Thursday, 7 May 2015

SASTRA ANUGERAH ILAHI (114) APABILA MERASA RIYAK AKAN ILMU



SASTRA ANUGERAH ILAHI (114) APABILA MERASA RIYAK AKAN ILMU

News Feed

RECENT ACTIVITY
Baru balik dari Turki dan berdebat dengan seorang warga sana tentang kenapa mereka agungkan Mustafa Kamal Ataturk yang menurut pandangan kita telah menukar Turki dari negara Islam ke negara sekular. Ini jawapan dia (terjemahan bahasa Melayu):
1. Tanpa Ataturk, adakah anda rasa Negara Turki akan kekal wujud ketika kuasa Kristian Eropah sangat kuat hingga menakluk sebahagian empayar Turki Usmaniah?
2. Ketika semua wilayah Usmaniah yang ditakluk barat sudah tidak lagi Islam, adakah anda fikir andai Turki juga dapat mereka takluk, Islam akan kekal sebagai agama anutan kami? Meski Ataturk perintahkan kami cara Islam sekular, kami tidak buang Islam.
3. Jika anda kritik Turki dan Ataturk kerana sekular, bolehkan anda sebut pada zaman ini, dimana negara yg masih kekal amalkan pemerintahan Islam? Adakah Malaysia?
4. Jika anda kritik kenapa Alquran di Turki diterjemahkan ke dalam Bahasa Turki, bukankah Alquran sekarang juga diterjemahkan ke banyak bahasa lain? Bukankah itu lebih mudah untuk umatnya?
5. Azan juga kami terjemahkan ke Bahasa Turki, tapi sekarang pernahkah anda dengar kami laungkan azan versi kami itu? (Azan di Turki sekarang kembaki ke bahasa Arab)
6. Saya ingin beritahu anda, Ataturk tidak seburuk yang anda fikir, banyak juga kebaikan yg dia bawa kepada Turki terutama dalam menyelamatkan kami dari hilang negara. Anda dan Umat Islam lain, sebenarnya sudah termakan banyak fitnah Arab.
Apa pandangan kawan2 semua? Sekadar berkongsi
  • 8 people like this.
  • Ariff D Ottoman betul sikit la kot
    1 hr · Like
  • Legasi Mahathir Kritikan terhadap Ataturk sebenarnya berpaksikan kepada kebencian, bukannya kerelevenan. Kebencian ini terhasil akibat ketaksuban kepada Uthmaniyah yang bagi sesetengah individu sebagai tombak kepada Islam hanya kerana ia berstatuskan khilafah. Hakikat sebenarnya, Turki tidak disekularkan Mustafa Kemal Ataturk. Sekularisasi bermula sekitar 1839. Ya, sewaktu zaman Khilafah.

    Mustafa Kemal Ataturk buat banyak perkara yang boleh dikagumi. Antaranya ialah pindah ibu negara dari Istanbul ke Ankara.
  • Alam Pren Adni Mpn adu dombah,,jangan mau di adu dombah,sama jenis apapaun,,,jagalah kebaikan semua umad,ramat sebagian alam
  • Maliki Sulong alasan semata mata..negara lain dijajah n dirobek ttp agama ttp dipertahan..
    1 min · Like
PETIKAN WALL GRUP MELAYU BANI JAWI, GRUP KEBANGKITAN BANI JAWI (NUSANTARA) & PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
18 REJAB 1436H
7 MEI 2015

PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
18 REJAB 1436H
7 MEI 201

0 comments:

Post a Comment

 
;