Sunday, 3 May 2015

SASTRA ANUGERAH ILAHI (89) ILMU LADUNI - WALI ALLAH - 3



SASTRA ANUGERAH ILAHI (89) ILMU LADUNI - WALI ALLAH - 3


FROM NOTIFICATIONS
WAHYU, ILMU LADUNI, FIRASAT DAN KASYAF ?
Hati kalau sudah bersih, pandangannya akan menembusi segala hijab-hijab iaitu tabir alam maddiah (benda). Akan tersingkap hijab-hijab itu dan terbanglah ia ke alam ghaib yang maha luas setakat yang diizinkan oleh Allah Taala. Hati yang benar-benar bersih, di waktu itulah Allah SWT curahkan ke dalamnya perkara atau barang yang berharga dan terlalu bernilai iaitu keimanan, keyakinan, ketaqwaan, hikmah, wahyu, kasyaf, ilmu laduni, firasat dan lain-lain lagi. Huraian, tafsiran atau penjelasan tentang halhal ini akan diperbahaskan secara terperinci, di bawah tajuknya yang tersendiri.
WAHYU
Ia adalah ilmu yang Allah sampaikan kepada rasul-rasul dan nabi-nabi secara terus atau direct. Atau melalui perantaraan malaikat, terus jatuh ke hati mereka, terus dapat dihafal dan tidak lupa buat selama-lamanya. Ianya berlaku tanpa usaha ikhtiar dan tanpa belajar. Inilah mauhibah atau anugerah dari Allah. Wahyu membawa syariat baru, memansuhkan syariat yang sebelumnya.
ILMU LADUNI ATAU ILHAM
Apakah itu ilmu laduni? Ia adalah ilmu yang membawa pengertian atau makna yang baru kepada syariat, bukan membawa syariat baru. Ilmu laduni atau ilmu ilham ialah ilmu yang Allah jatuhkan ke dalam hati para wali-Nya, tanpa melalui proses usaha ikhtiar atau hasil mendengar kuliah daripada guru atau hasil berfikir. Ia terjatuh direct ke dalam hati. Yang mana bila disyarahkan atau dihuraikan, ia jadi satu ilmu atau satu huraian yang sangat ilmiah. Ertinya ia jadi satu ilmu yang sangat bermanfaat. Ilmu yang didapati itu tepat, meyakinkan, logik, memberi kepuasan serta tidak meletihkan otak. Bagaimana pun ia boleh lupa daripada ingatan. Berbeza dengan ilmu hasil belajar, membaca, berfikir atau mentelaah yang cepat menjemukan. Kadang-kadang ianya tidak tepat, tidak meyakinkan atau tidak logik dan meletihkan. Untuk mendapatkannya perlu proses masa yang lama. Ertinya hasil membaca, berfikir setelah faham baru dapat ilmu.
Kalau begitu ilmu laduni atau ilmu ilham bukan membawa syariat yang baru. Ia membawa makna atau tafsiran yang baru, yang sesuai dijadikan tindakan dan penyelesai masalah untuk zamannya atau makna yang tertentu, khusus untuk orang itu. Mengapa pula ilmu ilham atau ilmu laduni ini dikatakan sebagai penyelesai masalah sesuai dengan zamannya dan bukan untuk semua zaman? Kalau saya hendak misalkan ilmu Allah itu yakni ilmu Al Quran atau Sunnah Rasul, yang maha luas dan tidak berkesudahan itu diibaratkan sebagai khazanah lautan, setiap orang yang mencari khazanah lautan itu insya-Allah dapat sesuatu yang bermanfaat untuk dirinya dan juga untuk orang lain. Apa yang diperolehi oleh setiap orang itu mungkin tidak sama di antara satu sama lain. Mungkin ada yang dapat kerang atau ada yang dapat ikan sahaja. Orang yang dapat ikan pula mungkin tidak sama jenisnya. Ada yang dapat ikan yu, ada yang dapat ikan pari, ikan kembung dan sebagainya. Ada juga yang dapat minyak, mutiara, batu karang dan lain-lain lagi.
Bagi orang yang tidak faham, dia akan mengatakan kepada orang yang dapat batu karang: “Awak ni tak dapat apa-apalah! Saya dapat ikan. Inilah khazanah lautan yang sebenar. Awak ni dapat batu karang dari hutan mana?” Tapi bagi orang yang dapat batu karang menyangka mereka yang dapat ikan itu bukan dari khazanah laut. Akhirnya berlakulah tuduh-menuduh. Sebenarnya kerang dan ikan sama-sama khazanah laut, tetapi oleh kerana masing-masing kurang ilmu, maka masing-masing menganggap apa yang mereka dapat itulah sebenarnya dari laut. Yang lain bukan dari laut. Lebih-lebih lagi orang yang dapat minyak, tentulah mereka lebih sombong lagi dan menuduh orang-orang yang dapat benda-benda lain tidak dianggap dari khazanah laut. Oleh itu bagi orang yang faham tentang laut, ia tidak jadi masalah. Semua yang disebut itu adalah khazanah lautan. Cuma keperluan saja yang tidak sama. Ikan untuk dimakan. Kalau minyak untuk enjin dan batu karang pula untuk hiasan dan begitulah seterusnya.
Jadi, orang yang dikurniakan ilmu laduni atau ilmu ilham ini adalah orang yang mendapat khazanah dari lautan ilmu Allah. Ada macam-macam ilmu dan setiap sesuatu ilmu itu mempunyai banyak pengertian dan tafsirannya. Jadi Allah memberi pengertian dan tafsiran satu-satu ayat sesuai pada seseorang itu untuk menyelesaikan masalah di zamannya atau keperluan seseorang itu. Perkara itu pula kebanyakannya bukan pengertian mengenai hukum-hakam kerana soal itu sudah tetap dan tidak berubah untuk setiap zaman kecuali perkara khilafiah. Sebaliknya ilmu laduni ini kebanyakannya mengenai penghuraian, falsafah, didikan, hal semasa, metod dan kaedah sahaja. Perkara-perkara ini boleh berubah.
Jika ilmu wahyu disampaikan kepada rasul atau nabi, ilmu laduni atau ilmu ilham pula Allah kurniakan kepada para wali dan orang-orang soleh. Ilmu wahyu adalah syariat baru yang memansuhkan syariat yang diamalkan sebelumnya manakala ilmu laduni akan membawa tafsiran atau makna baru kepada ilmu wahyu itu, sesuai untuk zamannya atau orangnya. Ilmu wahyu tidak dilupakan tetapi ilmu laduni atau ilham mudah dilupakan oleh orang yang menerimanya. Kalau yang menerima ilmu wahyu itu adalah rasul maka wajib ianya disampaikan tetapi kalau dia seorang nabi, maka tidak wajib menyampaikannya. Sedangkan ilmu laduni elok disampaikan kerana ia akan dapat menyelesaikan masalah-masalah semasa yang sedang dihadapi oleh masyarakat, sesuai untuk zamannya. Atau untuk mengetahui hikmah atau pengajaran sesuatu hukum itu.
Kalau ilmu wahyu ditolak, automatik seseorang itu akan jatuh murtad atau kafir dan di Akhirat akan terjun ke Neraka serta kekal selama-lamanya. Sebaliknya kalau menolak ilmu laduni atau ilmu ilham, tidak menjadi kafir tetapi akan menghilangkan barakah dan tertutup pintu bantuan Allah. Mungkin ada orang yang akan menolak pendapat ini tentang ilmu laduni ini dan payah untuk menerimanya terutamanya:
1. Orang yang tidak percaya adanya ilmu laduni atau ilham di dalam Islam.
2. Seseorang yang tidak ada ilmu ini dan tidak ada pengalaman mengenainya, sekalipun dia mempercayainya.
3. Seseorang yang tahu mengenai ilmu ini tetapi kerana hasad dengki, dia tidak senang dengan orang yang mendapat ilmu ini, maka dia pun buat-buat menolaknya, sedangkan hatinya membenarkan.
Apa bukti ilmu laduni atau ilmu ilham ini wujud? Buktinya, adalah berdasarkan hujah berikut:
PERTAMA: Hujah naqli (nas)
1. Hujah Al Quran
Dalam Al Quran ada dalil yang kuat sebagai bukti kewujudan ilmu ini. “Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan ajar kamu.” (Al Baqarah: 282) Dalam ayat ini jelas Allah memperkatakan tentang orang-orang bertaqwa yang bersih daripada sifat-sifat mazmumah, Allah akan beri ilmu secara wahbiah, tanpa usaha ikhtiar, tanpa belajar atau berguru.
2. Hujah Hadis
Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang beramal dengan ilmu yang dia tahu, Allah akan pusakakan padanya ilmu yang dia tidak tahu.” (Dikeluarkan oleh Abu Nuaim) Inilah buktinya. Ertinya ilmu yang telah sedia ada itu akan bertambah bila diamalkan. Yakni ia akan dapat ilmu baru hasil dipraktikkan ilmu itu. Proses ini juga berlaku secara wahbiah.
Inilah yang dikatakan ilmu laduni atau ilmu ilham yang mana Allah pusakakan melalui tiga cara:
i. Ilmu itu Allah jatuhkan terus ke dalam hati.
ii. Adakalanya Allah tayangkan ilmu itu yang boleh dilihat seolah-olah melihat skrin TV. Sedangkan orang lain yang ada bersama-sama dengannya ketika itu tidak dapat melihatnya.
iii. Atau mungkin mendengar suara yang membisikkan ke telinganya tetapi tidak nampak rupa makhluknya. Inilah yang dikatakan hatif. Mungkin suara ini suara malaikat, jin yang soleh atau wali-wali Allah.
KEDUA: Bukti Sejarah
Banyak kitab dahulu menceritakan bagaimana pengalaman salafussoleh, ulama-ulama besar dan pengarang-pengarang kitab sendiri yang mendapat ilmu-ilmu laduni ini. Ada kitab-kitab karangan ulama muktabar yang menunjukkan pengarangnya mendapat ilmu laduni. Di antara ulama yang memperolehi ilmu laduni atau ilmu ilham ini di samping ilmu melalui usaha ikhtiar ialah imam-imam mazhab yang empat, ulama-ulama Hadis seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, ulama-ulama tasawuf seperti Imam Al Ghazali, Imam Nawawi, Imam Sayuti, Syeikh Abdul Kadir Jailani, Junaid Al Baghdadi, Hassan Al Basri, Yazid Bustami, Ibnu Arabi dan lain-lain lagi.
1. Imam Al Ghazali
Umurnya pendek sahaja iaitu sekitar 54 tahun. Beliau mula mengarang selepas sahaja habis bersuluk di kubah Masjid Umawi di Syam (Syria). Umurnya waktu itu sekitar 40 tahun. Ertinya dalam hidupnya dia mengarang sekitar 14 tahun. Dalam waktu yang pendek ini dia sempat mengarang 300 buah kitab yang tebal-tebal, yang bermacam-macam jenis ilmu pengetahuan termasuklah kitab yang paling masyhur iaitu Ihya Ulumuddin, kitab tasawuf (dua jilid yang tebal-tebal) dan Al Mustasyfa (ilmu usul fiqh yang agak susah difahami).
Cuba anda fikirkan, bolehkah manusia biasa seperti kita ini menulis sebanyak itu. Walau bagaimana genius sekalipun otak seseorang itu, tidak mungkin dalam masa 14 tahun boleh menghasilkan 300 buah kitab-kitab tebal, kalau bukan kerana dia dibantu dengan ilmu laduni yakni ilmu tanpa berfikir, yang terus jatuh ke hati dan terus ditulis. Dalam pengalaman kita kalau ilmu hasil berfikir dan mengkaji, sepertimana profesor-profesor sekarang, dalam masa empat tahun baru dapat membuat satu tesis di dalam sebuah buku. Kalau satu buku mengambil masa empat tahun, ertinya kalau 14 tahun dapat tiga buah buku. Terlalu jauh bezanya dengan Imam Ghazali yang mencapai 300 buah buku itu.
2. Imam Sayuti
Umurnya juga pendek, hanya 53 tahun. Beliau mula mengarang sewaktu berumur 40 tahun dan dapat menghasilkan 600 buah kitab. Dalam masa hanya 13 tahun dapat menghasilkan sebegitu banyak kitab. Ertinya dia dapat menyiapkan sebuah kitab setiap dua minggu. Kitabnya itu pula tebal-tebal dan tinggi perbahasannya dalam bermacam-macam jenis ilmu. Antara kitabnya yang terkenal Al Itqan fi Ulumil Quran, Al Hawi lil Fatawa (dua jilid), Al Jamius Soghir (mengandungi matan-matan Hadis), Al Ashbah wan Nadzoir, Tafsir Jalalain, Al Iklil dan lain-lain lagi. Kalaulah beliau menulis atas dasar membaca atau berfikir semata-mata, tentulah tidak mungkin dalam masa 13 tahun da-pat menulis 600 kitab atau tidak mungkin dalam masa hanya dua minggu dapat tulis sebuah kitab. Inilah ilmu laduni. Tidak hairanlah hal ini boleh berlaku kerana dalam kitab Al Tabaqatul Kubra karangan Imam Sya’rani ada menceritakan yang Imam Sayuti dapat yakazah dengan Rasulullah sebanyak 75 kali dan dia sempat bertanya tentang ilmu dengan Rasulullah.
3. Imam Nawawi
Beliau adalah antara ulama yang meninggal sewaktu berusia muda, iaitu 30 tahun. Beliau tidak sempat berkahwin tetapi banyak mempusakakan kitab-kitab karangannya. Di antara yang terkenal ialah Al Majmuk yakni kitab fekah. Kalau ditimbang berat kitab itu lebih kurang 3 kilogram, yakni kitab fekah yang sangat tebal. Selain itu termasuklah kitab Riadhus Solihin, Al Azkar dan lain-lain lagi. Untuk mengarang kitab Al Majmuk saja kalau ikut kaedah biasa yakni atas dasar kekuatan otak, tidak mungkin dapat disiapkan dalam masa dua atau tiga tahun. Mungkin memakan masa 10 tahun. Ini bererti dia mula mengarang semasa berumur 20 tahun. Biasanya di umur ini orang masih belajar lagi. Tetapi di usia semuda itu Imam Nawawi mampu mengarang bukan saja Al Majmuk, tetapi turut mengarang kitab-kitab besar yang lain. Ini luar biasa! Biasanya orang jadi pengarang kitab di penghujung usianya. Ini membuktikan selain dari cara belajar, ada ilmu yang Allah pusakakan tanpa belajar, tanpa usaha ikhtiar dan tanpa berguru. Itulah dia ilmu laduni atau ilmu ilham.
Sesudah kita mengkaji kemampuan ulama-ulama dahulu, kita lihat pula ulama-ulama sekarang ini dan cuba kita bandingkan. Berapa banyakkah buku-buku atau kitab yang telah ditulis oleh mereka sekalipun setelah mereka ada PhD? Oleh itu, jika ulama-ulama dulu mampu menulis kitab-kitab yang banyak dan tebal-tebal dalam masa yang singkat tentulah ianya bantuan Allah yang luar biasa melalui ilmu laduni atau ilmu ilham yang bersifat wahbi di samping ilmu kasbinya. Jelaslah sekarang ini sudah tidak ada lagi ulama yang dapat ilmu laduni. Ini kerana kita semua sudah bersalut dengan cinta dunia dan berkarat dengan mazmumah. Lihatlah zaman sekarang ini, susah untuk kita dapati ulama yang mengarang buku atau kitab. Mereka tidak mampu mengarang kerana kekeringan minda, sibuk dengan dunia, di samping perlu menggunakan otak, berfikir, membaca, banyak mentelaah dan kena banyak reference yang tentunya memakan masa yang lama. Ini semua membosankan dan meletihkan, banyak ambil masa serta tidak cukup masa. Mereka tidak dapat pula ilmu melalui saluran ilham. Maka inilah rahsia kenapa ulama sekarang tidak menulis atau kurang menulis.
FIRASAT
Firasat ialah perasaan atau gerakan hati yang benar atau tepat kerana mendapat pimpinan dari Allah. Sabda Rasulullah: “Takutlah olehmu firasat oran mukmin kerana ia memandang dengan cahaya Allah.” (Hadis Riwayat At Tarmizi)
Jika hati kotor, syaitanlah yang mengisinya yakni jahat sangka, keraguan dan lain-lain lagi.
Apa itu kasyaf? Kasyaf ertinya ‘singkap’ yakni tabir-tabir jadi penghalang atau yang jadi hijab pada mata batin untuk melihat alam ghaib atau rohaniah itu, Allah singkapkan. Allah buka dan perlihatkan. Tabir-tabir penghalang itu adalah sifat-sifat mazmumah. Apabila tabir-tabir mazmumah itu sudah terangkat, maka hatinya jadi celik dan terang-benderang, putih bersih. Sehingga mata mampu melihat makhluk-makhluk Allah yang pelik-pellik di alam yang bukan alam benda atau material itu seperti melihat alam jin, malakut dan alam barzakh. Juga dapat melihat sifat batin manusia yakni seseorang itu berperangai seperti kuda, maka rupa orang itu seperti kuda. Kalau berperangai anjing, orang itu berupa anjing. Allah perlihatkan hakikat orang itu.
  • Rabeah Binti Mohd Ali LIHATLAH LADANG KARYAMU SAUJANA MATA MEMANDANG!

    Aku suka berladang

    ladangku luas
    seluas saujana mata memandang

    Aku puas dengan hasil usahaku
    aku tak gunakan jentera apa-apa
    untuk mengusahakan ladang
    aku hanya berbekalkan
    semangat
    cita-cita
    dan harapan

    Untuk menjayakan ladangku yang luas inilah
    kugunakan cangkul
    cangkul yang matanya hari-hari kuasah
    bagi tajam agar senang aku menyangkul

    Nak pikir dari segi logik
    emangnya tak logik
    tak masuk akal
    bagi orang yang barakal
    mana bisa hanya berbekalkan cangkul boleh mengusahakan
    sebuah ladang yang terbentang luas
    bersendirian
    kesendiriaan
    berhujan
    berpanas
    dihina
    dijelekkan
    yang ada kejian dan cacian
    hingga kering air mataku

    Berhujan kek
    berpanas kek
    ribut angin topan kek
    apa kek lah
    sampai tak ada kek lagi
    setiap hari aku menyangkul
    cangkul...cangkul...cangkul...
    cangkul tanpa mengenal arti capek
    jemu dan berputus asa

    Semuanya bilang aku ini gila
    ketawakan aku
    segala usahaku tak akan jadi realiti
    menjadi bahan ketawa
    karna anganku yang tak masuk akal

    Lalu ku tanya dunia
    duhai dunia ...adakah kau sudi mendukung usahaku
    satu dunia geleng kepala
    satu dunia tak akan membantumu duhai cangkul
    dunia hanya mampu ketawakan bila cangkulmu tumpul
    dicangkulkan juga sepenuh daya
    pasti tak menjadi usahaku bertanam di ladangku

    Lalu ku tanya bumi
    duhai bumi
    bisakah kamu mendukung perjuanganku
    bisa duhai cangkul
    aku diutuskan oleh Tuhanku
    untuk membantumu
    karena kau berusaha sedaya upaya menggunakan cangkul
    mengusahakan ladang yang luas
    tengok tu ...
    ladang karyamu seluas-luasnya
    dan ladang karyamu sudah pun berhasil
    sudahpun dipetik hasilnya
    oleh jutaan pembaca ladang karyamu ...
    mereka semua suka
    mereka terharu
    syahdu
    merasai hasil tanaman karyamu
    setelah makan hasil tanaman karyamu
    lagi dimakan lagi tak jemu
    sebagaimana kamu berkarya
    lagi berkarya lagi banyak ide
    kamu berbagi pada semua
    tanpa mengira keuntungan duniawi

    Makanya kau jangan bilang kau
    akan tewas atas usahamu menyediakan
    ladang karya nan luas ini
    biarpun pada pandangan mereka
    tiada mendatangkan hasil duniawi untukmu
    anggaplah itu kata-kata orang-orang yang mendengki
    apabila dia mendengki
    dia dengkikan kamu
    karna dia nggak bisa
    berkarya berbakti pada manusia
    sebab Allah tak ijinkan mereka berkarya
    Allah ijinkan kamu berkarya
    karna kamu bukan pentingkan keuntungan duniawi
    yang kamu mahu ladang karya kamu luas dan hasilnya
    adalah untuk anak cuu nusantara

    Percayalah Allah redho hasil usahamu
    janganlah bimbang percayalah yakinlah
    Allah sentiasa bersama orang yang suka berbuat kebaikan

    Cangkul yang kau gunakan
    untuk mengusahakan ladang karyamu itu
    akan menjadi saksi
    di hari kematianmu
    menyangkul bumi
    dari Allah kau datang
    dari Allah kau dikembalikan
    Allah yang hidupkan
    Allah yang mematikan yang hidup

    Cangkulmu pasti akan tersenyum,
    'Sehingga akhir nafasku aku berbakti denganmu duhai manusia
    Sekarang kau kukebumikan
    Selamat tidur dalam pelukan bumi
    Selamat tidur di Taman Syurga
    Selamat tidur Bidadari Syurga
    Selamat menikmati suasana Syurga hingga hari Qiamat
    kau akan dibangunkan agar dapat melihat wajah Tuhan
    yang Menciptakan kamu bersama-sama dengan hamba-hamba
    pilihan-Nya'

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    CETUSAN IDE DARIPADA RUBIANTO TANOTO ,'CANGKUL'
    22 Syaaban 1434H
    1 Julai 2013
    11 hrs · Like · 2
  • Fatin Hamamah Abu Bakar Alam Pren Adni Mpn kalau tiada lagi wali di dunia ini, maka hancurlah sudah dunia ini berganti kiamat. Sbb Allah telah jadikan para wali sbg paku bumi. Yang kamu tak puashati sgt dgn wali2 ni kenapa?
    10 hrs · Like
  • Alam Pren Adni Mpn bila ada wali,kau tunjuk kan dengan saya,saya mau jumpa wali mu...? wali tidak ada dijaman ini..yang ada, ilmu atas kemuliyaan
    10 hrs · Like
  • Alam Pren Adni Mpn kalau ada wali dijaman ini....maka mana buktinya..?
    10 hrs · Like
  • Alam Pren Adni Mpn apakah anda bisa membukti kan nya,ucapan mu atau ucapan ku itu..?
    10 hrs · Like
  • Alam Pren Adni Mpn tidak ada cerita basa basi,yang ada dimana kebenaran itu berada saat ini....semoga allah mebukah hati kita,untuk dijalan hadis dan suna nya,,,,maka dimana kebenaran jiwa mu atau jiwa yang lain...? dimana warisan atau perwaris mu..? tidak ada cerita yang benar,bila jiwa yang ikut ikutan
    10 hrs · Like
  • Alam Pren Adni Mpn apa kata orang,itu katak dia,apa kata orang,itu kata dia,apa katak loncat atau kita dibuat jadi katak yang diloncat.....? ini adalah kebijakan,penu dengan jawaban,dimana jawaban dimana karangan.....dimana kebenaran dan dimana, yang sebanr benar nya....maka jawablah diri kaliyan yang mengada ada,bid a,atau lain lain,,,,apakah kaliyan wali wakil nya wali..? apakah kaliyan itu sadar bicara saat ini...? dimana dan dimana,,,apaka wali itu ada saat ini..? mana foto nya..
    10 hrs · Like
  • Fatin Hamamah Abu Bakar Whatever la Alam Pren Adni Mpn ikutlah apa yh kamu nak percaya
    10 hrs · Like
  • Alam Pren Adni Mpn jangan tidak jelas,harus diperjelas, dimana wali saat ini..?
    9 hrs · Like
  • Alam Pren Adni Mpn jangan bid a saudara
    9 hrs · Like
  • Alam Pren Adni Mpn untuk apa berpura..untuk apa menambah yang tidak ada kebenaran nya
    9 hrs · Like
  • Alam Pren Adni Mpn kalau menambah untuk baik,yh lumayan,tetapi kita takut kan,orang orang jadi tenggelam atas ketidak bijakan..? dimana bukti wali...dimana wali saat ini... Fatin Hamamah Abu Bakar
    9 hrs · Like
  • Alam Pren Adni Mpn jangan dibicarakan yang anda tidak tau,jangan mendengar orang bicara ajah,tetapi buktikan sebenar benarnya........jangan ikut ikutan,,,apa kata orang,wali masi ada...apa kata kadal nabi itu ada...ada saat ini.kadal botung,,
    9 hrs · Like
  • Alam Pren Adni Mpn apakah kaliyan mau bukti nabi kadal botung...? bawasanay dirimu yang bodo,nabi itu masusia..tetapi ro dan jiwa nya yang berbeda, rodan jiwanya,,adalah nur yang di muliyakan allah....zadtullah milik allah
    9 hrs · Like
  • Alam Pren Adni Mpn saya bisa bisa menambah nambah,mau sesat kaliyan dibuat..nabi botung baru nturun..? sesatkaliyan
    9 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn hai semua ,nabi botung uda turun gunung,haha..saya nabi mu,..apakah iman mu tahan mendengar ini..? sesat pret...
    saya mau menguji keimanan mu,,nabi uda turun di bumi ...nama nabi genrasi nabi botung....menguji iman,apakah jiwamu tahan..?
    9 hrs · Like · 1
  • Fatin Hamamah Abu Bakar Ilmu klu dimulut
    Bnyk hujahnya
    Ilmu klu dihati

    Dia takutkan Tuhan...
    Begitulah wali Allah berpesan..
    9 hrs · Like · 1
  • Fatin Hamamah Abu Bakar Lagi pon kau guna bahasa gunung mana ni? Maaf tak paham ok
    9 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn siapa itu wali allah.jangan mengikuti kata kata orang,bawasanya orang beriman,adalah,orang orang yang sadar diri,apakah disana uda sadar,uda kenal,dengan nyata dengan hikmah,apakah itu uda dikenali..dari mata turun kehati..?
    9 hrs · Like · 1
  • Fatin Hamamah Abu Bakar Ye aku dah jumpa wali Allah... alhmdllh ku syukuri nikmat tuhan ini... dapat berjumpa dan memandang orang bertaqwa sungguh bahagia rasa di hati aku
    9 hrs · Like · 1
  • Norazizi Md Nor ALHAMDU... Sesiapa yg melalui perjalanan ini, rasai NIKMAT yg tidak ada tolok bandingnya... sesisi al quran 2 jd sangat2 sedikit. MELAUT luar AKAL n FIKIRAN yg ada d HADAPAN... ANTA RABB
    9 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn kesadaran,,,saya percaya, fatin adalah orang beriman,tetapi saya mahu,memberikan nasehat,semoga patin tidak mau meyalakan jalan nya sendiri......semoga dikaji lagi diri ini,siapa itu orang,dan siapa itu saya..siuapa itu saya,siapa itu allah..maka siapa itu wali.dimana dia,dan siapa itu dia,bawasanya iblis pun bisa meruba hujutnya,,ada yang berserban dan lain lain,basanya jinpun bisa berserban,ada dari sana,ada dari sinia
    9 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn demi allah aku bicara kerenah allah....coba jelaskan diperjelas..coba dijelaskan supaya jelas..maka oto nya..? bila anda tau,jangan sembar sembor saja..maka berpikirlah meyembar yembor nya
    9 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn dalil nya ada.....atau tiada dadlilnya...
    9 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn coba kaliyan bicara kerenah allah,coba buktikan ,coba nyatakan..allah berpirman,semuanya nyata akan kehidupan,tetapi kamu bicara,pirman tidak ada ,jalannya tidak jelas,apakah itu petunjuk dan hidaya..? hanya allah yang tau,niatmu baik,tetapi xQIU ncer
    9 hrs · Like · 1
  • Fatin Hamamah Abu Bakar Ya kamu juga mengaji lagi, kaji lagi dari orang2 soleh dan bertaqwa ya Alam Pren Adni Mpn, ingat jika kamu tidak dapat melihat sesuatu atau merasa sesuatu jangan kamu fikir orang lain juga seperti kamu. Anugerah tuhan kepada hamba2Nya adalah berbeza2. Itulah yang dinamakn rezeki..... sepertilah diri mu, di mata duduk roh mu? Di mana duduk akal mu? Kamu tak dapat melihat roh mu sendiri kan? Itu bererti banyak lagi keajaiban kuasa tuhan yg belum kamu singkap.
    9 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn dimana kata kata hikmat bertawakal,allah meyuru bertawakal...apakah anda punya akal..? apakah buktinyata itu berakal..? apakah tiada nyata itu berakal..?..allah tidaknyata,,,apakah kaliyan berakal..iaman,,bila kau membaca ini,iamn mu berterbangan,apakah kamu merasakan nya..
    9 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn demi allah aku tahu roku,,jangan bicara yang tidak kau ketahuwi,mana batil mana yang hak....
    9 hrs · Like
  • Alam Pren Adni Mpn jangan ikut ikutan apa kata orang,maka anda bisa...?
    9 hrs · Like
  • Fatin Hamamah Abu Bakar Ye aku dah jumpa wali Allah... alhmdllh ku syukuri nikmat tuhan ini... dapat berjumpa dan memandang orang bertaqwa sungguh bahagia rasa di hati aku. Orang bertaqwa itu melihat wajahnya saja sudah cukup membuatkan kamu menginsafi dosa, menjadi takut Allah dan rindu rasul
    9 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn cerita tentang gaib...mujijat dan rejeki......saya uda mengerti itu,jangan kan mujijat setan dadjel pun kutau.....maka itu diperjelas lagi
    9 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn demi allah aku mengerti itu...tapi.....apakah kata kata itu mirip kesesatan,dimana akar dan landasanya..?
    9 hrs · Like · 1
  • Fatin Hamamah Abu Bakar Setan mana ada mukjizat la... mukjizat tu milik para nabi dan rasul je.... kau ni belajar lagi bab iman islam ihsan dgn mendalam
    9 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn saya percaya,hai orang orang beriman,berimanlah,,,berpikrilah,muliyalah,sadarlah dan bersukurlah..maka lihatlah kedua bola mata mu,akan melihat,nyatanya hidup ini
    9 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn saya bangga dengan pengetahuwan alkidah mu,tetapi saya kurang bangga,atas,,,jelas atau tidak,pemahaman yang di ubar,wali allah....apakah kaliyan tau...? apakah kaliyan tidak berdosa....? apakah kaliyan menambah nambah...wali allah adalah rasul nya.....apakah kaliyan mendua kannya..?
    9 hrs · Like
  • Alam Pren Adni Mpn jangan kan kata kata,,,jiwa jiwa yang tiada jelas...
    9 hrs · Like
  • Fatin Hamamah Abu Bakar Alhamdulillah... terima kasih tuhan, kerana mmpertemukan aku dgn waliMu di akhirzaman ini. Dia terlalu baik, mengenalkan aku kepada tuhan dan mengajarkan aku supaya rindu kpd nabi Muhamad s.a.w.... Dia yg mendidik agar kami mahu berjuang jadi hamba Allah dan khalifah yang sejati
    9 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn saya jelas kan saya kenal dadjal,dadjal berdijenis iblis ada berdijenis setan ada berdijenis manusia pun ada,,dan lain lain..dadjal jenis manusia itu,suka nya,,,yang salah salah,,,enta mana benar enta mana sala....dimana yang disebut dadjal yang nyata..dadjal yang nyata itu,orang orang yang tidak jelas kebenaran nya
    9 hrs · Like
  • Alam Pren Adni Mpn apakah itu sedibut akidad ibada dan lainya..?
    9 hrs · Like
  • Alam Pren Adni Mpn dadjal itu berbuat salah atas kata yang salah dan jiwanya..?
    begitulah atas manusia,,tampah dalil tampah sunah,tampah lainya,dimana petukjuk yang jelas.....? yang jelas itu wahai manusia,berakal sehatlah kamu,bawa yang gaib itu bisa merupai manusia,atau bentuk manusia,iblis setan jin dan lainya,senantiasa menggoda mu,untuk menjatukan keneraka dengan cara yang beda berbeda
    9 hrs · Like
  • Fatin Hamamah Abu Bakar Wali Allah yang satu ini sungguh ajaib imannya. Dia mengajak manusia utk menjadi abid di malam hari, dan menjadi pejuang di siang hari. Apa yang nak diperjuangkan? Perjuangkan tuhan sehingga hati manusia dapat kenal penciptanya. Dan perjuangkan kasih sayang sesama manusia sehingga manusia hidup aman damai, sepertilah yang diperjuangkan oleh rasulullah
    9 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn saya mendoakan ucapan yang baik Fatin Hamamah Abu Bakar...saya doakan kamu,yah allah,semoga fatin mendapatkan idaya mu dengan benar,amin
    9 hrs · Like
  • Fatin Hamamah Abu Bakar Bukan idaya wahai Alam Pren Adni Mpn tapi hidayah. Terima kasih atas doa kamu. Saya pun doakn semoga kamu dapat petunjuk iaitu hidayah, dan pimpinan iaitu taufiq dalam beragama
    9 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn insya allah......
    9 hrs · Like
  • Alam Pren Adni Mpn tetapi tidak sebegitu juga fatin.....saya bisa bicara kamu salah,,,saya menghargai mu,bukan arti wali mu,tetapi arti bahasan kata kata mutiara itu,,,,,
    9 hrs · Like
  • Alam Pren Adni Mpn demi allah kita memuliyakan orang memuliyakan kemuliyaan,,,,tetapi,yang tidak jelas,harus diberjelas lagi....tidak ada wali dijaman ini,,,yang ada....bertawakal itu lebi baik,berakal dan bertawakal,jaga akidah selalu ibadah lebi baik,,saya doakan kaliyan berpikir yang sehat,amin
    9 hrs · Like
  • Fatin Hamamah Abu Bakar suka hatilah kalau kamu tuduh aku salah.... Yang pasti kamu tak mengalami apa yang ku lalui... maka kau tak kan dapat merasai apa yang ku rasai...
    9 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn yang tidak ada,diada adakan,,yang tidak jelas di romab rombik kan,,yang tidak benar,di ham him kan...semoga kaliyan berakal dengan keimanan,lihat akal lihat mata dengan beriman..atau,berimanlah dengan mata hati yang benar
    9 hrs · Like
  • Fatin Hamamah Abu Bakar Tidak ada doktor di zaman ini, yang ada bertawakal itu lebih baik. Kalau sakit jangan ke doktor kerana doktor itu tak wujud, kalau mahu sembuh dari penyakit cukup dengan bertawakal. Cukup dgn iman mu, tak perlu makan ubat... Begitu kah?
    9 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn tak baik....yang lebi baik..berobat sambail bertawakal, doktor atau keimanan,,,pancaran doktor ilmu pengetahuwan...maka itu,kembalilah dari,akal yang benar benar sehat,maka sehat kembali dari diri dan niat....
    8 hrs · Like
  • Alam Pren Adni Mpn maka niat dari iman,maka beriman,maka sehat.ata rohani...jasmani nya,doter ujuk nyali atau,ilmu alam masi banyak...mau sehat,tanyalah diri sendiri,bila mau memili....berobat dijalan manapun bisa,tetapi belum tentu bole....maka kembali dari,diri sendiri,mau jalan yang mana
    8 hrs · Like
  • Alam Pren Adni Mpn maka yang benar,dijalan yang bertawakal dengan benar,,,berakal dengan sehat jasmani dan rohani
    8 hrs · Like
  • Alam Pren Adni Mpn saya tidak mau meyalakan mu,yang saya takut kan, dirimu di ombang abingkan atas hayalan yang tidak jelas...sebenarnya diriku berduli atas diri mu,dan begitu juga diri ku ini,yang kau berdulikan,kita saling saling meyelamatkan,kerenah allah kita bicarakan
    8 hrs · Like
  • Fatin Hamamah Abu Bakar Doktor tak wujud lah, yang wujud cuma individu yang memberikan kepada kamu diognosis penyakit dan bahan2 dalam plastik untuk kamu makan.... mana ada doktor? Cuba bagi bukti doktor boleh sembuhkan penyakit? Tak perlu jumpa doktor. Kalau sakit, ambil air putih segelas dan doa kepada Allah supaya sembuh, minum air itu. InsyaAllah akan sembuh.... Allah lah doktor yang sebenar, Dia Maha Penyembuh penyakit.... manusia tak boleh sembuhkan penyakit.... buktikn doktor boleh hilangkan penyakit...
    8 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn saya yakin,bawasanya hatimu muliya kerenah allah,bawasanya ilmu mu belum masuk kelubuk jahir dan batin,atau rohani dan jasmani....
    8 hrs · Like
  • Fatin Hamamah Abu Bakar Ok la Alam Pren Adni Mpn dah pegi sambung main game
    8 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn bertahanlah insah allah kamu akan mendapat....
    8 hrs · Like
  • Alam Pren Adni Mpn tetapi....ucapan mu tiada berat,,hanya ketidak benaran yang melekat
    8 hrs · Like
  • Fatin Hamamah Abu Bakar Ye la ye la... haha... ok aku bertahan ni....
    8 hrs · Like · 1
  • Fatin Hamamah Abu Bakar Kau main game tu jangan sampai ketagih pulak...
    8 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn jangan samakan ilmu gaib,bawasanya kegaiban setan jin atau lain lain,bisa meyembukan penyakit,,bila allah masi berkehendak sama jin setan dan iblis.....maka itu,,doa doa yang benar,,dan doa doa yang suci,insya llah dikabulkan,sembuh dari penyakit apapun....emanglah diriku berpenyakitan,tetapi...jiwaku tiada saki8t sama sekali..diatas iman
    8 hrs · Like
  • Alam Pren Adni Mpn memanglah diriku tidak beriman,,tetapijiwaku ,,,,mengenal asmahnya
    8 hrs · Like
  • Alam Pren Adni Mpn keperibadian diri....diri di dalam diri
    8 hrs · Like
  • Fatin Hamamah Abu Bakar Hebat la kau jiwa tiada penyakit langsung ye... haibat... ok la aku kagum ni
    8 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn kalau kamu anak gadis,aku pernasaran,,,kerenah aku masi lajangan,hehe
    8 hrs · Like
  • Abdullah Ibnu Mariam salam saya sahaja suka untuk ilmu inni, xsempat teliti, tp like untuk satu hari nt.. saya fakir..
    8 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn semoga allah memuliyakan orang orang yang muliya aini,amin..semoga diterangi jalan jalan nya,amin,,semoga gunakan akal amin yang sesehat hati nurani
    8 hrs · Like
  • Fatin Hamamah Abu Bakar Alam Pren Adni Mpn cuba kau perhati betul2 ayat2 yang kau tulis... kau kata diri kau tidak beriman? Tak kan kau kafir? Nauzubillah...
    8 hrs · Like · 1
  • Fatin Hamamah Abu Bakar Kau kena selami lagi ilmu IMAN ISLAM dan IHSAN. kau kena buka balik kitab fardhu ain asas
    8 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn iman itu ada di dalam,,,kalau takberiman ada diluar..lihat jahir dan batin...lihat niat dan ucapan........di niatku ada iman,,,tetapi taksemua iman ku mampuh.tak semua kemampuan bisa mampu..itulah maksut nya....ke imanan ku ada di dalam hati,tetapi di dalam naafsu ku ada wanita yang soleha.amin
    8 hrs · Like
  • Alam Pren Adni Mpn itulah ketidak berimanan ku,terlalu sayng kepada yang indah itu,penghuni surgah amin
    8 hrs · Like
  • Alam Pren Adni Mpn bagai mana aku beriman,,,,,,atas naafsu..bawa sesunggunya naafsu itu ada dalam diri ku...bawasanya aku beriman atas kejujuran kepada allah seorang,,dan lain lainya...iman ku hanyalah allah yang tau...naagsuku hanya aku yang paham
    8 hrs · Like
  • Fatin Hamamah Abu Bakar Apa kau cakap ni labu... haishhh macam2 la kau ni... kau dah makan ubat belum... huhu
    8 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn maksudnya, iman ku hanya allah///..tetapi sebalik aku beriman,aku bernaafsu ...sebalik ku bernaafsu sebalik itulah kata kat ku,aku tidak beriman...sebali itu kerenah jiwa akal sehat...kerenah akal sehat,,jiwaku dekat....bila yang bersukur,maka bersukur...bila mau lebi sukur...bernaafsu yang benar,untuk mencintai orang orang saleha
    8 hrs · Like
  • Alam Pren Adni Mpn itu bagi laki lagi,yang mau untung selalu..yang mau cari untung itu,adalah naafsu....maka bernaafsu..mana itulah ada kata tiada beriman...maka itulah iman ada,kerenah niat dan jiwa keperibadian kerenah,yang dimuliyakan
    8 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn bukan ku menggoda,aku menghargai wanita soleha....kerenah itulah aku tiada beriman kurang iman dan lainya,kerenah kemuliyaan...kerena kebaikan,atau akal sehat,kurang iman...atau kurang lain lain......bila kekayaan itu iman,bila cinta itu iman,atau semuanya sehat,artinya....semua itu adalah ramat
    8 hrs · Like · 1
  • Fatin Hamamah Abu Bakar Sorry lah, ayat kau tunggang langgang, kau betulkan bahasa kau dulu ya. Aku tak paham.... nanti kau susun dulu ayat mu supaya mudah di paham. Supaya tak celaru, keliru. Babai

    Ilmu kalau dimulut

    Banyak hujahnya
    Ilmu kalau dihati
    Dia akan takutkan Tuhan...

    Begitulah wali Allah berpesan pada aku..
    8 hrs · Edited · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn saya bukan nakdebat tapi mau meyelamat kan....hehe
    8 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn insya allah kau indah,amin....semoga fatin diberikan hidaya semuliyanya amin
    8 hrs · Like · 1
  • Fatin Hamamah Abu Bakar Kau memang tak boleh debat pun. Sebab bahasa kau ke laut. Nak jadi penyelamat, mula2 kau selamatkan diri kau dulu ok... huhu
    8 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn bila anda wali...bila saya wali,bila yang lainya wali....maka berpikirlah...berakalllah,,muliya rohani adalah rahasia...rahasia mujijat atau petunjuk jalan........bila wali berpesan kepadanya,,apakah wali mu jenis manusia atau jin atau setan atau saya..?mungkin ajah anda berwali kepada manusia..mungkin walimu adalah saya..hehe..bila kamu anak lajang,saya bisa mewalikan mu mau nikah,,bila kamu adalah wanita gadis,,bila orang tuamu tidak ada,saya bisa mewalikan mu untuk nikah,dan begitu juga,saya bisa mewalikannya dengan mendampingi,jodo jodo nya
    8 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn bila kau wamu diwalikan,saya bisa,,bila itu maunya...
    8 hrs · Like
  • Fatin Hamamah Abu Bakar Aku rasa kau kena kahwin cepat lah... boleh kau kau kongsi ilmu dgn bini nanti. Tapi kau kena cari yang sama 'peel' macam kau lah tau. Tapi kalau kau nak kahwin kau jangan cari dalam fb, nanti dapat yang kaki main game fb jugak... tak berasap lah dapor kau nanti.
    8 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn itu artinya wali juga fatin,,fatin ini kurang paten,hehe
    8 hrs · Like · 1
  • Fatin Hamamah Abu Bakar Lagi 1, kenapa kau suka 'like' komen kau sendiri? Lawak lelucon lah kau ni...
    8 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn uda saya doaakn patin,yah allah berikan jalan lurusmu,untuk patin ini,dan hambah,amin dan lainya,,amin..semoga kita mendapatkan hidaya tullah,,amin
    8 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn like sendiri,artinya saya,saya adalah saya,,karakter berbeda beda,,,semua punya pilihan,ada impian,tetapi,membawa pandangan,buruk baik di sele selekan..semoga itu ada kebaikan untuk semua orang,amin
    8 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn buruk baik,kembali kepada diri ,sendiri
    8 hrs · Like
  • Fatin Hamamah Abu Bakar Huhuhu... best jugak alasan kau tu... ok lah kalau kau suka 'like'
    8 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn tapi pesan saya,semoga fatin berpikir lagi,interopeksi diri..kajilah semua itu,,,,kegaiban atau wali cinta,atau wali ben dan lain lain....
    wali itu tidak bisa di bohongin,bila kita mengenal wali allah...tidaklah seperti ini manusia nya...bila dia menge
    nal wali allah,maka bersukurlah,kita memiliki manusia yang benar benar....atau lainya.....wali allah....janganlah kita mengada ada....wali allah.bawasanya wali allah,itu muhammad darasul lullah..muhamad utusan allah...itulah wali allah....
    8 hrs · Like
  • Alam Pren Adni Mpn itulah nabi...muliya
    8 hrs · Like
  • Fatin Hamamah Abu Bakar Eh da la tu, kau ni macam wahabi pulak, ke kau isim... kalau wahabi aku sepak kang... haha... jgn marah...
    8 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn yang lainya hanyalah kiyasan atau,....lain lain.....?
    ustad....kiyad,orang seban,orang hijab orang aring...yang mana wali anda..? walitullah.wali allah.....yng wali allah itu muhamad atau guru nsekola..? mintah ampun kepada allah,demi mencari kemuliyaan mu,ampunilah kesalahan kami semua,semoga hati manusia terbukah,untuk meyadari mua,min
    8 hrs · Like
  • Alam Pren Adni Mpn saya tidak mau,mau wahabi wahabu bakar api mau abu bakar mau apapun mau fatin mau paten,saya tak abil wakil,,tetapi ambil lah...saya takmara dk fatehinj,hehe
    8 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn mengapa manusia itu mau membodokan diri nya sendiri,,masa wali nika dibilang wali allah..? astafir lullah....dosa manusia semakin berat ...kerenah kebodohan diri kita sendiri
    8 hrs · Like · 1
  • Fatin Hamamah Abu Bakar Kalau tak marah, meh sini aku nak sepak lagi 3 kali...
    8 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn astafir lullah..saya percaya,bawasanya hati mu baik...bersabarlah..saya yakin,kau wanita baik..tapi ...mengkajilah lagi ,dijelaskan kepada diri sendiri,mana wali yang benar,,dimana wali allah yang benarnya, al qur an dan hadis,,dan suna nya
    8 hrs · Like · 1
  • Azmal Sabri Jikalau anda nak tau..
    Komen komen anda bila dibaca orang yang masuk kesini ( yang tak faham islam ) 
    Mereka cakap orang melayu bila belajar ilmu fizik tahap tinggi suka meracau racau..
    8 hrs · Like · 2
  • Fatin Hamamah Abu Bakar Huhu... macam2 la kau ni Alam pren adni ... haha... dah la oii... kang aku sepak lagi 8 kali kang.... kekeke.... aku baca ayat2 kau kat atas ni semua buat aku gelak je tau.... macam pujangga kau ni... huhu
    8 hrs · Edited · Like · 1
  • Fatin Hamamah Abu Bakar Assalam tuan Azmal Sabri salam sepertiga malam... huhu
    8 hrs · Like · 2
  • Alam Pren Adni Mpn hehe,, tapi beriman,kok mau main sepak 3 kali,uda tigakali,mau ditambah lapan kali,apakah itu tidak tendangan 11 wali aau sebelas kali dan sebelas jari            haha
    8 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn uda beriman dengan benar alsuna dan hadis nya @ al qur an itu lebi benar
    8 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn wali nika wali apapun wali benpun belajar sama al gur an ilmu ilmu,guru wali pun,belajar sama al qur an...masa kita mau terlena sama nyamuknya ....hehe
    8 hrs · Like · 1
  • Azmal Sabri Wali band sekarang lagunya apa hot ya?
    8 hrs · Like · 2
  • Alam Pren Adni Mpn saya berikan semangat untuk Fatin Hamamah Abu Bakar semoga allah membukakan jalan terang untuk mu,dan untuk semua,amin,,,semoga dibukah jalan kita untuk lebi baik,,amin,,,
    8 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn jahukan kekerasan dalam hati ,jahukan sipat gengsi,jahukan jiwa yang hiri dan dengkih,,maka uda dijahukan,maka itulah,kilawan iman bersanding pada diri dan hati nurani mu...rasakan nikmat nya,berakal dan bertawakal yang benar benar baik, itulah al gur an dan hadis nya .....semoga semua mendapatkan kemuliyaannya,amin
    8 hrs · Like
  • Fatin Hamamah Abu Bakar Sepak dengan tangan wahai wahai Alam Pren Adni Mpn bukan sepak dengan kaki.... supaya segar sikit... hoho... kau ni bagus la suka berdoa. Jangan lupa kau mesti doakn diri kau juga ya. Jangan cuma doakan orang lain saja..
    7 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn itu uda pasti.......saya berduli kepada mu,apakah engkau tida berduli sesama mu..?......
    7 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn saya percaya....niat yang baik,akan sejajar dengan semua pasti baik..kaliyan adalah makluk yang baik..maka itu mari kita belajar lagi,untuk menjadi manusia yang baik..semoga kaliyan mendapatkan idaya tullah..amin
    7 hrs · Like · 1
  • Alam Pren Adni Mpn di perbanyak istifar saudara ku semuanya,itu lebi indah,untuk jiwa dan jiwa semuanya
    7 hrs · Like
  • Fatin Hamamah Abu Bakar Ya mari kita selawat kepada rasulullah s.a.w, jom selawat untuk mencahayakan hati. Allah juga berselawat kepada nabi Muhammad. Kita selawat 1 kali, nabi akan balas 10 kali.... baiknya nabi kita....
    7 hrs · Like
  • Abdul Rauf Anuar Follow @PASUMNOSUNNI @ Twitter untuk ilmu-ilmu agama di laman Twitter !
    7 hrs · Like
  • HErlangga Boer berkesan sangat Alam Pren Adni Mpn, mungkin orang di Tanah semenanjung sulit dengan gaya bahasamu..
    7 hrs · Like
  • Rabeah Binti Mohd Ali WALI ALLAH RAHSIA ALLAH.
    Wali itu wujud di dunia ini
    siapa pun tidak tahu 

    jika diri sendiri mengaku wali Allah
    atau orang lain mengatakan dia wali Allah
    sebenarnya sudah tertipu dengan diri sendiri
    jika hendak tahu diri sendiri wali atau tidak
    tunggulah selepas mati
    baru tahu jawapannya
    jika tahu jawapannya
    tidak akan dapat diketahui oleh orang yang hidup
    sebab itu rahsia Allah....
    di sini kita bincangkan yang bersangkutan ilmu laduni
    bukan mengenai wali Allah
    yang saya kesalkan 
    laman yang indah ini
    sudah bertukar menjadi 
    bahan lawak kata mengata
    yang tiada penghujungnya
    akhir sekali 
    akan timbul berpecahan sesama ahli
    lantaran sakit hati bila kata mengata
    majlis ilmu sudah bertukar
    menjadi perbalahan
    yang amat menjengkelkan
    dalam perbahasan yang saling hendak 
    menang bila bicara
    kita di sini nobatkan dia sebagai juara
    perdebatan ...
    siapa yang menang perdebatan 
    diucapkan tahniah
    kerana bijak membahaskan 
    topik Ilmu Laduni
    untuk tiket ke Syurga 
    tak kira siapa
    semuanya boleh masuk Syurga
    andai seluruh manusia 
    dari zaman Nabi Adam as sehingga ummat nabi Muhammad saw
    dimasukkan ke Syurga 
    masih ada ruang lagi
    maha luas-Nya Syurga 
    Masya-Allah,
    cumanya untuk menjadi penghuni Syurga
    syaratnya mesti menjadi kekasih Allah...
    dengan sifat kita yang mazmumah (jahat)
    pasti tak layak menjadi kekasih Allah,
    tapi selagi ada peluang hidup
    kita berusaha untuk menjadi kekasih Allah,
    tanpa orang tahu bagaimana usaha kita
    amalan kita hanya disaksikan oleh Allah kerana
    banyak macam mana pahala kita 
    Allah sahaja yang dapat menilainya
    orang lain tak akan tahu walaupun yang empunya diri
    jadi kita bukan wali 
    wali rahsia Allah,
    cuma kita berusaha mahu menjadi Kekasih Allah...
    sebab itu juga Allah tidak mengira bermulanya kamu
    Allah mengira berakhirnya kamu
    moga kita hidup dan mati dalam khusnul khotimah 
    dapat mengucap dua kalimah syahadah
    itu sudah berharga dari alam dan seisinya
    Insya-Allah AAmiin.
    dengan harapan penuh harap
    kita dapat berkumpul bersama-sama
    dapat memandang Wajah Allah Azzawajallah
    berdekatan dengan Rasulullah,
    Insya Allah. AAmiin.
    .....................................................................................
    aku hamba Allah seperti kamu juga 
    yang bercita-cita menjadi kekasih Allah,
    Syurga ditempatkan hanya untuk kekasih Allah sahaja.
    15 Rejab 1436H
    4 Mei 2015
    6 hrs · Like
  • Abdul Rauf Anuar Terima kasih saudara Azmal Sabri atas penerangan yang cukup panjang dan padat dengan informasi. Jazakallahu Khairan Kasiraa..
    6 hrs · Like
PETIKAN GRUP MELAYU BANI JAWI & GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
15 REJAB 1436H
4 MEI 2015

0 comments:

Post a Comment

 
;