Cantik budi kerana bahasa,
Bahasa yang keji berbaur laknat;
Hilang budi terkubur bahasa,
Apabila sentiasa berbahasa laknat.
Mengundang laknat Allah amat ditakuti,
Hidup dunia akhirat mendapat laknat;
Malangnya hidup sentiasa dilaknati,
Masya-Allah takutnya apabila dilaknat.
Semua tak suka kata laknat,
Kerana itu mengundang laknat;
Kenapa harus bersumpah laknat,
Takutlah Allah bilamana Dia melaknat.
Allah itu Maha Penyayang,
Maha Pemberi Maha Pengampun;
Kata-kata laknat mematikan kasih sayang,
Jiwa merana dosa tak terampun.
Lebih baik mati daripada hidup,
Jika tak suka aturan Allah;
Amalan baik cahaya hidup,
Di alam barzah jadi menyuluh.
Ya Allah laknatkanlah aku,
Kiranya hidup menfitnah orang;
Kumahukan hidup dalam redhamu,
Moga dunia akhirat redhaMu tak hilang.
Apalah erti hidup ini,
Setiap hari bersumpah laknat;
Apa nak jadi dengan hari ini,
Di mana-mana menyebut laknat.
Laknat melaknat amalan keji,
Seperti hidup di neraka Allah;
Jauhkan diri daripada sifat terkeji,
Mendapat Syurga balasan Allah.
Kata-kata laknat selalu diluah,
Mana pergi orang menyampah;
Hilang segala bahasa yang indah,
Apabila mati penyesalan tak sudah.
Ya Allah jangan kau laknat bumi ini,
Atas kezaliman tanpa ihsan;
Menuduh menfitnah membuta tuli;
Doa orang teraniaya dikabulkan Tuhan.
Orang penipu suka bersumpah,
Bersumpah laknat demi kepentingan;
Ke mana pergi orang menyumpah,
Hidup dan mati dalam buangan.
Takutkan Tuhan walau di mana,
Perkataan laknat hendaklah dijauhi;
Tenang hidupmu walaupun di mana,
Di alam barzah rohmu diredhai.
Sayang menyayang mendapat berkat,
Bekasih sayang kerana Allah,
Jangan sekali berkata laknat,
Nanti mengundang bala Allah.
Wajahmu tenang setenang air di kali,
Apabila bertutur sopan sekali;
Berkata laknat akan dikesali,
Ramai bermusuhan mereka menjauhi.
Belajarlah hidup saling menghormati,
Pasti bumi terasa Rahmat dariNya;
Berbahasa laknat patut dijauhi,
Kelak nanti mengundang laknat dariNya.
Sakit hati mendengar laknat,
Menelusuri terus ke dalam hati,
Lebih baik bisu daripada terlaknat,
Itu tandanya orang ingatkan mati.
,
Hari-hari menganyam impian,
Untuk menjadi hamba beriman;
Perkataan laknat hendak dijauhkan,
Agar hidup dalam ketenangan.
Setiap tutur kata akan dihitung,
Dicatat sebagai pahala dan dosa;
Melaknat orang dosa tak terhitung,
Takutlah Allah melaknat akibat dosa.
Dengan rahmat Allah kita bernafas,
Kenapa perlu mengundang laknatNya;
Rahmat Allah tidak putus-putus,
Penghuni bumi bersyukur dalam sujudNya.
Karya: Rha NS
1 Mei 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment