Sunday, 3 May 2015

SASTRA ANUGERAH ILAHI (90) ADIPUTRA PERMATA SYURGA


SASTRA ANUGERAH ILAHI (90) ADIPUTRA PERMATA SYURGA
RECENT ACTIVITY
Budak ni ada kahsaf..
  • You and 46 others like this.
  • Abdul Rauf Anuar Tahniah...
    2 hrs · Unlike · 2
  • Ahmad Najmi Adiputra
    2 hrs · Unlike · 2
  • Harith Abd Rahman TAHNIAH.... semoga ilmu yang ada dapat disalurkan sebaiknya... mudah2an Melayu Bani Jawi dapat di bangkitkan
    2 hrs · Unlike · 2
  • 2 hrs · Unlike · 2
  • Fairuz Bin Kamarulzaman Tapi dia ni bukan yg kena tangkap kat london tu kann?
    2 hrs · Like · 1
  • Shah Sunan AL-Bugis Genius malaysia yg dibekukan....
    2 hrs · Unlike · 5
  • Norazman Bin Rosnin Bukn dia yg kene tangkap at london.. Adiputra masih dekat Malaysia.. dia skrg jadi seorg yg bnyk buat program matematik bagi pljr2 sek..
    2 hrs · Unlike · 3
  • Fairuz Bin Kamarulzaman Alhamdulillah
    2 hrs · Unlike · 2
  • Zarrif Zuhdi budak ni bguih..tp knapa xorg nk angkat dia?!dgr kta smpai dia xdak sijil apa pun..apakah gara2 dia penah menasihat sultan satu ketika dulu?!
    2 hrs · Unlike · 2
  • Norazman Bin Rosnin Yup dia xda sijil. Malh xdiiktiraf.. sbb tidak ada kelulusan... SPM pon xda.. bagusnya dia mampu ajar student PHD.. smpi tersiap la buku2 teori mudah matematik yg dia cipta untuk bagi pljr sek smpi la student2 U..
    2 hrs · Unlike · 3
  • Syahrul Nizam Budak nie kena tahan kat london gara2 fitnah dia simpan bahan pronografi kanak2...tu smua fitnah...
    1 hr · Unlike · 2
  • Zarrif Zuhdi kiranya budak ni kna beng laa kn?!mmg depa bg idup budak ni merana laa kiranya..
    1 hr · Unlike · 2
  • Harith Abd Rahman So... macam mana kita boleh bantu adik ini ? Ada pandangan atau sesiapa yg boleh bantu ?
    1 hr · Unlike · 2
  • Norazizi Md Nor ALHAMDU
    1 hr · Like · 1
  • Zarrif Zuhdi ini lah dia bangsa melayu..jatuhnya melayu di sebabkan hasat dengki y tinggi..
    1 hr · Unlike · 2
  • Zarrif Zuhdi y benar d tindas y salah d sanjung
    1 hr · Unlike · 2
  • Syahrul Nizam Mana2 budak2 genius kat malaysia nie ade je kena fitnah...kesian mereka...
    1 hr · Unlike · 3
  • Dua Wira Aku heran dgn admin ni budak ni dia kata khasyaf? Pelik btl admin ni tak reti bab lagu ni nak sembang jg
    1 hr · Like · 1
  • Norazizi Md Nor bukan tindas, simpan dulu, smpai masa keluarkan sja, bru lh org akan ikut, 
    siapa sanggup keluar dr PAPAN CATUR FREEMASON? DH KAU BERUSAHA N BUAT?
    1 hr · Like · 1
  • Norazman Bin Rosnin Yg dekat luar negara to umur 20+... Adiputra baru umur belasan tahun. Dia mana ada kelulusan. Xbljr luar negara pon.
    1 hr · Unlike · 2
  • Norazizi Md Nor org kata nk idup kena ada SIJIL? NK BIJAK KENA ADA SIJIL? yg BIJAK SE BIJAK2 NI TAK DE PUN SIJIL? KAU ORG CARI APA NGAN SIJIL NI?
    1 hr · Like · 2
  • Norazizi Md Nor amat lh bodoh kunun ada sijil itu n ini, tp x tau sijil utk apa?
    1 hr · Like · 1
  • Syahrul Nizam Puak freemason ade agenda lain...mereka sengaja fitnah adiputra nie..ade sbb tertentu...
    1 hr · Unlike · 3
  • Norazizi Md Nor keluar dr pekara BODOH ni, x ada makna LANGSUNG SIJIL, DIPLOMA, IJAZAH N PHD... PEMBOHONGAN DUNIA yg NYATA... KAU KEJAR 'KERTAS' ni utk apa? melayu makin lama, makin BINGAI KERJA N KERJA KERANA KERTAS.
    1 hr · Unlike · 5
  • Syahrul Nizam Betul tu tuan Norazizi Md Nor...ape la sgt dgn kertas tu?
    1 hr · Unlike · 3
  • Syahrul Nizam Contoh nya...rmai pelajar lepasan universiti menganggur..
    1 hr · Like · 2
  • Harith Abd Rahman Adakah ianya disebabkan adiputra adalah melayu bani jawi ?
    1 hr · Like · 1
  • Harith Abd Rahman Pensijilan itu untuk kelangsungan hidup dewasa ini.
    1 hr · Like
  • Norazizi Md Nor kejar kertas, smpai kau org semua LUPA KEJAR mcm mana nk kenal DIRI N TUHAN, sbb dlm USIA YG SINGKAT, yg kau memasing cri DUIT.. DUIT NI TUHAN KE PD KAU MEMASING?
    1 hr · Unlike · 5
  • Norazizi Md Nor sape kata sijil 2 utk HIDUP , bmakna KAU TAK MENGAKU BAHAWA, TUHAN yg bg kau hidup
    1 hr · Unlike · 5
  • Harith Abd Rahman Untuk kelangsungan hidup bukan untuk hidup
    1 hr · Like
  • Dewata Majnun Bdk ni mmg x layak dpt sijil. Tp mungkin layak dpt nobel. 
    1 hr · Like · 1
  • Shah Sunan AL-Bugis Inilah salah satu petanda akhirulzaman....apabila yg haq dinafikan dan yg bathil diagung2kan....konsep dajjal...!
    1 hr · Unlike · 2
  • Zaki Zaif dulu dia pernah keluar statement kononnya dia otak ferari..kenapa nak kena belajar dengan budak2 yg otak kancil...
    mungkin dia genius kat matematik...tapi jalan yang dia pilih sendiri yang dah makan diri dia...budak2 yg sebaya dia sekarang pon dah form
     4...kalau lah dia bersabar mungkin dia dah cipta nama di peringkat dunia berbanding apa yang dia capai sekarang...

    banyak pertandingan matematik peringkat dunia yang diadakan untuk budak skolah contohnya international math olympiad....yang genius matematik yang kena tahan kat london tu pon pernah masuk pertandingan ni la...sekarang da belajar kat imperial college (sebelum kena tahan)
    1 hr · Like · 1
  • Dua Wira Kejayaan didunia ni bukan sijil atau segulung ijazah diperlukan. Semuanya kurniaan allah sijil atau ijazah tu sekadar usaha je nabi dulu tak sekolah pun raja2 dulu sekolah dimana? Menteri dan laksamana dulu tu sekolah kat mana ya dia org tu banyak hidup atas pengalaman la so boleh je berjaya so kejayaan allah yg beri
    1 hr · Like · 2
  • Zaki Zaif ramai graduan menganggur sebab sikap graduan tu sendiri...jangan ingat graduan sekarang cam graduan dulu...orang pointer 2.++ pon dah boleh bergelar graduan...padahal kualiti???

    dlu ada budak opis ade degree bagai..tapi english hampeh n buat keje pon lembab semua...boleh plak ada hati nak demand gaji & promotion hanya sebab dia ada degree...
    1 hr · Like · 1
  • Harith Abd Rahman Mungkin adik ini dan bapanya tidak tahu jalan mana yang patut dilalui.
    1 hr · Like
  • Rabeah Binti Mohd Ali ADIPUTRA PERMATA SYURGA

    Adiputra Permata Syurga 
    Anugerah Ilahi...
    untuk seluruh 
    ummat Nabi Muhammad saw
    di akhir zaman

    Aditputra adalah pewaris Bani Jawi
    yang ada di bumi nusantara berbangsa melayu

    Adiputra dikurniakan Allah SWT 
    ilmu laduni 
    dalam bidang matematik
    yang tidak berikan kepada kanak-kanak lain

    Mengikut hukum akal yang lojik
    mana mungkin budak yang berusia 5 tahun
    boleh mengira dengan pantas 
    darap bahagi campur tolak peratus 
    apa saja tentang matematik
    dapat dijawab dengan begitu mudah, pantas dan tepat
    dia mampu mengajar student PHD.. sehingga berjaya ,menyiapkan buku-buku teori mudah matematik yang dia cipta bagi pelajar sekolah sehingga pelajar universiti..
    sekarang jadi seorag yang banyak membuat program matematik bagi pelajar sekolah rendah, menengah dan pelajar PHD

    Adiputra seorang yang tidak kedekut ilmu 
    yang diKurniakan Alllah swt kepadanya
    dia berkongsi ilmu sebanyak mana yang diperolehi
    kepada bangsanya agar menjadi bijak matematik
    dulu dia pernah berkata dia otak ferari.manakan sama otak kancil
    bukan dia mendabik dada 
    tapi jika difikir ada benar katanya
    ferari manakan sama dengan kancil

    Sepatutnya kerajaan iktirafkan
    Adiputra aset negara yang paling berharga
    apa yang dicitakan Adiputra 
    diberi sokongan 
    realitikan cita-citanya
    cita-cita Adiputra,
    mahu menjadi seorang saintis yang hafiz Al-Quran,
    tapi sayang seribu kali sayang kerajaan Malaysia tidak menghargai kebijaksanaan Adiputra permata Syurga yang dikurniakan Allah ilmu laduni...

    Itu semua tidak sama sekali melemahkan semangat Adiputra...
    walaupun kerajaan tidak mengiktirafnya dengan apa jua sijil yang menjadi syarat kelayakan beliau mendapat PHD dalam bidang matematik dan sains.

    Apa ada pada sijil yang diiktirafkan oleh manusia jika hendak dibandingkan Ilmu Laduni kurniaan Allah.
    Matlamat hidup bukan untuk manusia tapi tanggungjawab sebagai khalifah Allah.

    Sebaik-baik manusia adalah yang banyak memberi manfaat kepada orang lain. Jika mati pun bukan bawa sijil. 

    Tika jenazah dibawa kekubur diiringi oleh keluarga sanak saudara sahabat handai, harta pangkat dan bekalan amalan soleh, bila jenazah dimasukkan ke kubur keluarga dan harta pangkat pergi meninggalkan jenazah sendirian di kubur yang menemani mayat adalah amalan soleh jika tiada amalan soleh malanglah mayat. Nak minta dihidupkan kembali untuk beramal soleh tanda penyesalan tak akan dimakbulkan Tuhan lagi. 

    Jadi apa hendak dihairankan dengan sijil pangkat dan darjat tapi orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya Allah SWT akan menaikkan darjatnya. 

    Biarlah tidak mulia pada pandangan manusia asalkan mulia pada pandangan Allah .

    Duhai Adiputra pahlawan melayu
    pewaris Bani Jawi Nusantara...
    kami bersamamu
    kami akan selalu menyokong perjuanganmu
    cita-citamu adalah cita-cita kami juga
    jika Allah izinkan kami 
    akan bangkit dan bekerjasama 
    untuk merealitikan cita-citamu
    kerana kami tahu
    yahudi laknatullah tidak suka kamu berjaya dengan misimu
    berjaya dalam bidangmu
    jika berjaya dalam bidangmu
    akan terlahirlah 
    bijak pandai saintis di bumi nusantara
    kamu dibenci oleh yahudi laknatullah
    kerana kamu adalah pewaris bani Jawi...
    yang selama ini menjadi musuh mereka....

    Kami pewaris melayu bani jawi 
    akan bangkit 
    dan akan memperjuangkan cita-citamu
    menjadi kenyataan
    KEBANGKITAN BANI JAWI 
    akan bersemarak bergelora di seluruh bumi nusantara!

    ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
    Ya Allah lindungilah pewaris bani jawi
    Redhailah perjuangan kami
    Satukan hati kami
    untuk menuju ke jalan Syurga-Mu
    kerana matlamat kami satu
    mahu bersama berkumpul di Syurgawi 
    berdekatan dengan Rasulullah Kekasih-Mu
    dapat memandang Wajah-Mu Ya Maha Agung!
    ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

    ....................................................................................
    siapapun aku adalah hamba Allah seperti kamu juga
    moga Allah matikan kita dalam kalimah syahadah AAmiin
    15 Rejab 1436H
    4 Mei 2015
  • Rabeah Binti Mohd Ali Jika mahu komen puisi ADIPUTRA PERMATA SYURGA komenlah yang membina jika komen yang negatif bererti hati perlu dirawat atau bukan dari pewaris melayu bani jawi. Jika bukan pewaris melayu bani jawi maka tidak layaklah menjadi ahli grup melayu bani jawi.
    8 mins · Like

RECENT ACTIVITY
Budak ni ada kahsaf..

FROM NOTIFICATIONS
WAHYU, ILMU LADUNI, FIRASAT DAN KASYAF ?
Hati kalau sudah bersih, pandangannya akan menembusi segala hijab-hijab iaitu tabir alam maddiah (benda). Akan tersingkap hijab-hijab itu dan terbanglah ia ke alam ghaib yang maha luas setakat yang diizinkan oleh Allah Taala. Hati yang benar-benar bersih, di waktu itulah Allah SWT curahkan ke dalamnya perkara atau barang yang berharga dan terlalu bernilai iaitu keimanan, keyakinan, ketaqwaan, hikmah, wahyu, kasyaf, ilmu laduni, firasat dan lain-lain lagi. Huraian, tafsiran atau penjelasan tentang halhal ini akan diperbahaskan secara terperinci, di bawah tajuknya yang tersendiri.
WAHYU
Ia adalah ilmu yang Allah sampaikan kepada rasul-rasul dan nabi-nabi secara terus atau direct. Atau melalui perantaraan malaikat, terus jatuh ke hati mereka, terus dapat dihafal dan tidak lupa buat selama-lamanya. Ianya berlaku tanpa usaha ikhtiar dan tanpa belajar. Inilah mauhibah atau anugerah dari Allah. Wahyu membawa syariat baru, memansuhkan syariat yang sebelumnya.
ILMU LADUNI ATAU ILHAM
Apakah itu ilmu laduni? Ia adalah ilmu yang membawa pengertian atau makna yang baru kepada syariat, bukan membawa syariat baru. Ilmu laduni atau ilmu ilham ialah ilmu yang Allah jatuhkan ke dalam hati para wali-Nya, tanpa melalui proses usaha ikhtiar atau hasil mendengar kuliah daripada guru atau hasil berfikir. Ia terjatuh direct ke dalam hati. Yang mana bila disyarahkan atau dihuraikan, ia jadi satu ilmu atau satu huraian yang sangat ilmiah. Ertinya ia jadi satu ilmu yang sangat bermanfaat. Ilmu yang didapati itu tepat, meyakinkan, logik, memberi kepuasan serta tidak meletihkan otak. Bagaimana pun ia boleh lupa daripada ingatan. Berbeza dengan ilmu hasil belajar, membaca, berfikir atau mentelaah yang cepat menjemukan. Kadang-kadang ianya tidak tepat, tidak meyakinkan atau tidak logik dan meletihkan. Untuk mendapatkannya perlu proses masa yang lama. Ertinya hasil membaca, berfikir setelah faham baru dapat ilmu.
Kalau begitu ilmu laduni atau ilmu ilham bukan membawa syariat yang baru. Ia membawa makna atau tafsiran yang baru, yang sesuai dijadikan tindakan dan penyelesai masalah untuk zamannya atau makna yang tertentu, khusus untuk orang itu. Mengapa pula ilmu ilham atau ilmu laduni ini dikatakan sebagai penyelesai masalah sesuai dengan zamannya dan bukan untuk semua zaman? Kalau saya hendak misalkan ilmu Allah itu yakni ilmu Al Quran atau Sunnah Rasul, yang maha luas dan tidak berkesudahan itu diibaratkan sebagai khazanah lautan, setiap orang yang mencari khazanah lautan itu insya-Allah dapat sesuatu yang bermanfaat untuk dirinya dan juga untuk orang lain. Apa yang diperolehi oleh setiap orang itu mungkin tidak sama di antara satu sama lain. Mungkin ada yang dapat kerang atau ada yang dapat ikan sahaja. Orang yang dapat ikan pula mungkin tidak sama jenisnya. Ada yang dapat ikan yu, ada yang dapat ikan pari, ikan kembung dan sebagainya. Ada juga yang dapat minyak, mutiara, batu karang dan lain-lain lagi.
Bagi orang yang tidak faham, dia akan mengatakan kepada orang yang dapat batu karang: “Awak ni tak dapat apa-apalah! Saya dapat ikan. Inilah khazanah lautan yang sebenar. Awak ni dapat batu karang dari hutan mana?” Tapi bagi orang yang dapat batu karang menyangka mereka yang dapat ikan itu bukan dari khazanah laut. Akhirnya berlakulah tuduh-menuduh. Sebenarnya kerang dan ikan sama-sama khazanah laut, tetapi oleh kerana masing-masing kurang ilmu, maka masing-masing menganggap apa yang mereka dapat itulah sebenarnya dari laut. Yang lain bukan dari laut. Lebih-lebih lagi orang yang dapat minyak, tentulah mereka lebih sombong lagi dan menuduh orang-orang yang dapat benda-benda lain tidak dianggap dari khazanah laut. Oleh itu bagi orang yang faham tentang laut, ia tidak jadi masalah. Semua yang disebut itu adalah khazanah lautan. Cuma keperluan saja yang tidak sama. Ikan untuk dimakan. Kalau minyak untuk enjin dan batu karang pula untuk hiasan dan begitulah seterusnya.
Jadi, orang yang dikurniakan ilmu laduni atau ilmu ilham ini adalah orang yang mendapat khazanah dari lautan ilmu Allah. Ada macam-macam ilmu dan setiap sesuatu ilmu itu mempunyai banyak pengertian dan tafsirannya. Jadi Allah memberi pengertian dan tafsiran satu-satu ayat sesuai pada seseorang itu untuk menyelesaikan masalah di zamannya atau keperluan seseorang itu. Perkara itu pula kebanyakannya bukan pengertian mengenai hukum-hakam kerana soal itu sudah tetap dan tidak berubah untuk setiap zaman kecuali perkara khilafiah. Sebaliknya ilmu laduni ini kebanyakannya mengenai penghuraian, falsafah, didikan, hal semasa, metod dan kaedah sahaja. Perkara-perkara ini boleh berubah.
Jika ilmu wahyu disampaikan kepada rasul atau nabi, ilmu laduni atau ilmu ilham pula Allah kurniakan kepada para wali dan orang-orang soleh. Ilmu wahyu adalah syariat baru yang memansuhkan syariat yang diamalkan sebelumnya manakala ilmu laduni akan membawa tafsiran atau makna baru kepada ilmu wahyu itu, sesuai untuk zamannya atau orangnya. Ilmu wahyu tidak dilupakan tetapi ilmu laduni atau ilham mudah dilupakan oleh orang yang menerimanya. Kalau yang menerima ilmu wahyu itu adalah rasul maka wajib ianya disampaikan tetapi kalau dia seorang nabi, maka tidak wajib menyampaikannya. Sedangkan ilmu laduni elok disampaikan kerana ia akan dapat menyelesaikan masalah-masalah semasa yang sedang dihadapi oleh masyarakat, sesuai untuk zamannya. Atau untuk mengetahui hikmah atau pengajaran sesuatu hukum itu.
Kalau ilmu wahyu ditolak, automatik seseorang itu akan jatuh murtad atau kafir dan di Akhirat akan terjun ke Neraka serta kekal selama-lamanya. Sebaliknya kalau menolak ilmu laduni atau ilmu ilham, tidak menjadi kafir tetapi akan menghilangkan barakah dan tertutup pintu bantuan Allah. Mungkin ada orang yang akan menolak pendapat ini tentang ilmu laduni ini dan payah untuk menerimanya terutamanya:
1. Orang yang tidak percaya adanya ilmu laduni atau ilham di dalam Islam.
2. Seseorang yang tidak ada ilmu ini dan tidak ada pengalaman mengenainya, sekalipun dia mempercayainya.
3. Seseorang yang tahu mengenai ilmu ini tetapi kerana hasad dengki, dia tidak senang dengan orang yang mendapat ilmu ini, maka dia pun buat-buat menolaknya, sedangkan hatinya membenarkan.
Apa bukti ilmu laduni atau ilmu ilham ini wujud? Buktinya, adalah berdasarkan hujah berikut:
PERTAMA: Hujah naqli (nas)
1. Hujah Al Quran
Dalam Al Quran ada dalil yang kuat sebagai bukti kewujudan ilmu ini. “Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan ajar kamu.” (Al Baqarah: 282) Dalam ayat ini jelas Allah memperkatakan tentang orang-orang bertaqwa yang bersih daripada sifat-sifat mazmumah, Allah akan beri ilmu secara wahbiah, tanpa usaha ikhtiar, tanpa belajar atau berguru.
2. Hujah Hadis
Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang beramal dengan ilmu yang dia tahu, Allah akan pusakakan padanya ilmu yang dia tidak tahu.” (Dikeluarkan oleh Abu Nuaim) Inilah buktinya. Ertinya ilmu yang telah sedia ada itu akan bertambah bila diamalkan. Yakni ia akan dapat ilmu baru hasil dipraktikkan ilmu itu. Proses ini juga berlaku secara wahbiah.
Inilah yang dikatakan ilmu laduni atau ilmu ilham yang mana Allah pusakakan melalui tiga cara:
i. Ilmu itu Allah jatuhkan terus ke dalam hati.
ii. Adakalanya Allah tayangkan ilmu itu yang boleh dilihat seolah-olah melihat skrin TV. Sedangkan orang lain yang ada bersama-sama dengannya ketika itu tidak dapat melihatnya.
iii. Atau mungkin mendengar suara yang membisikkan ke telinganya tetapi tidak nampak rupa makhluknya. Inilah yang dikatakan hatif. Mungkin suara ini suara malaikat, jin yang soleh atau wali-wali Allah.
KEDUA: Bukti Sejarah
Banyak kitab dahulu menceritakan bagaimana pengalaman salafussoleh, ulama-ulama besar dan pengarang-pengarang kitab sendiri yang mendapat ilmu-ilmu laduni ini. Ada kitab-kitab karangan ulama muktabar yang menunjukkan pengarangnya mendapat ilmu laduni. Di antara ulama yang memperolehi ilmu laduni atau ilmu ilham ini di samping ilmu melalui usaha ikhtiar ialah imam-imam mazhab yang empat, ulama-ulama Hadis seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, ulama-ulama tasawuf seperti Imam Al Ghazali, Imam Nawawi, Imam Sayuti, Syeikh Abdul Kadir Jailani, Junaid Al Baghdadi, Hassan Al Basri, Yazid Bustami, Ibnu Arabi dan lain-lain lagi.
1. Imam Al Ghazali
Umurnya pendek sahaja iaitu sekitar 54 tahun. Beliau mula mengarang selepas sahaja habis bersuluk di kubah Masjid Umawi di Syam (Syria). Umurnya waktu itu sekitar 40 tahun. Ertinya dalam hidupnya dia mengarang sekitar 14 tahun. Dalam waktu yang pendek ini dia sempat mengarang 300 buah kitab yang tebal-tebal, yang bermacam-macam jenis ilmu pengetahuan termasuklah kitab yang paling masyhur iaitu Ihya Ulumuddin, kitab tasawuf (dua jilid yang tebal-tebal) dan Al Mustasyfa (ilmu usul fiqh yang agak susah difahami).
Cuba anda fikirkan, bolehkah manusia biasa seperti kita ini menulis sebanyak itu. Walau bagaimana genius sekalipun otak seseorang itu, tidak mungkin dalam masa 14 tahun boleh menghasilkan 300 buah kitab-kitab tebal, kalau bukan kerana dia dibantu dengan ilmu laduni yakni ilmu tanpa berfikir, yang terus jatuh ke hati dan terus ditulis. Dalam pengalaman kita kalau ilmu hasil berfikir dan mengkaji, sepertimana profesor-profesor sekarang, dalam masa empat tahun baru dapat membuat satu tesis di dalam sebuah buku. Kalau satu buku mengambil masa empat tahun, ertinya kalau 14 tahun dapat tiga buah buku. Terlalu jauh bezanya dengan Imam Ghazali yang mencapai 300 buah buku itu.
2. Imam Sayuti
Umurnya juga pendek, hanya 53 tahun. Beliau mula mengarang sewaktu berumur 40 tahun dan dapat menghasilkan 600 buah kitab. Dalam masa hanya 13 tahun dapat menghasilkan sebegitu banyak kitab. Ertinya dia dapat menyiapkan sebuah kitab setiap dua minggu. Kitabnya itu pula tebal-tebal dan tinggi perbahasannya dalam bermacam-macam jenis ilmu. Antara kitabnya yang terkenal Al Itqan fi Ulumil Quran, Al Hawi lil Fatawa (dua jilid), Al Jamius Soghir (mengandungi matan-matan Hadis), Al Ashbah wan Nadzoir, Tafsir Jalalain, Al Iklil dan lain-lain lagi. Kalaulah beliau menulis atas dasar membaca atau berfikir semata-mata, tentulah tidak mungkin dalam masa 13 tahun da-pat menulis 600 kitab atau tidak mungkin dalam masa hanya dua minggu dapat tulis sebuah kitab. Inilah ilmu laduni. Tidak hairanlah hal ini boleh berlaku kerana dalam kitab Al Tabaqatul Kubra karangan Imam Sya’rani ada menceritakan yang Imam Sayuti dapat yakazah dengan Rasulullah sebanyak 75 kali dan dia sempat bertanya tentang ilmu dengan Rasulullah.
3. Imam Nawawi
Beliau adalah antara ulama yang meninggal sewaktu berusia muda, iaitu 30 tahun. Beliau tidak sempat berkahwin tetapi banyak mempusakakan kitab-kitab karangannya. Di antara yang terkenal ialah Al Majmuk yakni kitab fekah. Kalau ditimbang berat kitab itu lebih kurang 3 kilogram, yakni kitab fekah yang sangat tebal. Selain itu termasuklah kitab Riadhus Solihin, Al Azkar dan lain-lain lagi. Untuk mengarang kitab Al Majmuk saja kalau ikut kaedah biasa yakni atas dasar kekuatan otak, tidak mungkin dapat disiapkan dalam masa dua atau tiga tahun. Mungkin memakan masa 10 tahun. Ini bererti dia mula mengarang semasa berumur 20 tahun. Biasanya di umur ini orang masih belajar lagi. Tetapi di usia semuda itu Imam Nawawi mampu mengarang bukan saja Al Majmuk, tetapi turut mengarang kitab-kitab besar yang lain. Ini luar biasa! Biasanya orang jadi pengarang kitab di penghujung usianya. Ini membuktikan selain dari cara belajar, ada ilmu yang Allah pusakakan tanpa belajar, tanpa usaha ikhtiar dan tanpa berguru. Itulah dia ilmu laduni atau ilmu ilham.
Sesudah kita mengkaji kemampuan ulama-ulama dahulu, kita lihat pula ulama-ulama sekarang ini dan cuba kita bandingkan. Berapa banyakkah buku-buku atau kitab yang telah ditulis oleh mereka sekalipun setelah mereka ada PhD? Oleh itu, jika ulama-ulama dulu mampu menulis kitab-kitab yang banyak dan tebal-tebal dalam masa yang singkat tentulah ianya bantuan Allah yang luar biasa melalui ilmu laduni atau ilmu ilham yang bersifat wahbi di samping ilmu kasbinya. Jelaslah sekarang ini sudah tidak ada lagi ulama yang dapat ilmu laduni. Ini kerana kita semua sudah bersalut dengan cinta dunia dan berkarat dengan mazmumah. Lihatlah zaman sekarang ini, susah untuk kita dapati ulama yang mengarang buku atau kitab. Mereka tidak mampu mengarang kerana kekeringan minda, sibuk dengan dunia, di samping perlu menggunakan otak, berfikir, membaca, banyak mentelaah dan kena banyak reference yang tentunya memakan masa yang lama. Ini semua membosankan dan meletihkan, banyak ambil masa serta tidak cukup masa. Mereka tidak dapat pula ilmu melalui saluran ilham. Maka inilah rahsia kenapa ulama sekarang tidak menulis atau kurang menulis.
FIRASAT
Firasat ialah perasaan atau gerakan hati yang benar atau tepat kerana mendapat pimpinan dari Allah. Sabda Rasulullah: “Takutlah olehmu firasat oran mukmin kerana ia memandang dengan cahaya Allah.” (Hadis Riwayat At Tarmizi)
Jika hati kotor, syaitanlah yang mengisinya yakni jahat sangka, keraguan dan lain-lain lagi.
Apa itu kasyaf? Kasyaf ertinya ‘singkap’ yakni tabir-tabir jadi penghalang atau yang jadi hijab pada mata batin untuk melihat alam ghaib atau rohaniah itu, Allah singkapkan. Allah buka dan perlihatkan. Tabir-tabir penghalang itu adalah sifat-sifat mazmumah. Apabila tabir-tabir mazmumah itu sudah terangkat, maka hatinya jadi celik dan terang-benderang, putih bersih. Sehingga mata mampu melihat makhluk-makhluk Allah yang pelik-pellik di alam yang bukan alam benda atau material itu seperti melihat alam jin, malakut dan alam barzakh. Juga dapat melihat sifat batin manusia yakni seseorang itu berperangai seperti kuda, maka rupa orang itu seperti kuda. Kalau berperangai anjing, orang itu berupa anjing. Allah perlihatkan hakikat orang itu.
  • Rabeah Binti Mohd Ali LIHATLAH LADANG KARYAMU SAUJANA MATA MEMANDANG!

    Aku suka berladang

    ladangku luas
    seluas saujana mata memandang

    Aku puas dengan hasil usahaku
    aku tak gunakan jentera apa-apa
    untuk mengusahakan ladang
    aku hanya berbekalkan
    semangat
    cita-cita
    dan harapan

    Untuk menjayakan ladangku yang luas inilah
    kugunakan cangkul
    cangkul yang matanya hari-hari kuasah
    bagi tajam agar senang aku menyangkul

    Nak pikir dari segi logik
    emangnya tak logik
    tak masuk akal
    bagi orang yang barakal
    mana bisa hanya berbekalkan cangkul boleh mengusahakan
    sebuah ladang yang terbentang luas
    bersendirian
    kesendiriaan
    berhujan
    berpanas
    dihina
    dijelekkan
    yang ada kejian dan cacian
    hingga kering air mataku

    Berhujan kek
    berpanas kek
    ribut angin topan kek
    apa kek lah
    sampai tak ada kek lagi
    setiap hari aku menyangkul
    cangkul...cangkul...cangkul...
    cangkul tanpa mengenal arti capek
    jemu dan berputus asa

    Semuanya bilang aku ini gila
    ketawakan aku
    segala usahaku tak akan jadi realiti
    menjadi bahan ketawa
    karna anganku yang tak masuk akal

    Lalu ku tanya dunia
    duhai dunia ...adakah kau sudi mendukung usahaku
    satu dunia geleng kepala
    satu dunia tak akan membantumu duhai cangkul
    dunia hanya mampu ketawakan bila cangkulmu tumpul
    dicangkulkan juga sepenuh daya
    pasti tak menjadi usahaku bertanam di ladangku

    Lalu ku tanya bumi
    duhai bumi
    bisakah kamu mendukung perjuanganku
    bisa duhai cangkul
    aku diutuskan oleh Tuhanku
    untuk membantumu
    karena kau berusaha sedaya upaya menggunakan cangkul
    mengusahakan ladang yang luas
    tengok tu ...
    ladang karyamu seluas-luasnya
    dan ladang karyamu sudah pun berhasil
    sudahpun dipetik hasilnya
    oleh jutaan pembaca ladang karyamu ...
    mereka semua suka
    mereka terharu
    syahdu
    merasai hasil tanaman karyamu
    setelah makan hasil tanaman karyamu
    lagi dimakan lagi tak jemu
    sebagaimana kamu berkarya
    lagi berkarya lagi banyak ide
    kamu berbagi pada semua
    tanpa mengira keuntungan duniawi

    Makanya kau jangan bilang kau
    akan tewas atas usahamu menyediakan
    ladang karya nan luas ini
    biarpun pada pandangan mereka
    tiada mendatangkan hasil duniawi untukmu
    anggaplah itu kata-kata orang-orang yang mendengki
    apabila dia mendengki
    dia dengkikan kamu
    karna dia nggak bisa
    berkarya berbakti pada manusia
    sebab Allah tak ijinkan mereka berkarya
    Allah ijinkan kamu berkarya
    karna kamu bukan pentingkan keuntungan duniawi
    yang kamu mahu ladang karya kamu luas dan hasilnya
    adalah untuk anak cuu nusantara

    Percayalah Allah redho hasil usahamu
    janganlah bimbang percayalah yakinlah
    Allah sentiasa bersama orang yang suka berbuat kebaikan

    Cangkul yang kau gunakan
    untuk mengusahakan ladang karyamu itu
    akan menjadi saksi
    di hari kematianmu
    menyangkul bumi
    dari Allah kau datang
    dari Allah kau dikembalikan
    Allah yang hidupkan
    Allah yang mematikan yang hidup

    Cangkulmu pasti akan tersenyum,
    'Sehingga akhir nafasku aku berbakti denganmu duhai manusia
    Sekarang kau kukebumikan
    Selamat tidur dalam pelukan bumi
    Selamat tidur di Taman Syurga
    Selamat tidur Bidadari Syurga
    Selamat menikmati suasana Syurga hingga hari Qiamat
    kau akan dibangunkan agar dapat melihat wajah Tuhan
    yang Menciptakan kamu bersama-sama dengan hamba-hamba
    pilihan-Nya'

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    CETUSAN IDE DARIPADA RUBIANTO TANOTO ,'CANGKUL'
    22 Syaaban 1434H
    1 Julai 2013
    11 hrs · Like · 2
PETIKAN WALL GRUP MELAYU BANI JAWI, GRUP PUJANGGA RATU RIMBA
CINTA 5 BENUA &  RATU RIMBA NIAGARA
15 REJAB 1436H
4 MEI 2015

0 comments:

Post a Comment

 
;