Ya Allah
          Harta biarpun sepenuh bumi
          Tak akan dapat menebus kami
          Untuk membeli cinta-Mu di akhirat nanti Ya Allah
          Maka-Nya Ya Allah
          Di dunia ini harta yang
          Kau dilimpahkan pada kami mahu
          Diinfakkan ke jalan-jalan-Mu Ya Allah
          Karna kami mahu mati
          Dalam ketenangan dan kedamaian
          Sebagaimana tenangnya air di kali Syurga
          Begitulah tenangnya kami
          Tika bertemu dengan-Mu Ya Allah

          Berkat berkasih sayang kami
          Atas simpulan tali kasih Syurga tersimpul mati
          Di dunia ini yang semuanya mahu
          Ke jalan-jalan-Mu
          Temukan kami di Syurga-Mu
          Agar bahasa-bahasa Syurga
          Yang selalu kami amalkan di dunia
          Dibawa ke Syurga-Mu
          SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
          Bahagia roh dan jasad kami
          Bahagia abadi dunia jua akhirat
          Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

          WUJUDNYA KAMI DARIPADA TIADA KEPADA ADA
          ALAM ROH KEPADA ALAM JASAD
          DALAM KANDUNGAN IBU LAHIR KE DUNIA

          DARIPADA ADA KEPADA TIADA
          HIDUP DAN KEMUDIAN MATI

          DARIPADA TIADA KEPADA ADA
          MATI KEMUDIANNYA HIDUP DI ALAM BARZAH

          ALAM GHAIB YANG WAJIB KAMI IMANI
          MAKA ITU IMAN YANG AKAN DIBAWA
          DAN DITANYA TIKA BERADA DI ALAM BARZAH

          Karya Putri Rimba Niagara
          26 Jun 2012
          41 minutes ago ·  · 2
        • Ella Keris TERBAIKkkkkkkkk!!
          39 minutes ago via mobile ·  · 2
        • Rabeah Mohd Ali KAWAN SEJATI...

          Kawan sejati...
          Dia takkan pernah biarkan kawannya
          Diinjak-injak sesuka hati

          Kawan sejati...
          Dia sentiasa
          Mengerti ...dia terlalu berharga pada kawannya
          Dan sentiasa berkomunikasi...membantu selagi daya..
          Dan nyawa menjadi taruhan kasih sayang demi-Nya

          Kawan sejati sentiasa berbahasa
          Nan indah-indah
          Bahasa Syurga
          Bahasa akhirat
          Mengajak ke Syurga
          Tanpa mahu melukai hati kawan sejati
          Yang ada kasih dan sayang demi-Nya

          Dan jika itu ada padamu duhai kawan-kawanku
          Aku sudi menjadi kawan sejatimu
          Sampai kapanpun!
          Jika tiada maafkan aku
          Bukan aku tak sudi
          Karna aku tak tega disepikan
          Aku wujud seperti tak wujud

          Yang kumahu bukanmu
          Yang kumahu hatimu
          Sesuci embunan pagi
          Yang tetesannya
          Mewangikan imankan
          Agar sempurna
          Sebelum pulang
          Ke Pangkuan Ilahi

          KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
          26 Jun 2012
          (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUISI CINTA ILAHI)
          26 JUn 2012
          38 minutes ago ·  · 2
        • BERSYUKUR DEMI SESUAP NASI

          Seorang anak miskin menangis karena kelelahan dalam bekerja, ia bekerja untuk memenuhi biaya hidupnya sendiri..... Ajarkanlah rasa kesyukuran pada adik-adik kita yang masih kecil,, bahwasannya mereka tak perlu bekerja keras hingga menangis hanya untuk mendapatkan sesuap nasi setiap harinya.....

          By: Dedy Kurniawan
          Unlike · · Share · Saturday at 10:06am ·

          You like this.

          HENTIKAN TANGISANMU CUCUKU

          Cucuku...
          Siapakah yang setega itu menzalimimu sayang...
          Demi sesuap nasi kau didera oleh kedua orang tuamu memanglah Sekejam manusia
          Apakah ibu bapamu itu manusia atau pun haiwan...
          Haiwan pun sayangkan anaknya...
          Sanggup bertarung nyawa mencari sesuap rezeki untuk keluarga Tercinta....

          Cucuku....
          Umurmu yang setahun jagung itu
          Mana bisa mungkin menanggung bebanan itu sayang....
          Mari ke sini sayang....
          Biar nenda yang tanggung bebananmu itu
          Tapi boleh ke nenda memikul beban yang kau pikul itu sayang...
          Aduh! Beratnya....!
          Nenda pun tak mampu hendak membantumu
          Sayang... memandangkan kudrat nenda
          Cuma tinggal tersisa sayang....
          Karena nenda sudah tidak mampu membantumu
          Kan nenda seru seluruh penghuni rimba ini membantumu sayang....
          Tunggulah....tungguhlah... tunggulah...
          Sebentar lagi hulubalang nenda datang membantumu agar kau tak Perlu bersusah payah mencari rezeki lagi...
          Biarlah kau membesar seperti kanak-kanak yang lainnya...
          Membesar dengan ilmu pelajaran karena itulah yang menentukan nasib generasimu tak berulang kembali!

          KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
          26 Jun 2012
          35 minutes ago ·  · 1
        • Rabeah Mohd Ali KASIHAN AKU... AKU TERSESAT DALAM DUNIA AKU SENDIRI...DUHAI KAWAN TOLONG BERI PANDANGANMU JIKA KAU KAWAN DUNIA AKHIRATKU

          Aku ingin sampai ke puncak gunung itu
          Tapi dalam perjalanan ke puncak gunung tersebut
          Aku tersesat tak tahu mana hala tuju ke puncak gunung tersebut
          Aku benar-benar dalam kegelapan
          Dari purnama ke purnama masih meraban-raban entah di mana aku
          Yang aku tahu aku berada di sebuah perkampungan asli
          Mereka buat tak tahu saja dengan kehadiran aku di situ
          Langsung tidak mahu melayan aku
          Aku lagi buntu..mungkin mereka sibuk dengan hidup seharian mereka
          Aku beginilah...bosan....bosan....bosan...dengan diriku...

          Aku selalu perhatikan seorang ketua perkampungan asli di situ
          Semua penduduk perkampungan asli itu mengikut segala
          Arahan ketua tersebut tanpa bantahan....

          Barangkali aku mesti seperti mereka juga baru hidup aku terarah...
          Oo...aku mesti mencari seorang sifu agar aku tak meraban-raban...
          Tapi siapa ye...akan jadi sifu aku...
          Adakah ketua perkampungan asili itu kulantik menjadi sifu aku...
          Ahh..! Dia tak akan faham dengan apa yang aku mahukan
          Makanya sia-sia aja dia menjadi sifu aku...

          Sekarang ini aku benar-benar buntu...
          Buntu--buntu...dalam mencari jalan untuk aku
          Mencapai ke puncak gunung tersebut...

          Makanya duhai kawan-kawan yang disanjungi...
          Sudilah memberi pendapatmu gimana aku
          Bisa sampai ke puncak gunung tersebut?
          Aku amat perlukan pandangan
          Daripada kalian semua....
          Kerana pandangan kalian
          Insya-Allah membolehkan aku
          Mengubah segala prinsip hidupku
          Yang mana telah membuatkan aku
          Hilang keyakinan diri dan
          Berputus asa dalam meneruskan
          Kehidupan aku yang suram dan kelam ini...
          Terima kasih atas segala pandangan kalian
          Semua moga Allah saja yang dapat membalas-Nya...
          Aamin.

          KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
          (KARYA DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SAHABATKU YANG INGIN MENCARI NUR HIDAYAH KASIH-NYA MOGA BERJAYA AAMIIN)
          26 Jun 2012
          Like · · Unfollow Post · June 18 at 11:11am
          Zulfahmi Se likes this.
          (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP MELA AYU RADIO ONLINE)
          32 minutes ago ·  · 1
        • Paulus Kopong Samboy aku seorang kawan yang bisa di jadikan sahabat..seorang yang suka mendegar..walau pun kadang kala..tidak dapat menolong nya...tetapi saya berjnji dengan nama sendri saya akan bagi dia kata-kata semagat dan doa yang tak hentinya..kerana rakan bisa menjadi..kawan..kerana kawan.bisa menjadi sahabat..kerana sahabat...bisa ada saat kita duka mahu pun gembira.........pilihlah antara tiga ini...datok jem
          30 minutes ago via mobile ·  · 1
        • Rabeah Mohd Ali KENAPA AKU BEGINI KENAPA KAU ANGGAP BEGITU?

          Engkau ni keturunan puteri ke?
          Engkau suka berlagak kan?
          Meluat aku...
          Weeii kau cermin sikit muka kau tu
          Harap mekap je lebih
          Buang mekap
          Tengok...
          Hodoh....
          Maka dari itu cermin sikit
          Engkau tu siapa...

          Aku sentiasa sedar diri
          Aku siapa
          Yang tak secantikmu
          Yang tak semudamu
          Aku memang tak setandingmu

          Ha sedar pun
          Habis tu kenapa
          Kau berlagak macam
          Seorang puteri raja
          Tak malu ke
          Perasan?

          Salah ke aku
          Menghargai kecantikan
          Kurniaan dari Allah
          Kalau kau nak tahu
          Jika aku tak bermekap
          Wajahku hodoh
          Kalau ditarik lapisan kulit
          Wajahku ini lagi hodoh
          Seperti tengkorak berjalan
          Termasuk juga wajah
          Engkau tanpa kulit di wajah
          Engkau boleh bayangkan
          Jadi apa nak dikesahkan
          Pada kecantikan yang
          Sementara ini...

          Habis tu kenapa kau
          Berwatak seperti puteri diRaja
          Kau perasan nak jadi puteri ke
          Putera mana yang hendak
          Kau pikat dan
          Putera mana yang akan terpikat
          Denganmu
          Lainlah aku cantik dan masih muda
          Tak perlu mekap pun dah cantik
          Sekali aku senyum 10 yang terpikat
          Tapi aku tak semudah itu terpikat
          Selagi dia itu bukan bergelar jutawan atau kerabat diRaja

          Yelah kau cantik dan muda
          Aku doakan apa yang kau impikan berjaya...

          Tak perlu kau doakan sudah ada pun
          Cinta gila-gila dengan aku
          Kerana kecantikan aku
          Aku pun anak orang berada
          Makanya kenalah setaraf denganku

          Syukur Alhamdulillah
          Moga kau bahagia sahabatku

          Tapi kenapa kau masih nak cemburu dengan aku
          Kau sudah memiliki segalanya pesona dunia
          Yang diimpikan oleh semua orang....

          Habis yang kau berlagak macam puteri tu
          Tak pesona dunia ke tu...

          Teman...aku ini cuma
          Menghayati watakku
          Sebagai seorang puteri rimba
          Yang tinggal bersama dengan
          Penghuni rimba niagara
          Takkanlah memegang watak
          Sebagai puteri rimba pun
          Nak cemburu....
          Lainlah puteri untuk manusia
          Bolehlah kau cemburu

          Nasib baik puteri rimba
          Kalau puteri istana memang aku cemburu
          Dengan haiwan apa nak dicemburukan
          Kalau cemburu juga aku lebih teruk daripada haiwan
          Tak nak aku....

          Tahu tak apa...
          Mulai hari ini kau jangan cemburu ye
          Kau beri saja sokongan/dukungan padaku
          dunia sastraku agar aku dapat berpena
          Dengan tenang tanpa ada rasa iri hati
          Keikhlasan sokonganmu dalam karya
          SASTERAKUDUNIAKU! amat kuharapkan darimu teman...

          KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
          12 Jun 2012
          Like · · Unfollow Post · June 12 at 11:18pm
          Zulfahmi Se likes this.
          (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP MELA AYU RADIO ONLINE)
          26 Jun 2012
          29 minutes ago ·  · 1
        • Ella Keris Kawan terbaik umpama lilin membakar diri!!bagi menerangi pada yang memerlukan!!!
          27 minutes ago via mobile ·  · 1
        • SAYANGKU SAYANGMU

          BismillahirRahmanirRahim
          Assalamualaikum wr wb

          Salam rindu dariku untuk semua teman di ombak rindu
          Kurindu kalian serindu rindunya
          Apa kabar kalian semua yang dikasihi
          Sudah lama kita tak ketemu di ombak rindu
          Di ombak rindulah kita selalu bercanda
          Bercanda tentang hati
          Bercanda tentang rindu
          Bercanda tentang cinta
          Bercanda tentang perasaan
          Semuanya meluahkan apa yang tersirat di hati
          Yang berbunga cinta
          Yang berkudup rindu
          Yang berawan gerhana
          Yang berceria pelangi cinta
          Rindu dan cinta penawar sepi
          Pabila pelangi cinta datang hilanglah sepi

          Semuanya bermadah
          Tentang rindu
          Tentang cinta
          Tentang sepi

          Rindu yang dirindui
          Cinta yang dicintai
          Sepi yang disepikan
          Semua terangkum dalam
          Bahasa jiwang-jiwang

          Di sini ku yakin semuanya
          Berjiwa jiwang-jiwang
          Mereka yang berjiwa jiwang-jiwang
          Pastinya seorang yang
          Penyayang
          Berlembut hati
          Pemaaf
          Berkata yang mengundang
          Rindu
          Sayang
          Cinta...
          Rindu ...sayang...cinta...
          Semuanya kerana-Nya

          Semua insan tiada yang sempurna
          Adatlah jika wujud terasa hati...sakit hati...menderita hati
          Tapi jika diikutkan hati pasti merana diri
          Untuk mengikis yang negatif itu
          Saling memaafkan
          Saling melupakan
          Buang yang keruh ambil
          Yang jernih
          Barulah datang yang jernih-jernih belaka
          Pabila fikiran sudah jernih
          Tiada apa yang difikirkan lagi
          Adalah sebuah
          Persahabatan yang indah-indah
          Berkata yang indah-indah
          Tiada dilukai dan terlukai
          Kerana sudah sayang menyayangi
          Dan tiada rasa iri di hati
          Melainkan
          Sayangku sayangmu
          Kerana-Nya
          Barulah aman roh dan jasad
          Hidup bertemanan
          Bagaikan di Syurgawi
          Insya-Allah Aamiin

          KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
          26 Jun 2012
          25 minutes ago ·  · 1
        • SELAMAT PAGI BUNGA-BUNGA CINTA SYURGA

          Selamat pagi bunga-bunga cinta Syurga

          Hadirlah rindu dari Syurga
          Hadirlah kasih dan cinta dari Syurga
          Hadirlah bahasa-bahasa Syurga

          Mengundang rindu
          Mengundang kasih sayang Ilahi
          Ke kalbu hati
          Yang tandus dengan rindu dan kasih-Nya
          Yang tiada penghujung pada semua hamba-Nya
          Cuma kekebalan dinding hati yang tak mengerti
          Akan KeAgungan Cinta-Nya
          Bila mati baru mengerti
          Sudah terlambat semuanya duhai hati yang membeku
          Sebelum terlambat duhai hati yang membeku
          Ada masa lagi untukmu mencair
          Cairkanlah dengan sinar keimanan
          Biar telus dan terus meresap ke kalbu hati
          Agar dia mengerti
          Bawa cinta dan redha Allah itu
          Yang mahu didambakan dalam hidup ini
          Agar bila bertemu-Nya
          Redha lagi DiRredhai
          Duhai jiwa yang tenang....
          Cintamu dibalas-Nya tanpa penghujung tanpa nokhtah
          Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

          KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
          26 Jun 2012
          22 minutes ago ·  · 1
        • Haryani Saf betul2...ani sokong..
          22 minutes ago ·  · 1
        • DIA TIDAK PERNAH MEMUNGKIRI JANJI

          Masa lalu yang sangat kelam...
          bukan alasan untuk bersinar dikemudian hari...

          By: Mata Hari
          16 Juni 2012

          SEINDAH PELANGI CINTA

          Biarpun masa lalu yang sangat kelam
          Pasti ada hikmahnya untuk masa kemudian
          Pabila masa kelam ditenggelami ombak rindu
          Makanya yang muncul pelangi cinta
          Pastinya hidupmu indah
          Seindah pelangi cinta
          Itulah hikmahnya masa lalu yang kelam
          Makanya bersyukurlah kamu sebanyak banyak-Nya
          Karna janjinya pasti benar
          DIA tidak penah memungkiri janji
          Betapa indahnya saling mencintai karena-Nya

          Pasakkan imanmu pada:

          MENCARI REDHA ILAHI
          MENCARI REDHA MANUSIA
          MENCARI REDHA ALAM

          Pasti jiwamu tenang
          Setenang air di kali Syurga

          Moga hidup mati kita
          Sentiasa dalam redha-Nya Ilahi
          Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

          KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
          16 Jun 2012

          KARYA MATA HARI & PUTRI RIMBA NIAGARA
          16 Jun 2012

          (PETIKAN DARIPADA WALL GROUP PUISI LOVERS)
          26 Jun 2012
          19 minutes ago · 
        • SETULUSNYA KASIH PADA SEMUA

          Kita bertinta seolah kita mahu mati esoknya
          Kita bertinta untuk mengundang Rahmat Kasih Ilahi
          Kita bertinta agar sahabat-sahabat kita menyayangi kita karna-Nya

          Indahnya jika
          Kita dapat mengalunkan bahasa indah
          Bahasa yang mententeramkan roh dan jasad
          Bahasa yang mendamaikan jiwa
          Tika menulisnya tenang
          Yang membacanya pun tenang
          Setenang air di kali Syurga

          Moga tinta-tinta nan indah
          Permai kita terus mengalir
          Seperti air terjunan Niagara
          Sama-sama menghilangkan
          Dahaga iman yang yang kian tandus
          Ditelan kesibukan masa pesona dunia

          Bersamalah kita mencerna
          Bahasa-bahasa
          Yang mengundang rindu
          Mengundang Rahmat Kasih-Nya
          Agar di dunia kita dapat bersama
          Di Syurga menanti
          Aamin Ya Rabbal A'Lamin

          Setulusnya Kasih Pada Semua
          Putri Rimba Niagara
          26 Jun 2012
          Like · · Unfollow Post · June 15 at 5:06pm
          Najwa Husna likes this.
          (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUISI CINTA ILAHI)
          26 Jun 2012
          16 minutes ago · 
        • DUHAI TEMAN FBKU DAN SEMUA TEMAN GRUPKU YANG DISAYANGI DUNIA AKHIRAT

          Rabeah Mohd Ali > Dan ku bersyukur dengan
          Hubungan kasih sayang kita
          Setulusnya kerana-Nya
          Tanpa syarat kebendaan harta
          Untuk menjalinkan kasih kita
          Akhirnya membawa kita
          Ke Syurga Ilahi
          Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

          Doa setulus ikhlas daripada sahabatmu,

          Rabeah Mohd Ali
          Rimba Niagara
          15 Jun 2012
          Like · · Unfollow Post · June 15 at 8:41am
          3 people like this
          (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUISI CINTA ILAHI)
          26 Jun 2012.
          12 minutes ago · 
        • SAHAM AKHIRAT SEHINGGA KIAMAT

          Ya Allah
          Dengan izin-Mu Yang Maha Berkuasa
          Kami Kau pilih untuk berkarya
          Tanpa izin-Mu kami jadi kaku
          Jemari kami kaku bisu tak akan
          Seiring dengan ilham dari-Mu
          Kau Pengurnia Ilham
          Ilhamkanlah pada kami
          Ilham yang
          Setiap baris satu kata
          Ada nilaian di Sisi-Mu Ya Allah

          Jika ada satu kata
          Yang bikin
          Pembaca sakit hati
          Lalu terluka
          Jauhkanlah Ya Allah

          Jika hatiku yang terluka
          Atas tulisan kata mereka
          Aku maafkan mereka Ya Allah

          Begitu juga mereka
          Hendaknya jika ada
          Satu kata yang bisa
          Membuat mereka sakit hati
          Bukakan mata hati mereka
          Untuk memaafkan aku Ya Allah

          Ya Allah ...
          Niat aku berpena
          Bukan mahu
          Menimbulkan permusuhan Ya Allah
          Bukan mahu
          Terbitkan sakit menyakitkan hati Ya Allah
          Bukan mahu sengaja sindir menyindir
          Seolah akulah yang sempurna iman Ya Allah

          Jauhkan penulisan
          Yang mendatangkan murka-Mu
          Yang mendatangkan sakit hati manusia kepadaku Ya Allah

          Jikalah penulisanku
          Membuatkan Kau murka
          Membuatkan manusia sakit hati
          Aku rela bisukan penulisan ini
          Buat selamanya Ya Allah
          Kerana bukan itu tujuan
          Asalku Ya Allah

          Yang aku dambakan
          Penulisanku ada
          Nilaian di Sisi-Mu Ya Allah
          Menenangkan hati mereka yang membacanya

          Penulisanku memberi motivasi kepada
          Diriku sendiri dan kepada mereka yang sudi membacanya
          Dan sama-sama berbagi ilmu dunia akhirat yang mereka miliki
          Agar penulisan kami dikira
          Sebagai sedekah jariah
          Saham Akhirat Sehingga Kiamat
          Setelah kami tiada di dunia ini nanti Ya Allah
          Aamiin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

          PUTRI RIMBA NIAGARA
          8 Jun 2012
          Like · · Unfollow Post · June 8 at 5:13pm
          2 people like this.
          6 minutes ago · 
        •  YAKIN AKAN ADANYA ALAM SYURGA

          SUHBANALLAH
          Kanvas Ciptaan-Mu Allah Maha Indah
          Tiada siapa yang dapat menandingi-Mu
          Kaulah Maha Bijaksana
          Kaulah Maha Pencipta
          Kaulah Maha Mengatur Kejadian Alam
          Dengan Kebijaksanaan-Mu itu
          Kami dapat menumpang teduh
          Di bumi-Mu Yang Maha Indah ini
          Buat sementara waktu
          Sebelum kami dijemput pulang
          Ke negeri abadi
          Yang lebih indah lagi
          Bagi yang yakin
          Adanya alam Syurga
          Sebagai balasan cinta
          Kepada para hamba-Nya
          Yang hidup dan mati
          Dalam Redha Ilahi

          KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
          8 Jun 2012
          Like · · Unfollow Post · June 8 at 4:09pm
          2 people like this.

          DALAM IGAUAN DALAM BAYANGAN KASIH TAK TERSISIH

          Di mana ada ketulusan hatimu
          Untuk berteman denganku
          Makanya di situ ada aku

          Kasih dan sayangku
          Sentiasa ada untukmu
          Selagi kasih tak tersisih
          Kasih teramat kasih
          Kasih setulus hati
          Kasih tanpa meletakkan
          Syarat pesona dunia
          Kasih sejati
          Membawa ke mati

          Rembulan menjadi saksi
          Sumpah setia kasih kita
          Kasih kita suci murni
          Bukan berlandaskan
          Pesona dunia
          Untuk memisahkan
          Kasih kita
          Makanya
          Mentari yang terik membakar kalbuku
          Menjadi redup
          Seredup matamu nan ayu
          Dan aku sentiasa sudi
          Menyambut sapaanmu
          Karena siapalah aku
          Untuk menolak kasih
          Agar tak tersisih
          Dunia dan akhirat

          Moga sapaan ini
          Membawa arti yang bersih
          Sebersih kasih tak tersisih
          Berpadu sapaan
          Di dunia bawa ke akhirat
          Itulah sapaan yang
          Dinanti dalam mimpi
          Dalam igauan
          Dalam bayangan
          Agar kasih tak tersisih!

          PUTRI RIMBA NIAGARA
          8 Jun 2012
          Like · · Unfollow Post · June 8 at 3:47pm
          2 people like this.
          3 minutes ago · 
        • IKRAR CINTA HINGGA KE SYURGAWI

          dipatrikan sudah dalam ikatan ikrar
          sumpah setia untuk sehidup semati
          berkat kesetiaan berhati jujur
          menyambut cinta dalam redha Ilahi

          niat di hati membawa cinta
          hingga ke mati
          apakan daya
          dipasrahkan pada Ilahi
          Dia yang mengaturkan
          Hidup dan mati hamba-Nya
          Segala Ketentuan-Nya
          disambut dalam redha Ilahi

          apalah ada pada cinta
          cinta yang hanya di dunia saja
          jika tidak ke arah akhirat
          dilupakan bukan mahu menolak cinta
          tapi apakan daya takdir menentukan
          cinta tak kesampaian
          dan tak akan kecewa kerana cinta
          bercinta bukan mahukan pesona dunia
          Makanya Ketentuan-Nya
          disambut dalam redha Ilahi

          Yang didambakan cinta
          mendekatkan diri kepada cinta Ilahi
          hati pasti tenang
          setenang air di kali Syurga
          saling bahagia membahagiakan
          tidak akan disakiti
          luka melukai
          hanya yang ada bahagia
          dalam menuju jalan-jalan
          Redha-Nya Ilahi
          makanya itulah ikrar cinta
          dipatrikan hingga Ke Syurgawi.

          KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
          8 Jun 2012
          Like · · Unfollow Post · June 8 at 3:32pm
          2 people like this.
          (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUISI CINTA ILAHI)
          26 Jun 2012
          2 minutes ago · 
    (PETIKAN DARIPADA WALL DATUK  JEM)
    26 Jun 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;