Saturday, 30 June 2012

SAYANGKU SAYANGMU - (68) TANGISAN SI PUJANGGA




TANGISAN SI PUJANGGA

aku ingin menulis
menulis yang
mengundang Nur Hidayah Kasih-NYa
tapi telah disalah artikan
katanya karyku menyakitkan hati
ALLAHU AKHBAR!
Telah kuberdoa pada Tuhan
Jika aku menulis karya yang menyakitkan hati
pembaca...rela kukakukan jemariku ini dari berpena ...tapi hingga sekarang Allah SWT sentiasa mencurah ilham kepadaku
SYUKUR YA ALLAH...Kau saja yang memahami aku yang suka menulis sejak kecil lagi...dan aku akan menulis sehingga terhenti nafas terhentilah pena Insya Allah Aamiin. Moga karya yang kutulis ada nilaian di Sisi-Mu. Aamin Ya Rabbal A'Lamin.

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
30 Jun 2012
 ·  ·  · 3 hours ago
  • Norsiah Kandar likes this.
    • Asmira Suhadis 
      usah bersedih duhai sahabatku, biar apa pun anggapan orang kepada kita, doakan lah sahaja semoga segunung kebaikan terlimpah kepadanya, supaya nanti di 'sana' dia tahu bahawa orang yang selama ini dia umpat keji dan kata dibelakang, orang yang diprasangkanyamembantu menghulurkan tali penyelamat dalam pelayarannya, sesungguhnya berbaik sangka walaupun disakiti adalah jambatan kepada perjalanan kita ... tersenyumlah walau saat airmata mu gugur kesakitan..masih ramai yang membaca fikirmu... tidak rugi kalau seorang dua yang menutuptirainya...
      3 hours ago ·  · 1
    • Rabeah Mohd Ali Terima kasih duhai sahabatku
      Kerana kau sudi faham keadaan aku
      Moga Allah SWT sahaja yang dapat membalas kebaikanmu padaku...
      Di kala aku tak henti menangis kau sudi tampil
      Menghentikan tangisanku
      Dengan sapu tangan cintamu yang setulus hati....
      Percayalah dari dulu kau tetap sahabat dunia akhiratku
      Asmira Suhadis...
      Masih kau ingat tak puisi yang kurangkan
      Untukmu 'TERITIP'
      Adakah kau masih simpan lagi puisi itu?
      Jika ada tolong siarkan di sini...ye
      Kalau tak ada nanti
      Kuminta si kunte si kunte
      Carikan di galeri Warisan Khazanah Bangsa Rimba Niagara
      3 hours ago · 
    • Asmira Suhadis sahabat ku rabeah... sajak teritip itulah yang terpilih untuk antalogi puisi 5 negara..sungguh teritip itu amat besar maknanya buatku...moga buatmu juga.
      2 hours ago ·  · 1
    •  CINTA TERITIP

      Indah sungguh permandangan di situ
      Di sebuah pulau taman teritip
      Memutih permandangan
      Kesemua batu di pulau tersebut dipenuhi teritip

      Memutih permandangan
      Saujana mata memandang
      Terpukau mata memandang
      Keindahan yang memukau pandangan mata

      Disinari mentari dia tetap di situ
      Berkilauan cahayanya
      Berpinar mata memandang

      Dipukul ombak mengganas dia tetap di situ
      Tanpa melawan namun bertahan

      Di malam bulan purnama
      Aduhai...! Cantiknya taman teritip di kala itu
      Bersinar bergemerlapan seperti kerdipan bintang kejora
      Aku terpukau sambil memuji Tuhanku

      Esoknya kucari teritip kejora yang berkilau itu
      Lalu kuambil kubawa pulang
      Kuhadiahkan kepada Si dia
      Untuk menyuntingmu
      Lalu diletakkan di taman hati berbunga cinta suci.

      Karya: Putri Rimba Niagara
      26 Julai 2011
    • Rabeah Mohd Ali Boleh tak kau siarkan sajak teritipmu duhai Asmira...aku ingin menghayatinay semula....
    • Asmira Suhadis JIKA INGIN BICARA

      jika ingin bertanya tentang rindu
      tanya kan pada bayu
      yang semilirnya sentiasa membisik
      membelai mesra tampa kata
      jika ingin bicara tentang pemuja
      tanyakan pada sang pungguk
      yang berabad memuja bulan
      sedang bulan lena dipelok awan
      jika ingin bicara tentang setia
      tanyakanlah pada nesan di pusara
      yang tidak pernah mahu berganjak
      walau pun jasat tidak bernyawa
      kalau ingin bicara tentang cinta
      tanyakan saja pada tun teja
      yang rela meninggalkan keluarga
      sedangkan Tuah berpaling darinya….
      dan aku
      masih bagai teritip lekat dibatu…
      ASMIRA SUHADIS,
      jumaat 1hb julai 2011.
      53 minutes ago ·  · 1
    • DUHAI SI PEMUJA OMBAK RINDU

      Percayalah dengan qada & qadar Allah SWT pada kita
      Pasti kalian akan tenang jiwa tanpa bergelora-gelora
      Dihayun-hayun ombak rindu
      Nasib baik dihayun manja
      Kalau dihayun terus ke tengah ombak mengganas gimana?
      Tak sempat bertaubat kita nanti
      Makanya kita lupakan tentang rindu dan cinta
      Kita tunggu sajalah KETENTUAN TAKDIR CINTA DARI ILAHI
      Akan tenang roh dan jasad kita

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      30 Jun 2012
      9 minutes ago ·  · 1
    • Rabeah Mohd Ali Balaslah sajakku itu duhai Asmira...
      Sudah lama kita tidak berbalas puisi
      Di malam yang syahdu ini pasti ilham
      Akan turun seperti air terjunan di Niagara hehehe
      4 minutes ago · 
    • Asmira Suhadis maaf rabeah..waktu ini kepala ku sedang berdepan dengan tugasku untuk menyiapkan naskah untuk hari kemerdekaan... tidak berkesempatan untuk menukilkan puisi..insaallah dilain kesempatan.
      2 minutes ago · 
    • Rabeah Mohd Ali Tak apa kufaham...demi tugasmu pada negara teruskan sayang...dan percayalah aku sentiasa memahami rakanku asalkan dia berterus terang...salam rindu dan sayang untukmu asmira.
  • (PETIKAN DARIPADA GRUP DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
    1 Julai 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;