AWANG KARIM KADIR:
Lepaskan saja Sang Serigala ke hutan-hutan
kebenaran, tiada yang perlu ditakutkan dalam
rimba kebebasan, jerit Sang Serigala kadang
diperlukan mecah suasana keheningan malam.
Tak perlu menghukum diri tuan, ini bukan
gelanggang mencari siapa pendekar siapa
pahlawan. Yang kita cari kebenaran kata dan
hikmah bukan siapa benar siapa pesalah,
siapa ternama, siapa bukan, siapa yang
akan dilupakan.Yang kita cari hala tuju kebenaran
setelah begitu jauh pandangan.Dan kita melepaskan
serigala kita ke rimba rasa dan kita juga menjadi
pemburunya ke hutan rahsia.
Dan paling kita takut adalah mereka yang suka
melempar batu tapi sembunyi tangan.Sang Serigala
pun akan bingkas dari keterkejutan menyerigai:
Inilah hasil perjuangan kita selama bertahun menjadi
penguam bela unta dan keldai? Dan suara Sang Serigala
kata itupun menerawang ke udara, ke lorong-lorong
ke hutan-hutan, ke sudut-sudut masa, ke ruang fikir,
ke halaman takdir.
(11 Mei 2011)
HAINON ARU: Uhhh…Tersentak benak fikirkan…
mencari maksud yang tersirat di sebalik bait
kata yang di ungkapkan.
(11 Mei 2011)
AWANG KARIM KADIR: Sebenarnya, maksudnya
sangat jelas, dengan hanya sedikit makna kata
yang tersingkap. HA terima kasih kerana menatap.
(11 Mei 2011)
HAINON ARU: Menatap berkali-kali setiap bait
kata yang tertera akhirnya aku dapat memahami apa
sebenarnya tadi menjadi tanda tanya…AKK buat
kesekian kalinya akan kembali membaca sesuatu
menwujudkan mata hati. Terima kasih kerana
mengembalikan cara pemikiran yang kutinggalkan.
(11 Mei 2011)
AWANG KARIM KADIR: Alhamdulillah HA
itulah sifatnya puisi, seperti melihat tujuh lapis warna
pelangi. Dari sudut mana meniliknya akan tetap
kelihatan indah dan bermakna , mudah-mudahan
ada manfaatnya.
(11 Mei 2011)
HASYUDA ABADI: Rupanya ada 2HA di sini
saudaraku AKA dan suara catatan kita hampir
serupa gemanya memilih, ‘Serigala’ sebagai semiotik
dalam ungkapan sasteranya. Barangkali juga serigala
itu merupakan suatu kebenaran namun barangkali
juga rasa rendah hati tetapi diberanikan oleh suara
garangnya dengan suatu wajah yang menggerunkan.
Jika demikian tak perlu dirisaukan asalkan ja sekadar
serigala jadian yakni ketika kembali ke dunia normal,
kembali ke awal perjalanan menjadi doa-doa yang
diungkapkan. Asalkan juga yang suka sembunyi tangan
itu ikut pulang dan memulangkan api kepada batu dan
batu kepada asal jadinya.
(1 Mei 2011)
AWANG KARIM KADIR: Mudah-mudahan tuan kita
sama-sama kita doakan.
( 11 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Saya cukup tabik orang yang ada
jiwa kepahlawanan dalam dirinya justeru untuk memupuk
kepahlawanan di jiwa kanak-kanak lagi saya menghasilkan
karya,’Pahlawan Rimba & Pahlawan Semut’ Agar apabila
mereka dewasa nanti menjadi seorang pahlawan untuk
membela rakyat dan negaranya.
(11 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Sebenarnya bagiku kamu berdualah
Pahlawan Pena ( Serigala) Idola segala pahlawan-pahlawan
Pena yang ada di Negara ini. Moga kejayaan milikmu
Pahlawan Serigalaku.
(11 Mei 2011)
AWANG KARIM KADIR: Terima kasih Srikandi Semut.
Saya juga pengkagum kamu.
(12 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Siapalah saya nak dibandingkan dengan
Pahlawan Serigala yang bijak sana mengukirkan kata-kata
puitis menikam qalbu mereka yang selalu berada di zon
selesa mahupun tekanan kehidupan untuk bangun membela
kebenaran yang selama ini dipandang sepi.
Duhai saudara Awang yang dihormati sudah terima ke pos
dvd Putera Duyung? Macam mana ok ke tidak? Apa pun
terima kasih untuk selamanya. Hanya Allah saja yang membalas
segala kebaikanmu Amin. (12 Mei 2011)
AWANG KARIM KADIR: Dah diterima cuma belum dipasang
masih di luar kawasan, pulang nanti Insya-Allah. Janganlah
berencik, kita sahabat sejati. (12 Mei 2011)
RABEAH MOHD ALI: Terima kasih kerana sudi terima saya
saya sebagai sahabat sejati moga tali persahabatan ini
memberi keberkatan dunia akhirat. Amin dan dinantikan
komen tentang dvd Putera Duyung yang mampu diilhamkan.
(12 Mei 2011)
(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment