SASTRA ANUGERAH ILAHI (110) "MAKA TINGGALKANLAH DUNIAMU DAN BELAYARLAH MENUJU TUHANMU. JANGANLAH SEKALI-KALI ENGKAU MELABUHKAN SAUH KETIDAKPASTIAN ITU BIARLAH APA KATA MEREKA PADA DIRIMU. BERHIJRAHLAH, BELAYARLAH MENUJU TUHANMU KERANA KAULAH MELAYU" PESANAN TOKKU PALOH
PEWARIS RATU KATHURA BANI JAWI NUSANTARA
Pahlawan melayu kusanjungi kepahlawananmu maka kukarangkan syair, pantun, puisi dan gurindam untukmu agar kau terus bersemangat bak Laksamana Hang Tuah & Hang Jebat!
TEATER BANGSAWAN DIRAJA,' PEWARIS RATU KATHURA BANI JAWI NUSANTARA' Karya Ratu Rimba
Niagara (Bhg 1)
FROM NOTIFICATIONS
PESANAN TOKKU PALOH
"MAKA TINGGALKANLAH DUNIAMU DAN BELAYARLAH MENUJU TUHANMU. JANGANLAH SEKALI-KALI ENGKAU MELABUHKAN SAUH KETIDAKPASTIAN ITU BIARLAH APA KATA MEREKA PADA DIRIMU. BERHIJRAHLAH, BELAYARLAH MENUJU TUHANMU KERANA KAULAH MELAYU"
FROM NOTIFICATIONS
PESANAN TOKKU PALOH
"MAKA TINGGALKANLAH DUNIAMU DAN BELAYARLAH MENUJU TUHANMU. JANGANLAH SEKALI-KALI ENGKAU MELABUHKAN SAUH KETIDAKPASTIAN ITU BIARLAH APA KATA MEREKA PADA DIRIMU. BERHIJRAHLAH, BELAYARLAH MENUJU TUHANMU KERANA KAULAH MELAYU"
News Feed
RECENT ACTIVITY
Cakarawala Sumber Inspirasi Saya Berkarya
Saya suka kepada bulan kerana
bulan suka senyum kepada saya
Saya suka bintang kerana
bintang tak jemu bersinar
Saya suka matahari kerana
tanpa matahari hidup saya
gelap gelita.
Saya suka pelangi kerana
pelangi menceriakan hidup saya
Saya suka semua yang ada di cakarawala
kerana semuanya telah memberi inspirasi
kepada saya untuk menghargai Pencipta saya!
Saya Bahagia
hidup saya indah…
seindah bulan di langit
Hidup saya terang
seterang bintang bergemerlapan.
Hidup saya ceria…
seceria pelangi yang berwarna-warni.
Hidup saya bahagia...
sebahagia matahari yang memancarkan
sinar untuk seluruh penghuni bumi.
Hidup saya setia...
sesetia pengedaran bumi berputar
mengikut paksinya.
Hidup saya aman...
seaman planet di galaksinya yang
berputar mengelilingi matahari mengikut
orbit masing-masing
Kalau planet tidak mengikut orbit masing-masing
sudah pasti berlakulah pelanggaran planet-planet
di cakarawala, akan musnahlah segalanya.
justeru saya tidak mahu begitu!
yang saya mahu penghuni bumi ini bahagia!
dan sentiasa bersyukur kepada
Tuhan saya Pencipta Semesta Alam!
Saya redha Allah Tuhan saya
Saya redha Islam agama saya
Saya redha Muhammad nabi saya
Saya percaya segala yang ada di langit dan di bumi
Allah Maha Pecipta Yang Maha Bijaksana
Saya percaya 100% tanpa meragui-Nya
Allah Maha Tahu Setiap Apa Yang Diciptakan
walaupun dengan sehelai daun yang gugur
tidak terlepas daripada pengetahuan-Nya
Setiap rezeki makhluk ciptaan-Nya
dalam ketentuan-Nya
waima seekor semut yang hidup di dalam batu!
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
MAHA HEBAT-NYA ALLAH TIADA TANDINGAN-NYA!
Karya Ratu Rimba Niagara
18 Rejab 1436H
7 Mei 2015
KUMILIK-MU TUHAN
Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah aku mulakan berkarya
Ya Allah kurniakan aku ilham
yang membuatkan jiwaku tenang
setenang air di kali Syurga
menjadi ladang amalku
sedekah jariahku
saham akhiratku
semua-Nya ada nilaian di sisi-Mu
berkarya kerana-Mu
bukan mahukan pandangan manusia
tapi hanyalah pandangan-Mu
jika aku berkarya mahukan dipandang manusia
aku sombong dan bongkak
jika pandangan-Mu
membuatkan aku teruja
menulis terus menullis tentang
Kebesaran-Mu
Keagungan-Mu
Keesaan-Mu
segala urusan dunia akhir-Nya berpulang kepada-Mu jua
aku mahu pulang dalam bekalan amal yang Kau redhai
pulang bertemu-Mu dalam fitrah-Mu
seperti aku baru dilahirkan ke dunia
jika itu yang Kau Perkenankan
tenang jiwa dan rohku
pasti indah pertemuan Kau dan aku di kala itu
AAmiin AAmiin AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin
"TIADA DAYA UPAYAKU MELAINKAN DENGAN IZIN-MU JUA
PADA-MU KUSANDARKAN SEGALA URUSAN DUNIA AKHIRATKU
KERANA SEGALA-NYA MILIK-MU"
......................................................
kuMilik-Mu TUHAN
19 Syawal 1435H
15 Ogos 2014
PESANAN TOKKU PALOH
"MAKA TINGGALKANLAH DUNIAMU DAN BELAYARLAH MENUJU TUHANMU. JANGANLAH SEKALI-KALI ENGKAU MELABUHKAN SAUH KETIDAKPASTIAN ITU BIARLAH APA KATA MEREKA PADA DIRIMU. BERHIJRAHLAH, BELAYARLAH MENUJU TUHANMU KERANA KAULAH MELAYU"
DI SELURUH NUSANTARA AKAN KURENJISKAN TINTA BERDARAH!
JANGAN BERPAYUNG DI BAWAH MENTARI,
JIKA TAK BERANI MEMIJAK BARA DI BUMI;
HANG TUAH RELA KORBANKAN DIRI SENDIRI,
DEMI SYAHIDNYA KE JALAN ILAHI.
BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL,
ITU PRINSIP HANG JEBAT HANG TUAH;
HANG TUAH HANG JEBAT RELA BERDEPAN AJAL,
ASALKAN BUMI PERTIWI TIDAK DIJAJAH MUSUH.
AYUH PAHLAWAN MELAYU BERSIAP SIAGA,
MENENTANG MUSUH DURJANA;
DI MANA-MANA MUSUH SENTIASA ADA,
MENUNGGU MASA MERAMPAS KUASA.
JANGAN LEKA JANGAN LALAI,
DUHAI SEMUA PAHLAWAN NEGARA;
KERANA MUSUH TAK PERNAH LALAI,
SENTIASA MENCARI PELUANG MEMERINTAH NEGARA.
NEGARA INI KITA YANG PUNYA,
MOYANG KITA TINGGALKAN UNTUK KITA;
TAK SEMUDAH ITU MEREKA NAK AMBILNYA,
LANGKAH MAYATKU DULU SEBELUM NIATMU BERMULA.
BIARPUN BUMI NUSANTARA INI BERMANDIKAN DARAH,
AKAN KUTUNTUT BIARPUN SEINCI TANAH MOYANGKU;
DI SELURUH BENUA INI AKAN KURENCISKAN TINTA BERDARAH,
AGAR MEREKA TAHU BETAPA AKU CINTA AKAN NUSANTARAKU.
SUDAH LAMA AKU HIDUP DI DUNIA INI,
TIADA APA SEMAI BAKTIKU PADA NUSANTARA TERCINTA;
AKAN KUPERAH KERAHKAN OTAKKU INI;
MENIUPKAN BARA PERJUANGAN SEMUA WIRA TERCINTA.
PERJUANGAN INI TIDAK AKAN PERNAH PADAM DI HATIKU,
BIARPUN SELURUH PENDEKAR TIDAK MENDENGAR PUISIKU;
BERJUANGLAH DIKAU DENGAN KEPERKASAANMU,
SIAPALAH AKU HENDAK DIBANDINGKAN KEPAHLAWANANMU ITU.
CUMA HARAPAN KU SATU,
JANGAN KAU LUPA PESANAN HANG TUAH;
MELAYU ITU CUMA SATU;
MAKANYA TAK AKAN HILANG MELAYU DI BUMI BERTUAH.
MARILAH KITA BERSATU DEMI KEPENTINGAN MELAYU,
MARILAH KITA BERSATU HATI DEMI TUNTUTAN ISLAM;
BERKONGSI KUASALAH DEMI ANAK CUCU MELAYU,
KERANA BEGITU INDAH-NYA KESUCIAN ISLAM.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
15 Rejab 1436H
4 Mei 2015
(PUISI DIILHAMKAN KEPADA SEMUA PEJUANG MELAYU NUSANTARA TERCINTA MOGA KEKALLAH MERDEKA SEHINGGA DUNIA BELUM KIAMAT AAMIIN)
BUNGA MERAH DAN BULAN MENGAMBANG MERAH
Mujahidku
sehingga hujung nyawa kau berjuang
lihatlah mentari di perdu senja bercahaya indah
masih menyinari walaupun sedang
kegeringan bersama nazakmu rebah ke bumi
bersyukurlah gugurmu sebagai mujahid
di sambut bulan merah nan indah bersyukur
tanda roh-roh mujahid
sedang meraikan kedatanganmu...
Allahu Akbar indahnya di kala itu
seisi alam tersenyum indah meraikan pemergianmu
seceria bunga merah dan bulan mengambang merah
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Karya Ratu Rimba Niagara.
14 Rejab 1436H
3 Mei 2015
HANG JEBAT MOYANGKU
Adakah benar aku ini cucu cicit Hang Jebat? Entah mengapa bila sempena mengingati pemergiaan Hang Jebat pada 13 Rejab 1436H aku mengaku aku adalah cucu cicit moyangku Hang Jebat.
sehingga ada yang bertanya benar ke aku cucu cicit Hang Jebat pendekar melayu yang dikatakan derhaka kepada raja melayu.
Mengikut sejarah moyangku adalah hulubalang Raja Bugis,
Itu saja yang aku tahu.
Walaupun aku ini tidaklah sehebat pendekar persilatan tapi ketika aku mengarang seolah aku bagaikan seorang pendekar yang gagah perkasa segagah moyangku Hang Jebat, Hulubalang Raja Bugis , Hang Tuah dan pahlawan-pahlawan yang lain.
Karya-karya yang bertemakan kepahlawanan dikarang dengan terlalu banyak bukan pahlawan melayu saja malah seluruh pahlawan nusantara sejujurnya aku tidak tahu langsung mengenai kehidupan seorang pahlawan apa lagi ilmu kepahlawanan.
Aku amat percaya ilham mengarang tentang kepahlawan nusantara Allah ilhamkan jika tidak manakan bisa aku mengarang dengan mudah lancar , bukan saja aku suka malah aku bersyukur Allah kurniakan aku ilham pelbagai tema , hendak saja tema apa Allah akan hadirkan. Allahu Akbar Maha Pemurah-Nya Allah tidak pernah menghampakan aku bilamana aku mengarang.
Tanda aku brsyukur kepada Allah ilham yang aku perolehi kukongsikan kepada rakan-rakan grup dan rakan alammaya moga memberi manfaat dunia akhirat buat diriku dan yang membacanya AAmiin.
Sempena mengingati pemergian moyangku Hang Tuah kusiarkan puisi bertemakan kepahlawanan melayu.
Andai hasil karya ku ini ada pahala, pahalanya kukirimkan kepada moyang ku tersayang dan didoakan moyangku ditempatkan Allah dalam roh-roh para syuhada. AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Semua yang bergelar pendekar dan pahlawan adalah rakan seperjuanganku kerana kita ditakdirkan seorang pejuang membela Agama , bangsa dan negara.
'BANGUNLAH SATU DUNIA DI MANA SEMUA BANGSA HIDUP DALAM DAMAI DAN PERSAUDARAAN'
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS,
RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
16 REJAB 1436H
5 MEI 2015
Adakah benar aku ini cucu cicit Hang Jebat? Entah mengapa bila sempena mengingati pemergiaan Hang Jebat pada 13 Rejab 1436H aku mengaku aku adalah cucu cicit moyangku Hang Jebat.
sehingga ada yang bertanya benar ke aku cucu cicit Hang Jebat pendekar melayu yang dikatakan derhaka kepada raja melayu.
Mengikut sejarah moyangku adalah hulubalang Raja Bugis,
Itu saja yang aku tahu.
Walaupun aku ini tidaklah sehebat pendekar persilatan tapi ketika aku mengarang seolah aku bagaikan seorang pendekar yang gagah perkasa segagah moyangku Hang Jebat, Hulubalang Raja Bugis , Hang Tuah dan pahlawan-pahlawan yang lain.
Karya-karya yang bertemakan kepahlawanan dikarang dengan terlalu banyak bukan pahlawan melayu saja malah seluruh pahlawan nusantara sejujurnya aku tidak tahu langsung mengenai kehidupan seorang pahlawan apa lagi ilmu kepahlawanan.
Aku amat percaya ilham mengarang tentang kepahlawan nusantara Allah ilhamkan jika tidak manakan bisa aku mengarang dengan mudah lancar , bukan saja aku suka malah aku bersyukur Allah kurniakan aku ilham pelbagai tema , hendak saja tema apa Allah akan hadirkan. Allahu Akbar Maha Pemurah-Nya Allah tidak pernah menghampakan aku bilamana aku mengarang.
Tanda aku brsyukur kepada Allah ilham yang aku perolehi kukongsikan kepada rakan-rakan grup dan rakan alammaya moga memberi manfaat dunia akhirat buat diriku dan yang membacanya AAmiin.
Sempena mengingati pemergian moyangku Hang Tuah kusiarkan puisi bertemakan kepahlawanan melayu.
Andai hasil karya ku ini ada pahala, pahalanya kukirimkan kepada moyang ku tersayang dan didoakan moyangku ditempatkan Allah dalam roh-roh para syuhada. AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Semua yang bergelar pendekar dan pahlawan adalah rakan seperjuanganku kerana kita ditakdirkan seorang pejuang membela Agama , bangsa dan negara.
'BANGUNLAH SATU DUNIA DI MANA SEMUA BANGSA HIDUP DALAM DAMAI DAN PERSAUDARAAN'
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS,
RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
16 REJAB 1436H
5 MEI 2015
Ratu Rimba Niagara shared Izza SlowRock's photo.
Moga Allah tempatkan roh moyang ku Hang Jebat bersama para syuhada AAmiin
Dewata Majnun Dari keturunan Hang Jebat ke?
Ratu Rimba Niagara Grup Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara) bukankah semuanya berasal dari keluarga pahlawan. iya tak?
Ratu Rimba Niagara Jika bukan dari keluarga pahlawan mana bisa mungkin menjadi ahli grup Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara).
Dewata Majnun Iya! Kita smua adalah saudara!
Ratu Rimba Niagara Nama grup pun sudah cukup menjelaskan apakah misi dan visi ditubuhkan grup Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara).
Ratu Rimba Niagara Moga grup Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara) akan benar bangkit di dunia realiti setelah meniupkan api perjuangan di dunia maya. Aamiin.
Dewata Majnun Amiin
Ratu Rimba Niagara Inilah hikmah di sebaliknya kenapa Allah temukan di di grup yang mulia ini. Allah merancangkan sesuatu bukanlah untuk dipersiakan . amat malang bagi ahli grup ini menulis untuk menimbulkan berpecahan sesama ahli.
Ratu Rimba Niagara Di sini kita bukan menunjuk hebat apa lagi bersaing sesama sendiri. Di sini adalah ruang dimanfaatkan untuk bertukar idea yang bernas dan membina demi agama , bangsa dan negara.
ADIPUTRA PERMATA SYURGA
Adiputra Permata Syurga
Anugerah Ilahi...
untuk seluruh
ummat Nabi Muhammad saw
di akhir zaman
Aditputra adalah pewaris Bani Jawi
yang ada di bumi nusantara berbangsa melayu
Adiputra dikurniakan Allah SWT
ilmu laduni
dalam bidang matematik
yang tidak berikan kepada kanak-kanak lain
Mengikut hukum akal yang lojik
mana mungkin budak yang berusia 5 tahun
boleh mengira dengan pantas
darab bahagi campur tolak peratus
apa saja tentang matematik
dapat dijawab dengan begitu mudah, pantas dan tepat
dia mampu mengajar student PHD.. sehingga berjaya ,menyiapkan buku-buku teori mudah matematik yang dia cipta bagi pelajar sekolah sehingga pelajar universiti, sekarang jadi seorang yang banyak membuat program matematik bagi pelajar sekolah rendah, menengah dan pelajar PHD
Adiputra seorang yang tidak kedekut ilmu
yang diKurniakan Alllah swt kepadanya
dia berkongsi ilmu sebanyak mana yang diperolehi
kepada bangsanya agar menjadi bijak matematik
dulu dia pernah berkata dia otak ferari.manakan sama otak kancil
bukan dia mendabik dada
tapi jika difikir ada benar katanya
ferari manakan sama dengan kancil
Sepatutnya kerajaan iktirafkan
Adiputra aset negara yang paling berharga
apa yang dicitakan Adiputra
diberi sokongan
realitikan cita-citanya
cita-cita Adiputra,
mahu menjadi seorang saintis yang hafiz Al-Quran,
tapi sayang seribu kali sayang kerajaan Malaysia tidak menghargai kebijaksanaan Adiputra permata Syurga yang dikurniakan Allah ilmu laduni...
Itu semua tidak sama sekali melemahkan semangat Adiputra...
walaupun kerajaan tidak mengiktirafnya dengan apa jua sijil yang menjadi syarat kelayakan beliau mendapat PHD dalam bidang matematik dan sains.
Apa ada pada sijil yang diiktirafkan oleh manusia jika hendak dibandingkan Ilmu Laduni kurniaan Allah.
Matlamat hidup bukan untuk manusia tapi tanggungjawab sebagai khalifah Allah.
Sebaik-baik manusia adalah yang banyak memberi manfaat kepada orang lain. Jika mati pun bukan bawa sijil.
Tika jenazah dibawa ke kubur diiringi oleh keluarga sanak saudara sahabat handai, harta pangkat dan bekalan amalan soleh, bila jenazah dimasukkan ke kubur keluarga dan harta pangkat pergi meninggalkan jenazah sendirian di kubur yang menemani mayat adalah amalan soleh jika tiada amalan soleh malanglah mayat. Nak minta dihidupkan kembali untuk beramal soleh tanda penyesalan tak akan dimakbulkan Tuhan lagi.
Jadi apa hendak dihairankan dengan sijil pangkat dan darjat tapi orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya Allah SWT akan menaikkan darjatnya.
Biarlah tidak mulia pada pandangan manusia asalkan mulia pada pandangan Allah .
Duhai Adiputra pahlawan melayu
pewaris Bani Jawi Nusantara...
kami bersamamu
kami akan selalu menyokong perjuanganmu
cita-citamu adalah cita-cita kami juga
jika Allah izinkan kami
akan bangkit dan bekerjasama
untuk merealitikan cita-citamu
kerana kami tahu
yahudi laknatullah tidak suka kamu berjaya dengan misimu
berjaya dalam bidangmu
jika berjaya dalam bidangmu
akan terlahirlah
bijak pandai saintis di bumi nusantara
kamu dibenci oleh yahudi laknatullah
kerana kamu adalah pewaris bani Jawi Nusantara
yang selama ini menjadi musuh mereka.
Kami pewaris melayu bani jawi
akan bangkit
dan akan memperjuangkan cita-citamu
menjadi kenyataan
KEBANGKITAN BANI JAWI (NUSANTARA)
akan bersemarak bergelora di seluruh bumi nusantara!
ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
Ya Allah lindungilah pewaris bani jawi nusantara
Redhailah perjuangan kami
satukan hati kami
untuk menuju ke jalan Syurga-Mu
kerana matlamat kami satu
mahu bersama berkumpul di Syurgawi
berdekatan dengan Rasulullah Kekasih-Mu
dapat memandang Wajah-Mu Ya Maha Agung!
ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
....................................................................................
siapapun aku adalah hamba Allah seperti kamu juga
moga Allah matikan kita dalam kalimah syahadah AAmiin
15 Rejab 1436H
4 Mei 2015
(Jika mahu komen puisi ADIPUTRA PERMATA SYURGA komenlah yang membina jika komen yang negatif bererti hati perlu dirawat atau bukan dari pewaris melayu bani jawi (nusantara). Jika bukan pewaris melayu bani jawi maka tidak layaklah menjadi ahli grup melayu bani jawi (nusantara).
PERKAITAN ANTARA ISLAM DAN SAINS
Ramai antara kita yang percaya, bahawa Islam itu Agung, tidak mampu ditafsir sepenuhnya menggunakan akal dan logik. Malah, kita berpendapat bahawa Islam itu terdiri daripada perkara-perkara ghaib, yang tak diketahui.
Dan akhirnya, kita berpendapat bahawa Islam itu jauh dari Sains, dan Sains itu tidak akan dapat menerangkan keajaiban Islam.
Benar.
Akan tetapi, Sains itu tetap merupakan ilmu Allah S.W.T. dan Allah S.W.T. menggesa kita untuk sentiasa mendapatkan ilmu tak kira dimana kita berada.
InsyaAllah, saya akan memperjelaskan satu per satu ilmu Sains (yang telah ditemui) yang disampaikan oleh Allah S.W.T. supaya kita semua dapat memahaminya dan meningkatkan keimanan terhadap Nya.
(Saya hanya akan menggunakan dalil daripada Al-Quran sahaja.)
- – - – - – - – - -
1. Kandungan komposisi elemen dalam tubuh manusia.
Jika benar Sains itu terpesong daripada Islam, maka mengapakah Allah S.W.T. menerusi kitab suci Al-Quran menceritakan tentang kandungan elemen didalam tubuh badan kita yang sama dengan kandungan elemen yang dijumpai didalam tanah?
Al-Quran Surah Al-Muminun (23) ayat 12 :
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;”
Jadual 1 : Perbandingan komposisi elemen didalam badan dan didalam tanah
http://postimg.org/image/7p3nxh4rh/
Bukankah itu merupakan satu ilmu Kimia? Adakah ilmu ini memesongkan aqidah walhal Allah S.W.T. sendiri yang mengajarkannya kepada kita?
- – - – - – - – - -
2. Fasa pembentukan embrio (sebelum menjadi bayi)
Mengapakah Allah S.W.T. menerusi kitab suci Al-Quran menceritakan secara spesifik, satu demi satu proses penciptaan manusia (pembentukan embrionik manusia) dari dalam rahim? Daripada setitis air mani yang diletakkan di penempatan yang kukuh, yakni dinding rahim, yang kemudiannya menjadi segumpal darah beku, kepada segumpal daging yang dilapisi tulang yang kemudiannya dibalut dengan daging? Malah penggunaan kata yang berada didalam Al-Quran sesuai untuk definisi yang dinyatakan.
Al-Quran Surah Al-Muminun (23) ayat 13 – 14 :
[13]Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;
[14]Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku (alaqah). lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging (mudghah); kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
Alaqah yang dinyatakan didalam Al-Quran mempunyai 3 maksud, (1) lintah/pacat, (2) perkara yang tergantung, (3) darah beku.
Gambar 1 : Alaqah sebagai lintah/pacat (leech)
http://postimg.org/image/z6f4f688j/
Gambar 2 : Alaqah sebagai perkara yang tergantung (suspended thing)
http://postimg.org/image/izpore2dx/
Gambar 3 : Alaqah sebagai darah beku (blood clot)
http://postimg.org/image/itgl21imt/
Mudghah yang dinyatakan membawa maksud objek yang digigit (chewed substance)
Gambar 4 : Mudghah sebagai objek yang digigit (chewed substance)
http://postimg.org/image/tg48ljo2x/
http://postimg.org/image/hosm15g1h/
Bukankah ini semua satu ilmu didalam bidang embriologi, satu subset Sains? Mengapakah Allah S.W.T. mahu mengajarkan kita ilmu yang ‘kononnya’ memesongkan aqidah?
- – - – - – - – - -
3. Asal usul air dan besi
Pada mulanya ramai yang sangka air telah lama wujud di Bumi, malah ramai yang beranggapan bahawa air itu terbentuk bersama dengan Bumi. Walhal Bumi, pada mula pembentukannya, adalah sangat panas. Terlalu panas untuk mana-mana jasad air untuk bertahan disitu. Tambahan pula dengan suhu Matahari yang memancar kearah Bumi pada ketika itu. Maka dipersetujui ramai bahawa air itu datang daripada asteroid yang dinamakan sebagai carbonaceous chondrite yang melanggar Bumi pada era Late Heavy Bombardment, yang berlaku 3.8 billion juta tahun dahulu.
Al-Quran Surah Al-Furqan (25) ayat 48 :
“Dan Dia lah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya, dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih suci,”
Menurut Kathrin Altwegg, pakar dari University of Bern, air yang dibawa oleh asteriod ini merupakan air yang bersih (pure water), yang terdiri daripada kandungan 2 atom hidrogen dan 1 atom oksigen (H20) berbanding komet lain, contohnya Komet Hailley yang membawa air berzarah hidrogen berat, zarah deuterium.
Pautan 1 : Penerangan mudah tentang asal usul air
https://www.youtube.com/watch?v=_LpgBvEPozk
Besi juga mempunyai kisah yang sama. Untuk membentuk besi (ferrite) memerlukan suhu yang sangat tinggi, iaitu kira-kira melebihi 100 juta *C. Semasa pembentukan sistem solar, Matahari kita masih tak mampu untuk membentukkan besi melalui perlakuran. Ini kerana suhu pada permukaan matahari adalah sebanyak 6000C sahaja, manakala suhu nukleus matahari adalah pada 20 juta C. Suhu pusat Bumi pula hanya mencecah kira-kira 5500C sahaja. Maka besi tidak berasal daripada Bumi atau sistem Solar kita. Ia berasal daripada angkasa lepas, dimana berlaku letupan nova atau supernova, yang menyebabkan besi terbentuk didalam meteorite, lalu jatuh ke Bumi, sesuai dengan ayat Al-Quran.
Al-Quran Surah Al- Hadid (57) ayat 25 :
“…dan kami telah menurunkan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia…”
Pautan 2 : Asal usul besi
https://www.youtube.com/watch?v=ucMfs6mjUyA
Bukankah Allah S.W.T. sedang mengajarkan kita ilmu Astronomi dan Fizik? Bagaimana pula kita sebagai manusia kerdil ingin menentukan ilmu Allah itu memesongkan aqidah?
- – - – - – - – - -
4. Komunikasi angkatan semut berkenaan tentera Nabi Sulaiman.
Al-Quran Surah Al-Naml (27) ayat 18 :
(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.
Bukankah semut itu tidak mampu bersuara? Pada mulanya Sains mengatakan bahawa semut menggunakan feromon (bau-bauan) untuk berkomunikasi. Namun kini Sains mendapati bahawa semut sememangnya berkomunikasi, dan ia menggunakan gelombang bunyi, sama seperti manusia. Ia menghasilkan gelombang bunyi (getaran) dengan menggeselkan sesungut dikepalanya.
Gambar 5 : http://postimg.org/image/9wjfoyt5t/
Dengarkan suara semut di : http://
"Awang Udin saya minta mana dalil ayat2 al-quran dan hadis dan ucapan salfussoleh kpd geng2 patriots dan penyokong2 teori bumi berpusing dan beredar di langit keliling matahari..langsung tak boleh bagi..minta bukti sains..duk ulang ada kajian2..dalili tak ada,bukti tak ada,teori je ada..huhuhu..lps tu duk pusing mcm2 nk menyedapkan hati..
Awang Udin Khalifah Abadi: Sy sudah baca posting tuan, sy sedar sy kurang ilmu. Bolekah tuan memberi pencerahan berkenaan ayat quran yg sy sertakan di bawah. Sy cuma nak tau "pegun" yg tuan maksudkan.
"(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.
[Quran surah yasin 36:40]
Awang Udin: Khalifah Abadi saudara boleh baca tafsir ibnu kathir tentang ayat tersebut dan 3 4 ayat sebelumnya..panjang lebar dihuraikan ulasan para sahabat dan ulama salaf..namun yang boleh saya simpulkan ulasan merek adalah..mereka sepakat bahawa matahari dan bulan mengeliling bumi dalam tempoh sehari semalam mengikut kadar dan perhitungan yg Allah telah tetapkan bagi mereka dengan berterusan tanpa gagal sehingga suatu waktu ditetap iaitu sampai ketika matahari terbit dari barat (ada hadis tentang ini) dan sampai hari kiamat..kelilingnya matahari dan bulan pada bumi meyebabkan berlakunya siang dan malam silih berganti tanpa gagal dan adalah seperti saling mengejar/ingin mendapatkan..apabila matahari berjaya mendapatkan/mengejar (melintasi/pass by) bulan, maka berlaku lah gerhana matahari..malam tidak dapat mendahuli siang kecuali ketika matahari berjaya mendapatkan/mengejar(melintasi/pass by) bulan iaitu ketika gerhana matahari saja..gerhan bulan pula berlaku apabila kedudukan matahari bumi bulan adalah sejajar setentang..namun perkara ini..matahari berjaya mendapatkan/megejar bulan yg menyebabkan berlaku gerhana matahari adalah jarang2 berlaku kerana matahari dan bulan beredar keliling bumi pada tempat edaran/falak/orbit/laluan/trek masing2 yg berbeza..laluan trek/orbit matahari adalah naik turun dengan condong pada satu2 hemisfera dan pusat radius falak/orbit yg berubah sepanjang tahun..ini lah yg menyebabkan berlaku 4 musim dan kutub utara@selatan siang dan malam setiap 6 bulan period..sekian..mereka2 itu akan cakap saya syok sendiri tafsir sendiri..
kata yashbahoon dalam ayat itu walaupun merujuk kepada objek dalam kuantiti banyak(lebih dua),,namun ia bukan merujuk kepada bumi..ia merujuk kepada matahari, bulan, planet2 dan bintang2 dan apa2 objek yg beredar di langit..sama dengan ayat Allah menyuruh malaikat untuk sujud kepada Adam..Allah tak sebut pun iblis yg dari golongan jin..kerana bahasa arab memang begitu tatabahasa nya..hanya tumpu pada yg utama significant lagi penting shj.. harap saudara faham
apakah ayat..'langit dan bumi berdiri (taquuma)' dan ' Allah menahan langit dan bumi dari berganjak/bergeser'...tidak membawa maksud bumi pegun?...di tambah banyak lagi ayat2 di dalam al-quran yg boleh di jadikan indikator bumi itu pegun..adakah saudara minta saya bawa ayat al-quran yg berbunyi..'bumi itu pegun'..atau ayat yg berbunyi 'bumi tidak berpusing dan tidak mengelilingi matahari'..begitu kah saudara??
semua ayat2 yg sy sampaikan dalm post2 sy membawa maksud bumi itu pegun..saudara pergi la baca post2 saya dan komen2 nya yg terlalu banyak itu..reviews sy di patriots dan komen2nya sudah dipadam..tapi dlm post2 sy maseh ada lagi saki baki perbincangan..sy sudah hurai ayat yg saudara minta..sekian..
PETIKAN GRUP MELAYU BANI JAWI, KEBANGKITAN MELAYU JAWI (NUSANTARA), THE PATRIOTS & PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
18 REJAB 1436H
7 MEI 2015
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
18 REJAB 1436H
7 MEI 2015
0 comments:
Post a Comment