NUSANTARA SEHATI SEJIWA (193) DEMI MENDAPAT KASIH SEJATI ILAHI
DEMI MENDAPAT KASIH SEJATI ILAHI
News Fee
DEMI MENDAPAT KASIH SEJATI ILAHI
Penyakit Orang Kita:
Kita miskin kita dibenci.
Kita susah kita dikeji.
Kita meminta kita dicaci.
Kita kaya kita didengki.
Kita lebih kita dikhianati.
Kita dicari bila kita dihajati.
Kita mati baru dia puas hati.
AKU DISISIHKAN KERANA AKU MISKIN
Kerana aku miskin ke mana pergi aku dibenci
aku disisihkan kerana aku miskin
aku dihina kerana aku miskin
aku dipersendakan kerana aku miskin
Hidupku susah ke mana pergi aku dikeji
kerana itu aku disisihkan
aku dipandang bagaikan sampah menjijikkan
sehinggakan aku merasa terpencil bila berada di hadapan orang kaya
aku tak mahu duduk sebaris dengan orang kaya
kerana tidak mahu mereka beranggapan aku mahu menumpang kekayaan mereka
jadi aku bawa diri aku menyendiri sendiri
kebaikan yang aku beri racun juga yang dibalas
sehinggakan aku trauma untuk berbuat kebaikan kepada manusia
sedangkan aku buat kebaikan kerana aku sayang semuanya kerana Allah Taala
bagiku hidupku indah dengan kasih sayang
tapi kasih sayang dinilai dengan kekayaan
adakah aku miskin aku tak layak memiliki kasih sayang?
adakah bilamana aku sudah kaya raya semua manusia akan menyayangiku?
jika begitu sifatnya manusia kayakan aku Ya Allah...
aku mahu kaya raya agar semua manusia menyayangiku kerana hidupku
indah dengan kasih sayang setulus-Nya kerana-Mu...
Bilamana aku kaya raya semua orang aku puji aku tapi apalah makna pujian
jika pujian itu membuatkan aku riak membangga diri aku tenggelam dalam pujiaan
manusia
Bilamana aku kaya raya semua orang akan sanjungi dan sayang aku sedangkan semasa aku miskin aku dihina dikeji dipandang macam sampah menjijikkan akan kubuang rasa kesalku semasa aku miskin dihina kusambut Syukur Alhamdulillah aku dapat kasih sayang yang kudambakan selama ini kerana kasih sayang inilah hendak kubawa sampai di Syurga.
Di dunia ini manalah ada kasih sayang sejati melainkan Kasih Sayang Allah kepada hamba-Nya maka Tuhanku sajalah kasih sayang sejati selama-Nya.
Kerana ingin mendapat kasih sayang sejati Allah swt aku mesti terima hakikat sabar mendapat kasih sayang seluruh manusia ketika aku miskin ketika aku kaya.
Ketika aku miskin aku sabar
Ketika aku kaya aku sabar
Moga dalam semua perkara aku sabar
Walaupun hati terluka dilukai
Demi Mendapat Kasih Sayang Sejati Ilahi
Karya Ratu Rimba Niagara,
6 Zulhijjah 1436H
20 September 2015
DEMI MENDAPAT KASIH SEJATI ILAHI
Penyakit Orang Kita:
Kita miskin kita dibenci.
Kita susah kita dikeji.
Kita meminta kita dicaci.
Kita kaya kita didengki.
Kita lebih kita dikhianati.
Kita dicari bila kita dihajati.
Kita mati baru dia puas hati.
AKU DISISIHKAN KERANA AKU MISKIN
Kerana aku miskin ke mana pergi aku dibenci
aku disisihkan kerana aku miskin
aku dihina kerana aku miskin
aku dipersendakan kerana aku miskin
Hidupku susah ke mana pergi aku dikeji
kerana itu aku disisihkan
aku dipandang bagaikan sampah menjijikkan
sehinggakan aku merasa terpencil bila berada di hadapan orang kaya
aku tak mahu duduk sebaris dengan orang kaya
kerana tidak mahu mereka beranggapan aku mahu menumpang kekayaan mereka jadi aku bawa diri aku menyendiri sendiri
kebaikan yang aku beri racun juga yang dibalas
sehinggakan aku trauma untuk berbuat kebaikan kepada manusia
sedangkan aku buat kebaikan kerana aku sayang semuanya kerana Allah Taala
bagiku hidupku indah dengan kasih sayang
tapi kasih sayang dinilai dengan kekayaan
adakah aku miskin aku tidak layak memiliki kasih sayang?
adakah bilamana aku sudah kaya raya semua manusia akan menyayangiku?
jika begitu sifatnya manusia kayakan aku Ya Allah...
aku mahu kaya raya agar semua manusia menyayangiku kerana hidupku indah dengan kasih sayang setulus-Nya kerana-Mu...
Bilamana aku kaya raya semua orang akan puji aku tapi apalah makna pujian jika pujian itu membuatkan aku riak membangga diri aku tenggelam dalam pujian manusia nauzubillah
Bilamana aku kaya raya semua orang akan sanjungi dan sayang aku sedangkan semasa aku miskin aku dihina dikeji dipandang macam sampah menjijikkan akan kubuang rasa kesalku semasa aku miskin dihina kusambut Syukur Alhamdulillah aku dapat kasih sayang yang kudambakan selama ini kerana kasih sayang inilah hendak kubawa sampai di Syurga.
Di dunia ini manalah ada kasih sayang sejati melainkan Kasih Sayang Allah Azzawajallah kepada hamba-Nya maka Tuhanku sajalah kasih sayang sejati selama-Nya.