Friday, 20 May 2011 0 comments

Cerpen Karyaku! Duniaku!

Aku masih ingat lagi ketika itu aku baru berusia
lapan tahun. Ketika itu aku belajar di Sekolah
Kebangsaan Telok Kemang, Port Dickson Negeri
Sembilan. Apabila cikgu tanya apakah cita-citaku,
aku katakan ingin menjadi pengarang terkenal,
semua gelakkan aku kerana aku tidak sepandai
mereka.

Aku menangis teresak-esak kerana malu ditertawakan,
cikgu Mariam memujukku dan memarahi kawan-kawan
yang mentertawakan aku.

Satu hari cikgu Mariam menyuruh ketua darjah menampal
karya cerita bergambarku di dinding bilik darjah.Cerita
bergambar itu bertajuk,‘Pak Dolah Penjual Sate’. Betapa
gembiranya aku ketika itu hanya Tuhan saja yang tahu.
Aku bangga dengan diriku.

Ketika darjah lima aku suka benar membaca buku sastera
kakakku tingkatan enam. Aku minat sangat dengan bahasa-
bahasa yang digunakan pengarang, di samping kupinjam
buku cerita daripada kawan-kawan sekolahku.

Aku masih ingat lagi ketika aku di tingkatan empat aku
berjinak-jinak menulis novel pendek, selepas tulis aku
memberi kawanku membacanya.Aku bertambah taksub apabila
kawan-kawanku membaca mengalirkan air mata penuh emosi.
Hari-hari mereka menunggu kisah selanjutnya.Bertambahlah
taksub aku mengarang.

Seingat aku novel remaja yang kukarang itu tamat ceritanya
setelah hampir lima tahun. Hingga kini masih ada dalam
simpananku hampir lebih 30 tahun bertajuk,’RATINA’

Yang bertuahnya skrip novel itu telah disemak oleh guruku
pada ketika itu Anwar Ridhwan. Ketika itu aku menghadiri
kursus penulisan anjuran Persatuan Penulis Negeri Sembilan
(PEN). Sekarang guruku telahpun menjadi Sasterawan Negara
bergelar Datuk.

Setelah menghadiri kursus penulisan aku semakin taksub
untuk menghadiri apa-apa jua kursus penulisan anjuran
mana-mana pertubuhan penulisan, kalau dikira hampir
puluhan kursus penulisan aku telah pergi menghadiri ,
ramai guru-guruku yang kini telah bergelar Sasterawan
Negara, kalungan tahniah kuucapkan biarpun agak lewat.
Terima kasih juga kepada guru-guruku yang lainnya.
Jasa kalian mengajar aku dan mencurahkan segala ilmu
penulisan yang amat kuminati sejak di bangku sekolah
lagi begitu terkesan dalam jiwaku hingga saat ini.

Kepada kawan sepenulisanku Zaharuddin sesungguhnya aku
terhutang budi kerana beria-ia sangat ingin karyaku
disiarkan di syarikat penerbitan buku. Atas usahanya
karyaku berjaya di terbitkan. Setelah lima belas tahun
berlalu karya novel kanak-kanak bertajuk.'Tangan Emas'
diulang cetak dalam versi yang baru.

Ada satu cerita lucu yang masih kuingat hingga saat
ini,apabila kawan sepenulisan aku mengatakan namaku
sebaris dengan penulis-penulis tanah air terbitan
Dewan Bahasa Dan Pustaka. Apabila dapat tahu aku
segera memcari buku tersebut dan ternyata memang
tercatat namaku. Seakan nak runtuh dunia ini,tidak
percaya betulkah aku itu? Tapi hakikatnya memang
betul.

Ada satu lagi cerita lucu yang masih kuingat, masa itu
tingkatan lima, “Rabeah ni mengarang surat ke jabatan
kerajaan macam hantar surat kepada kekasih berbunga-
bunga bahasanya,” kata cikgu Nordin ketika mengajar
mata pelajaran Bahasa Malaysia. Aku tersipu-sipu malu
dan kawan-kawan apa lagi gelak habis-habisan.

Baru aku tahu setiap kali aku menghantar surat kepada
jabatan kerajaan aku akan tersenyum sinis sendiri
mengingati kata-kata cikgu Nordin.

Ketika menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53 aku menghantar
poskad kemerdekaan yang aku hasilkan sendiri kepada
Sultan-Sultan dan Pemimpin Kerajaan dengan ucapan
‘Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53 Semoga
Malaysia Tercinta Terus Gemilang!
Hargai Kemerdekaan! Merdeka Selamanya!

Aku menghantar juga kad ucapan Selamat Hari Raya
Aidil Fitri dan aku karangkan serangkap pantun
yang kutujukan khas untuk sultan dan pemimpin .
Gembiranya hati tidak terkira apabila sultan dan
pemimpin membalas kad ucapanku.
Aku terharu hingga saat ini. Siapalah aku.
Aku pamerkan kad tersebut di Galeriku.

Aku masih ingat lagi di alam persekolah apabila pergi
bersama arwah ayahku ke pasaraya pasti aku akan membeli
berbatang-batang ball pen dan buku nota hingga ibu dan
ayahku menggelengkan kepala.

“Bie…baru bulan dulu dah beli…takkan dah habis
dakwat?” tegur ibuku. Aku tersengeh-sengeh
memandang ayahku. “Ala…takkan awak tak tahu
anak awak tu pengarang… ha…banyak mengarang
cepatlah habis dakwat.”Ibuku tidak terkata apa.
Ibu pun tersenyum juga akhirnya.

Kerana taksub dengan pen , beg tangan yang ingin
kubeli kupastikan ada poket di luar senang hendak
kuaturkan dengan deretan ball pen yang pelbagai
jenis dan warna. Bukan nak menayang tapi aku puas
melihat deretan pen seolah-olah rugi aku tidak
mencapainya untuk berkarya jika ilham datang.

Saat yang tidak dapat kulupakan hingga saat ini
apabila arwah ayahku menghadiahkan aku sebatang
pen berjenama ‘ Parker”. Sukanya hatiku saat itu
bukan kepalang. Kucium pipi ayah tanda terima kasih
yang tidak terhingga. Ayah memang seorang yang
penyayang dan memahami.

Ibuku pula bila nampak karyaku tersiar di dada akhbar
dialah yang menayangkan karyaku kepada semua orang
yang ditemuinya. Nak kata macam mana? Ibu peminat
nombor satu setelah ketiadaan ayahku.

Kadang-kadang aku pun tertanya-tanya pada
diriku, “Betul ke aku ini seorang pengarang?
Aku ni bukan pelajar lulusan universiti , ah!
Tak kisahlah yang penting aku minat dengan
duniaku mengarang dan terus mengarang.

Aku masih ingat lagi, ketika aku menghadiri
kursus penulisan selama tiga hari , akulah yang
sibuk-sibuk mengutip hasil karya teman-teman
sekelas untuk dijadikan buku hasil karya penulis
yang menghadiri kursus.Dan apabila jadi buku kuhantar
kepada penganjur untuk dijadikan bahan rujukan dan
koleksi.

Dalam kelas akulah peserta yang paling banyak bertanya.
Selagi tak faham aku akan tanya hinggakan perceramah
tidak kering gusi hendak menjawab. Nak pandai mesti
banyak bertanya.

Masa rehat , aku mengambil kesempatan bertanya
dengan guruku yang kini bergelar sasterawan Negara,
ketika itu aku sedang menyiapkan buku cerita kanak-
kanak bertajuk, “ Putera Duyung”, hasil tunjuk ajar
dan buah pemikirannya aku berjaya menyiapkan
buku tersebut dengan begitu baik sekali.

Aku mendapat ilham menghasilkan, ’Putera Duyung’ ketika
itu aku pergi lawatan sambil belajar di Indonesia ditaja
oleh kerajaan Negeri Sembilan. Terima kasih kerajaan
Negeri Sembilan yang ketika itu Menteri Besar Tan Sri
Isa Samad tanpa sokonganmu siapalah aku.
Benarlah kata pepatah,“Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan”.

Cerita “Putera Duyung” bagiku amat unik dan jika dijadikan
filem animasi akan menjadi filem animasi yang hebat.
Aku pernah menjalankan kaji selidik buku Putera Duyung ,
kanak-kanak amat menggemarinya. Kerana terlalu minat
dengan cerita Putera Duyung yang merangkak membaca
terus pandai membaca. Lucu sekali. Bagaimana kepuasan
penulis menghasilkan karya, begitulah kepuasan pembaca
bila membaca karyaku.

Nak dikatakan aku ni syok sendiri tidak juga, kerana
setiap karyaku akan aku jalankan kaji selidik kepada
ribuan pembaca terdiri daripada pelbagai peringkat
umur, taraf akedemik dan kaum. Semua komen-komen
yang aku perolehi amat mengejutkan, membuatkan aku
bertambah yakin dengan karyaku jika diterbitkan akan
mendapat sambutan di luar dugaan.

Bukan nak membangga diri atau angkat bakul sendiri
tapi sekadar beri semangat kepada diri sendiri yang
dah lewat usia ni masih lagi berangan-angan nak jadi
pengarang.

Angan-anganku untuk mengadakan galeri hasil karyaku
sejak tiga puluh tahun yang lalu kini tercapai,
walaupun tidaklah se gah mana tapi aku puas dengan
galeri karyaku itu. Sijil-sijil kursus penulisan
yang pernah aku hadiri dan surat-surat sokongan
yang aku perolehi daripada jabatan kerajaan dan
swasta menghiasi keseluruhan dinding galeri karyaku.

Rak buku penuh dengan hasil karyaku yang telah
kuhasilkan sejak tiga puluh lima tahun yang lalu.
Semua hasil karya belum diterbitkan mana-mana
penerbitan. Cuma satu dua saja yang diterbitkan.
Sedar tak sedar aku sendiri yang menjadi penerbit
untuk karyaku sendiri.

Pernah aku iklankan di akhbar mencari rakan kongsi
atau pelabur untuk projek hasil karyaku tetapi hingga
kini masih gagal. Aku ingatkan nak kongsi keuntungan
bersama tapi mereka kata karyaku terlalu ringkas dan
tidak sesuai.

Walaupun mereka tidak terimaku sebagai rakan kongsi
perniagaan, ada kebaikan di sebaliknya apabila setiap
kali berjumpa dari seorang ke seorang, idea aku
bercambah. Kertas kerja dari muka surat yang sedikit
lama-lama menjadi ribuan muka surat.

Mana tidaknya segala idea dan kaji selidik pembaca ada
di kertas kerjaku, kerana terlalu tebal, cuma aku dapat
bukukan lima ratus muka surat.Kertas kerja itu (mengenai
ideaku 'Kota Buku Karyaku Duniaku' di jadikan sebagai
produk perlancongan negara) kuhantar kepada Perdana
Menteri dan Menteri-Menteri yang berkaitan dengan kerja
seniku untuk dinilai bagi pihak rakyat Malaysia yang
menyokong penuh untuk direalisasikan kerajaan Malaysia.

Namun begitu terpulanglah kepada kerajaan Malaysia,
bagiku, aku telah mejalankan tanggungjawabku kepada
rakyat Malaysia dan negara tercinta. Kalau diterima
inilah sumbanganku kepada negara tercinta.

Apapun aku yakin dengan karyaku kerana hasil daripada
kaji selidik kepada ribuan pembaca dan surat sokongan
yang aku perolehi mengatakan karyaku berkualiti dan
akan memberi impak yang besar dalam dunia perbukuan
negara di samping dapat memupuk minat membaca kepada
rakyat Malaysia sejak di bangku sekolah lagi.

Sekarang ini pemikiranku masih lagi segar membayangkan
aku telah memiliki sebuah , “Kota Buku” yang di dalamnya
ada semua hasil karyaku. Setiap tajuk buku ada produknya
tersendiri, seperti drama pentas, arca, filem animasi ,
setiap watak kartun yang ada dalam hasil karya ada
permainan kanak-kanak.Secara tidak langsung apabila mereka
membeli, seolah-olah mereka ada dalam dunia karya yang aku
hasilkan itu.

Satu tajuk buku ada lokasinya dan kalau ada lima puluh
tajuk buku seluas mana “Kota Buku” tak dapat hendak
aku bayangkan. Puaslah pecinta karyaku untuk menghayati,
‘Kota Buku” yang aku angankan itu.

Ini cuma bayangan yang ada di kotak pemikiranku .
Kalaulah benar impianku ini menjadi kenyataan pasti
tika itu, “ Karyaku! Duniaku! Dapat dikongsikan
bersama mereka yang meminati karyaku dan akulah
insan yang paling bahagia di dunia ini. Berbaloilah
segala usaha dan pengorbanan apa yang aku perjuangkan
selama puluhan tahun ini. Dan Kota Buku ini akan aku
wariskan untuk generasi dan negaraku yang tercinta!

Jika ini cuma bayangan dan tidak menjadi kenyataan
aku redha dengan ketentuanNya. Aku puas dengan
kehidupanku ini kerana aku menghabiskan usiaku
dengan,“Karyaku!Duniaku! I

Karya: Rha NS
1 Januari 2011
Tuesday, 17 May 2011 0 comments

Puisi Guruku Sayang Muridku Sayang

Guruku sayang…
Aku amat terhutang budi padamu,
Kau mengajar aku tentang…
Kehidupan…  kehidupan  yang  semuanya
berpaksikan ilmu.
Tanpa tunjuk ajarmu…
Aku bagaikan burung patah sayapnya…
Kapal  hilang nakhodanya… hidupbagaikan gelap gelita.


Guruku sayang…
Ajarlah aku…  Nasihatkanlah aku…
Pimpinlah aku ke jalan  benar …  Agar aku tidak terkapai-kapai
lemah di atas kejahilanku sendiri  yang  tidak minat menuntut ilmu.
Mulai  hari ini aku berazam menjadi murid cemerlang dan
terbilang!  Itulah janji aku!  Itu sumpah aku padamu  guru!
Terima kasih guru…
Di atas segalanya!
Tanpa mu siapalah aku!


Karya:    Rha NS
              16 Mei 2010
              (Bersempena Sambutan Hari  Guru)            
0 comments

Puisi Buat Bapaku Sayang

Bapaku sayang…
Meskipun sudah 30 tahun berlalu…
Kenangan hidup bersamamu masih tetap segar
dalam ingatanku.
Kau adalah bapa yang bertanggungjawab dan penyayang.
Aku disayangi… Aku dimanjai… Walaupun hidup dalam
serba kekurangan tapi kami bahagia hidup berkeluarga.

Terima kasih kerana telah mendidik dan membesarkanku
biarpun hidup bersamamu hanya 17 tahun tapi aku amat
menghargai  setiap budi yang diberikan padaku.

Terima kasih kerana sudi menyangiku dengan penuh keikhlasan.
Moga kita berjumpa di Syurga nanti.Amin.


Karya: Rha NS
            20 Jun 2010
             (Bersempena Sambutan Hari Bapa)
0 comments

Puisi Ibuku Sayang

Ibuku sayang…  Kusayang ibu…
Kukasih ibu… Selagi hayat di kandung badan.

Dalam usia selewat begini…
Aku masih belum dapat membalas jasamu.
Mungkin tidak sekarang…
Mungkin akan datang,  dapat  membalas jasamu.

Semalam aku bermimpi…
Ibu menghadiahkan aku sepohon
 pokok berbuahkan permata.
Aku memetik gugusan permata
 dari tangkainya.
Apa maknanya Allah saja yang tahu.

Terima kasih ibu…
Kerana sudi membesarkan dan
mendidik kami dengan kasih
dan sayang yang teramat ikhlas.
Moga Allah sahaja yang dapat membalasNya.

Selamat hari ibu.
Aku sayang ibu selagi hayat di kandung badan.
Moga kita sekeluarga dapat hidup di alam Syurga nanti.
Amin Ya Rabbal A’Lamin.

Karya  :    Rha NS
                  25 Jun 2010
0 comments

Puisi Buat Ibu KuSayangmu Hingga Ke Hujung Nyawa

Ibuku sayang…
Sudah 25 tahun usiaku..
Aku masih begini…
Aku gagal menggembirakan hatimu…
Aku belum mampu menghadiahkan rumah untukmu…
Aku belum mampu membelikan apa sahaja yang kau hajati…
Cuma yang kumampu menghadiahkan tasbih mutiara untukmu ibu
dengan keberkhatan tasbih ini nanti aku akan dapat melaksanakan
impianku untukmu ibu.

Sempena hari ibu ini tiada apa yang dapat kuungkapkan melainkan
sesungguhnya aku sayang padamu ibu!
Moaga Allah membalas budi baikmu dengan ganjaran Syurga kerana
membesarkan aku dan mendidikku.

Selamat hari ibu untuk ibuku tersayang hingga ke hujung nyawa!

Karya:   Rha NS
               8 Mei 2010
  
0 comments

SYAIR KELUARGAKU SAYANG

Tersebutlah kisah keluargaku tersayang,
Tinggal di Kampung Teluk Kemang;
Aman sentosa bersenang-lenang,
Hidup bahagia terkenang-kenang.
   
Mohd Ali ketua keluarga,
Anak isteri terurus terjaga;
Seorang bapa yang bijaksana,
Satu keluarga hidup bahagia.

Pagi-pagi pergi ke laut,
Ombak membadai tak pernah takut;
Berusaha bapa selagi larat,
Buat hatiku rasa tersayat.

Fatimah isteri yang baik budi,
Cantik rupa cantiklah hati;
Suami disayangi juga dihormati,
Cintakan suami hingga ke mati.

Anak-anak hidup bahagia,
Mendapat perhatian ibu dan bapa;
Ada masalah dikongsi bersama,
Pengorbanan ibu bapa tidak dilupa.

Dikurniakan Tuhan anak sepuluh,
Dijaga dididik tak pernah mengeluh;
Sanggup berhujan sanggup berpeluh,
Demi kerana anak sepuluh.

Halimahtun Sa’adiah anak pertama,
Cantik rupawan berbudi bahasa;
Kerenah adik-adik semua diterima,
Semua adik-adik sayang padanya.

Anak kedua namanya Ramli,
Anak kesayangan Mohd Ali;
Tamat belajar mengajian tinggi,
Agar Ramli hidup dihargai.

Anak ketiga namanya Salmah,
Orangnya ramah dan tamah,
Asyik ketawa tak pernah marah,
Qada dan Qadar dia berserah.

Anak keempat Abdul Ghaffar,
Seorang pendiam kuat bersabar;
Kuat berusaha banyak ikhtiar,
Agar keluarga tidak terbiar.

Noraini pula anak kelima,
Rajin memasak untuk keluarga;
Orangnya  pendiam berbudi bahasa,
Banyak berbudi banyak berjasa.

Hasnah anak keenam paling pandai,
Kepandaiannya tiada ditandingi;
Jasa ibu dan bapa amat dihargai,
Wajah bapa masih dibayangi.

Anak ketujuh namanya Khairiah,
Masa kelahiran disambut meriah;
Cepat merajuk bila dimarah,
Mohon maaf bila tersalah.

Saridah anak yang kelapan,
Bertanggungjawab beradap sopan;
Kuat bekerja hingga tak sarapan,
Ekonomi keluarga terus mampan.



Rabeah anak yang kesembilan,
Suka tersenyum suka berjalan;
Minat menulis jadi amalan,
Cita-cita ingin menggapai bulan.

Radziah anak yang bongsu,
Masa kecil suka menyusu;
Disayangi olah ayah dan ibu,
Kini digelar puteri bongsu.

Anak-anak semuanya sayang,
Kasih sayang takkan hilang;
Hidup bahagia sayang menyayang,
Jasa ibu dan bapa tak akan hilang.

Ibu gembira anak bahagia,
Jangan putus ikatan keluarga;
Saling berhubung jalinan mesra,
Agar ikatan terus terbina.

Masa berlalu begitu pantas,
Ingin bahagia tiada jalan pintas;
Segala cabaran terus direntas,
Kasihkan keluarga tempat teratas.

Sekian sahaja syair keluargaku sayang,
Moga kasih takkan hilang;
Indah hidup berkasih sayang,
Bahagia keluargaku terus terbayang.



Karya :  Ummu Sal
                5 Jun 2010



Puisi Keluargaku Sayang

Duhai bapa…
Kusayangmu hingga ke hujung nyawa.
Duhai ibu…
Kukasihmu tiada hadnya.
Duhai kakak…Duhai abang…Duhai adik…
Kusayang kalian tiada batasan…
Kita dikandungkan dalam perut yang sama…
Kita dibesarkan dalam satu bumbung,
Mana mungkin kita terputus kasih sayang!
Bersyukurlah kita ditakdirkan mempunyai
ibubapa yang baik hati dan penyayang.
Kita hidupkan kasih sayang ini
 selagi hayat di kandung badan…
Moga kebahagiaan keluarga kita
 terus berkekalan hingga ke Syurga
nanti,  Amin Ya Rabbal A’Lamin.


Karya :  Rha Ns
                5 Jun 2010
0 comments

Puisi Istimewa Untuk Nenekku Tersayang

Nenekku sayang…  Hajah Fatimah
kusayangmu tak terkata
kurindumu setiap masa.

Segala budimu kuingat hingga kini.
Lucu kerenahmu menghiburkan hatiku…
Nasihatmu bagaikan mutiara.
Kenangan bersamamu teramat  indah.

Di mana kau berada kusayangmu nenek…
Janganlah nenek berasa risau.
Kusayangmu nenek dari dunia hingga akhirat!
Moga kita tetap bersama di Syurga nanti
Amin Ya Rabbal A’Lamin.


Karya:   Rha NS
              24 Mei 2010
              (Bersempena Hari Jadi Nenek Ke-84)
0 comments

PUISI PERWIRAKU

Duhai perwiraku…
Perjuanganmu aku kagumi,
moga semangat dan perjuanganmu
takkan pernah luntur…
Biarpun tsunami datang membadai!
Biarpun nyawa jadi taruhan!
Kerana dirimu adalah penyambung WARISAN,
namamu akan terpahat di hati WARISAN,
generasi kini dan akan datang.
Selagi ada bulan dan matahari
namamu tetap gah!
Perjuanganmu tetap megah!

Karya:  Rha NS (28.2.2011)
             
0 comments

PUISI PAHLAWANKU

Pahlawanku…
Kau gagah perkasa
mempertahankan negaramu
tanpa jemu…
Rela bermandikan darah…! Dihujani peluru!
Pertaruhkan nyawamu di setiap penjuru
demi keamanan negara dan generasimu.
Kau juga menyumbang  kepada
keamanan dunia!
Jasamu sentiasa di hatiku
di pusaramu nanti kukalungkan
bunga-bunga cinta perjuangan
kubertafakur mendoakan
rohmu mendapat ganjaran Syurga!
Amin Ya Rabbal A’ Lamin.

Karya:  Rha NS
             17 Mei 2011 
0 comments

Bosnia Takkan Kubiar Kau Derita

Embun menitis lesu tika
mentari terjaga dari lenanya.
Tatkala sang camar
menumpahkan dakwat merah
di meja perdamaian.
Lalu meneguk air di laut darah
membasahkan halkumnya,
memamah  nanah dan duri
demi kepuasan.

Meleparkan pandangan
ke ruang angkasa
yang tak pernah damai…
Dentuman adalah iramanya!
Terburai nyawa sana sini
adalah mata hatinya!
Tangisan anak kecil bukan ihsannya.

Demi agama dan bangsanya
adalah wawasan.
Mangsa derita adalah mereka rakyat Bosnia.
Semoga Tuhan memberi  kecekalan.

Kami negara yang kerdil ini
tertumpah kasih kasih padamu.

Takkan kubiarkan!
Kan kucangkan!
Kan kulaungkan!
Pada camar durjana!
Kami kirimkan merpati-merpati putih
dengan berita , ‘Bebaskan Bosnia!’
Pada seluruh benua Islam dan bergemalah,
‘Takkan kubiar kau derita!’

Karya:  Rha NS  (7. 5.1995)
0 comments

PENGHARAPANKU PADAMU YA ALLAH

Aku bukanlah  orang pandai tapi
minat kerja macam orang bijak pandai.
Pening memang pening,
sakit kepalaku
kerana siapalah aku nak dibandingkan
mereka yang bijak pandai.
Dengan pertolongan Allah yang Maha Bijak,
Dia mengilhamkanku,
Syukurku padaNya.
Insya-Allah selagi  dikurniakan
kudrat pemikiran   ku usahakan selagi larat
biarpun tidak dipandang manusia aku redha
tapi pandangan ihsanMu amat aku harapkan
sepenuh jiwaku kerana aku teramat takut sekiranya
di alam akhirat nanti biarpun aku menangis air mata
darah sepenuh alam sekalipun Kau tak akan pandang!
Aku tak mahu begitu Ya Allah!
Dengan air mata penuh pengharapan ini Kau pandang
dan terimalah segala usahaku ini.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.

Karya:  Rha NS
(29 April 2011)
0 comments

Duhai Kekasih Hatiku!

Kekasihku…
Bila aku alpa
memuji-Mu
terasa  terhenti nafasku!

Bila aku menyebut  Nama-Mu
Segala jiwaku hidup!
Jantungku berdegup kencang!
terasa Kau hampir denganku.

Tika aku membaca Kalam-Mu
terasa damainya hati…
Rinduku membuak-buak
untuk bertemu dengan-Mu.

Tika aku sujud pada-Mu
jasad dan rohku syahdu dalam
linangan air mata keinsafan atas
ketaksupan aku  pada dunia yang
melalaikan aku daripada
mengingati-Mu…
memuji-Mu…
mengagungkan-Mu..!

Terimalah aku menjadi kekasih setia-Mu
di dunia ini! Juga di akhirat!
Amin  Yarabbal A’lamin

Karya:  Rha NSl
20 Feb  2011 
0 comments

PANTUN KARYA SENIKU

Bismillahirrahmanirrahim pembuka kata,
Assalamualaikum  teman facebook ku;
Di alam maya kita berkata ,
Tanpa suara namun dekat di hatiku.

Doakan aku duhai teman facebook ku,
Agar karyaku dilamar usahawan berjaya;
Jadi realiti impianku,
Karya tersimpan hendaknya berjaya.

Aku berpantun dengan teman facebook ku,
Bukan untuk membangga  diri;
Idea tercerna antara mereka dan aku,
Gembiranya hati tidak terperi.

Bersahabat atas dasar keikhlasan,
Bukan untuk mendapat balasan;
Menjalinkan talisiraturrahim tiada alasan,
Moga keberkatan sebagai balasan.

Terima kasih duhai saudaraku,
Kerana terimaku sebagai sahabatmu;
Perjuanganmu perjuanganku,
Moga persahabatan janganlah jemu.

Aku menulis sejak dulu,
Karyaku tersimpan  di galeriku;
Bila kutiada untuk generasiku,
Lambang cinta abadi dariku untukmu.

Aku menulis bukan kerana nama,
Tapi mahukan karyaku ternama;
Aku dan pembaca saling bekerjasama,
Agar penulisan senada seirama.

Ketika  bulan purnama aku berkarya,
Penaku disinari  cahaya rang bulan;
Seronoknya aku bila berkarya,
Tersyahdu aku keindahan bulan.

Tersyahdu aku keindahan bulan,
Bulan purnama sumber  inspirasiku;
Bercita-cita menggapai bulan.
Kugenggam bara menjadi abu.

Bahagia hidup saling hormat menghormati,
Bahasa yang sopan pengubat hati;
Sebelum berkata perlu diteliti,
Indahnya bahasa diingat hingga ke mati.

Sampai mesej biar betul,
Jangan suka menabur fitnah;
Hina menghina patut diperbetul,
Berbudi pekerti tinggi tidaklah musnah.

Kata-kata indah pengubat hati,
Seperti berada di Taman Syurga;
Dalam perbalahan tiada yang menang,
Justeru betutur katalah seperti penghuni Syurga.

Dalam kata-kata ada pahala dan dosa,
Anda pilih yang mana satu;
Kata yang salah tetap berdosa,
Mendapat Syurga itu yang dimahu.

 Kehidupan  dipenuhi dengan cita-cita,
Disebatikan dengan bunga-bunga cinta suci;
Antara cinta dan cita-cita,
 Capailah cita dan wangikan dengan cinta suci.

Kehidupan dunia indah dan mengasyikkan,
Kehadiran bulan dan pelangi penyeri hidup;
Kasih mengasihi atas dasar keikhlasan,
Bercinta kerana Alllah kebahagiaan hidup.

Di siang hari diserikan pelangi,
Di malam hari disinari bulan;
Cinta yang murni terus mewangi,
Puisi  cinta  terpancar  di bulan.

Kutuliskan puisi cinta buat kekasihku,
Samada kau mengerti  ku  tak tahu;
Cintai aku  setulus hatimu itu mahuku,
Terpateri  cinta hingga ke Syurga  doaku.

Jangan kau kunci pintu cintamu,
Berilah peluang menerima cinta;
Pemuda cintakan Allah layak untukmu,
Pasti hidupmu diselubungi  kesucian  cinta.

Cinta mencintai kerana Allah Yang Esa,
Al- Quran sebagai bukti cinta suci;
Kenikmatan cinta suci akan dirasa,
Penyatuan cinta roh dan jasad jadi serasi.

Cintailah aku seperti cinta penghuni Syurga,
Kerana cinta penghuni Syurga tak pernah luntur;
Cinta kerana Allah yang ada di Syurga,
Serahkan pada Allah kerana Dia Maha Mengatur.

Biarkan kujahit  lukamu dengan benang cintaku,
Hatimu terluka boleh diubati;
Dalam bercinta penuh berliku,
Cinta berdasarkan iman itulah dihajati.

Cintaku berada di dalam bara,
Bara gelombang ombak mengganas;
Cintakan akhirat pasti gembira,
Kerana cinta akhirat  berfaktakan yang bernas.

 Syahdu sungguh  senja di pantai,
Disyahdukan lagi   suara azan;
Walau di mana  solat  dingati,
Moga di hari mati dalam keredhaan.

Kutinggalkan ilmu bukan  dibanggai,
Hanya semata kerana Allah dicintai;
Moga pembaca mendoakanku  nanti,
Sebar luaskan karya ku ini.

Yang  baik itu  datangnya  dari  Allah,
Yang  kurang itu dari kelemahanku sendiri;
Ampunkan  aku  sekiranya  tersalah,
Sampai di sini aku mengundur diri.

Karya :  Rha NS
              25 Mac  2011





,



 
0 comments

Degupan Jantung Adakah Aku Bersyukur?

Ya Allah …
Baru kini aku tahu
betapa besarnya kuasa-MU
menjadikan setiap jantung
manusia berdegup sebanyak
seratus ribu kali degupan sehari.
Masya-Allah naifnya aku
tentang kejadian ini.

Aku terkesima dalam
ketaksupan aku tentang
Kebesaran-Mu ini
aku meratapi diriku
tentang berapa kali pula
aku bertasbih pada setiap
helaan nafasku pada-Mu
jika hendak dibandingkan dengan
seratus ribu kali degupan jantungku ini.

Ya Allah aku malu dengan diriku sendiri
kerana adakah aku tergolong hambaMU
yang  mengucapkan syukur  setiap nikmat
kehidupan yang Kau limpahkan padaku?
 Tolonglah aku Ya Allah jadikanlah hamba-Mu
 terpilih untuk mengucapkan syukur
dengan berzikir pada-Mu di sebilang masa
dan seketika selagi nafasku Kau pinjamkan!
Biar degupan jantungku  ini bermanfaat
untuk  roh dan jasadku ini selagi hayat
di kandung badan.
Amin Ya Rabbal A’ lamin

Karya :   Rha NS   (13.3.2011)
0 comments

MOHON SYAFAATMU DI MAHSYAR

Duhai kekasih Allah yang dicintai,
balaslah cinta kami ini…
Satukan hati-hati kami
untuk saling ingat mengingati
tentang perjuanganmu sentiasa diingat.
Kesyahduan cintamu pada kami umatmu
kami tangisi,
 betapa tulus ikhlasnya cintamu pada kami
harusnya kami balasi.
Kami menanti penuh pengharapan…
Ya Nabi Allah
Ya Kekasih Allah
yang kami cintai
seutuh cintamu
pada kami!
Pilihlah kami mendapat syafaatmu
Di Mahsyar nanti.
Amin Ya Rabbal A’Lamin.

Karya:  Rha NS
              (BERSEMPENA MENYAMBUT HARI KELAHIRAN NABI MUHAMMAD  S.A.W
                 PADA TAHUN KE 53 – SEBELUM HIJRAH/570 MASIHI, DI MAKKAH )
0 comments

ALLAH ITU INDAH

Allah itu indah
Seindah  99 namaNya
Semerdu KalamNya 
Tak jemu dibaca berulang-ulang kali.

Apabila menyebut namaNya
bergetar hati meruntun jiwa.
Apabila tidak menyebut namaNya
hati  pilu seperti ditusuk sembilu pilu.
Apabila membaca KalamNya
wangian cintaNya meresap dalam
roh dan jasad terus merinduiNya
menanti dan menunggu untuk
bertemu denganNya.
Moga terpilih menjadi kekasihNya.
Amin Ya Rabbal A’Lamin. 

Karya:  Rha NS
             (26 Mac 2011)
0 comments

Puisi Karyaku! Duniaku!

Aku berkarya bukan mencipta nama.
Aku berkarya bukan  berbangga diri.
Aku berkarya kerana tanda cintaku
 pada  Allah,  manusia dan pada
 sekalian alam ini.

Bakat  karya  anugerah
dari  Yang Maha Esa
takkan kupersiakan.
Ya Allah aku syukuri
kerana  terpilih menerima
anugerah-Mu.
Ini satu tanggungjawab…
Kupikul  setulus ikhlas.

Moga karyaku memberi
hidayah untukku dan kepada
sesiapa  membaca.
Kakukan jemariku jika karyaku
 mengumpat mengeji manusia
menabur  fitnah sana-sini.
Lancarkan jemariku untuk menulis
perkara baik  dikira di alam barzah
 itu kumahukan  Ya Allah!

Aku mesti banyak
membaca,
mendengar,
melihat,
mengkaji,
memikir,
dan bermuhasabah diri
agar karyaku dapat hidupkan
 jiwa-jiwa  mati!
Jiwa-jiwa  mahu hidupkan rohani.



Aku mewakili  suara anak-anak kecil
 sengsara akibat perang.
Mewakili suara rakyat yang sentiasa ingin dibela.
Mewakili suara kerajaan untuk rakyatnya.

Moga suatu hari nanti
suara-suara hasil karyaku
bertebaran di muka bumi ini
dihayati dan dihargai oleh
seluruh penghuni bumi ini!

Siapalah aku tanpa Pertolongan dari-Nya
menghasilkan karya  dikira  amal  jariah.

Anugerah-Mu ini akan kujaga kerana
Karyaku! Duniaku!

Karya  :  Rha NS  (18.1.2011)
0 comments

MOHON NUR KASIHNYA

Pejuang Seni:  Teringin nak menyenangkan hati mereka.
Namun mungkin inilah perasaan insan yang bergelar ibu
dan bapa  apabila berhadapan dengan anak-anak yang
 pelbagai kerenah: Selamat pagi sahabat-sahabatku yang
 tersayang.  Semoga jiwa ini tenang… Amin.

Rabeah Mohd Ali:  Hari-hari berbunga cinta,
                             Cintakan semua yang dimiliki;
                              Moga Pejuang Seniku tenang jiwanya,
                              Memiliki cinta yang hakiki.

Pejuang Seni:  Kak Rabeah, ketenangan jiwa amat
kudahagakan  untuk menghadapi… kiranya dirimu
tidak keberatan… sentiasalah menasihatiku demi
 sebuah pengharapan…

Rabeah Mohd Ali:  Pejuang Seniku Tersayang…
 
                          Letakkan harapan itu padaNya,
                          nescaya dipenuhi dengan sinar hidayahNya;
                          kujua mengharap padaNya,
                         agar kau dan aku sentiasa dalam Nur KasihNya.

Pejuangan Seni:  Kak Rabeah.  Terima kasih kak Rabeah!
Atas perhatianmu terhadap diri ini.

Awang Karim  :  Kata Rasulullah: hanya tiga perkara
yang manusia dapat perolehi selepas meninggalkan
dunia yang fana ini, pertama: sedekah jariah,
Kedua: Ilmu yang diajarkan dan masih diamalkan
dan ketiga doa anak yang soleh.  Berdoalah selalu
buat kesejahteraan dan kebahagiaan ibubapa kamu,
samada mereka masih hidup atau telah tiada.
Doa adalah jambatan penghubung tanpa batas.

(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH)


                
0 comments

KARYA JIWA SENIKU & PANTUN PEJUANG BANGSA

Keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa
sumber inspirasiku,
moga satu satu hari nanti dapat kusaksikan di alam nyata.

Aku terpegun alam Ciptaan-Mu
kesyahduan pemandangan buat hati jadi sayu
tiada ada yang dapat dikatakan melainkan Subhanallah.
Kekuasaan! Kebanggaan! Hanya milik-Mu

Allah itu indah seindah 99 Nama-Nya
semerdu Kalam-Nya
apabila menyebut Nama-Nya bergetar hati  meruntun jiwa.
apabila tidak menyebut Nama-Nya hati ilu bagaikan ditusuk
sembilu pilu.

Apabila membaca Kalam-Nya
wangian cinta-Nya meresap dalam roh dan jasadku dan
terus merindui-Nya menanti dan menunggu untuk
bertemu dengan-Nya.

Sinaran bulan purnama sumber inspirasi ku,
Karyaku berlatarkan bulan purnama;
Pemuzikku hasilkan irama untuk karyaku,
Moga penyatuan senimu seniku jadi sempurna.

Maafkanku duhai temanku,
Kerana tidak dapat berkata-kata;
Kecilkan hatimu tanpa sedarku,
Lebih baik kudiam dari berkata-kata.

Maafkan aku buat hatimu terluka,
Padamnya persahabatan tanpa relaku;
Maafkan dunia akhirat segala silap dan kata,
Kuundur diri moga bahagia dirimu.

Pemimpin tak jemu menabur budi,
Budi disemai didunia ini;
Budi baikmu rakyat hargai,
Di akhirat nanti Insya-Allah dituai nanti.

Bilamana anak muda berjiwa pahlawan,
Ilmu persilatan penuh di dada;
Musuh yang datang akan dilawan,
Negara aman musuh pun tiada.

Duhai bangsaku melayu akan berubah,
Melayu takkan rebah di bumi sendiri;
Kerana penyatuan cinta Negara begitu megah,
Demi Negara periwiraku rela mati di bumi sendiri.

Silat gayong amat diminati,
Lambang keberanian si naga sakti;
Ilmu persilatan pahlawan sejati,
Digunakan untuk menyemai bakti.

Karya:  Rha NS
            30 April 2011
0 comments

PANTUN GUGUR MUJAHID SENYUMAN SYURGA

Jangan dituduh pengganas mujahidku,
Kerananya Agama Islam sentosa;
Perjuanganya tak pernah jemu,
Di mana berada dipertaruhkan nyawa.

Dalam Islam tiada istilah pengganas,
Begitu mudah manusia menuduhnya;
Allah tidak suka mereka yang mengganas,
Dikirimkan ngauman bumi sebagai protesNya.

Di langit kerajaan Islam penuh duka,
Meratap menghiba tiada siapa yang tahu;
Allah janjikan syahid penawar duka,
Kenikmatan Syurga mereka  tak tahu.

Umat Islam diperlakukan seperti haiwan,
Dibedil  bertalu tanpa keperimanusiaan;
Mujahid Islam bangkit melawan,
Demi kerana Allah dalam kecintaan.

Negara Islam dibedil terus-terusan,
Dendam kesumat tak pernah padam;
Ada yang ditawan menjadi tebusan,
Diseksa  dalam neraka dunia penuh kejam.

Kesumat mereka tak pernah padam,
Negara Islam akan dibedil dan ditakluki;
Itu azam mereka yang  tak pernah bosan;
Agar  Islam terkubur di Negara sendiri.

Pejuang Islam tak pernah gentar,
Rela bermandikan darah dihujani peluru;
Perjuanganmu buat hati bergetar,
Wajahmu tenang   berjumpa Tuhanmu.

Sungguh murni seorang  mujahid,
Perjuangannya takkan terhenti tanpa jemu;
Mujahid balasanya syahid,
Kukalungkan doa kesejahteraan buatmu.

Di wajahmu ada Syurga,
Perjuanganmu tanpa jemu;
Kepentingan Islam sentiasa dijaga,
Putus  asa  tak pernah bertamu.

Kau berjuang hingga akhir hayat,
Semangatmu sentiasa membara;
Perjuanganmu tak pernah tamat,
Generasi pelapismu terus mara.

Masa hidup penuh perjuangan,
Perjuangannya jelas dan tepat;
Membela Islam ditimpa kekejaman,
Memberontak mujahid  adalah bertempat.

Tiada hari tanpa perjuangan,
Biarpun diburu di setiap penjuru;
Namun berundur tidak sekalipun,
Rela bemandikan darah dihujani peluru.

Gugurmu mujahid aku tangisi,
Kutangis dalam kesyukuran mengingatimu;
Kenikmatan Syurga kini kau rasai,
Di sini mujahid menggantikan tempatmu.

Ramai berlumba mengikut jejakmu,
Tanda cintakan Allah sayangkan hambaNya;
Mereka bemandikan darah dihujani peluru,
Gugurnya mereka menyusuli dirimu.

Kehidupan mengasyikkan memukau pandangan,
Wangian  Syurga menusuk qalbu;
Syurga kau terima sebagai balasan,
Menikmati  SyurgaNya  tak pernah  jemu.

Gugur mujahid senyuman Syurga,
Kehidupan di Syurga  mujahid gembira;
Nikmat Allah dalam kesyukurannya,
Menunggu Hari Pembalasan  telah dibalasNya.

Karya: Rha NS
            4 Mei 2011
0 comments

PANTUN HILANG BUDI TERKUBUR BAHASA

Cantik budi kerana bahasa,
Bahasa yang keji berbaur laknat;
Hilang budi terkubur bahasa,
Apabila sentiasa berbahasa laknat.

Mengundang laknat Allah amat ditakuti,
Hidup dunia akhirat mendapat laknat;
Malangnya hidup sentiasa dilaknati,
Masya-Allah takutnya apabila dilaknat.

Semua tak suka kata laknat,
Kerana itu mengundang laknat;
Kenapa harus bersumpah laknat,
Takutlah Allah bilamana Dia melaknat.

Allah itu Maha Penyayang,
Maha Pemberi Maha Pengampun;
Kata-kata laknat mematikan kasih sayang,
Jiwa merana dosa tak terampun.

Lebih baik mati daripada hidup,
Jika tak suka aturan Allah;
Amalan baik cahaya hidup,
Di alam barzah jadi menyuluh.

Ya Allah laknatkanlah aku,
Kiranya hidup menfitnah orang;
Kumahukan hidup dalam redhamu,
Moga dunia akhirat  redhaMu tak hilang.

Apalah erti hidup ini,
Setiap hari bersumpah laknat;
Apa nak jadi dengan hari ini,
Di mana-mana menyebut laknat.

Laknat melaknat amalan keji,
Seperti hidup di neraka Allah;
Jauhkan diri daripada sifat terkeji,
Mendapat Syurga balasan Allah.

Kata-kata laknat selalu diluah,
Mana pergi orang menyampah;
Hilang segala bahasa yang indah,
Apabila mati penyesalan tak sudah.

Ya Allah jangan  kau laknat bumi ini,
Atas kezaliman tanpa ihsan;
Menuduh menfitnah membuta tuli;
Doa orang  teraniaya dikabulkan Tuhan.

Orang penipu suka bersumpah,
Bersumpah laknat demi kepentingan;
Ke mana pergi orang menyumpah,
Hidup dan mati dalam buangan.

Takutkan Tuhan walau di mana,
Perkataan laknat hendaklah dijauhi;
Tenang hidupmu walaupun di mana,
Di alam barzah rohmu diredhai.

Sayang menyayang mendapat berkat,
Bekasih sayang kerana Allah,
Jangan sekali berkata laknat,
Nanti mengundang bala  Allah.

Wajahmu tenang setenang air di kali,
Apabila bertutur   sopan sekali;
Berkata laknat akan dikesali,
Ramai bermusuhan mereka menjauhi.

Belajarlah hidup saling menghormati,
Pasti bumi  terasa Rahmat dariNya;
Berbahasa laknat patut dijauhi,
Kelak nanti mengundang laknat dariNya.

Sakit hati mendengar laknat,
Menelusuri terus ke dalam hati,
Lebih baik bisu daripada terlaknat,
Itu tandanya orang  ingatkan  mati.
,
Hari-hari menganyam impian,
Untuk menjadi hamba beriman;
Perkataan laknat hendak dijauhkan,
Agar hidup dalam ketenangan.

Setiap tutur kata akan dihitung,
Dicatat sebagai pahala dan dosa;
Melaknat orang dosa tak terhitung,
Takutlah Allah melaknat  akibat dosa.

Dengan rahmat Allah kita bernafas,
Kenapa  perlu mengundang laknatNya;
Rahmat Allah tidak putus-putus,
Penghuni bumi bersyukur dalam sujudNya.


Karya: Rha NS
           1 Mei 2011
1 comments

PANTUN BERSAHABAT DAN BERCINTA KERANA ALLAH

Kumahu hidup  bagaikan di Syurga,
Apabila berbicara seperti ahli Syurga;
Bersahabat mereka impikan Syurga,
Moga terpilih menjadi ahli Syurga.

Tiada  lebih berharga di dunia ini,
Mendapat  sahabat beroleh hidayahNya;
Biarpun jauh tapi tidak sendiri,
Saling ingat mengingat dalam Nur KasihNya.

Tiada diduga perkenalan kita,
Semuanya kehendak Allah Yang Esa;
Moga saling berbaik sangka sesama kita,
Mengeratkan talisiraturrahim mendapat redhaNya.

Bersahabat  atas dasar kerana Allah,
Saling berkorban untuk redhaNya;
Berkorban biar dipandang Allah,
Kupanjatkan syukur mendapat restuNya,

Seorang sahabat hatinya tulus,
Sentiasa ingat mengingati;
Demi persahabatan  suci ikhlas,
Apabila tiada akan diingati.

Duhai sahabatku Robeah Mohd  Ali,
Hidupmu seperti pelangi;
Apabila bertutur setulus hati,
Moga dikau menjadi sahabat sejati.

Hidup penuh keceriaan dalam keikhlasan;
Perkenalan kita tidak disengajakan;
Moga persahabatan berkekalan,
Dibalas Allah dengan keberkatan.

Jangan dipendam segala perasaan,
Sahabatmu ini sedia dengari;
Pasti hidupmu tiada kesepian,
Agar ceria hidupmu setiap hari.

Ibumu sakit hatimu bimbang,
Hatimu pilu bukan kepalang;
Jasa ibumu takkan hilang,
Kau jaganya dengan  kasih dan sayang.


Robeah kalau itu bagai dikata,
Akulah sahabat paling bertuah;
Gembira hati tidak terkata,
Ikatan persahabatan jangan mengalah.

Kuucapkan salam perkenalan,
Untukmu Bunga Serojaku;
Di alam maya kita disatukan,
Senyumanmu menghiburkan hatiku.

Serojaku kau bagaikan anakku,
Rangkaian kasih ibumu yang tiada;
Justeru sentiasa doakan ibumu,
Budinya membawamu  ke alam Syurga.

Anakku Seroja yang dikasihi,
Balaslah cintanya kerana Allah;
Kerana itu kau akan dihormati,
Menjadi isteri soleha dalam Rahmat Allah.

Kita tak boleh menilai diri sendiri,
Tapi pandanganku  kau seorang yang baik;
Jadikan usia remajamu hidup menyinari,
Moga  dikau menjadi insan terbaik.

Tiga sahabat wajah berseri,
Melakukan ibadat umrah seikhlas hati;
Mendapat keredhaan Allah itu dihajati,
Murah rezeki panjang umur datanglah lagi.

Alhamdulillah syukur tidak terucap,
Kerana dikurniakan sahabat sepertimu;
Kehadiranmu penyeri hidup,
Moga sahabat dunia akhirat itu mahuku.

Semua orang berhak jatuh cinta,
Kerana itu lumrah manusia;
Cintamu ditolak jangan terasa,
Kerana hatinya sudah dimiliki cinta.

Cintailah dia kerana Allah,
Cinta seutuhnya membawamu ke Syurga;
Membalas cintamu kerana Allah,
Barulah cintamu seperti penghuni Syurga.

Rupamu menawan seindah budi,
Tutur katamu  menawan hatiku;
Andai dikau menjauhkan diri,
Hancur segala ikatan murni.

Jika cinta telah tertulis di Sana,
Itulah cinta seutuhnya;
Kehadirannya membawamu ke Sana,
Bersyukurlah cintanya cintamu dalam restuNya.

Cintailah pilihanmu kerana Allah,
Jangan seiring kehendakmu;
Biarlah seiring kehendak Allah.
Pasti cintamu tiada rasa jemu.

Jangan ada benci di antara kita,
Kerana itu jauh dari rahmat Allah;
Tutur katamu  seperti di Syurga,
Moga  bersama di Syurga dimakbulkan Allah.

Yang baik itu dari Allah,
Yang kurang dari diriku sendiri;
Bertalisiraturrahim kita kerana Allah,
Tiada langsung perasaan iri.

Bersahabat bercinta kerana Allah,
Serasa hidup di alam Syurga;
Berkasih sayang kerana  Allah,
Nikmat kehidupan seperti di Syurga.

Karya:  Rha NS
             5 Mei 2011




 
0 comments

PANTUN MUHASABAH DIRI

Orang bijak ingat mati,
Setiap amalan fikirkan akhirat;
Keikhlasan beramal itu dihajati,
Tiada bererti melainkan saham akhirat.

Upah dari manusia untuk dunia,
Upah dari Allah untuk dunia akhirat;
Orang dunia memburu upah hingga hujung dunia,
Orang beriman memburu saham akhirat.

Hati panas semua akan menjauhimu,
Justeru sejukkan hatimu dengan wuduk;
Akan terpancar ketenangan di wajahmu,
Biasakan dirimu menjadi tawaduk.

Biar miskin harta,
Jangan miskin iman dan budi;
Miskin harta orang tak kata,
Kaya budi bawa ke mati.

Bumi musnah angkara manusia,
Kerana tidak menghargai bumi;
Apabila bumi berbicara,
Bencana datang menyembah bumi.

Hidup adalah suatu pengambaraan,
Pabila mati pengembaraan baru bermula;
Amalan diredhai menjadi bekalan,
Roh dan jasadmu tenang di alam Syurga.

Rohmu tidur lena di kuburan,
Lenamu tidur  bagaikan ahli Syurga;
Permandangan Syurga dilihat penuh kesyukuran,
Berbahagialah dikau tidur dalam bauan Syurga.

Ya Tuhan kucintamu bukan kerana SyurgaMu,
Tapi ingin mendapat keredhaanMu;
Tabahkan hatiku tidaklah jemu,
MencintaiMu  tika hidup hingga  matiku.

Jantung berdegup seratus ribu kali sehari,
Kutangisi apabila tidak mengingatiMu;
Ya Allah sinarkan hidayahmu kepada kami,
Berzikir dalam senyap itu yang dimahu.

Berzikir dalam senyap itu mahuku,
Agar jantung berdegup seiring roh memujiMU;
HambaMu yang hina ini merayu padaMu,
Di akhirat nanti terimalah rayuanku.

Ya Allah berilah aku peluang dan ruang,
Untuk melakukan kebaikan yang Kau  redhai;
Jangan biarkan syaitan mengambil peluang,
Mempengaruhi aku hingga ke mati.

Aku cemburu orang mengingati Allah,
Kenapa aku tidak begitu;
Hati tenang mengingati Allah,
Justeru aku mahukan begitu.

Hidup memang menyilaukan,
Kerana kita memerlukan kilauan iman;
Balasan Syurga atas kesabaran,
Itulah yang diharapkan orang beriman.

Duhai kekasih Allah di cintai,
Balaslah cinta kami ini;
Pilihlah kami mendapat Syafaatmu nanti,
Perjuanganmu sentiasa kami ingati.

Betapa tulus cintamu kepada kami,
Seharusnya kami balasi;
Perjuanganmu kami tangisi,
Shafaatmu di Mahsyar  perkenankan nanti.

Aku terpegun alam ciptaanMu,
Kesyahduan pemandanganNya hatiku sayu;
Subhanallah Maha KebesaranMu,
Kekuasaan!Kebanggaan! Hanya milikMu.

Allah Maha indah seindah 99 namaNya,
Seindah dan semerdu KalamNya;
Apabila menyebut namaNya bergetar jiwa,
Pabila lupakanNya roh merintah jasad merana.

Jiwaku meruntun membaca KalamNya,
Wangian cintaNya meresap dalam roh dan jasadku;
Terus menangis kerinduan padaNya,
Balasan cintaNya amat kutunggu.

Pandanglah aku di dunia ini itu mahuku,
Wahai Tuhan Semesta Alam;
Kutakut di akhirat Kau tidak memandangku,
Tiada berguna tangisan seisi alam.

Ya Allah berkatilah hidup kami,
Berilah  peluang dan ruang  beramal keranaMu;
Kami mahu bertemu denganMu dalam Kau redhai,
Moga di akhirat nanti mendapat ihsanMu.

Karya:  Rha NS
             1 Mei 2011
0 comments

PUISI HAMBA MENCINTAI ALLAH ANTARA DUA BENUA

YA RABB!

Ya Rabb!
Engkau kecintaan itu,
Engkau  sumber yang manis itu…
Wahai Penolongku!
Wahai cahaya Nurku!
Wahai pelita diriku dalam kegelapan malam!
Wahai penghapus keraguaanku!
Wahai pelenyap kesulitanku!
Wahai yang membalikkan buruk sangkaku!
Engkau Ya Rabb…Engkau Al-Haq..
Engkau benteng itu…Engkau penolongku…
Dengan kesadaranku yang tipis,
dengan nafas-nafas diri dan hatiku,
Di malam yang senyap kuinginkan keredhaanMu.

Karya: Rans Romeo
 (Petikan daripada teman facebook – 28.4.2011)

TUHAN
Tuhan…
Hidup mencintaiMu itu matlamatku.
Aku takut kehilangan cintaMu
Dengan sifatMu yang Maha Penyayang
Balaslah cintaku… biarpun secebis Nur HidayahMu
kan kusyukuri sepenuh alam ini.
Tiada yang lebih bermakna seisi alam ini
kalau hidup tanpa cintaMu.

Karya: Rha NS (28.4.2011)

TIDAK KUGENTAR SELAIN MU YA ALLAH
Daku tidak gentar dari orang selain
Allah pelindungku, sirku dan diriku
bagaikan cahaya sinarNya memberi
padaku jalan petunjuk baik dalam
himpunan mahupun bersendirian.
Maka kebenaran itu didalam kejadian
seluruh kemahuanku yang keras itulah
cintaku padaNya.  Kunyatakan dalam
kedip mataku dari siapalah aku harus
takut selainNya? Dia Pelindungku.

Karya: Rans Romeo
(Petikan dari teman facebook – 29.4.2011)


YANG KUHARAPKAN PADAMU YA ALLAH

Ya Tuhan lindungilah aku dari mereka yang ingin
merentap  imanku ini!
Agar aku tidak tersentap  apabila tika nyawaku tercabut
dari badan…
Biarkan aku lena  menghidu bauan SyurgaMu
dan melihat  keindahan SyurgaMu
yang   tidak terjangkau dengan tahap pemikiran manusia.
Justeru berilah aku  peluang dan ruang
untuk melakukan kebaikan
yang Kau redhai.
KumerayuMu Ya Allah…
Pandanglah aku dengan belas ihsanMu yang
tak terbatas itu kerana
aku tahu selagi masih ada nafas kau pinjamkan
aku masih ada peluang.
Berilah aku peluang keemasan ini Ya Allah.
Berilah peluang ini juga kepada keluarga
 dan sahabat-sahabatku  yang kukasihi dunia akhirat.
Amin Ya Rabbal A’Lamin.

Karya :  Rha NS (29.4.2011)


SUBHANALLAH

Merinding saat aku membaca
Kalimah  SyurgaNya …
Sungguh untaian bahasa yang
menyejukkan hati…
Ya Rabb… Ampunlah segala
dosa-dosa yang kiranya telah
kami  perbuat dan segenap ummat
yang menyalahi segala aturanMu…
Ya…Allah dengan dalil-dalilnya
yang sesat.
Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar

Bukan kali ini daku bersandar padaNya,
sejak dari seluruh alamku yang terfitnah,
kegemaranku dalam munajat kepadaNya,
kesukaanku bersunyi-sunyian denganNya.
Ku Temui Dia Dalam Tasbih.

Karya:  Rans Romeo
(Petikan daripada teman facebook  -28 Aparil 2011)

SINARKAN HIDAYAHMU

Aku  begitu cemburi orang yang mencintai Allah
kenapa aku tidak begitu?
Hati tenang mengingati Allah.
Justeru aku mahu begitu.

Ya Allah bilamana kusebut namaMu
Bergetar seluruh jiwaku.

Seratus ribu kali sehari jantung berdegup…
Kutangisi berapa kali sehari pula
Kusebut namaNya?
Ya Allah sinarkan hidayahMu pada kami
berzikir dalam senyap
agar jantungku berdegup
seiring roh memujiMu.

Karya: Rha NS (28.4.2011)

SEPENUH HATIKU
Sepenuh hati …
Sepenuh kelopak mata,
Perasaanku seolah-olah semesta
ini yang begitu besar…
Yang begitu luas dalam milik
tangan kananku,
daku sadar, daku rasakan bahawa
semua makhluk berolok-olok padaku
dan saling mengatai.
Dialah  penghubung dengan kodrat-Nya
Yang Maha Agung.
Subhanallah.

Karya: Rans  Romeo
(Petikan daripada teman facebook – 28.4.2011)


WAHAI YANG MAHA PENGHAPUS DUKA LARAKU

Ya  Allah…
Berilah keteguhan padaku …
Untuk  menghadapi apa jua dugaanMu.
Biarlah semua makhluk memperolokkanku! Menghinaku!
Asalkan di akhirat  nanti aku gembira mendapat balasan cintaMu.
Amin Ya Rabbal A’lamin

Karya : Rha NS (28.4.2011)


ITULAH KERINDUANKU

Amin Ya Allah
Amin Ya Rahman
Amin Ya Rahim
Amin Amin Amin Ya Rabbal A’Lamin
Tetesan air mataku di saat aku terisak dari
segala kejahatan dalam hidupku dari
setiap orang mempersulit.
Diakah yang melindungi bagi segala
kebaikan atas “JamalNya”.
Dialah yang menambatkan ,
dan bagi setiap hak kebenaran dalam wujud ini.
Dia mengarahkanku dan menolongku dan
dengan semua denyut nadi dalam urat-urat
kuperuntukkan untukNya.
Rindu-rindu.  Itulah kerinduanku…

Karya:  Rans Romeo
(Petikan daripada teman facebook – 28.4.2011)



MOGA AKU TERPILIH MENJADI KEKASIHNYA

Allah itu indah.
Seindah 99 namaNya.
Semerdu KalamNya yang tak jemu dibaca
berulang-ulang kali.
Apabila menyebut namaNya
bergetar hati meruntun jiwa
apabila tidak menyebut namaNya
hatiku pilu seperti ditusuk sembilu pilu.

Apabila membaca KalamNya
wangian cintaNya meresap dalam roh dan jasadku
dan aku terus merinduiNya menanti dan menunggu
untuk bertemu denganNya!
Moga berkekalanlah cinta ini selamaNya.
Moga  aku terpilih menjadi  kekasihNya.
Amin Ya Rabbal A’Lamin.

Karya : Rha NS ( 28.4.2011)


AJARI AKU

Jika berkenan dan ikhlas…
Ajari aku yang belum banyak
tahu ini arti hidup sebenar.

Karya:  Rans Romeo
 (Petikan daripada teman facebook – 29.4.2011)


NUR KASIH HIDAYAH  DARINYA

Ilmu itu cuma setitis yang diberikanNya padaku…  
Siapalah aku untuk mengajar orang yang lebih
berpengetahuan.
KeranaNya kita kongsi  bersama ilmu tentang erti
kehidupan sebenar melalui deria yang tak dapat
dilihat tapi dapat dihidu oleh pancaindera dengan
izin Nur Kasih Hidayah dariNya.
Di hari Jumaat penghulu  segala hari yang mulia ini …
Moga Allah memandang kita dengan belas kasihanNya
untuk menerima kita sebagai kekasihNya
di dunia dan di akhirat jua.
Amin Ya Rabbal A’Lamin.

Karya:  Rha NS (29.4.2011)


BAROKALLAH

Penghulu dari segala hari
Dan ibadah hajinya bagi fakir miskin.
Barokallah.

Karya:  Rans Romeo
 (Petikan dairpada teman facebook – 29.4.2011)


INGIN REHDAMU YA ALLAH

Ya Allah berkatilah kami
dunia dan akhirat.
Berilah  peluang dan ruang
pada kami melakukan segala kebaikan
yang Kau redhai  sebelum kami
bertemu denganMu.
Kami tak mahu di akhirat nanti
segala tangis  kami  biarpun sepenuh  alam
tidak Kau pandang sedikitpun!
Cuma peluang ini Kau beri
hanya di dunia ini selagi
nyawa  sampai di kerongkong.
Justeru  kasihanilah kami…
Dengarlah rayuan kami…
Kabulkan segala permintaan
dan hajat kami selagi Kau redhai.
Amin Ya Rabbal A’Lamin.

Karya Rha NS  (29.4.2011)
 

ALLAH YANG MAHA AGUNG

Dia Meninggi Di atas Sifat dan Kalimah-Nya
Aku di persada-Mu
hanya seorang hamba cilik yang patuh
tahuku hanya berdoa dalam rukuk
dan sujud kepada-Nya.
Maha suci engkau
Ya  Allah Yang Maha Agung
Memiliki Seluruh Kerajaan
Engkau Zat Maha Pencipta  Yang Tunggal.

Karya: Rans Romeo
 ( Petikan daripada teman facebook pada  30.4.2011)


MOHON SYAFAAT NABI MUHAMMAD S.A.W

Duhai kekasih Allah yang dicintai…
Balaslah cinta kami ini
satukan hati-hati kami untuk saling
ingat- mengingati
tentang pejuanganmu sentiasa diingati
kesyahduan cintamu pada kami umatmu kami tangisi
betapa tulus ikhlasnya cintamu pada kami
harusnya kami balasi
kami menanti penuh pengharapan
Ya Nabi Allah
Ya Kekasih Allah
yang kami cintai seutuhnya  cintamu pada kami
pilihlah kami mendapat Syafaatmu di Mahsyar nanti.
Amin Ya Rabbal A’Lamin.


Karya: Rha NS
(30 April 2011)        
0 comments

MENCARI HALA TUJU SASTERA (AWANG KARIM KADIR)

AWANG KARIM KADIR:  Masa akan datang haruslah
dilihat dari masa kini kerana masa kini datang
dari masa lalu.  Masa lalu hilang menjadi masa
kini. Dan sekali lagi saya amat percaya bahawa
pada masa kini kita harus mencerna dan mewarnai
masa akan datang.Apa yang kita fikirkan pada
masa kini akan menjadi hasil pada masa akan
datang.

Maka jikalau berlaku kegagalan hari ini, itu
kerana kelemahan dan kecuaian kita mencerna
atau mencorakkanya pada masa lalu.

Apakah ini dalam konteks politik, perniagaan,
seni dan sastera.Apa saja yang menjadi impian
atau gagasan kita.  Mencari hala tuju dalam
perjuangan apapun bukanlah pada hari ini tetapi
harus pada masa lalu.  Gagal atau berhasilnya
suatu gagasan dan impian hari ini, itu hasil
daripada siapa yang mencerna dan mencorakkan
pada masa lalu.  Siapa Raja yang berkuasa,
siapa nahkoda, siapa pengamal bahtera
perjuangan dan siapa pula yang menjadi
awak-awaknya, kuncu-kuncunya (analogi)
di masa lalu.

Maka jikalau kita ingin mulai lagi pencarian
hala tuju perjuangan apapun pada hari ini,
itu maknanya sekali lagi kita hanya dapat
melihat hasilnya pada masa akan datang pula.
Dan kita terpaksa menerima hakikat  bahawa
rencana , gagasan dan impian kita di masa
lalu kejayaan setakat apa yang kita lihat
pada hari ini.

Kita tidak dapat menunding jari kepada siapa
-siapa kerana yang merencanakan dan menghala
tujuan haluan bahtera perjuangan kita, kitalah
sendiri. Sementara orang lain hanyalah angin,
hanyalah awak-awak yang turut menolak bahtera
perjuangan ke hadapan atau olang aling  atau
terhenti atau undur ke belakang atau hancur
lebur menjadi serpihan, tenggelam atau menjadi
apa saja yang akan dinamakan suatu kemalangan
alias kegagalan alias kelemahan alias
penafian hak dan peluang alias pilih kasih  alias
prejudisme, kronisme alias politik sastera
dan budaya kita sendiri! Begitu juga sastera
nasibnya di tangan para penguasa birokrat budaya,
perkumpulan dan penggiat sastera sendiri.
Halatuju dan nasib sastera kita:
di tangan orang sastera kita sendiri.

(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
0 comments

MEMBINCANGKAN KARYA DENGAN SAUDARA AWANG KARIM KADIR:

RABEAH MOHD ALI:  Saya berminat sekiranya saudara
Awang  Karim Kadir dapat mengarahkan drama teater
saya bertajuk Pengantin Raja Rimba dan Putera Duyung
dan banyak skrip lagi hasil karya saya.
Sekiranya ingin melihat skrip drama karya saya bertajuk
“Pengantin Raja Rimba sila  layari blog:
bukukreatifpatriotik@blogspot.com
(18.4.2011)

AWANG KARIM KADIR:  Oh menarik sekali tajuk tu
puan, kedua-dua sangat menarik.  Insya-Allah saya akan baca.
Naskah  itu dan kita boleh bincang pementasannya.
Mudah-mudahan kita dapat merealisasikan
hasrat kita yang murni.
(19.4.2011)

RABEAH MOHD ALI:  Terima kasih tak terucap ,
saya amat menghargainya kerana cita-cita dan impian
saya  selama ini ingin melihat karya saya dipentaskan
atau berada di layar perak. Di blog tersebut juga  skrip,
‘Apabila Tapak Sulaiman Menjadi Bintang.'
Kalau saudara ada idea untuk pentaskan saya amat alu-alukan.
Untuk skirp Putera Duyung boleh tak berikan emel saudara
kerana nanti saya boleh emelkan skrip Putera Duyung kepada
saudara.
(19.4.2011)

Terima kasih kerana sudi merealisasikan impian saya.
Hanya Allah saja yang membalasNya.
(19.4.2011)

AWANG KARIM  KADIR:    Bagaimana saudari
tahu saya ini orang teater yang masih membuat pementasan.
Setahu saya sedikit sekali orang luar mengikut perkembangan
teater saya khususnya di Sabah.  Kamu sebenarnya di mana?
Di Sabah atau di Semenanjung? Dan bekerja sebagai apa.
Maaf sekadar bertanya.
(19.4.2011)

RABEAH MOHD ALI:  Saya cuma seorang penulis biasa
tapi minat menulis sejak kecil lagi.  Justeru karya saya
baru mahu dipromosikan di alam maya mana tahu dalam
usia selewat  begini  berjaya dalam bidang yang diminati
ini dan ada yang berminat untuk melamar karya saya
atau menjadi rakan niaga untuk buku-buku patriotik saya.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi
 melamar karya saya untuk dipentaskan.
Saya sekarang di semenanjung.  Saya ternampak nama saudara
dalam ruangan teman facebook saya.
(19.1.2011)

RABEAH MOHD ALI:
Terima kasih duhai saudaraku,
Kerana terimaku menjadi sahabatmu;
Jiwa senimu jiwa seniku berpadu,
Moga  direstui Allah  Yang Satu.
(19.4.2011)


AWANG KARIM KADIR: Oh! Terima kasih kerana
mempelawa saya. Saya juga sedang mencari penerbitan dan
percetakan untuk karya drama, cerpen dan puisi saya.
Kalau ada ruang dan cara boleh kita berkongsi perniagaan
kreatif ini.  Buku-buku kreatif  kamu dalam bentuk novel
atau bagaimana?  Berapa senaskah adakah dia buku bersiri
atau macam mana?  Saya dalam soal perniagaan kurang arif.
Saya seorang karyawan saja.  Tapi saya cuba membantu
sekadar yang terdaya.
(19.4.2011)

RABEAH MOHD ALI: Saya sebenarnya  masih menunggu
jawapan daripada  seorang untuk menjadi teman niaga saya tapi
sampai sekarang masih belum beri jawapan.  Tapi tak jadi masalah
tajuk buku patriotik saya banyak dan siri buku kartun pun banyak
saya beminat jika buku saya diiringi dvd cerita bersama muzik sekali
mungkin kanak-kanak akan berminat.  Saya amat alu-alukan jika
sekiranya saudara berminat menjadi rakan niaga dan berkerjasama
dalam apa jua bentuk idea bagi merealisasikan cita-cita bersama dalam
bidang seni ini.   Untuk nampak gambaran serba sedikit hayatilah blog
saya mana tahu  dapat  idea dan boleh dibincangkan selepas itu.
Terima kasih untuk segalanya.
(19.4.2011)


AWANG KARIM KADIR:  Terima kasih Rabeah.
(19 April 2011)

RABEAH MOHD ALI:  Selamat hayati karya saya ye.
(19.4.2011)
 .
RABEAH MOHD ALI:  Saya baru emelkan skrip Putera Duyung .
Dah terima beritahu beritahu ye. Terima kasih untuk segalanya.
(20.4.2011)

AWANG KARIM KADIR:  Mereka yang berjiwa merdeka
menjadi penawar bagi jiwa yang parah. Menjadi pengikat cinta
bagi  mereka yang dalam bercinta dan seni itu juga misteri penuh
rahsia.  Mudah-mudahan begitulah hendaknya.
(20.4.2011)

RABEAH  MOHD ALI:  Assalamualaikum, sudah terima ke skrip 
Putera Duyung? Dah terima beritahu ye.Terima kasih untuk segalanya .
(21.4.2011)

RABEAH MOHD ALI: Assalamualaikum, apa kabar. Saya sudah 
emelkan skrip Putera Duyung kepada saudara, saudara sudah terima
ke skrip tersebut.  Kalau skrip itu tidak sesuai saya faham kelemahan
saya.  Maaf kiranya tersalah bicara.
(22.1.2011)

AWANG KARIM KADIR:  Belum .  Tapi saya akan usahakan.
(22.4.2011)

RABEAH MOHD ALI:  Kalau  masih belum terima skrip Putera Duyung
nanti saya emelkan yang baru. Apa pun terima kasih atas segalanya.
Moga persahabatan seni ini berpanjangan dan diberkati.  Amin.
(22.4.2011)

RABEAH MOHD ALI:  Assalamualaikum,  maaf ganggu
kesibukan saudara Awang dah baca ke skrip Putera Duyung.
Orang yang hendak mereka muzik Insya-Allah dah dapat dah,
orang Sabah juga. Nanti bolehlah temumujanji dengannya kalau
dia sudah siapkan muzik karyanya untuk mengiringi cerita Putera
Duyung atau Apabila Tapak Sulaiman Menjadi Bintang.Namanya
Satile Sagin.  Kenal tak dengannya?  Kalau kenal baguslah tu.
Terima kasih untuk segalanya.  Segala budi amat dihargai.
(23.4.2011)

RABEAH  MOHD ALI:  Assalamualaikum.Apa kabar. Baru tadi
poskan dvd gambaran penulis tentang kisah cinta Putera  Duyung
dan Apabila Tapak Sulaiman Menjadi Bintang. Kalau ada kelemahan
 faham-faham ajelah sebab saya tak  arif dalam bidang ini tapi sekadar
minat yang mendalam aje.Ha kalau dah terima beritahu ye.

Ini… nombor  telefon  ahli persatuan Seni Sabah, namanya Weerda
kalau ada yang hendak dibincangkan mengenai Seni bolehlah bincang
denganya ye. Terima kasih untuk segalanya.
(5.Mei.2011)

(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH)
0 comments

TEMAN FACEBOOK AI HAIBARA SABAH

RABEAH MOHD ALI:

Terima kasih duhai saudari Haibara ku,
Kerana terimaku menjadi rakanmu;
Impianmu impianku,
Moga menjadi realiti atas doa restu.
(13 Mei 2011)


AI  HAIBARA:  Terima kasih juga kak Rabeahku
kerana sudi hulurkan pertemanan, aku harapkan
tunjuk ajarmu untuk menggapai sebuah  kecemerlangan.
(13 Mei 2011)


RABEAH MOHD ALI:  Adikku Haibara, diriku tak punyai
apa-apa untuk disandarkan sebuah kecemerlangan
tetapi cuma ada kecekalan , ketabahan dan keazaman
yang tinggi yang tak pernah padam untuk memburu
kecermelangan justeru ingin kukongsikan segala
pengalaman dan ilmu yang setitis ini untukmu Haibara
agar kau dan aku untuk sama-sama menggapai
kecemerlangan yang dimpikan menjadi realiti. Kita
sama-sama berusaha ye atas dasar kejujuran, keikhlasan
dan kasih sayang.  
(13 Mei 2011)


RABEAH MOHD ALI:  Nanti kalau Haibara ada masa sudilah
layari blog akak ye:  bukukreatifpatriotik@blogspot.com
(pandangan Haibara amat akak alu-alukan tentang karya
akak tu ye)
(14 Mei 2011)

AI HAIBARA:  Iya kak… Insya-Allah
(14 Mei 2011)
 

RABEAH MOHD ALI:  Terima kasih.  Akak nantikan komen
dari Haibara ye…Haibara ada blog tak?
(14 Mei 2011)
 

RABEAH MOHD ALI:  Kak Rabeah, saya tiada blog nanti
saya layari blog akak…insya-Allah saya akan komen.
(14 Mei 2011)
 

RABEAH MOHD ALI:  Terima kasih…itu yang bertambah
sayang tu hihihi…
(14 Mei 2011)
 

Putera puteriku kusayang kamu,
Kerana kamulah pewaris Negara ini;
Justeru rebutlah menimba sebanyak mana ilmu,
Agar kau menjadi pemerintah yang adil nanti.
(14 Mei 2011)

(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK  RABEAH)
 
0 comments

TEMAN FACEBOOK MARLINI MANJA

RABEAH MOHD ALI:  Assalamualaikum, apa kabar?
Teman facebookku?
(13  Mei 2011)

MARLINI MANJA:  Alhamdulillah puan… apa perkembangan
seni puan masa kini?
(13 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI:  Cuba-cuba promisikan karya pada teman-
teman.  Saudara macam mana tinggal  di Sabah ke? Apa yang
diusahakan tika ini?
(13 Mei 2011)

MARLINI MANJA:  Kegiatan harian masa kini membataskan
keterlibatan saya di bidang seni.  Saya membuat kerja-kerja
kontrak (civil works) di samping mengusahakan perusahaan
river sand dredging.
(13 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI:  Orang seni rupanya sahabat kita ni, selalu
seni di bidang apa yang di minati?
(13 Mei  2011)

MARLINI MANJA:  Mulanya saya banyak terlibat di bidang
penulisan di tahun 1970… kemudian terlibat dengan drama
pentas/teater saya adalah salah seorang anak didik Prof
Ghouse Nasarudin.  Pernah juga terlibat dengan bidang
tarian tapi tak berapa aktif.  Tapi sejak 90an, bila mula
terlibat dengan perusahaan agak berat terpaksa membataskan
segala kegiatan seni.
(13 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI:  O..gitu tapi sekarang masih berkarya ke?
(13 Mei 2011)

MARLINI MANJA:  Sesekali…bila masa terluang.  Masa ni banyak
berkejar dengan masa.
( 13 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI: Oklah tu asalkan minat jangan hilang dan
dapat menyokong teman-teman, dengan saudara Awang Karim
Kadir teman seni ke? 
(13 Mei 2011)

MARLINI MANJA:  Awang Karim Kadir itu seakan macam 
anak didik saya bermula masa kami menyertai kursus kepimpinan
di Kudat pada tahun 80an dahulu.  Dia rajin mengasah bakat.
Dia kian HEBAT!   Kegiatan seninya berkembang secara
very vast… hingga ke perfileman/layar perak.
(13 Mei 2011)


RABEAH MOHD ALI: O…ye ke mungkin berkat ilmu yang
diturunkan saudara padanya… selalu jumpanya dan
bertukar-tukar pandangan?
(13 Mei 2011)

MARLINI MANJA:  Dahulunya masa dia masih menetap
di Kota Kinabalu, selalu juga jumpa tapi sejak dia kembali
ke Kudat & bergiat dari sana, facebooklah saja jadi
penghubung.
(13 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI:  Sejak 1969 kenal Awang Karim Kadir
1970 dan berjinak-jinak menulis, saya tegur dia, nak menulis
buat karya sendiri yang menilai…biar masyarakat yang menilai
mesej yang disampaikan… dan sejak itu dia tidak menoleh
ke belakang… saya bangga dengan cara dia…rezeki dia memang
di bidang seni…saya tak.
(13 Mei 2011)
 
(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
0 comments

GENERASI PELAPIS SASTERA WEERDAA BEY (PERSATUAN SENI SABAH)

WEERDAA BEY: Mungkin kita bincangkan lagi  perkara  ini sebab  saya rasa
dia menarik kalau di pentaskan di Sabah.
(28 April 2011)

RABEAH  MOHD ALI:  Demi menyokong sama-sama sokong apa salahnya.
Mana tahu sama-sama mendapat hasil darinya.  Kita buktikan pada mereka
bahawa insan seni seperti kita yang dipandang sepi boleh berjaya, Insya-Allah,
kita lakukan atas dasar minat  yang ada dalam diri hasilnya nanti  akan datang
kemudia.  Andaipun tak ada  itu bukan matlamat kita betul tak.  Hanya  orang
seni saja yang faham ini kan?
(28 April 2011)

Mana tahu hasil kesepakatan nanti, boleh menghasilkan dana di antara
persatuan seni dengan saya.  Apabila persatuan sudah ada dana yang dicari
sendiri barulah ahli akan bersemangat untuk dunia seni mereka yang boleh
mendatangkan hasil.  Kita padamkan pada pandangan mata masyarakat
bahawa  masuk persatuan kerana hendak habuan dan hasil. Tapi mereka
tiadalah mahu menyumbang malah menghukum.  Macam mana hendak
berjuang kalau tak ada hasil betul tak?  Apa pun terpulang kepada Persatuan
Seni Sabah, ini  hanya pandangan saya saja.
(28 April 2011).

WEERDAA BEY:  Owh saya suka cadangan akak tu, Insya-Allah nanti, saya
akan bincangkan dengan kawan-kawan  saya di Persatuan.  Boleh
berkerjasama dengan Persatuan filem Kreatif Sabah juga.  Kita buat teater
kan kak… wahh…mesti best tu… nanti saya cadang dengan dia orang dan
pas tu kalau dah ok semua kami akan bincang dengan akak sebab cerita dan
skripkan akak punya so kena bincang banyak perkara  sebelum  kita  buat.
(29 April 2011)

RABEAH MOHD ALI: Akak amat alu-alukan jika karya akak  hendak dijadikan
teater muzikal atau apapun.  Kalau berjaya masih ada lagi karya yang lain
kalau berminat untuk dibincangkan.  Secara tidak langsung jika berjaya
akak dapat menyumbang idea, dana, kudrat pemikiran selagi larat, sokongan
demi warga Seni Sabah, biarpun jauh,  alam maya menyatukan kita berkarya
mana tahu Weerdaa sudah terkenal nanti bolehlah jumpa akak di sini.
(20 April 2011) 

RABEAH MOHD ALI:  Assalamualaikaum, Weerdaa apa kabar?  Sibuk ke
sampai lupakan akak di sini ya.  Akak dah carikan seorang insan seni
yang bergelar guru untuk Persatuan Seni Sabah, Insya-Allah dia hendak
memberi  kerjasama  jika Persatuan Seni Sabah sudi.  Kalau setuju bolehlah
beri nombor telefon senang nanti akak nak beri pada guru tersebut.  Dia
orang Sabah.  Namanya Awang Karim Kadir.
(2. Mei 2011)

WEERDAA BEY:  Waalaikummussalam kak, sory2 saya sibuk kak hihihi…Oh!
ye ke? Senanglah kalau begitu.  Ni no tel saya   nanti akak pun bagilah nombor
telefon…banyak  saya nak cerita dengan akak. 
(4 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI: Terima kasih kerana sudia nak kenal akak, akak ingat
tak ada orang sudi nak kenal kerana perbezaan umur antara kita. Tapi
ada satu syarat kalau nak jadi sahabat setia akak.  Dah habis ke baca
semua karya akak di blog?(Bukan nak ugut tapi lambang kasih sayang)
Akak nak dengar   pendapat Weerdaa  generasi muda Sabah ye. Terima
kasih untuk segalanya. 
(10 Mei 2011)

WEERDAA BEY: Ala…akak ni janganlah cakap begitu… saya tak kisah pasal
umur…orang apa pun, saya ikhlas nak kenal dengan akak.  Saya dah baca
semuanya karya akak di blog tu best! (Merangkumi semua perasaan suka)
(11 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI:  Terima kasih kerana memberi  sokongan pada akak.
boleh  membaca minda akak apabila berkarya. Apapun  dengarkan pantun
ini teristimewa untuk Weerdaa:

Kita punyai minat yang sama,
Sokong menyokong perlu ada antara kita,
Karyamu karyaku berirama seni bersama,
Insya-Allah menghasilkan produk seni legenda milik semua.
(11 Mei  2011)

WEERDAA BEY:  Wah kak! Hebat sangat pantunnya.  Terima kasih ya.
(11 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI:  Kejayaanmu Kejayaanku! (11 Mei 2011)

WEERDAA BEY:  Amin (11 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI:  Kalau ada masa bacalah karya baru akak di
blog sempena  Hari Ibu dan Hari Pekerja.  Akak tunggu komen
 daripada Weerdaa ye. (11 Mei 2011)

WEERDAA BEY:  Insya-Allah, dah  habis baca nanti saya beri komen
ye. (11 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI:  Ok… terima kasih atas sokongan, sayang
Weerdaa.
(11 Mei 2011)

WEERDAA BEY:  Ya kak…o ya nanti saya akan try  tanya dengan
mana-mana produksi kalau2 diorang berminat mahu  ambil karya
akak…ok…
(11 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI:  Sejuta terima kasih  dan kasih sayang atas
usahamu itu, moga Allah saja yang membalasNya, Amin.
(11 Mei 2011)

WEERDAA BEY:  Akak  apa perkembangan sekarang?
(14 Mei 2011)


RABEAH MOHD ALI:   Dalam persiapan blog baru akak
istimewa untuk rakan seperjuangan, dah siap nanti akan
beritahu Weerda ya.  Dari itu  Weerdaa boleh kutip
ilmu.  Weerda kenal Haibara ke?
(14 Mei 2011)

WEERDAA BEY:  Tak kenal…dia orang seni juga ke?
(14 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI:  Dengan saudara Awang  Karim
Kadir kenal juga ke?
(14 Mei 2011)

WEERDAA BEY :  Itu pun Weerdaa  tak kenal..
(14 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI:  Hai orang Semenanjung kenal…
macam mana ni hehehe…
(14 Mei 2011)

WEERDAA BEY:  Apa facebook  dia?
(14 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI:  Ai Haibara
(14 Mei 2011)

WEERDAA BEY:  Ramai yang nama  Haibara.
(14 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI:  Akak pun baru kenal dia..
Dia masih belajar lagi kot, cubalah tengok facebook
dia. Nanti beritahu akak ye.
(14 Mei 2011)

WEERDAA BEY:  Ok…kak…jap ya…. Dah dapat
dah…he…he…
(14 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI:  Ha…kalau dah jumpa dia
nanti kirimkan salam akak pada dia ye…
(14 Mei 2011)   

(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH)
0 comments

BINCANG TENTANG KARYA SASTERA KU DENGAN SATILE SAGIN

SATILE SAGIN:   Salam. Terima kasih tidak terhingga.  Saya ada
melawat blog saudari tapi belum  baca sepenuhnya. Baca satu
cerita yang saya baca, ‘Apabila Tapak Sulaiman Menjadi Bintang”
Idea sungguh menakjubkan, biarpun cerita dari dasar lautan
tetapi boleh dibaca ke alam hidupan manusia sebenar, ia
mengandungi unsur nasihat, hinaan,pengajaran,dendam,
hasrat(cita-cita) dan yang paling menarik bagaimana usaha dia
menjadi seorang bintang yang akhirnya berkedip di langit. Seperti
orang lain yang sudah mengecapi kejayaan.  Ada masa nanti saya
baca pula skrip Putera Duyung, tidak apa-apa yang perlu dimaafkan.
Semuanya ok.  Saya yang perlu terima kasih banyak dari saudari
kerana seni yang baru untuk saya.
(23 April 2011)

RABEAH MOHD ALI:  Waalaikummussalam. Terima kasih kerana sudi
membaca blog saya.  Moga karya saya yang dibaca memberi inspirasi
kepada saudara menghasilkan irama muzik yang mengusik kalbu
seiring dengan karya saya.  Apapun bersyukur kepada Allah kerana
diperkenalkan kepada seorang ahli muzik berbakat besar. Terima
kasih untuk segalanya.  Apapun yang saudara hasilkan nanti amat
saya hargai.  Selamat berilham!.
(23 April 2011)

SATILE  SAGIN:  Ada masa dan situasi yang sesuai saya akan cuba
sesuatu bagi mengiringi karya saudari.
(23 April 2011)

RABEAH MOHD ALI:  Terima kasih segalanya.  Segala budi amat
dihargai.  Insya-Allah ada peluang saya nak kirim dvd gambaran
penulis  kisah cinta Putera Duyung dan Apabila Tapak Sulaiman
Menjadi  Bintang untuk saudara hayati.  Hendaknya seni yang
diminati ini menjadi kenyataan berkat sokongan rakan seperjuangan.
(23 April 2011)

RABEAH MOHD ALI:  Macam mana dah baca  ke skrip Putera Duyung
ke? Kalau saudara sibuk saya faham. 
(2.5.2011)

SATILE  SAGIN: Waalaikummussalam maaf lama saya tak online sebab
masalah kerosakan talian internet di rumah saya, lagi  pun sibuk
saya terlibat dengan satu pengambaran telemovie beberapa hari
yang lepas, baru tadi talian internet dibaiki, apa pun ada masa
nanti saya akan baca skrip tersebut, tentu menarikkan.
(3.5.1011)

RABEAH MOHD ALI:  Insya-Allah saudara Mior Hashim berminat
untuk dijadikan teleplay (TV) dan saudara Awang Karim Kadir
nak pentaskan (teater muzikal). Doakan ye.
(3.5.2011)

RABEAH MOHD ALI:  Saya sudah poskan dvd gambaran penulis
tentang kisah cinta Putera Duyung dan Apabila Tapak Sulaiman
Menjadi Bintang.  Sudah terima nanti beritahu saya ye.  Maaflah
kalau banyak kekurangan bukan bidang saya cuma minat saja.
Terima kasih untuk segalanya.
(4.5.2011)
  
SATILE SAGIN: Waalaikummussalam, tak  apa  yang penting sudah
hasilkan  walaupun bukan bidang, maaflah kebelakangan ini saya
jarang-jarang online sebab ada kerja luar…yang pasti kerja
dalam bidang seni.  Maaflah skrip belum sempat  saya baca,
ada masa nanti saya akan baca. Wassalam. 
(5 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI:  Assalamualaikum, dah terima ke dvd
yang saya poskan ? Sudah terima nanti beritahu saya ye.
Apapun pandangan saudara mengenai dvd tersebut  saya terima.
(7 Mei 2011)

SATILE SAGIN:  Salam, belum dapat lagi, terima kasih banyak ye,
nanti saya beritahu kalau dah terima.
(11 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI:  Ok. Terima kasih.
(11 Mei 2011)

(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH)
0 comments

KOLEKSI GAMBAR KISAH CINTA PUTERA DUYUNG KIRIMAN PEJUANG CASPER MATTI (INDONESIA)

RABEAH MOHD  MOHD ALI: 

Gambar-gambar itu mengujakan inspirasiku,
Terima kasih Pejuang Casper Matti,
Karya Putera Duyung bertemakan gambar itu,
Doakan karyaku menjadi legenda nanti.
(11 Mei 2011)

PEJUANG CASPER MATTI:  Pasti kak Rabeah… saya selalu
berdoa untukmu dan Pejuang Seni…walaupun  Pejuang
Seni …., sekarang tidak memerlukan aku, Kak Rabeah M.A
teruskan perjuanganmu, semoga terwujut keinginanmu
kelak, terima kasih.
(11 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI:  Terima kasih kerana sudi doakan
Kak Rabeah, akak juga doakan Pejuang Casper Matti
sentiasa ceria dalam menjalani kehidupan seharian
dan bertemu cinta yang sudah tersurat. Amin.
(11 Mei 2011)

PEJUANG CASPER MATTI: Amin
( 11 Mei 2011)

PEJUANG SENI:  Amin, Ya! Semoga  kamu dipertemukan
dengan wanita yang hatinya terbuka untuk kamu. Kamu 
baik banget! Prihatin ma teman…makanya kamu itu
pasti akan ketemu dengan gadis yang baik buat kamu.
Percaya dong pada-Nya.
(11 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI:  Moga redha dengan kehendakNya
itu yang penting dalam menjalani kehidupan.  Baru
tenang kerana kita tidak tahu masihkah ada hari esok
untuk  kita yang pasti kita milikNya jadi serahkan saja
takdir yang tidak kita tahu padaNya kerana Dia Maha
Bijaksana mengaturkan perjalanan hidup  setiap
hambaNya di dunia ini.

Siapalah kita untuk mengatakan,' Tidak' dan siapalah kita
untuk mengatakan,'Ya'  semuanya itu dalam pengetahuan
Allah.  Kalau kita faham barulah tenang jiwa kita kerana
kita merancang  Allah juga merancang tapi rancangan
Allahlah yang tersurat untuk kita, moga kita semua
tergolong dala hambaNya yang sentiasa redha dengan
takdirNya untuk kita ye.  Setiap yang baik itu dari
Allah yang kurang itu dari diriku sendiri. Moga kita
terus menjadi sahabat  keranaNya hingga akhirat.
(11 Mei 2011)

PEJUANG CASPER MATTI:  Amin.  Jika kita berusaha Tuhan
akan menggijinkan kita  jika sayang dan saling menyayangi.
Makasih kak Rabeah M.A.
(11 Mei 2011)

(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)   
0 comments

EMEL ANTARA RABEAH DAN MIOR HASHIM

MOHON JASA BAIK  (2 MAC 2011)

Assalamualaikum,

Terima kerana sudi membalas.  Buat masa sekarang novel
tersebut masih lagi berbentuk manuskrip belum bertaip
di komputer.  Mungkin mengamibl masa lama menyiapkan.
tambahan pula tika ini saya sedang mempromosikan buku-
buku bertemakan patriotik dan buku kreatif kanak-kank karya
saya kepada seorang usahawan yang ingin berkerjasama
dengan saya.  Doakan moga saya berjaya ye.

Untuk pengetahuan saudara saya berimpian agar satu
cerita saya bertajuk, ‘Putera Duyung dan Pahlawan Rimba
dan sebagainya dijadikan teater muzikal yang akan di
pentaskan di Istana Budaya.  Boleh ke saudara merealisasikan
impian saya ini.  Kerjasama  saudara dalam perkara ini
amatlah saya hargai, Moga Allah saja yang dapat membalasNya.

EMEL DIHANTAR KEPADA SAUDARA MIOR HASYIM  PADA 10 APRIL 2011

Assalamualaikum,
Apa kabar, dah baca ke skrip Putera Duyung?  Apa pendapat saudara
tentang skrip tersebut ?  Maaf kerana mengganggu kesibukan saudara.
terima kasih.

MIOR HASHIM MENJAWAB EMEL PADA (24.4.2011)

Salam dan maaf dari saya kerana mengambil masa yang lama
untuk memberi  komen, masalah di lokasi dan bebanan kerja
sedikit mengganggu fikiran.

Putera Duyung hasil kreatif tiada masalah dan menyakinkan.
skrip yang saya baca lebih kepada sebuah teleplay (TV)
bukan naskah pentas.  Saya tak dapat mengulas panjang
di sini.  Sebuah karya fantasi dari pemikiran kreatif  nampak
mudah diterima lojik akal  sekalipun dalam dasar laut.
Boleh  dibincangkan.  Kalau berkesempatan bertemu mungkin
menarik untuk dikatakan.  Skrip ini diberikan kepada mana-mana
pihak?.  Terima kasih.  

JAWAPAN EMEL RABEAH KEPADA MIOR HASHIM  PADA 28 April 2011.

Waalaikummussalam.  Maaf kerana lambat balas, terima kasih kerana
sudi memberi pendapat dan sokongan.  Sebenarnya skrip tersebut
saya pernah hantar kepada saudara Jai Ghani kerja di Astro tapi sampai
sekarang tiada jawapan dari saudara Jai Ghani mungkin kerana kesibukan
kerja di lokasi pengambaran.  Saya hantar juga kepada Awang Karim Kadir
yang ada di Sabah mungkin dia berminat untuk dipentaskan.  Seorang
lagi pemuzik untuk mereka lagu latar kepada Putera Duyung dan masih
lagi menunggu jawapan yang pasti dari mereka, belum ada hitam
putih lagi.  Kalau saudara  Mior ingin mengusaha sehingga jadi kenyataan
amat di alu-alukan dan amat menghagainya. Boleh membuat temujanji
bila boleh saudara Mior ingin membincangkan hal ini.  Kalau saudara Mior
sibuk saya faham.

Kalau tidak keberatan saudara Mior boleh tak saudara Mior berikan alamat
penuh saudara Mior, mana tahu saya nak poskan dvd gambaran penulis
tentang kisah cinta Putera Duyung.  Sekian.  Terima kasih.  Jika ada
kelapangan sudilah layari blog saya: bukukreatifpatriotik@blogspot.com
(dalamnya ada skrip Pengantin Raja Rimba dan Apabila Tapak Sulaiman
Menjadi Bintang)  Mana tahu dapat idea baru untuk dibincangkan.
Sekian .  Terima kasih.  Terima kasih untuk segalanya.

(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH)
0 comments

SINOPSIS PUTERA DUYUNG

Mas Merah manusia yang bertukar menjadi duyung
setelah menerima hati daripada Putera Duyung hasil
daripada pembedahan Pendeta Duyung.

Mas Merah bersahabat baik dengan Puteri Duyung
yang merupakan kekasih Putera Duyung.  Dalam masa
yang sama Mas Merah jatuh cinta dengan Putera Duyung
tetapi kerana tidak mahu menjadi penghalang percintaan
Puteri Duyung, Mas Merah ingin menjadi manusia kembali.

Mas Merah mendapat nasihat daripada Pendeta Duyung
dengan memakan 7 jenis rumpai laut.
Semasa menjadi menusia kembali, di atas kapal anak-anak
muda berebut ingin mendapatkan cinta Mas Merah hingga
sanggup berbunuh-bunuhan.  Ini menyebabkan Mas Merah
ingin menjadi duyung kembali dan setelah makan 7 jenis
rumpai laut yang masih berbaki, Mas Merah menjadi
duyung semula.Ketika itu Puteri Duyung sedang bersiap
diandam untuk menjalani upacara penikahan dengan
Putera Duyung.  Mas Merah memujuk Puteri Duyung
agar melepaskan Putera Duyung kepadanya.

Atas pujukan itu Puteri Duyung melepaskan cintanya
dengan rela hati.

Demi menjaga hati kedua wanita duyung,
Putera Duyung tiada mengawini kedua-duanya.  Kali ini
Putera Duyung hanya dapat berjumpa Mas Merah di pulau
yang tidak berpenghuni apabila bulan mengambang sahaja
kerana Mas Merah di waktu siang menjadi manusia dan di
malam hari menjadi duyung.

Seorang nelayan ingin menangkap Mas Merah untuk tujuan
perniagaan. Tangkapan pertama gagal. Tangkapan kedua ,
ketika itu bulan mengambang penuh,  pada ketika itu juga
Putera Duyung bertemu dengan Mas Merah  menyarungkan
kalung mutiara ke leher Mas Merah.  Belum sempat
Putera Duyung meluahkan hajatnya untuk melamar ,
Mas Merah mati terkena lembing nelayan.

Mas Merah menggadaikan nyawanya  apabila ternampak nelayan
membalingkan lembing ke arah Putera Duyung.  Sebelum
menghembuskan nafas terakhir Mas Merah meminta
Putera Duyung mengawini Puteri Duyung. 

Disediakan oleh : Rha Ns
0 comments

SKRIP PUTERA DUYUNG PANDANGAN AWANG KARIM KADIR

AWANG KARIM KADIR:  Saya fikir skrip ini kalau dijadikan
teater berunsur kesufian ia amat menarik, cuma memerlukan sedikit
tambahan cerita dan dialognya dihalusi lagi, dengan mesej-mesej
tersirat yang sufistik.  Kekuatan dan pelakon diperluaskan bagi
pementasannya ini.

Beah, kalau boleh cuba berikan saya interpritasimu tentang
setiap watak dalam skrip itu, terutama watak  Putera Duyung,
karang, ombak, ikan dan lain.  Apa yang membuatkan mereka
begitu.  Apa yang mereka mahu.


RABEAH MOHD ALI:

PUTERA DUYUNG:
-Suka membantu walaupun ditentang oleh pendeta kerana
kehidupan manusia penuh dengan kekejaman manakala
kehidupan alam duyung penuh dengan keharmonian,
berkasih sayang, saling berkorban di antara satu sama lain.

MAS MERAH:
-Impikan kehidupan yang harmoni seperti kehidupan
penghuni laut, akhirnya dengan izin Allah impiannya
jadi  kenyataan dapat hidup di dasar laut setelah
menerima hati Putera Duyung (Pembedahan Hati).

-Bersahabat baik dengan Puteri Duyung yang merupakan
kekasih Putera Duyung.
-Kerana tidak mahu menjadi perampas Mas Merah sanggup
menjadi manusia kembali tetapi setelah menjadi manusia
dia telah menjadi rebutan ramai lelaki maka terjadilah
pembunuhan untuk memiliki Mas Merah.  Justeru jiwa
Mas Merah memberontak dan nekad menjadi duyung
kembali.

PUTERI DUYUNG:

-Sanggup berkorban , tidak tamak kasih sayang dengan
merelakan Putera Duyung mengawini Mas Merah
(Pengorbanan perasaan cinta & sifat mengalah demi
hati kemanusiaan)

NELAYAN:

-Gilakan nama terkenal, wang apabila berjaya menangkap
Mas Merah (Manusia Duyung yang dijumpai di pulau terpencil)
   
AKHIR CERITA.
-Mas Merah mengorbankan nyawanya untuk menyelamatkan
Putera Duyung daripada terkena lembing nelayan.  Ketika itu
Putera Duyung sedang menyarungkan kalung mutiara di leher
Mas Merah , belum sempat hendak melamar Mas Merah telah
mati terkena lembing.

-Sebelum menghembuskan nafas terakhir Mas Merah meminta
Putera Duyung mengawini Puteri Duyung.

-Boleh juga ditamatkan dengan di hari persandingan Putera
Duyung dengan Puteri Duyung ada juga keranda yang dalamnya
ada Mas Merah.  Selepas persandingan keranda diusung di
kebumikan di pusara dikelilingi taman karang yang indah.

-Setiap babak muzik sesuai dengan cerita dan perasaan yang
wujud bagi menghayati perasaan pelakon yang melakonkan
juga penonton.


 (PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH
   PADA 30 APRIL 2011)
0 comments

SEPERTI IKAN-IKAN KITA

Awang Karim Kadir:  Seperti ikan-ikan kita di kolam mata kebenaran
bebas tapi tak mungkin bias melepas  sempadan batas alam di sini
dunia gelombang dan arus adalah mainan takdir menguji ketangkasan
kita menerobos hidup. ( 1 Mei 2011)

Ada Jiwa:  Nyatalah Awang Karim melihat dengan mata hati. Sedikit
sekali insan   sebegini.  Jiwa ilusi hidup tuhan hawa sendiri, bukan
seperti ikan nyata  air laut tetap tidak bias melarut dalam jasad si ikan.
Barang siapa hidup di dunia tanpa dibius dengan hawa syahwat jadilah
insan  berjiwa realiti, tak endah dengan pandangan mata kepala biar
dimandikan  dengan 3TA, “Harta, wanita dan tahta tetaplah ia tak
terpesona  simbol Awang Karim benar dan nyata hanya insan   makrifat
bias berkalam dengan qalbu yang benar. (1 Mei 2011)
0 comments

SELAMAT DATANG KE NEGERI BATIN

AWANG KARIM KADIR:  Selamat datang ke negeri batin
di sini tiada peraturan hidup kerana ini negeri batin, semuanya
gentayangan mengikut  maunya masing-masing kerana negeri
batin ini hidup dalam keredhaan selamanya, makanlah apa
saja yang kau suka, buatlah  apa yang kau mahu, di sini semua
nya berdasarkan apa yang kau inginkan, tak ada halal haram
di sini semuanya halal belaka kerana ini negeri batin, hidup
dan keredhaan untuk mereka yang mendapat keredhaanNya.
Selamat datang ke negeri batin, di sini tidak ada lagi perbezaan
antara makhluk kecuali amalnya.  Hanya kekayaan amal yang
dilihat di sini.  Tetapi negeri batin ini hanya ada dua rumah
yang namanya Syurga dan neraka.  Maka bersiaplah tuan
untuk ke sana  mengikut perintah dan keredhaanNya.  Begitu
suara yang telah menggambarkan suaranya ke dalam suara
batinku: Saudara…
(14 Mei 2011)

ADA JIWA:  Bagaimana jika diberi pilihan tidak mahu Syurga
atau neraka dan pilihan ini mahu kekal dalam menatap wajah
pemilik negeri batin? Apa kata hatimu? (14 Mei 2011)

AWANG KARIM KADIR:  Saya memilih untuk menjadi wajah
pemilik negeri batin itu.  (14 Mei 2011)

RABEAH  MOHD ALI:  Kalau aku memilih untuk menatap wajah
Pemilik  Negeri Batin yang menempatkan Syurga untuk hambaNya
yang mencintaiNya tika hidup di alam jasad dan roh.  Hendaknya
menjadi realiti tika berada di negeri batin nanti bersama-sama
mereka yang ingin keredhaanNya setiap masa. Amin. (14 Mei 2011)

AWANG KARIM KADIR:  Di tahap makam ilmu rahsia batin, akan
sirnalah segala sekutu, tak ada lagi negeri batin ini  tak rumah
Syurga atau neraka tak ada keinginan, yang ada hanyalah
keredhaanNya.  Semuanya dalam rahsiaNya.  (14 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI:  Moga kita semua tergolong dalam
hambaNya yang sentiasa mendapat hidayah dan keredhaaNya
dunia akhirat.  Amin.  (14 Mei 2011)

AWANG KARIM KADIR:  Insya-Allah.

RABEAH MOHD ALI:  Saudara Awang Karim, semalam dapat ilham
puisi tajuk, ‘Hati Memiliki’ boleh tolong ciptakan lirik lagu untuk
puisi tersebut , kalau boleh saya emelkan puisi tersebut.  Dengar
cerita saudara Awang ni minat  menyanyi bolehlah nyanyikan
sekali. (14 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI:  Insya-Allah, cuba hantar dulu, saya cuba.
(14 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI:  Ok…terima kasih, mana yang kurang tu
faham-faham ajelah baru belajar  menulis lirik …katakan…
(14 Mei 2011)

AWANG KARIM KADIR:  Insya-Allah kita sama-sama mempelajari.
kalau nak dengar  dan lihat VCD lagu puisi saya ada di You Tube,
jodolnya .’Pamplet Perjalanan Panjang’. (14 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI :  Terima kasih , saya cuba hayati lagu puisi
tersebut.   ( 14 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI:  Tak sangka saudara Awang seorang penyanyi
juga ya…suaranya mantap! (14 Mei 2011)


AWANG KARIM KADIR:  Sekadar hobby untuk saluran puisi.
Terima kasih Beah. (14 Mei 2011)

RABEAH MOHD  ALI:  Macam mana dengan puisi yang diemelkan
tu…ok tak?  Dapat idea ke nak nyanyikan… nanti boleh Beah
dengar… (14 Mei 2011)

AWANG KARIM KADIR:  Saya akan tengok nanti…belum buka emel.
Insya-Allah. (14 Mei 2011)

RABEAH   MOHD ALI:  Ok…tak apa faham dengan kesibukan saudara
Awang…jangan risau teramat faham… Apa pun terima kasih untuk
segalanya. (14 Mei 2011)

MARLINI MANJA:  RMA nak dengar  AKK menyanyi, sedap tak sedap
sila ke You Tube banyak lagu dia kat sana. (15 Mei 2011)

AWANG KARIM KADIR:  Tq MM kau tu idolaku dalam puisi  79an
dulu …sikit-sikit puisi.  Cemburu aku dengar kita baca puisi-puisi
spontan waktu itu.  (15 Mei 2011)

RABEAH  MOHD ALI:  Saudara Marlini Manja…memang mantap…
AKK memang serba boleh,  kalau ramailah orang seni macam
 AKK boleh menyanyi lagu puisi…ramailah peminat puisi nanti…
menanti karya AKK & MM untuk diperdengarkan.

AWANG KARIM KADIR:  Alhamdulillah, terima kasih.

(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH  MOHD ALI)
 
;