Friday, 8 May 2015

SASTRA ANUGERAH ILAHI (124) LAKSAMANA HANG TUAH & HANG JEBAT PENCETUS KEGEMILANGAN INSTITUSI DIRAJA NUSANTARA ABAD KE 21 (BHG 4)


SASTRA ANUGERAH ILAHI (124) LAKSAMANA HANG TUAH & HANG JEBAT PENCETUS KEGEMILANGAN INSTITUSI DIRAJA NUSANTARA ABAD KE 21 (BHG 4)

Tifa Azizi commented on your post.
LAKSAMANA HANG TUAH & HANG JEBAT PENCETUS KEGEMILANGAN INSTITUSI DIRAJA NUSANTARA (BHG 1)
SKRIP ANTARA JEBAT DAN TUAH ERA MODEN
MAHIZAN HUSAIN:
...Continue Reading
Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat Salam Sejahtera kepada rakan2 grup sekalian Yang Mulia Mulia ini, daripada Pentadbir; DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA.
NAKHODA LANCANG KUNING DALAM ADAT KARAENG BAGI WANGSA BUGIS MELAYU.
Di Malaysia, khususnya Wangsa Bugis Melayu yang mengamalkan Adat Karaeng juga mempunyai mitos dan kepercayaan purba berkenaan LANCANG KUNING iaitu sebuah perahu besar rombongan atau sampan besar rombongan atau kapal rombongan. Mereka menggangap Lancang Kuning bukanlah sebuah kapal perang tetapi kapal yang membawa rombongan Sultan, Raja, Kerabat dan Pembesar sesebuah kerajaan/pemerintah purba. Berdasarkan catatan daripada Kitab Bugis Tua menyatakan bahawa Lancang Kuning adalah sebuah Kapal Pembawa Rombongan/Deligasi kerana perkahwinan, lawatan, penghantar utusan dan ufti sesebuah kerajaan/pemerintah purba. Lancang Kuning adalah sebuah kapal yang mempunyai rupa bentuk iaitu dimuncung kapal berkepala NAGA HIJAU dan dibawahnya terdapat sepucuk meriam bernama LELA NAGA, di bahagian hadapan adalah untuk pendayung-pendayung dan mempunyai tiga (3) tiang layar bernama SAYAP HELANG KUNING dan dibahagian belakang terdapat PANCA PERSADA iaitu merupakan rumah balai tempat bersemayam/duduk/kediaman bagi Sultan, Raja, Kerabat dan Pembesar dan dibahagian kiri dan kanan terdapat dua (2) pasang meriam kecil iaitu bilangannya sebanyak empat (4) pucuk atau meriam putar yang dipasang pada standar kapal Lancang Kuning, meriam kecil ini bernama LELA RENTAKA yang memiliki laras yang panjang dinamakan LELA RENTAKA JANTAN diletakan dibahagian belakang PANCA PERSADA manakala, LELA RENTAKA BETINA diletakan dibahagian depan PANCA PERSADA. Menurut catatan berkenaan meriam LELA RENTAKA BETINA digunakan untuk menghalang serangan musuh/lanun dalam jarak dekat dan meriam LELA RENTAKA JANTAN untuk menghalang musuh/lanun yang memburu kapal Lancang Kuning dari jarak jauh. Dalam Adat Karaeng bagi seseorang NAKHODA LANCANG KUNING dianggap sebagi seorang PAHLAWAN DI LAUT dan apabila, ia mendarat (DI DARAT) seseorang bergelar Nakhoda Lancang Kuning akan bergelar adat seperti berikut:-
Diantara Gelar Adat bagi Nakhoda Lancang Kuning iaitu:
(a) To’ Paduka Kelana Indera Pahlawan
(b) To’ Paduka Kelana Andeka Pahlawan
(c) To’ Paduka Kelana Lela Pahlawan atau,
(d) To’ Paduka Kelana Amar Pahlawan.
PENERANGAN : Sungguhpun demikian, mitos dan kepercayaan ini adalah dianggap sebagai cerita rakyat sahaja dan meriam LELA adalah hasil ciptaan bangsa nusantara sendiri sejak dahulukala.
Gambar2 yang dipamerkan sekadar infromasi sahaja.
Unlike · Comment · 
15 hrs · 
Like · Comment ·  · 22713


LAKSAMANA HANG TUAH & HANG JEBAT PENCETUS KEGEMILANGAN INSTITUSI DIRAJA NUSANTARA ABAD KE 21 (BHG 4)

#‎BiarSekalipunBergantiLangitDanBumiBiarpunTanahMenelanHambaHidupHidup‬
AkanHambaPastikanMELAYU kanTerusBertakhtaDiBumiBerdaulatIni!!!"


Ratu Rimba Niagara Perjuangan tuan hamba tak kesendirian , semua pendekar melayu berjiwa Laksamana Hang Tuah Hang Jebat akan bersamamu percayalah!!!!


INSTITUSI BERAJA :- MERUPAKAN KUNCI KESEJAHTERAAN DAN KEMAKMURAN RAKYAT DAN NEGERINYA.



MOGA ROH BAGINDA SULTAN MAHMUD SHAH DITEMPATKAN DALAM GOLANGAN HAMBA-NYA YANG BERIMAN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.


"Setiap hamba Allah yang sudah meninggal dunia jika diumpati apa lagi difitnah, tika hidup dapat membela diri, bilamana sudah meninggal Allah lah yang pembela bilamana Allah pembela tunggulah pembalasan yang maha dahsyat dari-Nya,"



PERSEMBAHAN BANGSAWAN DIRAJA GURINDAM JIWA UNTUK PARA KESATRIA DIRAJA SENUSANTARA

PERMATA SYURGA-MU

Bunda...
Nanda rindukan ayahanda

Sabarlah nanda...
Ayahandamu pergi di medan juang
Membela ibu pertiwi

Nanda...
Sudah dewasa nanti jadilah seperti
Ayahanda membela nusa dan bangsa
Demi kesejahteraan rakyat jelata

Bunda...
Adakah nanda dilahirkan kedunia ini
Untuk menjadi kasatria seperti ayahanda

Iya nanda...
Sudah dewasa nanti
Nanda mesti jadi seperti ayahanda
Seorang kasatria berjiwa rakyat
Kehidupannya didambakan untuk rakyat

Bunda...
Tidakkah bunda rasa kesepian
Tanpa ayahanda dan nanda nanti
Jika nanda juga jadi kasatria
Seperti ayahanda...bunda...

Duhai nanda...
Karna ayahandamu
Seorang kasatrialah
Bunda jatuh cinta padanya

Bunda...
Apakah itu namanya cinta bunda...
Ditinggalkan seperti tidak dimiliki cinta bunda...

Nanda...
Itulah namanya cinta sejati
Biarpun terpisah jauh dengan ayahanda
Tapi hatinya telah menyatu di hati bunda
Hingga ke nafas terakhir ...nanda....

Bunda...
Sungguh suci hati bunda...
Bertuah ayahanda
Memiliki cinta seperti bunda
Yang meletakkan cinta kepada
Kehidupan rakyat mengatasi segalanya
Percayalah bunda cinta bunda...
Nanda janji tidak akan nanda
Persiakan...nanda bersumpah akan
Meneruskan percintaan bunda
Mematrikan cinta bunda dan ayahanda
Dengan kehidupan nanda juga seperi ayahanda
Akan nanda dambakan kepada
Kehidupan rakyat yang harus dibela
Selagi jantung kasatria nanda berdetak
Sehingga ke tetesan darah terakhir!
Itulah lambang cinta bunda pada ayahanda?

Nanda...
Nandalah sebenarnya lambang cinta
Bunda dan ayahanda
Makanya nandalah
Permata Syurga
Kurniaan Allah
Tuk ayahanda dan bunda

Syukur Ya Alllah
Atas Kurniaan
Permata Syurga-Mu
Tuk semua keluarga kasatria
Di bumi-Mu ini

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
10 Jun 2012



MENYAHUT PANGGILAN SEMBOYAN PERJUANGAN IBU PERTIWI MU!


Duhai nanda pertiwiku
Biarpun bunda bukan lahir di bumi bertuah Indonesia
Tapi bunda ditakdirkan untuk menyayangi negaramu
Bunda tak tahu kenapa
Darah yang mengalir ditubuh bunda ini
Serasa denyut nadinya seiring dengan ibu pertiw mu
Serasa roh pertiwimu memanggil-manggil bunda
Untuk menyahut semboyan perjuangan di bumimu
Roh-roh suci pejuang negaramu yang telah lama bersemadi
Hidup dalam jiwa bunda
Mahu bunda teruskan perjuangan mereka
Bersama-sama dengan para pejuang di bumimu
Mahu bunda lupakan panggilan semboyan perjuangan itu
Lagi bunda ingin memadamkan
Lagi membara-bara gelora api perjuangan
Biarpun bunda tidak ditakdirkan lahir di bumi Indonesia
Tapi bunda ditakdirkan untuk menyahut panggilan ibu pertiwimu
Dan bunda redho karena itu takdir-Nya
Biarpun bunda tidaklah segagah pahlawan-pahlawan di medan juang
Izinkan bunda berpena bertintakan darah dan air mata bunda
Untuk sama-sama berbakti kepada ibu pertiwimu
Moga perjuangan suci bunda ini jangan sekali disalah artikan
Dan sudilah terima perjuangan suci bunda ini sesuci perjuangan
Para pejuangmu yang masih hidup atau yang telah mati di medan juang!

Karya Putri Rimba Niagara
24 Mei 2012

Andi Surya:

Bundaku adalah ibu pertiwi
Digenggam rembulan dan matahari
Tak pamrih memberi
Inspirasi dan motivasi
Membangun negari
Hingga kini
Di sini
Di hati
Pertiwi...

(PETIKAN DARIPADA GALERI SASTERA RATU RIMBA NIAGARA)
4 Syawal 1434H
11 Ogos 2013M



JALAN PULANG KE PANGKUAN ILAHI

bagai akar
yang tercabut
bagaikan dicabut taring
Sang singa mengaum
Di kala taring sang singa dicabut tanpa ehsan
Ngaumannya bertambah syahdu
Bagaikan si pungguk merindukan rang bulan
Dan lorong-lorong menuju
Jalan pulang ke Pangkuan Ilahi
Terbuka seluas-Nya
Pada semua yang mahu mengambil ikhtibar
Akibat dendam yang membara di lautan api membahang!

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
18 Julai 2012




AKU MENITIP LAYAR PERAHU-MU

Aku menitip layar perahuMu
pada laut jiwa Syamtan yang semu
tika rindu baru bangun di mata Kablan
meniti antara qalbi Syusha

Bilamana aku menitip layar ke perahu-Mu
Aku kirimkan rindu tanpa jemu pada-Mu
Agar KAU dapat membalas cintaku
Tanpa jemu mencintai-Mu dan merindui-Mu
Itulah sebuah pelayaran
Yang mesti kumuat saratkan bekalan akhirat
Moga ada Nilaian Di Sisi-Mu
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin


KARYA: PUTRI RIMBA NIAGARA & RAJENDRA NATH TAGORE
15 Julai 2012



GURINDAM SEORANG KESATRIA BERJIWA RAKYAT ..."
Laksamana Mas's status.


Putri Rimba Niagara shared Laksamana Mas's status update.

Laksamana Mas:

Putri Rembulan apa khabar mu,...
Gelanggang ini semakin berkecamuk hebat
Mereka seperti tidak mengenal aturan2 ksatriaan
Mulai ada yang menyerang di tengah malam

Agaknya akupun tidak bisa menghindari
Kancah pada malam hari, tak ada sedikitpun
Gentar di hati ku, tetapi aku punya keterbatasan
Di malam hari, apalagi aku harus berlaga dengan

Melindungi keselamatan orang2 ku
Duhai Dinda Ayu Putri Rembulan
Kanda menyampaikan satu
Keadaan di medan laga

Mari bersama mengabdi Dinda
Terangilah malam2 ku hingga subuh tiba
Bhakti ini untuk masa lalu, saat ini dan masa depan
Mari bersama ku menari dan saling melindungi

Dinda Ayu Putri Rembulan
Kanda memerlukan bantuan dari mu

"Takdir Para Ksatria"
By Laksamana Mas



CINTA ANAK CUCU PADA KSATRIA TERBALAS JUA

Duhai kanda ksatriaku
Nun berada di negeri rakyat jelata
Mengabdikan diri untuk rakyat
Di jiwamu yang ada
Rakyat...rakyat...rakyat...
Rakyat yang kanda pentingkan
Pagi petang siang dan malam
Urat sarafmu tenagamu pemikiranmu
Adalah untuk rakyat
Hidupmu didambakan pada
Kepentingan rakyat
Kepentinganmu kanda lupakan
Bagimu apalah ada kebahagiaan sendiri
Sedangkan rakyat derita menjalani kehidupan
Tak akan kanda biarkan rakyat derita
Akan kanda bela sehabis daya ...sehabis mampu
Kanda mengabdikan diri untuk rakyat
Bersama rakan ksatria yang lain
Kanda perjuangkan hak rakyat
Nyawa jadi taruhan
Biarpun musuh durjana
Ada di mana-mana
Tapi anak busur saktimu
Akan sentiasa siap bersedia untuk
Di tujukan pada sasaran
Sebagai menepis
Kedurjanaan musuh durjana
Maka setiap langkah ksatriamu
Adalah langkah dinda juga
Walaupun dinda tiada di sisi kanda
Dinda selalu mendoakan
Segala niat suci kanda berjaya
Dan segala pengorbanan kanda
Dibalas-Nya dengan syahid
Dibalas-Nya dengan cinta bidadari
Yang menunggumu di Syurgawi

Tika bulan purnama indah mengambang
Anak cucu melambai-lambaikan tangan
Tanda rindu mereka padamu bersama bidadarimu
Dan kanda tersenyum penuh syahdu penuh syukur
Perjuanganmu diteruskan oleh generasi Rumpun Melayu Nusantara
Dalam menjalani kehidupan yang bahagia
Di bumi ibu pertiwi tanpa ada musuh durjana
Ibu pertiwi senyum menyaksikan
Cinta anak cucu pada ksatria terbalas jua
Purnama di malam itu
Begitu indah
Diserikan dengan bintang-bintang bergemerlapan dan berpelangi
Seakan berpesta di kanvas langit malam
Berpadu cahaya bulan bintang dan pelangi
Berpadu pula cahaya Nur Iman di kalbu penghuni bumi
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Indahnya di kala itu
Hanya yang mengerti memahami penuh keimanan

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
18 Julai 2012



GURINDAM SEORANG KESATRIA BERJIWA RAKYAT


BALASLAH BAKTINYA DENGAN SYURGAMU


Subhanallah
sejuk perut ibumu
mengandungkanmu
melahirkanmu
membesarkanmu
mendidikmu
dengan ilmu dunia
jua ilmu akhirat
kau menjadi
anak yang soleh

Alhamdulillah
Syukur padaNya
kerana dikurniakan
seorang anak
yang berjiwa pemimpin
sanggup berkorban
demi rakyatnya
suka duka bersama
derita rakyat
air mata rakyat
pemasalahan rakyat Nusantara
ingin dikongsi bersama
lalu difikir
diselesaikan dengan
semampu mungkin
sekudrat pemikiran
diperah habis
peluh setitik
tidak dipersiakan
kerana terlalu
amat berharga
untuk rakyat tersayang
untuk negara tercinta
maka bergemalah
lagu patriotik
'Kusayaang Rakyatku DemiNya'
di setiap pelosok daerah
di bawah pimpinanmu
dan disahut penuh gemuruh
lagu rakyat untuknya
'Pemimpin Kasihmu Abadi Di Hati Kami'
Dan siapa yang mendengar
pasti mengharu-birukan kalbu
lalu menangislah
pemimpin kesayangan rakyat itu
bersama-sama dengan rakyatnya
lalu mengundang rahmat
Tuhan Yang Menguasai Langit Dan Bumi
Suasana sepi seketika
Bertafakur dalam kesyukuran padaNya

Allahu Akhbar
Dengan KebesaranMu Tuhan
Kau Kurniakan seorang pemimpin
Berjiwa Rakyat
Kami Syukuri Dalam Sujud!

Kami sayang pemimpin kami
Hadirnya kami hargainya
Perginya kami iringi doa restuMu
Kau balaslah segala bakti ikhlasnya
Dengan SyurgaMu
Dan kami ingin bersamanya di Syurga juga
Amin Ya Rabbal A'Lamin

Karya: Putri Rimba Niagara
18 Julai 2012



DI BELANTARA PENUH ERTI
PERJUANGAN SEDIA BERBAKTI

Di daerah ini
kedengaran bisikan suara sayu
masih ada pengemis rindu
di belantara penuh erti
menanti di sini suatu yang abadi
memaksa aku mentafsir sesuatu
yang belum pasti

Apakah ini noktah terakhir
dalam erti perjuangan
telah sedia berbakti
di hujung hari
penantian bait-bait resah
mampukah aku
melarik rasa mengukir kata
untuk aku dambakan
betapa pun penuh onak dan duri
kulangkahi jua sedayanya.

Lantas
menghitung lagi aku
mengukur keupayaan di hujung usia
untuk esok yang belum pasti

By: Mutiara Pagi
17 Julai 2012



FANTASI AKAN MENJADI REALITI

Di belantara rimba niagara ini
Semua penghuni rimba
Saling berkorban
Demi sebuah perjuangan suci
Demi sebuah kedamaian dan keharmonian
Seluruh penghuni rimba
Pada Ratu Rimba Niagara
Disandarkan segala harapan
Hasrat suci murni
Teruskan perjuanganmu duhai Ratu Rimba yang disayangi
Sepenuh jiwa raga kami
Kami sentiasa menyokongmu
Di sebilang waktu dan masa

Perjuanganmu suci murni
Kau rela pertaruhkan nyawamu untuk kami
Dan kami rela pertaruhkan nyawa kami untukmu
Itu sumpahmu
Itu sumpah kami

Tinta-tintamu yang Ratu Rimba
Curahkan di kanvas alam maya
Untuk dibaca oleh semua penghuni alam maya
Kami bingkaikan indah dan dipamerkan
Di Galeri Istana Rimba Niagara
Agar menjadi khazanah
Warisan Bangsa Rumpun Melayu Nusantara

Kami bangga dengan perjuanganmu Ratu Rimba Niagara
Kau lupakan kepentinganmu sendiri
Kau berbakti tak kira masa
Berbahasa penuh santun penuh kasih sayang
Tapi kau tetap juga dihina oleh mereka yang durjana
Kau senyum dalam duka
Kau menyambut penghinaan itu dalam redha
Dan kami terseksa
Dan kami bersumpah
Dan tak akan izinkan sesiapa melukakan hatimu lagi

Duhai Ratu Rimba Niagara Yang Dikasihi
Di Rimba Niagara inilah
Tempat bertunasnya
Cinta kasih dan sayang setulus hati
Tak akan ada kepalsuan cinta kasih dan sayang
Semuanya setulus hati
Tak akan ada cemburu
Dan dendam membara
Dan tak akan ada bahasa-bahasa yang menyakitkan hati
Semuanya berkata seiring hati
Bertutur dalam bahasa nan indah-indah
Pabila mendengarnya
Pasti tenang roh dan jasad
Seakan kita berada di Taman-Taman Syurgawi

Maka dari itu Ratu Rimba Niagara
Berpenalah semahumu
Kami sentiasa akan menyokong/memberi dukungan padamu
Dan apa yang Ratu Rimba cita-citakan
Akan kami realitikan dengan izin-Nya jua

Percayalah Ratu Rimba Niagara
Bilamana Allah Azzawajallah mengatakan
KUN FAYAKUN
Yang fantasi akan menjadi realiti
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
17 Julai 2012



Ratu Rimba Niagara shared Akademi Kajian Rantau Nusantara - AKAR's photo.

PESANAN TOKKU PALOH


"MAKA TINGGALKANLAH DUNIAMU DAN BELAYARLAH MENUJU TUHANMU. JANGANLAH SEKALI-KALI ENGKAU MELABUHKAN SAUH KETIDAKPASTIAN ITU BIARLAH APA KATA MEREKA PADA DIRIMU. BERHIJRAHLAH, BELAYARLAH MENUJU TUHANMU KERANA KAULAH MELAYU"


Khairul Hizam Maaf bertanya...kata2 tok ku paloh ni ada dlm kitab mana ye? Tq

Rohaizad Aizad Dlm maksud tokku paloh ni...maka marilah kita tegakkan layarnya


BANGUNLAH SATU DUNIA DI MANA SEMUA BANGSA HIDUP DALAM DAMAI DAN PERSAUDARAAN' BUNG KARNO


FOKUS DAN STRATEGI MESTI TEPAT PADA SASARAN BARU BERJAYA
INSYA-ALLAH AAMIIN


Dewata Majnun Hang Jebat adalah penuntut keadilan.

Ratu Rimba Niagara Termasuk juga Hang Dewata Majnun penuntut keadilan sebab itu tubuhkan grup Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara). Moga grup ini mencapai misi dan visinya dan selalu bertabah hati demi sebuah kejayaan anak bangsa. Aamiin.


TERIMA KASIH BUAT SEMUA PARA PEJUANG SASTRA RATU RIMBA NIAGARA YANG BERADA DI SELURUH BUMI NUSANTARA , KALIAN ADALAH KURNIAAN ILAHI UNTUK MENYOKONGKU KERANA PERJUANGANMU ADALAH SASTERAKU.

Alisma Saya suke,,,,,saya suke

Ratu Rimba Niagara Makasih ya karena suke jika dijadikan filem atau teater bolehlah nonton ya...hehehe


PETIKAN WALL GRUP TAK AKAN HILANG MELAYU DI BUMI ,
SRI PEMANGKU ADAT, KEBANGKITAN BANI JAWI (NUSANTARA), MELAYU BANI JAWI, THE PATRIOTS & PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA


PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
19 REJAB 1436H
8 MEI 2015

0 comments:

Post a Comment

 
;