Tuesday, 17 May 2011

MENCARI HALA TUJU SASTERA (AWANG KARIM KADIR)

AWANG KARIM KADIR:  Masa akan datang haruslah
dilihat dari masa kini kerana masa kini datang
dari masa lalu.  Masa lalu hilang menjadi masa
kini. Dan sekali lagi saya amat percaya bahawa
pada masa kini kita harus mencerna dan mewarnai
masa akan datang.Apa yang kita fikirkan pada
masa kini akan menjadi hasil pada masa akan
datang.

Maka jikalau berlaku kegagalan hari ini, itu
kerana kelemahan dan kecuaian kita mencerna
atau mencorakkanya pada masa lalu.

Apakah ini dalam konteks politik, perniagaan,
seni dan sastera.Apa saja yang menjadi impian
atau gagasan kita.  Mencari hala tuju dalam
perjuangan apapun bukanlah pada hari ini tetapi
harus pada masa lalu.  Gagal atau berhasilnya
suatu gagasan dan impian hari ini, itu hasil
daripada siapa yang mencerna dan mencorakkan
pada masa lalu.  Siapa Raja yang berkuasa,
siapa nahkoda, siapa pengamal bahtera
perjuangan dan siapa pula yang menjadi
awak-awaknya, kuncu-kuncunya (analogi)
di masa lalu.

Maka jikalau kita ingin mulai lagi pencarian
hala tuju perjuangan apapun pada hari ini,
itu maknanya sekali lagi kita hanya dapat
melihat hasilnya pada masa akan datang pula.
Dan kita terpaksa menerima hakikat  bahawa
rencana , gagasan dan impian kita di masa
lalu kejayaan setakat apa yang kita lihat
pada hari ini.

Kita tidak dapat menunding jari kepada siapa
-siapa kerana yang merencanakan dan menghala
tujuan haluan bahtera perjuangan kita, kitalah
sendiri. Sementara orang lain hanyalah angin,
hanyalah awak-awak yang turut menolak bahtera
perjuangan ke hadapan atau olang aling  atau
terhenti atau undur ke belakang atau hancur
lebur menjadi serpihan, tenggelam atau menjadi
apa saja yang akan dinamakan suatu kemalangan
alias kegagalan alias kelemahan alias
penafian hak dan peluang alias pilih kasih  alias
prejudisme, kronisme alias politik sastera
dan budaya kita sendiri! Begitu juga sastera
nasibnya di tangan para penguasa birokrat budaya,
perkumpulan dan penggiat sastera sendiri.
Halatuju dan nasib sastera kita:
di tangan orang sastera kita sendiri.

(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)

0 comments:

Post a Comment

 
;