AWANG KARIM KADIR: Saya fikir skrip ini kalau dijadikan
teater berunsur kesufian ia amat menarik, cuma memerlukan sedikit
tambahan cerita dan dialognya dihalusi lagi, dengan mesej-mesej
tersirat yang sufistik. Kekuatan dan pelakon diperluaskan bagi
pementasannya ini.
Beah, kalau boleh cuba berikan saya interpritasimu tentang
setiap watak dalam skrip itu, terutama watak Putera Duyung,
karang, ombak, ikan dan lain. Apa yang membuatkan mereka
begitu. Apa yang mereka mahu.
RABEAH MOHD ALI:
PUTERA DUYUNG:
-Suka membantu walaupun ditentang oleh pendeta kerana
kehidupan manusia penuh dengan kekejaman manakala
kehidupan alam duyung penuh dengan keharmonian,
berkasih sayang, saling berkorban di antara satu sama lain.
MAS MERAH:
-Impikan kehidupan yang harmoni seperti kehidupan
penghuni laut, akhirnya dengan izin Allah impiannya
jadi kenyataan dapat hidup di dasar laut setelah
menerima hati Putera Duyung (Pembedahan Hati).
-Bersahabat baik dengan Puteri Duyung yang merupakan
kekasih Putera Duyung.
-Kerana tidak mahu menjadi perampas Mas Merah sanggup
menjadi manusia kembali tetapi setelah menjadi manusia
dia telah menjadi rebutan ramai lelaki maka terjadilah
pembunuhan untuk memiliki Mas Merah. Justeru jiwa
Mas Merah memberontak dan nekad menjadi duyung
kembali.
PUTERI DUYUNG:
-Sanggup berkorban , tidak tamak kasih sayang dengan
merelakan Putera Duyung mengawini Mas Merah
(Pengorbanan perasaan cinta & sifat mengalah demi
hati kemanusiaan)
NELAYAN:
-Gilakan nama terkenal, wang apabila berjaya menangkap
Mas Merah (Manusia Duyung yang dijumpai di pulau terpencil)
AKHIR CERITA.
-Mas Merah mengorbankan nyawanya untuk menyelamatkan
Putera Duyung daripada terkena lembing nelayan. Ketika itu
Putera Duyung sedang menyarungkan kalung mutiara di leher
Mas Merah , belum sempat hendak melamar Mas Merah telah
mati terkena lembing.
-Sebelum menghembuskan nafas terakhir Mas Merah meminta
Putera Duyung mengawini Puteri Duyung.
-Boleh juga ditamatkan dengan di hari persandingan Putera
Duyung dengan Puteri Duyung ada juga keranda yang dalamnya
ada Mas Merah. Selepas persandingan keranda diusung di
kebumikan di pusara dikelilingi taman karang yang indah.
-Setiap babak muzik sesuai dengan cerita dan perasaan yang
wujud bagi menghayati perasaan pelakon yang melakonkan
juga penonton.
(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH
PADA 30 APRIL 2011)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment