- BERDOSAKAH AKU MENCINTAINYA
Engkau hamba aku pun hamba
Aku sentiasa cermin diriku
Yang tak sehebatmu bila berpuisi
Yang tak secantikmu yang boleh bertukar wajah
Berwajah kanak-kanak untuk melampiaskan dendam membara
Kalau betul kau mahu teruskan berkomunikasi denganku
Munculkanlah wajahmu yang rupawan itu
Agar aku dapat lebih mengenalimu
Aku tak suka yang berpura-pura
Membaling batu sembunyikan tangan
Setahu aku yang tak mahu memunculkan dirinya
Menggunakan objek lain sebagai pengganti diri berkata-kata
Pasti ada niat jahat untuk melemparkan kata sesuka hati
Menghina sesuka hati
Agar orang tak mengenalinya
Adakah ini yang dikatakan manusia
Jika kau benar manusia
Munculkan dirimu
Agar boleh kita berkormunikasi
Cara berhikmah
Mengundang Nur Hidayah Kasih-Nya Aamiin
Sebelum aku mengundurkan diri
Tangan dijabat memohon maaf
Kerana melukakan hatimu
Percayalah tiada niat dihatiku
Untuk melukakan hatimu
Kerana kekasihmu si ombak rindu itu
Insya-Allah aku akan memujukknya kembali kepadamu
Kalau... itu boleh meredakan dendam membaramu
Padaku yang tak tahu berdosakan aku mencintainya?
Duhai kanda werdys...
Balaslah cinta dan rindu kekasihmu itu
Aku tak tega menjadi tempat melampiaskan
Marahnya dendamnya yang membara-bara padaku...
Tolonglah...lupakan aku...
Balaslas cintanya
Demi kebahagiamu dan dia
Aku relakan
Kerana aku faham
CINTA ADALAH ATAS KETENTUAN-NYA
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
27 Jun 2012 - Raisya Scorp Aduhai Putri Rimba Niagara...
Jangan mudah membuat andaian
tanpa tahu duduk perkara sebenar,
jangan pula lemparkan tuduhan
berdasarkan apa yang dibaca
Oh, Werdys Kalbary tu Ombak Rindumu, ya :))
kekaishnya ke??? - Wan Suwandy ^___^
knda Rabeah Mohd Ali...
ombak rindumu dan bro Werdys Kalbary sedang gemuruh,
angin bertiup menggetarkan layar
teruslah berlayar hingga ke batas kaki langit senja
abaikan jerit camar liar di tiang kapalmu...
abaikan siutan bayu yang tiada menentu
arungi segara biru...
hingga kalian lintasi lima benua dan tujuh samudera...amiin :) - Rabeah Mohd Ali BismillahirRahmanirRahim,
Ya Allah aku amat percaya segala Yang baik itu datangnya
Dari-Mu Ya Allah
Siapapun yang Kau Kurniakan padaku adalah permata dari
Syurga...Ampunkanlah kami semua Ya Allah
Kami semua hamba-Mu yang lemah
Lagi tidak sempurna...
Masalah remeh temeh di dunia ini ingin kami tamatkan Ya Allah
Agar tidak dibawa ke akhirat Ya Allah
Duhai semua rakan yang mengenali diriku di alam maya ini
Maafkanlah aku...aku bukan sengaja hadir di sini
Sengaja untuk menyakitkan hati kalian...
Begiu juga aku bagi pihak dua adik beradik kembar ombak rindu ini
Memohon maaf pada kalian semua...
Percayalah KETENTUAN TAKDIR adalah DIA yang TENTUKAN
Kita redho sajalah apapun yang ditakdirkan dengan rasa jiwa yang Hamba siapalah kita untuk melawan takdir ...
Maka dari itu hamba dengan rasa insafnya di sini memohon maaf
Kiranya hamba bersalah...maafkanlah hamba...kerana tujuan hamba
Dijemput ke grup ini adalah semata untuk berkarya dan berkarya
Bersama dengan teman-teman sastra...bukan untuk menimbulkan
Perselisihan faham begini...harap mengerti keadaan hamba ini
Yang hanya mahu berkarya bukan selain dari itu...
Moga dengan penjelasan ini
Jangan ada lagi salah faham di antara kita
Salam kemaafan dari hamba
Yang sentiasa menghormati karya-karya rakan sastra semua
Percayalah karya rakan-rakan semua adalah
Sebagai bekalan di hari yang tiada apa-apa lagi paling berharga
Kecuali amalan yang diterima-Nya.
Hamba Yang Menyanjungi Karya Kalian Semua,
Karya kalian semua kubingkaikan di hatiku
Semampu dayaku Insya-Allah Aamiin.
PUTRI RIMBA NIAGARA
27 Jun 2012
Tuesday, 26 June 2012
KARYA KALIAN SEMUA KUBINGKAIKAN DI HATIKU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment