Monday, 25 June 2012

KUKIRIM OMBAK RINDU PERSAHABATAN PADAMU KAWAN SEJATI




    • KAWAN SEJATI...

      Kawan sejati...
      Dia takkan pernah biarkan kawannya
      Diinjak-injak sesuka hati

      Kawan sejati...
      Dia sentiasa
      Mengerti ...dia terlalu berharga pada kawannya
      Dan sentiasa berkomunikasi...membantu selagi daya..
      Dan nyawa menjadi taruhan kasih sayang demi-Nya

      Kawan sejati sentiasa berbahasa
      Nan indah-indah
      Bahasa Syurga
      Bahasa akhirat
      Mengajak ke Syurga
      Tanpa mahu melukai hati kawan sejati
      Yang ada kasih dan sayang demi-Nya

      Dan jika itu ada padamu duhai kawan-kawanku
      Aku sudi menjadi kawan sejatimu
      Sampai kapanpun!
      Jika tiada maafkan aku
      Bukan aku tak sudi
      Karna aku tak tega disepikan
      Aku wujud seperti tak wujud

      Yang kumahu bukanmu
      Yang kumahu hatimu
      Sesuci embunan pagi
      Yang tetesannya
      Mewangikan imankan
      Agar sempurna
      Sebelum pulang
      Ke Pangkuan Ilahi

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      21 Jun 2012
       ·  ·  · June 21 at 8:45am

    • BUAT RAKANKU YANG TERSANJUNG DI HATI...

      Semakin kuatnya terjangan ombak ke aku
      begitulah kuatnya rinduku ke kamu....
      cumanya aku tak tega menangung sakitnya
      terjangan ombak itu hingga aku terjaga dari lena ...
      Ya... aku benar-benar rindukan kamu dan kerana terlalu rindu,
      aku tidak boleh terima kau sepikan aku dalam hidupmu...
      sejujurnya aku tak tega kehilangan kamu sehinggalah
      nyawa menjemputku pulang.

      Tahu ke kau sehari tidak mendengar kabar berita darimu ...
      serasa bagaikan bertahun-tahun lamanya...jika seminggu...
      berbulan ...lagi aku tak boleh terima...jika terlalulah sibuknya dikau...
      aku rela kau sepikan aku...dan buanglah namaku jauh-jauh dari di sudut hatimu...kerana aku tak larat lagi mengharap balasan rindu darimu...aku tak larat lagi pergi ke ombak rindu...menyatakan aku rindu padamu dan bukan kau yang menjawab...cuma gema suaraku sendiri yang menjawab....adakah kau tega melihat aku menanggung derita rindukanmu sepanjang hari sepanjang masa?
      Makanya balaslah rinduku biar pun seketika cuma...
      aku nggak bisa membuang rinduku padamu di ombak rindu.....
      karna setiap yang hadir dalam hidupku biar pun cuma di alam maya...
      dia adalah lebih berharga daripada permata berharga...
      makanya hargailah rinduku ini tanpa alasan yang kau sibuk dengan duniamu....jika kau tak sanggup untuk menjadi sesetia ombak kepada pantai....makanya lepaskan rindu itu...biarlah ia pergi di bawa deruan ombak tanpa suara...bisu...sepi....kalau itu pengubat rindumu ke aku....dan aku rela sepi rindu ini disepikan tanpa penantian yang menjemukan.

      Moga di alam realiti kita dapat berjumpa menyatakan hasrat hati..
      yang kita adalah sahabat paling sejati selepas itu kita tidak perlu
      lagi mengungkapkan rindu serindunya hanya yang ada aku
      sayang kamu demi-Nya makanya terimalah persahabatan ini demi-Nya.

      ITULAH MAKNA YANG TERSIRAT DAN TERSURAT YANG ADA DI
      SASTRAMU SASTERAKU

      Moga apa yang aku ukirkan di daunan kasih ini membuka hatimu untuk membalas rinduku...agar aku tak sepikan kamu di ombak rindu...
      maaf aku terpaksa begitu kerana kutahu sepi itu adalah pengubat rindumu...makanya biarlah kita sepi.. dan terus sepi....dalam bahasa yang kita sendiri faham apa itu makna sepi tanpa kabar berita.....

      Yang merindui mu di ombak rindu,
      Putri Rimba Niagara.
      25 Jun 2012
       ·  ·  · 10 hours ago

      • Muzayyin Ali likes this.

        • Muzayyin Ali Kan kukirim ombak rindu persahabatanku ke teras rumahmu wahai sahabat baikku Rabeah Mohd Ali
          10 hours ago ·  · 1

        • Rabeah Mohd Ali Ayoyoo mahu tercabut atas rumahku dek kerana terjangan ombak rindumu itu duhai sahabatku.... makanya aku tak tega gitu kerana aku terpaksa mencari gua pulak untuk berteduh dari ribut petir...hehehehe
          10 hours ago ·  · 1

        • Muzayyin Ali Rabeah Mohd Ali..........jgn kwatir petir sudah berlalu..........dari bumi Nusantara, sekalipun terkadang mash suka menyambar - nyambar diatas atas atap-atap genting kita.........dan pastilah itu ulah PLN..........
          10 hours ago ·  · 1

        • Rabeah Mohd Ali Masalahnya rumahku bukan beratap genting tapi cuma sebuah pondok yang atapnya dari daunan rimba yang dianyam oleh si penguni rimba bagi aku berteduh dari ribut petir...sebab itu dia tak tega diterbangkan oleh terjangan ombak rindu...duhai rakan sastraku....
          9 hours ago · 
    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP LUAHKAN HATIMU SEHINGGA KAU TENANG)
    25 Jun 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;