SASTRA ANUGERAH ILAHI (88) ILMU LADUNI 2
FROM NOTIFICATIONS
WAHYU, ILMU LADUNI, FIRASAT DAN KASYAF ?
Hati kalau sudah bersih, pandangannya akan menembusi segala hijab-hijab iaitu tabir alam maddiah (benda). Akan tersingkap hijab-hijab itu dan terbanglah ia ke alam ghaib yang maha luas setakat yang diizinkan oleh Allah Taala. Hati yang benar-benar bersih, di waktu itulah Allah SWT curahkan ke dalamnya perkara atau barang yang berharga dan terlalu bernilai iaitu keimanan, keyakinan, ketaqwaan, hikmah, wahyu, kasyaf, ilmu laduni, firasat dan lain-lain lagi. Huraian, tafsiran atau penjelasan tentang halhal ini akan diperbahaskan secara terperinci, di bawah tajuknya yang tersendiri.
WAHYU
Ia adalah ilmu yang Allah sampaikan kepada rasul-rasul dan nabi-nabi secara terus atau direct. Atau melalui perantaraan malaikat, terus jatuh ke hati mereka, terus dapat dihafal dan tidak lupa buat selama-lamanya. Ianya berlaku tanpa usaha ikhtiar dan tanpa belajar. Inilah mauhibah atau anugerah dari Allah. Wahyu membawa syariat baru, memansuhkan syariat yang sebelumnya.
ILMU LADUNI ATAU ILHAM
Apakah itu ilmu laduni? Ia adalah ilmu yang membawa pengertian atau makna yang baru kepada syariat, bukan membawa syariat baru. Ilmu laduni atau ilmu ilham ialah ilmu yang Allah jatuhkan ke dalam hati para wali-Nya, tanpa melalui proses usaha ikhtiar atau hasil mendengar kuliah daripada guru atau hasil berfikir. Ia terjatuh direct ke dalam hati. Yang mana bila disyarahkan atau dihuraikan, ia jadi satu ilmu atau satu huraian yang sangat ilmiah. Ertinya ia jadi satu ilmu yang sangat bermanfaat. Ilmu yang didapati itu tepat, meyakinkan, logik, memberi kepuasan serta tidak meletihkan otak. Bagaimana pun ia boleh lupa daripada ingatan. Berbeza dengan ilmu hasil belajar, membaca, berfikir atau mentelaah yang cepat menjemukan. Kadang-kadang ianya tidak tepat, tidak meyakinkan atau tidak logik dan meletihkan. Untuk mendapatkannya perlu proses masa yang lama. Ertinya hasil membaca, berfikir setelah faham baru dapat ilmu.
Kalau begitu ilmu laduni atau ilmu ilham bukan membawa syariat yang baru. Ia membawa makna atau tafsiran yang baru, yang sesuai dijadikan tindakan dan penyelesai masalah untuk zamannya atau makna yang tertentu, khusus untuk orang itu. Mengapa pula ilmu ilham atau ilmu laduni ini dikatakan sebagai penyelesai masalah sesuai dengan zamannya dan bukan untuk semua zaman? Kalau saya hendak misalkan ilmu Allah itu yakni ilmu Al Quran atau Sunnah Rasul, yang maha luas dan tidak berkesudahan itu diibaratkan sebagai khazanah lautan, setiap orang yang mencari khazanah lautan itu insya-Allah dapat sesuatu yang bermanfaat untuk dirinya dan juga untuk orang lain. Apa yang diperolehi oleh setiap orang itu mungkin tidak sama di antara satu sama lain. Mungkin ada yang dapat kerang atau ada yang dapat ikan sahaja. Orang yang dapat ikan pula mungkin tidak sama jenisnya. Ada yang dapat ikan yu, ada yang dapat ikan pari, ikan kembung dan sebagainya. Ada juga yang dapat minyak, mutiara, batu karang dan lain-lain lagi.
Bagi orang yang tidak faham, dia akan mengatakan kepada orang yang dapat batu karang: “Awak ni tak dapat apa-apalah! Saya dapat ikan. Inilah khazanah lautan yang sebenar. Awak ni dapat batu karang dari hutan mana?” Tapi bagi orang yang dapat batu karang menyangka mereka yang dapat ikan itu bukan dari khazanah laut. Akhirnya berlakulah tuduh-menuduh. Sebenarnya kerang dan ikan sama-sama khazanah laut, tetapi oleh kerana masing-masing kurang ilmu, maka masing-masing menganggap apa yang mereka dapat itulah sebenarnya dari laut. Yang lain bukan dari laut. Lebih-lebih lagi orang yang dapat minyak, tentulah mereka lebih sombong lagi dan menuduh orang-orang yang dapat benda-benda lain tidak dianggap dari khazanah laut. Oleh itu bagi orang yang faham tentang laut, ia tidak jadi masalah. Semua yang disebut itu adalah khazanah lautan. Cuma keperluan saja yang tidak sama. Ikan untuk dimakan. Kalau minyak untuk enjin dan batu karang pula untuk hiasan dan begitulah seterusnya.
Jadi, orang yang dikurniakan ilmu laduni atau ilmu ilham ini adalah orang yang mendapat khazanah dari lautan ilmu Allah. Ada macam-macam ilmu dan setiap sesuatu ilmu itu mempunyai banyak pengertian dan tafsirannya. Jadi Allah memberi pengertian dan tafsiran satu-satu ayat sesuai pada seseorang itu untuk menyelesaikan masalah di zamannya atau keperluan seseorang itu. Perkara itu pula kebanyakannya bukan pengertian mengenai hukum-hakam kerana soal itu sudah tetap dan tidak berubah untuk setiap zaman kecuali perkara khilafiah. Sebaliknya ilmu laduni ini kebanyakannya mengenai penghuraian, falsafah, didikan, hal semasa, metod dan kaedah sahaja. Perkara-perkara ini boleh berubah.
Jika ilmu wahyu disampaikan kepada rasul atau nabi, ilmu laduni atau ilmu ilham pula Allah kurniakan kepada para wali dan orang-orang soleh. Ilmu wahyu adalah syariat baru yang memansuhkan syariat yang diamalkan sebelumnya manakala ilmu laduni akan membawa tafsiran atau makna baru kepada ilmu wahyu itu, sesuai untuk zamannya atau orangnya. Ilmu wahyu tidak dilupakan tetapi ilmu laduni atau ilham mudah dilupakan oleh orang yang menerimanya. Kalau yang menerima ilmu wahyu itu adalah rasul maka wajib ianya disampaikan tetapi kalau dia seorang nabi, maka tidak wajib menyampaikannya. Sedangkan ilmu laduni elok disampaikan kerana ia akan dapat menyelesaikan masalah-masalah semasa yang sedang dihadapi oleh masyarakat, sesuai untuk zamannya. Atau untuk mengetahui hikmah atau pengajaran sesuatu hukum itu.
Kalau ilmu wahyu ditolak, automatik seseorang itu akan jatuh murtad atau kafir dan di Akhirat akan terjun ke Neraka serta kekal selama-lamanya. Sebaliknya kalau menolak ilmu laduni atau ilmu ilham, tidak menjadi kafir tetapi akan menghilangkan barakah dan tertutup pintu bantuan Allah. Mungkin ada orang yang akan menolak pendapat ini tentang ilmu laduni ini dan payah untuk menerimanya terutamanya:
1. Orang yang tidak percaya adanya ilmu laduni atau ilham di dalam Islam.
2. Seseorang yang tidak ada ilmu ini dan tidak ada pengalaman mengenainya, sekalipun dia mempercayainya.
3. Seseorang yang tahu mengenai ilmu ini tetapi kerana hasad dengki, dia tidak senang dengan orang yang mendapat ilmu ini, maka dia pun buat-buat menolaknya, sedangkan hatinya membenarkan.
Apa bukti ilmu laduni atau ilmu ilham ini wujud? Buktinya, adalah berdasarkan hujah berikut:
PERTAMA: Hujah naqli (nas)
1. Hujah Al Quran
Dalam Al Quran ada dalil yang kuat sebagai bukti kewujudan ilmu ini. “Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan ajar kamu.” (Al Baqarah: 282) Dalam ayat ini jelas Allah memperkatakan tentang orang-orang bertaqwa yang bersih daripada sifat-sifat mazmumah, Allah akan beri ilmu secara wahbiah, tanpa usaha ikhtiar, tanpa belajar atau berguru.
2. Hujah Hadis
Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang beramal dengan ilmu yang dia tahu, Allah akan pusakakan padanya ilmu yang dia tidak tahu.” (Dikeluarkan oleh Abu Nuaim) Inilah buktinya. Ertinya ilmu yang telah sedia ada itu akan bertambah bila diamalkan. Yakni ia akan dapat ilmu baru hasil dipraktikkan ilmu itu. Proses ini juga berlaku secara wahbiah.
Inilah yang dikatakan ilmu laduni atau ilmu ilham yang mana Allah pusakakan melalui tiga cara:
i. Ilmu itu Allah jatuhkan terus ke dalam hati.
ii. Adakalanya Allah tayangkan ilmu itu yang boleh dilihat seolah-olah melihat skrin TV. Sedangkan orang lain yang ada bersama-sama dengannya ketika itu tidak dapat melihatnya.
iii. Atau mungkin mendengar suara yang membisikkan ke telinganya tetapi tidak nampak rupa makhluknya. Inilah yang dikatakan hatif. Mungkin suara ini suara malaikat, jin yang soleh atau wali-wali Allah.
KEDUA: Bukti Sejarah
Banyak kitab dahulu menceritakan bagaimana pengalaman salafussoleh, ulama-ulama besar dan pengarang-pengarang kitab sendiri yang mendapat ilmu-ilmu laduni ini. Ada kitab-kitab karangan ulama muktabar yang menunjukkan pengarangnya mendapat ilmu laduni. Di antara ulama yang memperolehi ilmu laduni atau ilmu ilham ini di samping ilmu melalui usaha ikhtiar ialah imam-imam mazhab yang empat, ulama-ulama Hadis seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, ulama-ulama tasawuf seperti Imam Al Ghazali, Imam Nawawi, Imam Sayuti, Syeikh Abdul Kadir Jailani, Junaid Al Baghdadi, Hassan Al Basri, Yazid Bustami, Ibnu Arabi dan lain-lain lagi.
1. Imam Al Ghazali
Umurnya pendek sahaja iaitu sekitar 54 tahun. Beliau mula mengarang selepas sahaja habis bersuluk di kubah Masjid Umawi di Syam (Syria). Umurnya waktu itu sekitar 40 tahun. Ertinya dalam hidupnya dia mengarang sekitar 14 tahun. Dalam waktu yang pendek ini dia sempat mengarang 300 buah kitab yang tebal-tebal, yang bermacam-macam jenis ilmu pengetahuan termasuklah kitab yang paling masyhur iaitu Ihya Ulumuddin, kitab tasawuf (dua jilid yang tebal-tebal) dan Al Mustasyfa (ilmu usul fiqh yang agak susah difahami).
Cuba anda fikirkan, bolehkah manusia biasa seperti kita ini menulis sebanyak itu. Walau bagaimana genius sekalipun otak seseorang itu, tidak mungkin dalam masa 14 tahun boleh menghasilkan 300 buah kitab-kitab tebal, kalau bukan kerana dia dibantu dengan ilmu laduni yakni ilmu tanpa berfikir, yang terus jatuh ke hati dan terus ditulis. Dalam pengalaman kita kalau ilmu hasil berfikir dan mengkaji, sepertimana profesor-profesor sekarang, dalam masa empat tahun baru dapat membuat satu tesis di dalam sebuah buku. Kalau satu buku mengambil masa empat tahun, ertinya kalau 14 tahun dapat tiga buah buku. Terlalu jauh bezanya dengan Imam Ghazali yang mencapai 300 buah buku itu.
2. Imam Sayuti
Umurnya juga pendek, hanya 53 tahun. Beliau mula mengarang sewaktu berumur 40 tahun dan dapat menghasilkan 600 buah kitab. Dalam masa hanya 13 tahun dapat menghasilkan sebegitu banyak kitab. Ertinya dia dapat menyiapkan sebuah kitab setiap dua minggu. Kitabnya itu pula tebal-tebal dan tinggi perbahasannya dalam bermacam-macam jenis ilmu. Antara kitabnya yang terkenal Al Itqan fi Ulumil Quran, Al Hawi lil Fatawa (dua jilid), Al Jamius Soghir (mengandungi matan-matan Hadis), Al Ashbah wan Nadzoir, Tafsir Jalalain, Al Iklil dan lain-lain lagi. Kalaulah beliau menulis atas dasar membaca atau berfikir semata-mata, tentulah tidak mungkin dalam masa 13 tahun da-pat menulis 600 kitab atau tidak mungkin dalam masa hanya dua minggu dapat tulis sebuah kitab. Inilah ilmu laduni. Tidak hairanlah hal ini boleh berlaku kerana dalam kitab Al Tabaqatul Kubra karangan Imam Sya’rani ada menceritakan yang Imam Sayuti dapat yakazah dengan Rasulullah sebanyak 75 kali dan dia sempat bertanya tentang ilmu dengan Rasulullah.
3. Imam Nawawi
Beliau adalah antara ulama yang meninggal sewaktu berusia muda, iaitu 30 tahun. Beliau tidak sempat berkahwin tetapi banyak mempusakakan kitab-kitab karangannya. Di antara yang terkenal ialah Al Majmuk yakni kitab fekah. Kalau ditimbang berat kitab itu lebih kurang 3 kilogram, yakni kitab fekah yang sangat tebal. Selain itu termasuklah kitab Riadhus Solihin, Al Azkar dan lain-lain lagi. Untuk mengarang kitab Al Majmuk saja kalau ikut kaedah biasa yakni atas dasar kekuatan otak, tidak mungkin dapat disiapkan dalam masa dua atau tiga tahun. Mungkin memakan masa 10 tahun. Ini bererti dia mula mengarang semasa berumur 20 tahun. Biasanya di umur ini orang masih belajar lagi. Tetapi di usia semuda itu Imam Nawawi mampu mengarang bukan saja Al Majmuk, tetapi turut mengarang kitab-kitab besar yang lain. Ini luar biasa! Biasanya orang jadi pengarang kitab di penghujung usianya. Ini membuktikan selain dari cara belajar, ada ilmu yang Allah pusakakan tanpa belajar, tanpa usaha ikhtiar dan tanpa berguru. Itulah dia ilmu laduni atau ilmu ilham.
Sesudah kita mengkaji kemampuan ulama-ulama dahulu, kita lihat pula ulama-ulama sekarang ini dan cuba kita bandingkan. Berapa banyakkah buku-buku atau kitab yang telah ditulis oleh mereka sekalipun setelah mereka ada PhD? Oleh itu, jika ulama-ulama dulu mampu menulis kitab-kitab yang banyak dan tebal-tebal dalam masa yang singkat tentulah ianya bantuan Allah yang luar biasa melalui ilmu laduni atau ilmu ilham yang bersifat wahbi di samping ilmu kasbinya. Jelaslah sekarang ini sudah tidak ada lagi ulama yang dapat ilmu laduni. Ini kerana kita semua sudah bersalut dengan cinta dunia dan berkarat dengan mazmumah. Lihatlah zaman sekarang ini, susah untuk kita dapati ulama yang mengarang buku atau kitab. Mereka tidak mampu mengarang kerana kekeringan minda, sibuk dengan dunia, di samping perlu menggunakan otak, berfikir, membaca, banyak mentelaah dan kena banyak reference yang tentunya memakan masa yang lama. Ini semua membosankan dan meletihkan, banyak ambil masa serta tidak cukup masa. Mereka tidak dapat pula ilmu melalui saluran ilham. Maka inilah rahsia kenapa ulama sekarang tidak menulis atau kurang menulis.
FIRASAT
Firasat ialah perasaan atau gerakan hati yang benar atau tepat kerana mendapat pimpinan dari Allah. Sabda Rasulullah: “Takutlah olehmu firasat oran mukmin kerana ia memandang dengan cahaya Allah.” (Hadis Riwayat At Tarmizi)
Jika hati kotor, syaitanlah yang mengisinya yakni jahat sangka, keraguan dan lain-lain lagi.
Apa itu kasyaf? Kasyaf ertinya ‘singkap’ yakni tabir-tabir jadi penghalang atau yang jadi hijab pada mata batin untuk melihat alam ghaib atau rohaniah itu, Allah singkapkan. Allah buka dan perlihatkan. Tabir-tabir penghalang itu adalah sifat-sifat mazmumah. Apabila tabir-tabir mazmumah itu sudah terangkat, maka hatinya jadi celik dan terang-benderang, putih bersih. Sehingga mata mampu melihat makhluk-makhluk Allah yang pelik-pellik di alam yang bukan alam benda atau material itu seperti melihat alam jin, malakut dan alam barzakh. Juga dapat melihat sifat batin manusia yakni seseorang itu berperangai seperti kuda, maka rupa orang itu seperti kuda. Kalau berperangai anjing, orang itu berupa anjing. Allah perlihatkan hakikat orang itu.
- You, Alam Pren Adni Mpn and 25 others like this.
- Azmal Sabri "Karena sulitnya memahami fakta ini, dan berkait dengan kemalasan yang dapat dimengerti, kaum cendekiawan memutuskan untuk 'menghapus' beberapa ajaran yang tidak dapat dimasukkan dalam buku. Tetapi bukan berarti tidak ada. Hanya saja membuatnya lebih sulit untuk ditemukan dan diajarkan, karena orang-orang tersebut diatas (intelektual) telah melatih masyarakat untuk tidak mencarinya."
- Maya Cruize Tidak masuk akal tidak bermakna mustahil.. Bila kasih syg Allah telah dimiliki apa lg benda yg diluar kotak fikiran
- Fatin Hamamah Abu Bakar Mohon ahli kelab wasabi baca dengan penuh tartil. Yg jenis xberapa nak ikut kelas fardhu ain pon mesti baca, pastu tanya dgn cikgu kalau tak paham
- Rabeah Binti Mohd Ali Subhanallah pengkongsian ilmu yang amat bermanfaat untuk semua yang ingin mendekatkan diri kepada Allah swt. Moga Allah swt membalas segala kebaikann saudara Azmal Sabri atas pengkongsian ilmu Laduni. AAmiin.
Izinkan saya share ye untuk disebarluaskan kepada rakan grup yang lain. - Rabeah Binti Mohd Ali Seorang Hamba Dengan Ilmu Laduni
Dia…
kirim seorang hamba
padaku di kala aku
hampir rebah
menyembah bumi.
Hamba itu mempunyai
jati diri
berakar tunjang
yang dipasakkan ke bumi
lalu…
lahirlah jutaan akar
keilmuan berfakta keimanan.
Kini aku bangun dengan
sejuta keinsafan
sejuta harapan
untuk menggali ilmu
dengan hamba kiriman
Tuhanku Tuhannya.
Moga niat hamba itu
menyebarkan ilmu Laduni
yang dimiliki anugerah
dari Tuhannya
kepada mereka yang terpilih
diberi hidayah termakbul
Berbahagialah mereka
yang terpilih mendapat
hidayah dari
Tuhannya Tuhanku
Tuhan Sekalian Alam.
Karya Ratu Rimba Niagara,
14 Rejab 1436H
3 Mei 2015 - Fatin Hamamah Abu Bakar Ilmu laduni hanya utk org2 pilihan tuhan. Namun bertuah lah kita bila dapat menumpang ilmunya. Hendak membaca dan ambil tahu ilmu2 yg disebut di atas itu mudah. Tapi mengamalkan ilmu2 yg tersebut ni amat payah, perlu kpd guru mursyid yg memimpin hati manusia. Kalau setakat belajar sendiri2, sampai bila2 pun tak akan dapat dihidupkn dalam diri, keluarga dan masyarakat. Pentingnya mempunyai guru yg mursyid kerana mereka dapat berhubung dgn rasulullah saw, tuan punya ilmu yg sejati.
- Rabeah Binti Mohd Ali Siapa pun tidak boleh mengaku dia adalah seorang wali kerana wali itu rahsia Allah. Sebab itu kita tidak dibenarkan menghina sesiapa kerana kita tidak tahu orang yang dihina itu adalah Wali Allah. Bila mana menghina wali Allah , Allah yang membelanya.
SASTRA ANUGERAH ILAHI (88) ILMU LADUNI 2
- Rabeah Binti Mohd Ali INDAHNYA BERBAHASA INDAH
Indahnya berbahasa indah-indah
indahnya berteman dengan bahasa yang indah-indah
yang hatinya seindah Syurga
tiada rasa sebesar zahrah pun niat untuk saling melukakan hati
Aku adalah si pendamba kata-kata nan indah-indah
jika kata-kata yang kudengar tidak indah
emosiku mula terganggu
pasti aku mengeluarkan kata-kata yang tak manis didengar iman
makanya aku mendiamkan diri dan terus menjauhkan diri darinya
agar kata-kataku dapat kujaga semampu daya
Kenapa aku suka berbahasa indah?
sebab kawan-kawan ku sebelum ini adalah
bulan, mentari, bintang, laut, tasik,
haiwan yang melata dan segala
alam yang diciptakan Allah Azzawajallah
aku selalu berkata-kata dengan mereka
mereka balas bicaraku dengan bahasa-bahasa
yang amat menenangkan jiwaku
jiwaku terus rasa tenang
mereka selalu memujukku
bila aku bersedih
kurasakan alam terlalu dekat denganku
hatinya hatiku seperti di balik dinding hati saja
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
indahnya persahabatan aku dengan alam Ciptaan Tuhanku
Sebab itu bila aku berkawan dengan mana-mana manusia
aku pentingkan bahasa yang dituturkan
tak kisahlah jika dia berdarjat apa sekali pun
aku bukan berkawan karna darjatnya tapi karna budi bahasa
santunnya...jika dia diam membisu gimana aku mahu berkawan dengannya sedang alam pun berbicara dengan ku..
kenapa dia yang boleh bersuara tidak mahu berkomunikasi denganku jadinya janganlah ambil hati jika aku terpaksa mengundurkan diri
Aku bukanlah baik sangat
tapi aku mahu jadi baik
sebaik yang Allah suka
Makanya aku pilih untuk berkata-kata yang baik-baik saja
dan bila aku berkawan walau pun cuma di alam maya
setiap kali gambarnya bersiaran di wall aku
aku bayangkan gambarnya itu sudah bergelar aruah
jika sudah bergelar aruah mesti mahu cakap yang baik-baik
dengar yang baik-baik
jadi aku berkata yang baik-baik dengan mereka
mana ada aruah cakap yang tak baik
karna jika dia cakap yang tak baik
alam barzahnya mesti derita parah
jadi aku cakap yang baik-baik
alam barzahnya pun bahagia
saham atas perkataan baiknya itu
terus masuk ke akaunnya
alangkah bahagia jika kita tahu
dunia alam barzah itulah realiti
hidup cuma mimpi
Aku berkata baik
dia pun berkata baik
baik dibalas baik
In Shaa Allah sama-sama alam barzah kita
Sewangi Taman-Taman Syurga
Aamiin Ya Rabbal ALamin
SAHABAT DUNIA HINGGA ALAM BARZAHMU,
RATU RIMBA NIAGARA
27 Syaaban 1434H
6 Julai 2013M - Rabeah Binti Mohd Ali MOGA DI DUNIA SAMPAI SYURGA KITA BERTALISIRATURRAHIM
TERBANG AKU MENCARI KAWAN
BUKAN TERBANG AKU MENCARI LAWAN
AKU BERPASAK DI TUJUH PETALA BUMI
AKU MENJUJUNG TUJUH PETALA LANGIT
AKU BER GROUP MENCARI PEJUANG
PEJUANG KSATRIA SASTRAKU
JIKA MEREKA TAK MAHU BERJUANG
DENGAN HORMATNYA TINGGALKAN SASTRAKU
HIDUPLAH APA PILIHAN KITA
KITA BERKAWAN IKUT RENTAK KAWAN
TAK SUKA TINGGALKAN KAWAN KITA
KAWAN TAK AKAN MAKAN KAWAN
BUAT APA KITA BERKAWAN
MULA SUKA KEMUDIAN BENCI
JANGAN JADI KAWAN MAKAN KAWAN
NANTI PASTI ALLAH BENCI
PEJUANG SASTRAKU TIDAK BERDIAM DIRI
BUKAN MEMBATU MEMBISU LESU LESI
DIA TAK AKAN SENGAJA MELARIKAN DIRI
KE GELANGGANG SASTRA MEMBELA DIRI
JANGAN PANDAI BERCAKAP SUKA KARYAKU
TAPI BILA MINTA KERJASAMA MENYEPI DIRI
KALAU BEGITU KENAPA SUKA BERJANJI DENGANKU
KEMUDIAN KAU TERUS MENYEPIKAN DIRI
PEJUANG SASTRAKU JANGAN MENDIAMKAN DIRI
MANA JANJI-JANJIMU MEREALISASIKAN CITA-CITAKU
TAK AKAN JANJI TINGGAL JANJI
MANUSIA MUNAFIK NAMANYA ITU
SEBELUM BERJANJI PIKIRLAH DULU
JIKA TAK MAMPU TUNAIKAN JANGAN BERJANJI
KARENA AKU TAK MAHU MENUNGGU JANJIMU
BIARLAH JANJI TINGGAL JANJI
KEPADA SEMUA RAKAN PEJUANGKU YANG SEPI MENYEPI
MAAFKAN AKU JIKA SASTRAKU PERGI
KAU MAHU KAWAN DAN BACA KARYAKU
AKU PULA MAHUKAN KOMENTARMU TAPI MENGHAMPAI
KARENA KAMU PELIT SANGAT IDEMU
KAU TAK TEPATI JANJI TINGGAL JANJI
MAKANYA IJINKAN AKU PERGI DARIMU
APAPUN KAU TETAP RAKAN SEJATI
JANGAN BILANG AKU MEMUTUSKAN TALISIRATURRAHIM
TIDAK AKAN MASUK SYURGA SI PEMUTUS TALISIRATURRAHIM
KARYA SASTRA MENYATUKAN TALISIRATURRAHIM
MOGA DI DUNIA SAMPAI SYURGA KITA BERTALISIRATURRAHIM
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
26 Juni 2013
(DANA SASTRA NUSANTARA DISIARKAN ADALAH STRATEGI KEBANGKITAN KEMERDEKAAN & UMMAH NUSANTARA)
July 7 at 11:14pm · Like · 1 - Rabeah Binti Mohd Ali KUSAMPAIKAN SALAM SILATURRAHIMKU DI BALIK BAYU MEGA SENJA ALAMMAYA!
Indahnya Islam
saling menggalakkan hamba-Nya saling bekerjasama
dalam hati yang penuh dengan belas kasihan dan berkasih sayang berpadu kasih sayang sejati semuanya Lillahi Taala
tiada niat sebesar zarrah pun untuk menganiayai atau menzalimi
yang ada sama-sama hidup berukhuwah talisiraturrahim dalam kasih sayang sebab itu salah satu soalan di kubur ditanyakan
siapakah saudara kamu
jika kita tidak dapat menjawabnya
karena semasa hidup kita tidak peka dengan pentingnya silaturrahim amatlah rugi sama sekali perjuangan semasa kita berhidup sebab itu setiap daripada kita mesti pasakkan di jiwa
saling bertalisiraturrahim kerana Allah Taala
TALISIRATURRAHIM SAMPAI MATI TALI SIRATURRAHIM SAMPAI KUBUR TAILIRATURRAHIM SAMPAI SYURGA IN SHAA ALLAH AAMIIN
Tiada alasan untuk kita menafikan talisiraturrahim
walaupun hati terluka dilukai kecewa
kita dengan terbuka hati mahu memaafkan
dan sentiasa meminta maaf...
Ini yang saya takuti jika talisiraturrahim saya terputus atau diputuskan saudara seislam saya di alam realiti atau di alam maya....
Saya tertanya-tanya diri saya
adakah saya tergolong daripada hamba-Nya yang menjaga talisiraturrahim atau yang selalu memutuskan talisiraturrahim?
Tidak akan bau Syurga bagi mereka yang memutuskan talisiraturrahim beramal banyak mana sekalipun tidak akan masuk Syurga kerana tidak menjaga talisiraturrahim
Dalam hal ini saya selalu muhasabah diri saya
persoalan itu membelenggu diri saya sendiri...
Soalan yang saya tanya pada diri saya sendiri,
"Kau bilang..kau menyanjungi silaturrahim
tapi kau sendiri memutuskan silaturrahim dan
tidak menerima mereka yang mahu bertalisiraturrahim denganmu
adakah kamu layak masuk Syurga Allah duhai hamba Allah?"
Menangis aku hiba
memang benar kata-kata soalan itu..
Hampir seribu orang yang add untuk menjadi rakan fbmu
kenapa kamu tak terima saja?
semua orang suka ramai kawan tapi kamu tidak
malah kawan fb kamu yang ada kamu removekan
tak kira mereka berdarjat apa sekalipun..engkau sewenangnya
removekan mereka...janganlah kamu berkata silaturrahim sampai mati sampai kubur ...sampai Syurga...belum sampai mati kamu sudah memutuskan talisiraturrahim....
Sejujurnya aku memang hamba-Nya yang lemah terlalu lemah...
bukan aku saja tak terima...
laman fb aku adalah medan juang aku bersastra
jadi aku cuma terima mereka yang punya niat yang sama
mahu berjuang mendukung perjuangan sastraku sahaja
jika mereka tidak memberi impak apa-apa dalam dunia sastraku
aku terpaksa mencari pejuang rakan fb yang lain
yang nawaitunya mahu membantu aku walau pun
dengan sebuah ide atau komentar yang bernas itupun sudah memadai ini bukan setakat komentar ...like pun tak mahu
bukan aku suruh dia puji melambung-lambung karya aku sampai aku terjelepuk tidak sama sekali...
sampai aku hantarkan karya-karyaku di wall mereka
masih lagi membisu seribu bahasa
seolah antara aku dan dia tiada wujudnya rakan fb
yang lebih teruk sekali...
mula-mula jadi rakan fbku beri komentar
lepas itu terus senyap aku tak tahu kenapa jadi begitu
jadi aku mengambil keputusan
mencari rakan fb yang lain
tapi dalam hati tiada niat untuk memutuskan talisiraturrahim
nauzubillah jika aku ada niat begitu...
Moga Allah ampunkan aku
dan yang pernah menjadi rakan fbku maafkan aku
percayalah di hati ini kalian masih lagi kukasihi kusayangi
kita bertalisiraturrahim sampai mati sampai kubur
In Shaa Allah sampai Syurga...
Kita cuma terpisah kasih terdinding di dindingkan oleh
bayu mega senja alam maya
tapi hati kita tetap berkasih sayang bersaudara seislam
sepertimana yang Allah mahukan ...percayalah...
Moga kuharapkan dari kalian tolong doakan aku di balik
dinding bayu mega senja alammaya agar aku
berjaya mencapai cita-citaku dalam bidang sastra yang kuminati ini
Sekian Salam Sejuta Kemaafan
Salam Ramadhan
Moga Ramadhan kita Allah terima sebagai bekalan kita di negeri Abadi AAmiin.
Rakan pujanggamu yang mahukan ketenangan jiwa,
Ratu Rimba Niagara,
27 Syaaban 1434H
6 Julai 2013M
July 7 at 11:21pm · Like · 1 - Rabeah Binti Mohd Ali LAMAN FB KITA
Mari kita saling berjanji
untuk menjadi rakan setiakawan
susah senang kita bersama
masalahmu masalahku jua
masalahku masalahmu jua
Laman fb kita
kita saling berbagi ilmu dunia akhirat
kita saling memberi dukungan/sokongan perjuangan masing-masing tak akan ada kawan petingkan diri sendiri
kawan yang tak prihatin dengan kawan
kawan yang berhati batu
kawan yang bila berjanji tak tepati janji
kawan yang bisa membantu tapi tak mahu membantu
kawan mulut manis hati penuh hianat
kawan yang pelit ide, komentar,like dan terus menyepikan diri
mohon dijauhkan kawan begitu dari fb kita
Laman fb kita
semuanya semangat setiakawan
semuanya kata janji sudah terpatri
mahu bertalisiraturrahim ikhlas karna Allah Taala
tiada mahu ambil peluang dan kesempatan atas kebaikan
semuanya mahu saling berbaik sangka
membantu seikhlas hati tanpa diminta-minta disimpati
Laman fb kita
adalah medan juang kita
berjuang habis-habisan
tuk meraih Cinta Ilahi
dengan berbuat sebanyak mana kebajikan termampu kita
andai kita jenis yang sibuk tak sepahaman
apa yang dimahukan oleh rakan fb kita
eloklah kita mengundur diri
daripada sepi menyepi
wujud seperti tak wujud sebagai rakan setiakawan
kita sibuklah dengan diri kita sendiri
carilah kawan yang sekufu dengan kita
itu akan mendamaikan fb kita sendiri
sama-sama sibuk
sama-sama sepi
sama-sama rasa tak wujudnya kawan fb kita
sejujurnya aku nggak tega kawan fb yang wujud seperti tak wujud ada suara tapi tak bersuara ...
bukan pun dengar suara kita
cuma suara di penulisan apa yang ditulis itulah suara kita
tak akan itu pun tak boleh
suara idemu sepatah tak akan tak boleh
sedangkan suara-suara penulisan ku kalian dengar
berjela-jela dalam kadar banyak tak terbaca....
jika kamu pelit ide dan suara....
aku amat sedih sekali punyai rakan fb yang begitu
maafkan aku jika karyaku berlalu pergi...
biarlah aku kesendiriaan
bersama penghuni rimbaku yang sentiasa
menuangkan idenya bagi meniupkan semangat juangku
di bidang sastra yang kuminati ini
bukan setakat ide , harta benda...nyawa pun bisa dipertaruhkan
untuk perjuangan sastra yang kukaryakan...demi generai nusantara akan datang
barangkali kalian
bukan rakan setiakawan yang kuharapkan
maafkan aku kalian yang tak memahami dunia sastra yang kudambakan maafkan aku jika karya-karyaku yang kamu baca hilang dari skrin mu karena itu juga yang kamu mahu atas pelit mu yang nggak paham akan dunia sastraku...percyalah kita nggak terputus talisiraturrahim cuma aku perlu mencari rakan setiakawan yang lain sanggup membantu perjuangan sastraku tanpa memberi beribu alasan dan mengharap balasan apa yang diberikan sumbang bakti pada sastraku.
Rakan fbmu yang terpaksa mengucapkan selamat tinggal
kepada mereka yang tak memahami dunia sastraku,
Ratu Rimba Niagara,
28 Syaaban 1434H
6 Julai 2013M - Rabeah Binti Mohd Ali DANA SASTERA DISIARKAN LAMBANG CINTAKU KEPADA YANG BERGELAR KANAK-KANAK ...NENDA SAYANG KALIAN SEMUA KERANA ALLAH TAALA MAKANYA HARGAI KASIH SAYANG NENDA SETULUS HATIMU SAYANG...(BHG 1)
RECENT POSTS
Nooraini Mydin
Saya tak faham kenapa ada orang yang suka membawa anak kecil ke Masjid sedangkan mereka tidak berupaya mengikuti imam menunaikan solat Tarawih tetapi cuma menganggu orang lain yang cuba menunaikan ibadat.
Like · · Unfollow Post · Share · 3 hours ago
5 people like this.
Muhammad Hifni Mungkin berfikir, agar si anak tersebut mengetahui ajaran-ajaran islam, dan mendidiknya dengan hal yang baik,,, itu suatu hal yang bagus, tetapi jika anak tersebut mengganggu lebih baik di tegur dengan hati yang tenang...!!!
Zulkarnian Mazlan Saya setuju dengan kedua dua pendapat ini , tapi adakala bagai dikatakan oleh Tuan Nooraini Mydin , perbutan baik mendidik anak ke masjid itu menjadi dosa pula kepada ibu dan bapa kerana anak anak mereka mengganggu kekhusyukan dan ketenteram jemaah semasa menunaikan solat .... kita kena ingat , syaitan mempunyai berbagai cara untuk menyesatkan dan melalikan kita
2 hours ago · Like · 3
Muhammad Hifni Mungkin jika pertama seseorang tersebut membawa sang buah hati boleh saja, dan di lihat jika sang buah hati mengganggu / membuat Onar di masjid, kita boleh menegurnya kepada ke 2 orang Tuanya, berharap anak ini di hari ke 2 jangan di bawa untuk ke masjid jika sang anak ini hanya untuk menggangu... Para jama'ah yang lain.
2 hours ago · Like · 1
Nooraini Mydin Masalahnya, kanak-kanak ini langsung tidak makan teguran. Kalau anak kita tidak berdisiplin, lebih baik tinggal saja di rumah. Kalau mereka betul-betul ingin belajar berjemaah, memang baik tetapi ini cuma seperti "outing," cuma penjaga dapat "berehat" daripada tanggungjawab mengawal anak sendiri.
Selepas pengalaman ini saya lebih puas hati membuat Tarawih di rumah, walaupun tidak dapat ganjaran solat berjemaah, tetapi lebih sempurna.
Ratu Rimba Niagara Tapi di Mekah Mukarramah tak jadi masalah pun ...setiap kali berjemaah disambut oleh tangisan gema anak-anak menangis...barangkali kerana inilah ilmu pasakan tauhid ibubapa mereka jadi taat dengan Tuhan bila dewasa tidak seprti di Malaysia anak-anak kecil diperkecilkan malah dimarah-marah oleh ahli jawatan kuasa masjid hingga bila mereka dewasa menjadi trauma untuk ke masjid...macam mana itu ya...
about an hour ago · Edited · Like · 1
Muhammad Hifni Betul yang di bicarakan Ustzh Ratu Rimba Niaga, dengan lama kelama'an pasti akan Sang Buah hati dengan nasihat ke 2 Orang Tuanya akan paham dengan apa yang di lakukan di dalam Mesjid. Itupun semua tergantung pola fikir masing-masing, karna manusia itu mahluk yang sempurna, dia berhak untuk memilih ingin menjadi malaikat atau Syaiton, dengan keyakinan masing2...
Ratu Rimba Niagara Memang tidak dinafikan kenakalan kanak-kanak menggugat kesabaran kita berjemaah di Masjid tambahan pula bila dekatnya Aidil Fitri...mereka bermain mercun...hingga ada jemaah muslimat yang terperanjat hingga melatah tika solat terawih...mana lagi dengar bunyi dum dam dum dam bunyi mercun yang kuat meledak lagi...mana lagi bunyi melatahnya jemaah muslimat lagi...memang tak kusyuk dibuatnya..benar-benar mencabar kesabaran kita mahu bersolat terawih...barangkali inilah dinamakan dugaan untuk mendapat ganjaran pahala solat Terawih....SABAR AJE LAH.....kanak....kanak...nanti jika kamu sudah besar baru kamu faham dan pasti kamu tergelak bila mendengar nenekmu melatah tika solat terawih....nakalkan kamu....
Ratu Rimba Niagara Kita semua pernah bergelar kanak-kanak...hidupnya tahu gembira je...berkawan...nakalnya Masya- Allah...tapi dalam kenakalan hendak juga pergi berjinak-jinak ke masjid ..bila sampai di masjid dikutuk di hina malah dipukul sambil mengatakan anak Syaitan bin Iblis oleh ahli masjid...kerana setiap kali dimalukan oleh ahli masjid dan mereka-mereka yang sempurna imannya ....kanak-kanak tersebut terus membenci ahli masjid dan yang lebih parah sekali membenci masjid sampai ke dewasa...dalam hal ini siapa yang hendak kita persalahkan?
Adakah ibubapa...ahli masjid..dan mereka yang sempurna iman?
Sepatutnya masjid tempat pendidikan ilmu tauhid di jiwa kanak-kanak. Jika kita dapat selamatkan tauhid mereka dengan hormat kita kepada mereka ..tunjukkan rasa belas kasihan dalam kasih sayang...pasti mereka tidak akan membenci masjid ...tidak menjauhi masjid.
Cuba kita perhatikan di gereja...mana-mana masyarakatnya yang tiada tempat perlindungan ...dialu-alukan datang ke gereja...di sana mereka yang teraniaya dilayan dengan penuh prihatin dan kasih sayang ...tiba masanya waktu sembahyang mereka ajak mereka ke gereja....mereka yang dilindungi bukan saja suka ke gereja malah menjadi menyebar agama kristian.
Alangkah indahnya jika semua masjid-masjid di Malaysia ini dijadikan tempat perlindungan bagi mereka yang terania ...ini tidak lagi dipandang hina ...dikutuk ...macamlah hina sangat mereka di mata ahli masjid dan orang alim ulama. Adakah ini cara pengajaran Islam. Sedangkan Islam ini indah dan menggalakkan penganutnya berkasihan belas di antara satu sama lain.
Jika kerajaan ambil perhatian mengenai perkara ini mengwujudkan pusat-pusat perlindungan kepada mereka yang hilang arah tujuan hidup segera ke Masjid...diberikan perlindungan dengan sepatutnya.
Barulah benar konsep masjid itu sendiri mengimarahkan masjid dengan kominiti masyarakat hidup saling bergotong royong dalam perkara-perkara kebajikan penuh dengan belas kasihan dan berkasih sayang kerana Allah Taala.
Ratu Rimba Niagara Begitu juga di sekolah Agama atau pondok tahfiz...samada dikelolakan oleh kerajaan atau swasta...ustaz dan ustazahnya ...garang-garang belaka...cara pengajaran mereka macam samseng ..bahasa maki hamun je...tak sesuai mengajar di sekolah agama....ada kah murid yang bebal (bodoh atau begok diambil jarum terus di cucuk ke cuping teling pelajar agama dan ustaz main sepak terajang je mulut pelajar yang sedang makan sampai tersebur nasi di mulut..memang tak peliklah ada ustaz mendera pelajar sampai mati pelajar itu dikerjakan. Dan memang tak pelik lagi kenapa bila pelajar dari sekolah agama bila dewasa menjadi bencikan agama Islam ...seumur hidup gara-gara ustazah dan ustaz yang macam samseng. Di sini siapa yang hendak kita persalahkan. Makanya penting kita semua memperbetulkan semua yang berbentuk kezaliman dalam diri kita sendiri agar dapat diperbetulkan pada masyarakat demi menyelamatkan tauhid anak-anak remaja kita. Moga Allah swt membantu kita dalam membetulkan kekhilafan kita melayani generasi yang bakal kita tinggalkan. Moga berkat kerjasama semua pihak generasi yang kita tinggalkan, berakhlak, iman berpasakkan ilmu tauhid yang kukuh kepada Allah swt maka tersebar luaslah ajaran Islam di serata dunia In Shaa Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin. 'HIDUP SENTIASA BERKASIHAN BELAS BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH TAALA BAGAIKAN TAMAN-TAMAN SYURGA INDAHNYA' - Rabeah Binti Mohd Ali SAHABATKU DITELAN BUMI BERSAMA ADIKKU!
Kata ibu aku anak yang nakal,
Pening kepala ibu melayani kerenahku;
Bukan niatku menjadi nakal,
Sudah lumrah kanak-kanak begitu.
Kesusahan keluarga tidak kupeduli,
Kerana ibu dan ayah terpisah sudah;
Aku bersedih kenapa nasibku begini,
Kebahagiaan keluarga semuanya musnah.
Biarpun ibu dan ayah tidak sehaluan,
Namun kumasih harap mereka bersatu;
Kuberjauhan setiasa rindu-rinduan,
Demi kasih dan sayang rasa tak jemu.
Rasa bahagia tinggal di sini,
Rumah Anak Yatim Madrasah Al-Taqwa;
Hidup kami saling sayang menyayangi,
Azam kami menjadi hamba bertaqwa.
Abang Zaid baik budi,
Kami dilayan seperti keluarga sendiri;
Hari-hari berbunga kasih suci,
Hingga ke mati tidak dilupai.
Kami bergurau senda setiap hari,
Bersenda gurau tidak terguris hati;
Bersahabat saling hormat menghormati,
Demi kerana Allah dicintai.
Setiap hari membaca Kalam Allah,
Memejam mata menghafal Al-Quran;
Ayat dibaca hafallah sudah,
Gembiranya hati dalam kesyukuran.
Baca Al-Quran berjubah dan berserban putih,
Berwangi-wangian setiap hari;
Hafalan Al-Quran menjadi mudah,
Gembiranya hati tidak terperi.
Solat berjemaah setiap waktu ,
Setiap seorang berpeluang menjadi imam;
Gembiranya kami apabila sampai waktu,
Syahdu sungguh mendengar suara imam.
Waktu Maghrib aku mengalunkan azan,
Penghuni bumi dan langit syahdu mendengar;
Gembiranya aku mengalunkan azan,
Doa penghuni bumi dan langit aku bersyukur.
Ustaz mengajar kami penuh kasih sayang,
Kami dianggap seperti anak sendiri;
Dunia akhirat kami ingin cemerlang,
Belajar bersungguh-sungguh setiap hari.
Kusayang abang dan adik-adik,
Di Rumah Anak Yatim Dan Kebajikan Madrasah Al-Taqwa;
Hidup kami seperti adik beradik,
Moga kami menjadi insan bertaqwa.
Suatu hari Amizan menelefon bapa,
Minta belikan beg sandang;
Setiap hari menunggu bapa,
Redha Amizan bapa tak datang.
Bilik kami dihias indah,
Dipenuhi dengan kad ucapan Hari Ibu;
Kata-kata maaf dan sayang penuh bermadah,
Hingga ke Syurga kami sayangkan ibu.
Kusayang adikku Iman sepenuh hati,
Iman mahukan jam dan minyak wangi;
Kuhadiahkan Iman sukanya hati,
Dipakai Iman setiap hari.
Sukanya hati kami dapat perhatian,
Daripada FINAS untuk raikan kami;
Kami gembira dalam kesyukuran,
Kerana ada yang sudi mengingati kami.
Berqiamulail kami di malam itu,
Syahdu sungguh abang Zaid membaca Al-Quran;
Kami semua menangis tersedu-sedu,
Menghayati Kalam Allah dalam kesyahduan.
Selepas solat kami berzikir,
Sambil berzikir menangis hiba;
Hal dunia kami tak fikir,
Melainkan Allah yang dipuja.
Habis berzikir kami bermaaf-maafan,
Sambil bermaafan berpelukan dalam tangisan;
Serasa kami tidak mahu dipisahkan,
Kalau sudah takdir kami redhakan.
Hari itu kami bersiap menyambut tetamu,
Tetamu yang dihormati lagi disayangi;
Sikap penyayang mereka sudahlah tentu,
Bertuahnya kami hidup disayangi.
Kemeriahan menyambut tetamu bertukar duka,
Kami berpelukan sesama sendiri;
Berzikir kami penuh hiba,
Relakan kami sehidup semati.
Sahabatku separuh badan ditelan bumi,
Menyuruhku selamatkan diri;
Aku menangis melihat sahabatku mati,
Moga dirimu Syurga menanti.
Sahabatku ditelan bumi bersama adikku,
Kusempat mencapai tangan adikku Iman,
Tapi apa nak buat cepatnya berlaku,
Pergi adikku Iman kulaungkan azan.
Duhai sahabat-sahabat dan adikku sayang,
Kalian dikebumikan dalam liang lahad yang sama;
Kenangan bersama terbayang-bayang,
Tunggulah kedatangan ku ingin bersama.
Pemergian kalian kutangisi dalam redha,
Kenangan bersama kuabadikan hingga ke mati;
Gembiralah kalian menikmati Syurga,
Sesungguhnya Allah memberimu darjat yang tinggi.
Karya: Ratu Rimba Niagara
22 Mei 2011
(Sempena Memperingati Pemergian 16 Orang Pelajar
Rumah Anak Yatim & Kebajikan Madrasah Al-Taqwa.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka) - Rabeah Binti Mohd Ali PANTUN IBU OH! IBU!
Diucapkan selamat hari ibu ,
Kepada ibuku tersayang;
Kami adik beradik menyayangimu,
Dunia akhirat tetap di sayang.
Dalam kandungan ibu berdoa,
Agar dikurniakan anak soleh soleha;
Bersyukur ibu melahirkan cahaya mata,
Seorang bayi yang amat sempurna.
Ibu berkorban nyawa membesarkan anak,
Besarkan anak tanpa harapkan balasan;
Kecilkan hati ibu berdosanya anak,
Di akhirat nanti mendapat balasan.
Anak dipelihara bersama ibu dan bapa,
Dididik dijaga dengan penuh kasih sayang;
Jerih payah ibu pelbagai rupa,
Namun sabar demi kasih dan sayang.
Biarpun penat tidak mengapa,
Asalkan anak semuanya terjaga;
Kebahagian anak ibu berdoa,
Moga ibu tempatnya di Syurga.
Derhakaku ibu kejamnya aku,
Kecilkan hatimu bukan kusengaja;
Sudah lumrah manusia begitu,
Moga Allah memberi hidayah sentiasa.
Bukan mahuku jadi anak derhaka,
Pengaruh kawan buatku begini;
Menagih mengedar dadah buatku celaka,
Lupakan nasihat ibu penjaraku di sini.
Kekhilafanku buat ibuku berair mata,
Berdoa ibu agar aku dilepaskan;
Menangis aku hingga bengkak mata,
Tapi kesalahanku tak akan dilepaskan.
Malunya aku berdepan dengan ibu,
Ke mana pergi tanganku bergari;
Sedihnya aku mencium dahi ibu,
Maafkan aku ibu membuatmu begini.
Biarpun aku jadi begini,
Namun ibu tetap kasihkan aku,
Ku salahkan diriku sendiri,
Kerana tak menghargai kasih ibuku.
Hidup di penjara amat memilukan,
Terkenang-kenangkan ibu dalam kerinduan;
Lukakan hatimu kutangis dalam sendan,
Penyesalan yang tak sudah aku kesalkan.
Kalau diulangkan masa mahu aku berubah,
Menjadi anak soleh sukakan hatimu ibu;
Tentu aman bahagia iman yang teguh,
Seteguh kasih sayangmu kasih sayangku.
Apa nak buat masa tak boleh diulang,
Aku tidak boleh membetulkan masa;
Moga anak di luar sana cari jalan pulang,
Pulang ke pangkal jalan demi hidup bahagia.
Hidup bahagia bersama ibu tercinta,
Balaslah kasih sucinya ibu;
Peluk ciumnya sebagai balasan cinta,
Pasti pilu dalam bahagia hati ibumu.
Apabila sudah jadi begini salah diriku,
Bukan salah ibu mengandung;
Aku yang khilaf mengikut nafsu,
Kejamnya aku membuat ibuku malang.
Bilamana ibuku berkunjung melawatku,
Aku dipeluk cium melepas rindu;
Kumenangis dalam syahdu,
Kutatap wajah ibu teramat pilu.
Aku menangis dalam sendu,
Ibu menangis dalam pilu;
Maafkan aku wahai ibuku,
Moga Tuhan merahmati hidupmu.
Ibu mengelap air mataku mengalir deras,
Ibu pujukku supaya bersabar;
Tabahnya hati ibu ku diambil tindakan tegas,
Ibuku tetap terimaku dengan sabar.
Masa berpisah amat memeritkan perasaan,
Bagaikan tersayat hatiku dalam luka;
Ibuku menangis penuh ihsan,
Dua beranak berpisah dalam cinta terluka.
Ibu oh! Ibu kusayang ibu,
Halalkan makan minumku;
Biarpun setitis air susumu ,
Doakan Allah terima taubatku.
Ibu oh! Ibuku tercinta,
Kasih sayangmu kuingat hingga ke mati;
Wangian cintamu bagaikan bauan Syurga,
Hingga hujung nyawa cintamu tetap diingati.
Karya: Ratu Rimba Niagara
8 Mei 2011
(DIILHAMKAN BERSEMPENA MENYAMBUT HARI IBU SEDUNIA)
46 minutes ago · Like - Rabeah Binti Mohd Ali RINTIHAN ITA PADA AYAH & IBU TERCINTA
'SYURGA PENGHUNINYA TAHU ERTI SYUKUR'
Ayah...ibu...
Ita sayang ayah ibu...
Sayang sesungguh sayang
Ita anak manja ayah ibu
Ita anak kesayangan ayah ibu
Pada ayah ibu ita bermanja
Hari...hari ita panggil ayah dan ibu sayang...
Sayang...sayang...sayang...
Sayang pada ayah ibu
Sehari tak cium ayah ibu
Rasa tak sempurna dunia ini
Bahagianya ita punya keluarga begini
Syukur ita pada Allah...
Karna kurniakan ita keluarga bahagia
Ayah ibu yang penyayang
Syukur....syukur...syukur...
Suka...suka...suka...
Sayang...sayang...sayang...
Hari-hari ita bahagia
Senda gurau dengan ayah
Bercanda dengan ibu
Ketawa...ketawa...ketawa...
Ita cium ayah ibu
Jika ita ada buat salah
Segera ita ambil tangan ayah minta maaf
Segera ita ambil tangan ibu minta ampun
Bilamana ayah ibu tak mahu ampun kan ita
Ita berulang kali lafazkan maaf pada ayah ibu
Hingga ita sanggup duduk bersimpuh di kaki ayah ibu
Karna Tuhan kata Syurga di bawah tapak kaki ayah ibu
Makanya ita tak mahu dosa ita tak terampun
Ampunkan ita ye ayah ibu
Janganlah disimpan dendam ayah ibu pada ita lama-lama
Itakan anak ayah ibu
Yang ibu kasih dan sayang
Karna ibu dan ayah saling mencintailah
Makanya lahirnya ita ke dunia ini
Dengan izin Allah...
Lahirnya ita ke dunia ini
Adalah lambang kasih sayang ayah dan ibu iyakan?
Makanya ita mesti
Syukur pada Tuhan dengan izinnya ita lahir ke dunia
Syukur pada Tuhan mengurniakan ayah dan ibu yang penyayang
Tapikan ayah..ibu...
Napa ye...bilamana ita nyatakan
Kesyukuran ita
Ingin membuktikan betapa ita
Hargai kasih sayang ita pada ayah dan ibu
Di lukisan yang ita ukirkan di mobil ayah
Yang baru ayah beli...ayah macam tak suka ...
Cuba ayah perhatikan ...penuh teliti ...penuh penghayatan...
Cantik ayah lukisan itu
Indah sangat
Seperti kita sekeluarga berada di Syurga
Kita sekeluarga menikmati permandangan di Syurga
Ayah memandu mobil sambil berzikir ...
Menyebut-nyebut nama Allah tanda syukur
Dikurniakan sebuah mobil untuk membawa
Kita sekeluarga ke Syurga...
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Indah...indah...indah....
Bahagianya kita sekeluarga hanya Allah saja yang tahu
Perasaan kita sekeluarga di kala itu ayah ibu...
Tapikan ayah ibu
Ita tersentak dari lamunan
Rupanya ita bermimpi
Yang kita sekeluarga berada di Syurga bersama mobil
Yang baru ayah beli...
Tega ayah memukul tangan ita
Melukiskan suasana tika kita sekeluarga di Syurga
Kenapa ayah?
Ita tak tahu itu satu kesalahan bagi ayah ibu
Ita sangkakan rasa syukur ita itu
Ayah dan ibu suka
Tapi tidak rupanya
Ita ayah pukul bagaikan
Ita ini seorang anak yang paling jahat di dunia ini
Allahu Akbar.....
Adakah ini dugaan bagiku Ya Allah...
Kasih setulus hati keberikan pada ayah ibu
Azab sengsara dibalas...
Aku mahu wujudkan dunia ini Syurga pada ayah ibu
Tapi ayah ibu balas dengan kebencian
Gara-gara aku ukirkan kasih sayangku di mobil ayah
Jika aku tahulah
Ayah ibu lebih mementingkan mobil
Daripada cinta Syurga dariku
Aku tak tega menjadi
Anak kepada ibu dan ayahku
Oh! Tuhan....
Yang aku agungkan setiap hari
Adalah kasih sayang
Aku bahagia hidup bersama
Hamba-Mu yang Kau kurniakan padaku
Ayah dan ibu
Aku sayangkan mereka berdua
Tapi Tuhan mereka lebih
Mementingkan harta dunia
Daripada aku sebagai anaknya
Aku redho aku tak punya kedua tangan Tuhan
Atas kekhilafanku melahirkan kasih sayangku di mobil ayah
Tapi Tuhan aku tak redho aku diperlakukan
Seperti haiwan yang tak punya hati dan perasaan...
Makanya Ya Tuhan
Aku tak mahu hidup memandang wajah ayah dan ibuku lagi
Karna bagi mereka aku anak yang jahat
Aku anak yang tak berguna
Aku anak yang tak tahu menghargai kedua orang tuanya
Makanya Ya Allah
Aku malu berhidup lagi di dunia ini
Tanpa redho-Mu
Tanpa redho kedua orang tuaku
Makanya Ya Allah
Kau ambil nyawaku
Agar puas hati ayah dan ibuku Tuhan....
Yang penting Kau tahu siapa aku Tuhan
Biarlah aku ke Syurga
Mendiami Syurga
Karna di Syurga
Penghuninya terdiri daripada hamba-Mu
Yang tahu arti nikmat Syurkur
Karya Ratu Rimba Niagara
11 Rabiulakhir 1434H
21 Februari 2012M
(KARYA INI DIILHAMKAN UNTUK YANG MENGHARGAI ARTI NIKMAT SYUKUR APABILA DIBERI ANAK YANG SOLEH/SOLEHA KARNA MEREKA ADALAH KURNIAAAN ALLAH YANG PATUT DISYUKURI SEHINGGA NAFAS TERAKHIR & ANAK ADALAH SAHAM AKHIRAT)
· - Rabeah Binti Mohd Ali PIAH AMAN DI SINI!
Terik mentari di padang bola itu membuatkan
tubuh kecilku kepanasan. Kepalaku sakit.
Aku panggil ayah.
"Ayah...!Ayah...! Piah pening ni...
Marilah balik...!" . Kupanggil ayah dengan
kasih sayang. Lama kupanggil ayah tapi ayah
langsung tidak memperdulikan panggilanku.
Ayah terus menendang bola sambil ketawa
dengan kawan-kawannya.
"Ayah....Piah panas ni... ayah...." jeritku
mohon simpati agar ayah menamatkan permainan
bola sepak dengan kawan-kawannya.
Aku duduk di padang setelah lama berdiri.
Tanpa disedari ayah sudah muncul di depan
mataku. Dia terus menghentakku berkali-
kali di padang rumput. Macam mana ayah
melecek bola macam itulah ayah lakukan padaku.
"Ayah...! Sakit! Sakit! Ampun ayah...
Ampunkan Piah ayah...! Piah tak buat lagi...
Sakit! Sakit ayah!" . Aku menangis sekuat
hati mohon disimpati ayah. Tubuhku yang
kecil ini manalah tahan diperlakukan
seperti bola.
Aku lemah tidak berdaya... suaraku sudah
tidak larat lagi hendak menjerit...
Aku hanya menangis menahan kesakitan yang
amat sangat! Tak guna aku minta simpati
pada ayah... ayah menendangku pula,
aku berguling-guling di rumput hijau yang
membahang panasnya. Kurayu pada kawan-kawan
ayah minta mereka manyelamatkan aku dari
didera malah raunganku disambut dengan hilai
ketawa oleh ayah dan kawan-kawannya.
Setelah aku tidak berdaya lagi, lelaki yang
bertopengkan syaitan itu melambungku tinggi
lalu ditendang sekuat hatinya. Aku terhentak
jatuh. Mereka semua mengenawakan aku.
Apa kamu ingat aku ini bola ke?
Dilecek... dihempas...ditentang... dilambung...!
Manusia apa kamu ini?
Mana letak mata hati kamu?
Binatang pun ada sifat penyayang.
Kamu ni bukan saja tak layak jadi manusia...
Jadi binatang pun tak layak?
Gelaran syaitan layak bagi kamu?
Kamu adalah syaitan bertopengkan manusia.
Belas kasihan di hati kamu memang tak ada
sebesar zahrah pun!
Akibat tendangan yang kuat itu , aku terjelepuk.
Berderai segala tulang belulangku hinggakan
aku sudah tidak bernyawa lagi.
Aku perhatikan ramai yang menangis kematianku.
Ibu menangis di atas kematianku tapi semuanya
sudah terlambat.
"Selamat tinggal ibu...biarkan Piah pergi bertemu
Tuhan dengan aman. Piah tak mahu susahkan ibu
lagi. Maafkan Piah ibu... kerana kelahiran Piah
di dunia telah menyusahkan ibu selama ini.
Buat rakyat Malaysia yang simpati dengan penderitaan
Piah dan sanggup menangis kerana Piah... Piah amat
terharu! Kalau Piah masih hidup, mungkin ketika
kejadian malang yang menimpa Piah pasti kalian akan
datang menyelamatkan Piah daripada manusia yang
bertopengkan syaitan itu kerana Piah pecaya kalian
adalah insan terpilih di bumi ini berhati murni.
Lihatlah kematian Piah ini ada hikmahnya. Ramai yang
membuka mata . Tak apalah biarlah Piah yang menjadi
mangsa penderaan ini asalkan kanak-kanak di luar sana
tidak akan menerima nasib malang seperti Piah.
Kepada yang salah pada Piah...Piah sudah maafkan tapi
Piah tak tahu samada Tuhan maafkan kalian atau tidak
hanya Allah saja yang tahu.
Piah aman di sini. Semua penghuni di sini sayang pada Piah.
Kasih sayang yang Piah tak dapat ketika di dunia.
Ibu...jangan sedih ya ibu...Piah aman di sini!
Ayah... Piah aman di sini!
Nenek... jangan risau ya nenek...Piah aman di sini!
Hidup di sini bahagia penuh kasih sayang tulus suci
yang Piah tak dapat tika berada di dunia!
Karya: Ratu Rimba Niagara
9 Julai 2011 - Rabeah Binti Mohd Ali PIAH MAAFKAN AYAH!
Piah...
Maafkan ayah...
Baru kini ayah tersedar dari lamunan mimpi ngeri!
Mimpi yang ayah ciptakan menjadi realiti!
Maafkan ayah Piah!
Ayah terlalu zalim pada mu nak...!
Ayah tak tahu syaitan mana yang telah merasuk ayah tika itu!
Tanpa belas kasihan melakukan yang tak sepatutnya ayah lakukan!
Maafkan ayah... Piah! Maafkan ayah Piah!
Benarlah apa yang Piah katakan ayah ni syaitan
yang mempertopengkan manusia?
Ayah akui itu... Ayah memang kejam Piah! Ayah kejam!
Ayah malu pada diri ayah sendiri! Pada Piah! Pada masyarakat!
Pada Tuhan terutamanya.
Adakah dosa ayah ini terampun?
Piah anak yang baik Piah!
Ayah sudah berlaku kejam pada Piah,
Piah masih mahu memaafkan ayah...
Memang selayaknya tempatmu di Syurga.
Piah...
Ayah sekarang ini telah terima hukum karma.
Ayah di penjarakan ...jika sabit kesalahan ayah akan terima hukuman...
Ayah dah redha kerana itu semua kesalahan ayah padamu nak.
Bila ayah kenangkan peristiwa kekejaman ayah pada Piah serasa
hendak tercabut nyawa ayah di badan!
Kalau dulu Piah meraung supaya dikasihani ayah
tapi kini ayah yang meraung Piah!
Hingga raungan ayah tiada siapa yang mendengar kecuali Tuhan.
Kalau dulu Piah sakit ditendang ...
Dihentak dan dilambung hingga jatuh
terjelepuk berderai tulang belulang Piah
tapi kini ayah setiap hari sakit sebagaimana
Piah sakit macam itulah ayah sakit!
Tulang belulang ayah ni rasa berkecai!
Setiap malam ayah tak dapat tidur menanggung
kesakitan yang amat sangat.
Ayah terbayangkan kesakitan yang Piah alami
di atas perbuatan ayah yang tidak perikemanusiaan pada mu Piah!
Ayah menangis mengenangkan kezaliman ayah pada Piah.
Hinggakan air mata ayah dah kering untuk ditangiskan kesalahan ayah pada Piah. Kesalahan ayah yang ayah sendiri tidak dapat maafkan!
Apabila teringatkan Piah ...
Ayah pasti,
menangis pilu
meraung kesakitan
menyalahkan diri sendiri
makan tak lalu tidur tak lena.
Kini ayah sudah menerima pembalasan
sebelum tiba di akhirat lagi.
Sekarang ni ayah terima pembalasan dari Tuhan...
Ayah kurus tak lalu makan
mata buta kerana menangis
bisu kerana meraung kesakitan
Ayah redha jika apa pun hukuman dunia
yang patut dikenakan kepada ayah
dan ayah pasrah jika ayah di masukkan ke neraka
tapi ayah mohon sangat-sangat agar Allah ampunkan
semua kesalahan ayah padamu Piah! Ayah terlalu insaf kini..
Ayah malu pada Tuhan kerana sesungguhNya Dia Maha Penyayang pada hambanya tapi ayah tiada sedikitpun ada sifat kasih sayang pada Piah malah menzalimi Piah!
Ya Allah ampunkan kezaliman yang telah kuperbuat kepada anakku Piah!
Terimalah taubatku ini Ya Allah!
Sesungguhnya Kau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.
Jika Kau mengambil nyawaku waktu ini aku dah redha tapi izinkan
aku bertemu dengan anakku Piah kerana aku ingin memohon maaf padanya
dan memeluknya dengan kasih sayang yang selama ini tidak kulakukan
ketika dia hidup di dunia ini.
Ya Allah Kau Perkenankan permintaanku ini.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya: Ratu Rimba Niagara
9 Julai 2011 - Rabeah Binti Mohd Ali PIAH MAAFKAN IBU!
Piah...
Maafkan ibu...
Pemergiaan Piah masih lagi terkesan di hati ibu.
Luka Piah...Lukanya terlalu mendalam!
Luka yang ditanggung ibu tiada kesembuhan!
Semasa ibu terima berita kematian Piah yang tragis
pada hari itu rasanya bagai nak kiamat dunia ini!
Langit seolah-olah menghempap ibu.
Ibu tidak sangka sama sekali kenapa ini harus terjadi?
Mana ibu sangka ayahmu berubah sikap menjadi sekejam
itu? Yang ibu tahu... dia begitu prihatin pada Piah.
Itu cuma sandiwaranya saja.
Sangkaan ibu meseleset sama sekali!
Di hadapan ibu dia layan baik Piah
tapi di belakang ibu dia lakukan sekejam itu.
Ibu tak sangka Piah...!
Benar-benar tak sangka kenapa ini harus terjadi.
Maafkan ibu Piah.
Semalaman ibu menangis pada hari kematian Piah.
Jenazah Piah ibu peluk erat-erat sambil mencium
pipi Piah yang sejuk itu.
Pipi Piah disimbahi dengan air mata kekesalan ibu.
Piah...kesalnya ibu ketika itu hanya Allah saja yang tahu.
Kesal kenapa ibu tidak memberi kasih sayang yang sepenuhnya
pada Piah di kala Piah hidup.
Ibu salahkan diri ibu Piah!
Betullah apa yang Piah kata kasih sayang
yang hendak dicurahkan sudah terlambat.
Ya... sudah terlambat Piah!
Selama ini ibu sibuk mencari wang untuk menyara hidup kita
sekeluarga. Sebab itu ibu hantar Piah pada nenek untuk
jaga Piah. Cuma sebulan sekali menjenguk Piah di kampung.
Ayahmu yang bekerja ikut suka hatinya sebagai pembantu
kedai runcit manalah cukup menanggung perbelajaan untuk
hidup di kota raya ini.
Tidak sangka pula perkara ini berlaku ketika Piah bercuti
sekolah. Ibu ingat nak bawa Piah pergi ke Zoo Negara
tapi belum sempat hajat ibu hendak membawa Piah jalan-jalan
ke Zoo Negara... begini pula jadinya.
Kalaulah ibu tahu akan ini jadinya...takkan ibu ambil Piah
di kampung! Tapi manalah ibu tahu Piah...apa yang sudah tertulis dalam Qada dan Qadar. Piah pergi tinggalkan ibu dengan cara yang menyayatkan hati ibu...dan menyayatkan hati semua orang.
Piah anak yang baik Piah!
Kelahiran Piah tidak pun menyusahkan ibu...
Tapi ibu yang tak tahu bersyukur dengan Kurniaan Allah
pada ibu mengurniakan anak sebaik Piah.
Kalau bolehlah diulangkan masa...
Mahu ibu pelihara Piah sebaik mungkin!
Menjadi ibu yang bertanggungjawab dan
menyayangi Piah ikhlas sepenuh hati
kerana Allah Taala.
Tapi itu cuma illusi yang tak akan menjadi kenyataan!
Maafkan ibu Piah!
Semenjak Piah tinggalkan ibu...
Tiada bererti lagi hidup ibu.
Hari-hari yang dilalui hambar
dan penuh kekecewaan.
Gambar Piah sentiasa di sini ibu.
Bila rindu ibu cium gambar Piah
seolah-olah ibu cium pipi Piah.
Alangkah bahagianya jika ibu lakukan
kasih sayang ini ketika Piah hidup?
Benarlah kata Piah, ibu sudah kelewatan
untuk memberi kasih sayang.
Inilah yang ibu tanggung akibat melalaikan
kasih sayang pada Piah anak yang terlalu baik!
Piah...
Ibu benar-benar rindukan Piah!
Barulah ibu faham perasaan Piah yang selama ini
ingin dimanja dan dibelai tapi ibu saja buat-buat
tak faham. Kejamnya ibu pada Piah!
Kasihan Piah tidak dapat mengecapi kasih sayang
dari ibu dan ayah.
Ibu dan ayah telah terima hukum karma.
Ibu dan ayah telah terima pembalasan dari Allah
akibat menzalimi anak sendiri.
Piah...
Ibu tahu Piah telah aman di Sana.
Memang patut Piah berada di Syurga
tempat yang penuh kasih sayang suci...
murni sesuci tempatNya balasan yang Allah
berikan kepada hamba yang dicintaiNya.
Piah...maafkan ibu...
Doakan agar Allah ampunkan dosa ibu yang lalai
memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.
Ya Allah ampunkan kesalahanku yang telah
kulakukan kepada anakku yang tidak berdosa.
Izinkan aku bertemu dengannya di SyurgaMu nanti.
Mahu kutebus segala kerinduan dan kasih sayang
yang sepatutnya kulakukan di masa hidupnya.
Ya Allah tolonglah perkenankan doa hambamu ini.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya: Ratu Rimba Niagara
9 Julai 2011 - Rabeah Binti Mohd Ali NAK MARI KITA SOLAT
nak mari kita solat nak...
tanda kita cinta Allah nak
Allah sayangkan kita nak
kita solat dibalas Syurga nak
mudah solat nak
kita solat dapat Syurga nak
rugi tak solat nak
kita solat Allah akan sayang sama kita nak
bila Allah sudah sayang kita
jiwa kita tenang nak
kita tak perlu lagi
sandarkan pergantungan hidup pada orang lain nak
memadailah Allah untuk hidup dan mati kita nak
Allah yang mengatur hidup dan mati kita nak
nak mari kita solat nak
selagi kita ada hayat
kita akan solat nak
di mana pun kita berada kita akan solat nak
kita sihat kita solat
kita sakit kita solat
kita berada di medan perang pun kita solat nak
nak jangan tinggal solat nak
nanti merana hidup kita nak
betapapun kita kaya
betapapun kita miskin
solat tak boleh ditinggalkan nak tanpa apapun alasan...
nak mari kita solat nak
jangan tinggal solat ye nak
solat pendinding kita daripada sebarang kejahatan
kita tak akan fikir yang jahat-jahat nak
semuanya kita fikirkan yang baik-baik
kita mahu kawan pun dengan orang yang baik-baik
janganlah bila dah mati
minta orang doakan roh kita dimasukan di kalangan orang beriman
sedangkan semasa hidup kita tak pernah solat nak
adakah Allah hendak memakbulkan doa mereka untuk kita nak
sedih kan nak jika jadi macam tu ...
makanya nak sebelum kita mati
kita solat ye nak ye...
kita ajak kawan-kawan kita solat
kita berjemaah di masjid sama-sama
biar sama-sama masuk Syurga
pasti bahagia kita ...kan3
kita punya keluarga, rakan sahabat taulan
semuanya ahli solat
ALLAHU AKBAR bahagia roh kita nak..
aman roh kita nak
tenang roh kita nak
tenang tika berjumpa dengan Allah tika solat di dunia
tenang juga tika berjumpa Allah semasa roh kita tinggalkan jasad kita nak...
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
itulah ketenangan yang hanya kita dan Pencipta kita yang tahu
betapa tenangnya kita di kala PERTEMUAN HAMBA DENGAN ALLAH nak...
kita solat ye nak
kita sentiasa berdoa pada Allah agar kita menjadi ahli solat seumur hidup kita ye nak
AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
Karya Ratu Rimba Niagara
12 Mac 2013
(DIILHAMKAN PUISI ,'NAK MARI KITA SOLAT' istimewa mereka yang bergelar anak permata hatiku) - Rabeah Binti Mohd Ali TERIMA KASIH RAKAN FBKU KARENA MEMAHAMI DUNIA SASTRAKU
Duhai sahabatku di benua sana
kehadiranmu
sebagai rakan alammayaku
telah diatur oleh Allah Azzawajallah
aku terima dengan rasa syukur kepada-Nya
Di kala tiada siapa yang sudi berkomunikasi dengan karya-karyaku
kaulah yang sudi memberi komentar
semangatku hampir lemah tak bermaya hendak menulis
terus bersemangat semula
kata-kata yang kau tuangkan sebagai idemu
begitu suci dan ikhlas seikhlas hatimu
hinggakan setiap komentar yang kau tulis
tersyahdu aku mendengarnya
bukan terpesona dengan pujian yang kau berikan padaku
tapi pujian itu adalah untuk Tuhanku Tuhanmu
yang menciptakan semesta Alam
tiada sedikit pun niat di hati ini
untuk berasa berbangga diri
agar aku disanjungi dengan karya-karya aku Meng-Agungkan Tuhanku
ada yang bilang aku menggunakan nama Allah untuk menjual karya-karyaku
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
tiada pernah terlintas pun dihati ini untuk begitu
terhenyak terhentak aku mendengar kata-kata mereka itu lalu kuremovekan mereka itu
daripada terus menerus merosakkan penaku untuk terus bertinta ..
Sejujurnya kukatakan
laman fbku adalah medan juangku bersastra
jadinya aku pastikan
yang menjadi rakan fbku
adalah pendukung dan pejuang sastraku
yang memberi impak yang besar dalam dunia sastraku
aku serius apa yang kukatakan ini
jika mereka tiada semangat setiakawan denganku sebagai rakan fbku
kewujudannya sebagai rakan fbku
aku tak tahu wujudnya dia
begitu juga dia
tanpa berbicara
dalam bicara bisu
semuanya bisu membisu
maafkan aku
Karyaku terpaksa berlalu pergi
tapi tiada berniat untuk memutuskan talisiraturrahim
di alam realiti jika ditakdirkan ketemu
talisiraturrahim masih mewangi sampai ke kubur sampai ke Syurga
In Shaa Allah AAmiin.
Moga rakan fb paham sastra adalah duniaku
makanya maafkan aku andainya sepanjang tempoh kau menjadi rakan fbku atau rakan groupku telah melukakan hatimu. Percayalah aku masih seperti dulu menyayangkumu
tidak berkurang sedikitpun ...yang ada bertambah rindu bertambah sayang biarpun sudah terpisah kasih didindingkan bayu mega senja alammaya.
ku doakan kalian bahagia dunia dan akhirat
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Rakan fbmu yang mengasihimu selagi nyawaku belum selesai,
Ratu Rimba Niagara
25 Syaaban 1434H
4 Julai 2013M
L E L A H . . .
Aaron Aziz
Menitiskan “Air Mata” dalam DOA adalah lebih indah nikmatnya. Kerana kita berkongsi rasa sedih dengan ALLAH.
Leo Mohamed Betul tu. Bro
about an hour ago via mobile · Like
Ratu Rimba Niagara MOGA AARON AZIZ PELAKON OMBAK RINDU MENJADI PELAKON YANG MEMEGANG WATAK HERO UNTUK FILEM KARYA RATU RIMBA NIAGARA..AGAR SAMA-SAMA PENONTON MENANGIS BERKONGSI KESEDIHAN DENGAN ALLAH BETAPA KITA SEMUA MAHU MENJADI KEKASIH-NYA AGAR PENGABDIAN KITA SEBAGAI HAMBA-NYA DIBALAS DENGAN CINTA-NYA. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
Ratu Rimba Niagara MOGA BERSAMA KITA DI SYURGA FIRDAUSI MEMANDANG ALLAH AZZAWAJALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
الله الله الله يا الله
لا إله إلاَّ الله محمد رسول الل
لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ
سُبْحَانَ اللَّهِ ♤ الْحَمْدُ للَّهِ ♤ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ♤ اللَّهُ أَكْبَرُ♤
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
أشهد أن لا إله إلاَّ الله و أشهد أن محمد رسول الله
~آمِيّنْ... آمِيّنْ.... آمِيّنْ.. يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ ~
MOGA SATU MASA NANTI
SAHABAT BIDADARI KU YANG RUPAWAN INI
MELAGUKAN LAGU-LAGU PUISI HASIL KARYAKU
YANG MENULIS KARYA LAGU PUISI MENANGIS
YANG MENYANYIKAN MENANGIS
YANG MENDENGAR MENANGIS
NUR HIDAYAH KASIH-NYA PUN DATANG
SUBHANALLAH INDAH-NYA SEMUA DAPAT HIDAYAH-NYA
DUNIA INI BAGAIKAN TAMAN-TAMAN SYURGA
MELAGUKAN LAFAZ CINTA ILAHI
MENG-AGUNGKAN CINTA ILAHI
MERINTIH MENANGIS PENUH SYAHDU UNTUK MERAIH CINTA-NYA
AGAR SEMUA CINTA PARA HAMBA-NYA DIBALAS ALLAH AZZAWAJALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
'HIDUP ADALAH MIMPI
MATI ADALAH REALITI
MAKA KITA REALITIKAN AKHIRAT
AGAR MENJADI FOKUS SEBENAR KITA BERHIDUP DI MUKA BUMI INI
MANALAH TAHU DENGAN RAHMAT KASIH-NYA KITA BERSAMA DI SYURGA FIRDAUSI MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH ITULAH REALITI-NYA YANG KITA IMPIKAN MENJADI KENYATAAN ' AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.'
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
25 Syaaban 1434H
4 Julai 2013
(KARYA ISTIMEWA UNTUK SAHABAT BIDADARIKU NAJWA LATIFF)
25 Syaaban 1434H - Rabeah Binti Mohd Ali KARYAMU ADALAH CAHAYA YANG BERSINAR DARI DALAM LUBUK HATI YANG PALING DALAM. AKU MENCINTAI KARYAMU SELAMANYA.
Imam Pujo Mulyatno Cipuk Karyamu adalah cahaya yang bersinar dari dalam lubuk hati paling dalam. Aku mencintai karyamu, selamanya.
42 minutes ago via mobile · Unlike · 1
Imam Pujo Mulyatno Cipuk Subhanallah... betapa indahnya puisi karyamu.
40 minutes ago via mobile · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara Subhanalalh
Syukur Ya Allah
Kau Kurniakan aku
Seorang hamba-Mu
Yang sanggup susah senang bersama karya-karya yang kutulis...
Kau berikan Nur Ramat Kasih-Mu padanya dan semua ahli keluarganya
Sepanjang hidup di muka bumi ini
AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
TERIMA KASIH RAKAN FBKU KARENA MEMAHAMI DUNIA SASTRAKU
Duhai sahabatku di benua sana
kehadiranmu
sebagai rakan alammayaku
telah diatur oleh Allah Azzawajallah
aku terima dengan rasa syukur kepada-Nya
Di kala tiada siapa yang sudi berkomunikasi dengan karya-karyaku
kaulah yang sudi memberi komentar
semangatku hampir lemah tak bermaya hendak menulis
terus bersemangat semula
kata-kata yang kau tuangkan sebagai idemu
begitu suci dan ikhlas seikhlas hatimu
hinggakan setiap komentar yang kau tulis
tersyahdu aku mendengarnya
bukan terpesona dengan pujian yang kau berikan padaku
tapi pujian itu adalah untuk Tuhanku Tuhanmu
yang menciptakan semesta Alam
tiada sedikit pun niat di hati ini
untuk berasa berbangga diri
agar aku disanjungi dengan karya-karya aku Meng-Agungkan Tuhanku
ada yang bilang aku menggunakan nama Allah untuk menjual karya-karyaku
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
tiada pernah terlintas pun dihati ini untuk begitu
terhenyak terhentak aku mendengar kata-kata mereka itu
lalu kuremovekan mereka itu
daripada terus menerus merosakkan penaku untuk terus bertinta ..
Sejujurnya kukatakan
laman fbku adalah medan juangku bersastra
jadinya aku pastikan
yang menjadi rakan fbku
adalah pendukung dan pejuang sastraku
yang memberi impak yang besar dalam dunia sastraku
aku serius apa yang kukatakan ini
jika mereka tiada semangat setiakawan denganku sebagai rakan fbku
kewujudannya sebagai rakan fbku
aku tak tahu wujudnya dia
begitu juga dia
tanpa berbicara
dalam bicara bisu
semuanya bisu membisu
maafkan aku
Karyaku terpaksa berlalu pergi
tapi tiada berniat untuk memutuskan talisiraturrahim
di alam realiti jika ditakdirkan ketemu
talisiraturrahim masih mewangi sampai ke kubur sampai ke Syurga
In Shaa Allah AAmiin.
Moga rakan fb paham sastra adalah duniaku
makanya maafkan aku andainya sepanjang tempoh kau menjadi rakan fbku atau rakan groupku telah melukakan hatimu. Percayalah aku masih seperti dulu menyayangkumu
tidak berkurang sedikitpun ...yang ada bertambah rindu bertambah sayang biarpun sudah terpisah kasih didindingkan bayu mega senja alammaya.
ku doakan kalian bahagia dunia dan akhirat
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Rakan fbmu yang mengasihimu selagi nyawaku belum selesai,
Ratu Rimba Niagara
25 Syaaban 1434H
4 Julai 2013M - Rabeah Binti Mohd Ali LIHATLAH LADANG KARYAMU SAUJANA MATA MEMANDANG!
Aku suka berladang
ladangku luas
seluas saujana mata memandang
Aku puas dengan hasil usahaku
aku tak gunakan jentera apa-apa
untuk mengusahakan ladang
aku hanya berbekalkan
semangat
cita-cita
dan harapan
Untuk menjayakan ladangku yang luas inilah
kugunakan cangkul
cangkul yang matanya hari-hari kuasah
bagi tajam agar senang aku menyangkul
Nak pikir dari segi logik
emangnya tak logik
tak masuk akal
bagi orang yang barakal
mana bisa hanya berbekalkan cangkul boleh mengusahakan
sebuah ladang yang terbentang luas
bersendirian
kesendiriaan
berhujan
berpanas
dihina
dijelekkan
yang ada kejian dan cacian
hingga kering air mataku
Berhujan kek
berpanas kek
ribut angin topan kek
apa kek lah
sampai tak ada kek lagi
setiap hari aku menyangkul
cangkul...cangkul...cangkul...
cangkul tanpa mengenal arti capek
jemu dan berputus asa
Semuanya bilang aku ini gila
ketawakan aku
segala usahaku tak akan jadi realiti
menjadi bahan ketawa
karna anganku yang tak masuk akal
Lalu ku tanya dunia
duhai dunia ...adakah kau sudi mendukung usahaku
satu dunia geleng kepala
satu dunia tak akan membantumu duhai cangkul
dunia hanya mampu ketawakan bila cangkulmu tumpul
dicangkulkan juga sepenuh daya
pasti tak menjadi usahaku bertanam di ladangku
Lalu ku tanya bumi
duhai bumi
bisakah kamu mendukung perjuanganku
bisa duhai cangkul
aku diutuskan oleh Tuhanku
untuk membantumu
karena kau berusaha sedaya upaya menggunakan cangkul
mengusahakan ladang yang luas
tengok tu ...
ladang karyamu seluas-luasnya
dan ladang karyamu sudah pun berhasil
sudahpun dipetik hasilnya
oleh jutaan pembaca ladang karyamu ...
mereka semua suka
mereka terharu
syahdu
merasai hasil tanaman karyamu
setelah makan hasil tanaman karyamu
lagi dimakan lagi tak jemu
sebagaimana kamu berkarya
lagi berkarya lagi banyak ide
kamu berbagi pada semua
tanpa mengira keuntungan duniawi
Makanya kau jangan bilang kau
akan tewas atas usahamu menyediakan
ladang karya nan luas ini
biarpun pada pandangan mereka
tiada mendatangkan hasil duniawi untukmu
anggaplah itu kata-kata orang-orang yang mendengki
apabila dia mendengki
dia dengkikan kamu
karna dia nggak bisa
berkarya berbakti pada manusia
sebab Allah tak ijinkan mereka berkarya
Allah ijinkan kamu berkarya
karna kamu bukan pentingkan keuntungan duniawi
yang kamu mahu ladang karya kamu luas dan hasilnya
adalah untuk anak cuu nusantara
Percayalah Allah redho hasil usahamu
janganlah bimbang percayalah yakinlah
Allah sentiasa bersama orang yang suka berbuat kebaikan
Cangkul yang kau gunakan
untuk mengusahakan ladang karyamu itu
akan menjadi saksi
di hari kematianmu
menyangkul bumi
dari Allah kau datang
dari Allah kau dikembalikan
Allah yang hidupkan
Allah yang mematikan yang hidup
Cangkulmu pasti akan tersenyum,
'Sehingga akhir nafasku aku berbakti denganmu duhai manusia
Sekarang kau kukebumikan
Selamat tidur dalam pelukan bumi
Selamat tidur di Taman Syurga
Selamat tidur Bidadari Syurga
Selamat menikmati suasana Syurga hingga hari Qiamat
kau akan dibangunkan agar dapat melihat wajah Tuhan
yang Menciptakan kamu bersama-sama dengan hamba-hamba
pilihan-Nya'
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
CETUSAN IDE DARIPADA RUBIANTO TANOTO ,'CANGKUL'
22 Syaaban 1434H
1 Julai 2013
`15 REJAB 1436H
4 MEI 2015
0 comments:
Post a Comment