Tuesday, 17 May 2011

SRIKANDI SEMUT DAN EKOR GAJAH

AWANG KARIM KADIR:

Terima kasih Srikandi Semut.
Aku kagum dengan sifat waja pribadi tinggi.
Biar kerdil di tengah belantara hukum dunia
meskipun tidak sebesar ekor gajah
biarpun tidak segarang singa maharaja rimbaraya
tidak setangkas lompatan kijang bertanduk emas.
Kau Srikandi Semut punya wibawa dan karisme.
dan aku tetap merasa bangga setidak-tidaknya
kau berjalan dengan kepala kecilmu;
tidak menjadi ekor gajah yang hebat tetapi
sentiasa membontot di belakang orang lain.
(12 Mei 2011)

RABEAH MOHD  ALI:

Kita punyai minat yang sama,
Sokong menyokong perlu antara kita;
Karyamu karyaku berirama seni bersama,
Insya-Allah menghasilkan produk seni legenda milik semua.

Putera Duyung karya ulungku,
Moga mendapat sambutannya nanti;
Kuharapkan cetusan mindamu,
Mementaskan teater muzikal terkesan di hati.
(12 Mei 2011)

AWANG KARIM KADIR: Insya-Allah mudah-mudahan
mendapat kekuatan dan upaya mementaskannya,
sahabatku , Beah.
(12 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI:  Terima kasih sahabatku AKK
Segala budimu kuingat hingga hujung nyawa, moga
Allah panjangkan nyawaku untuk menghasilkan
karya-karya yang boleh  membantuku di alam barzah
nanti.  Tiada apa yang lebih bermakna melainkan ada
hitungan di sisiNya.
(12 Mei 2011)

AWANG KARIM KADIR: Insya-Allah menulispun
boleh menjadi ibadat yang berpanjangan jikalau
ada keikhlasan kerana kita dituntut untuk
berpesan-pesan dengan kebenaran.
(12 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI:  Moga selepas kematian kita
menuai hasilnya dengan izinNya nanti.  Amin.
(12 Mei 2011)

ONY LATIFAH:  dikk, sukalah puisi ini, Srikandi Semut…
Ekor Gajah…berjalan pulak fantasi kakakmu ini…
teruskan berkarya…jangan jemu….apapun rindu juga
lagu bujang si gundam itu bah…
(12 Mei 2011)

AWANG KARIM KADIR:  Tq kak Ony.  Insya-Allah.
(12 Mei 2011)

(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK  RABEAH)

0 comments:

Post a Comment

 
;