AWANG KARIM KADIR: Diskusi sastera yang kabur dan tak menentu
cuba mengongsikan pandangan dan fikiran untuk cuba melihat
hala tuju sastera seperti yang didiskusikan pada malam Sabtu itu
teringat ia hanya lebih kepada memperkatakan kehebatan dan
pencapaian diri masing-masing. (30 April 2011)
ADA JIWA: Semua niat diperbuat bukan keranaMu Tuhan nescaya
tiadalah keberkatan. Yang ada Cuma ilusi mendapat rahmat kelak
nya laknat. Berkaryalah Awang Karim kerana Tuhanmu tunggu
beroleh berkat dan redha Tuhanmu. Hentikan karya kerana diri
iaitu tuan dan tuhan hawa nafsu niatnya kerana 5P…poket, perut,
pingat, perempuan dan penghargaan. (30 April 2011)
AWANG KARIM KADIR: Ya…ya… saya akur sekali. Cuma kita selalu
terpedaya kerana kita fikir dunia ini masih memerlukan suara-
suara seni kemanusiaan demi manusia dan Tuhannya. Namun
saya amat insaf betapa manusia tetap namanya manusia yang
dieksplotasi oleh hawa nafsunya terhadap dirinya. (30 April 2011)
RABEAH MOHD ALI:
Aku menulis bukan kerana nama,
Tapi mahukan karyaku ternama;
Ya Allah jauhkan riak walau di mana,
Kerana semua amalan tidak Kau terima.
Setiap manusia merasai mati,
Tiada sebab takut mati;
Hargai hidup biar bererti,
Agar karyaku karyamu dinilaiNya nanti. (30 April 2011)
AWANG KARIM KADIR: Terima kasih Ya Rabbi. (30 April 2011)
RABEAH MOHD ALI: Moga saudara Awang Karim dan rakan
seperjuanganmu yang mempunyai ilmu, pengalaman,
Idea dapat mencurahkan ilmu yang ada kepada Persatuan
seni yang ada di Sabah. Insya-Allah mereka mengalu-alukan
kedatanganmu dengan hati terbuka dan penuh rasa syukur.
Bimbingan dan sokongan daripada saudara amat dinantikan
Kerana mereka adalahnpenyambung warisan Negara.
Apapun ini hanya cadangan dari saya untukmu saudara
Awang yang dihormati. (30 April 2011)
AWANG KARIM KADIR: Terima kasih Beah, kalau ada yang
sudi berkongsi pengalaman seni, Insya-Allah boleh.
(30 April 2011)
RABEAH MOHD ALI: Syukur Alhamdulillah moga Allah saja
yang dapat membalasNya. Amin Ya Rabbal A’Lamin.
( PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment