APABILA TAPAK SULAIMAN MENJADI BINTANG
Sejak berkurun lamanya Tapak Sulaiman
berada di dasar laut.
Tiba-tiba terdetik di hati Tapak Sulaiman,
‘Sampai bila aku jadi begini?’
Di dasar laut cuma nampak bebayang
bintang-bintang disimbahi cahaya rang bulan.
“ Alangkah bahagianya jika aku menjadi bintang!
Tiada bezanya aku dengan bintang
cuma aku di dasar lautan
tidak berkedipan!
Bolehkah aku jadi bintang?
Bolehkahkah? Bolehkah? Bolehkah?
Di dasar ini aku tidak berfungsi
kepada penghuni laut
sedangkan aku ingin hidup
menyinari hidupku dan menyinari
hidup mereka yang memerlukan
kerdipan sinarku.” Tapak Sulaiman
mula menyedari kejahilannya.
Dia telah memasang impian.
Setiap hari Tapak Sulaiman
terus mengeluh...
Meratapi nasib diri…
Mencemburui kegemerlapan bintang
seolah-olah mereka mengejeknya
kerana berangan hendak
menjadi bintang.
“Kau siapa?
Jalan pun terhegeh-hegeh
di dasar laut ini… Tanpa boleh berbuat apa-apa?
Lainlah aku boleh ke sana ke mari dengan pantas
dan ramai terpesona dengan kegagahan dan
kebijaksanaan aku.. Jangan nak beranganlah!
Ha…ha…ha…” Ejek naga laut sambil menayangkan
kejadiannya yang unik mempersonakan
seluruh penghuni laut kerana itu naga laut
popular dan dihormati .
“Engkau jangan memperlekeh
cita-cita aku. Akan kubuktikan!
Lihatlah nanti!” Jerit Tapak Sulaiman
memecah ketenangan malam itu.
Laut yang tenang tiba-tiba mengaum di sertai
dengan gelombang ombak mengganas!
Gerakkan dasar laut telah membawa
Tapak Sulaiman ke dalam gelombang
ombak mengganas! Lalu menghempasnya
ke pantai.
Kini Tapak Sulaiman berada di pantai
di sinari cahaya pagi yang menyegarkan!
Seakan mimpi tapak sulaiman
berjalan ke sana ke mari
menari-nari.
Bila malam tiba Tapak Sulaiman
menikmati suasana malam sambil
memerhatikan kegemerlapan
bintang-bintang di langit di sinari
sinaran cahaya bulan.
Sungguh jelas permandangan tika itu
tidak perlu samar-samar lagi
tika berada di dasar laut.
“Bolehkah aku menjadi bintang?
Bolehkah? Bolehkah?
Bintang aku ingin berkawan denganmu?
Aku ingin menjadi sepertimu.”
“Tapak Sulaiman, kau boleh menjadi
seperti kami jika kau yakin dengan
kebolehanmu! Percayalah!
Kami menunggu kau di sini!
Kau boleh! Pasti boleh!”
Kata perangsang bintang kepada
Tapak Sulaiman pada malam itu.
“Pelik ya macam mana bintang boleh
mendengar suaraku? Sedangkan
Jarak dengannya…
Dia di langit aku dibumi
komunikasi aku dengan bintang
satu keajaiban!”
Tiba-tiba kedengaran
gauman entah mana datangnya
memecah ketenangan malam.
Pepasir di pantai berterbangan.
UFO rupanya sedang mendarat
dua makhluk asing datang
menghampiri Tapak Sulaiman.
“Tapak Sulaiman mahu ke engkau
ikut kami?” Tanyanya.
Ke mana?”
“Úntuk merealisasikan cita-cita kau menjadi bintang?”
“Nak! Nak! Nak! Bodohlah aku kalau tak nak!”
Malam itu mimpi Tapak Sulaiman menjadi kenyataan!
Dia telah menjadi bintang!
Disambut bintang-bintang yang
Bergemerlapan! Berkedipan! Berkilauan
yang menakjubkan Tapak Sulaiman!
Siapa sangka impian Tapak Sulaiman menjadi kenyataan?
Tidak sia-sia impiannya selama ini!
Barulah dia tahu tiada yang pelik di dunia
Ini jika digunakan keajaiban minda!
“Aku berjanji kegemerlapan yang kumiliki ini
akan kukongsi bersama mereka yang ingin
menjadi sepertiku!”
Janji Tapak Sulaiman pada dirinya.
Karya : Ratu Rimba Niagara
(23.1.2011)
PENDAPAT RAKAN SEPERJUANGAN TENTANG KARYA APABILA
TAPAK SULAIMAN MENJADI BINTANG
Naga Pamungkas likes this.
Naga Pamungkas tapak sulaiman tu haiwan apa
Ratu Rimba Niagara Haiwan di laut yang membisu seribu bahasa....apabila
dia diketawakan oleh naga laut...hehehe tapi bukan
naga pamungkas hihihi
Naga Pamungkas Sejenis haiwan apa tu ya. tapak sulaiman, pengertian
kami di indonesia, telapak kaki (nabi sulaiman).
ubur-ubur kali ya?
Ratu Rimba Niagara Haiwan laut berbentuk bintang...lebih kurang macam
ubur-ubur bentuk bintang begitulah kira-kira lebih
dari itu tak tahu nak dijelaskan lagi ...
Naga Pamungkas hehehe ... iya aku mengerti, kami sebut
bintang laut. kok disebut tapak sulaiman, bukan misalnya
tapak naga
Ratu Rimba Niagara Apa pendapat mu tentang karya ku ini ye...
pak naga pamungkas...
Di Malaysia panggil tapak sulaiman...
faham-fahamlah lain benua ada perbedaan...perkataan...
hehehe
Naga Pamungkas kalau geliga hikmat ertinya apa ya,
Ratu Rimba Niagara sejenis batu permata berbentuk bulat
yang mempunyai kuasa ajaib...begitulah lebih kurang maknanya...
(Geliga maknanya Kebijaksanaan dan mempunyai kuasa kesaktiaan
luar biasa)
Naga Pamungkas wah erti singkatnya dalam bahasa indonesia
apa ya. Batu permata ... apa ya sakti, gaib, ajaib, atau apa ....
besarnya seperti apa?
Jaya Ramba Wulan kiasan hebat
Ratu Rimba Dalam istilah sufi : Ilham yang disinarkan
Allah dalam hati hambaNya
Dalam istilah biasa: ajaib = sakti
Geliga sebesar mutiara bersinar-sinar cahayanya
Moga penjelasan ini merungkai segala kemusykilan...
Haidi Yan ?...“ Tapak sulaiman, kau boleh menjadi
seperti kami jika kau yakin dengan
kebolehanmu! Percayalah!
Kami menunggu kau di sini!
Kau boleh! Pasti boleh!” ...
(As.wr.wb. saya suka bagian ini... menggetarkan hati)
Ratu Rimba Niagara Waalaikummussalam...terima? kasih
kerana sudi menghargai...tak terfikir pula ayat tu
akan menggetarkan hatimu sahabatku...hihihi
Wahyunisa Sy Ibrahim ini dengan balada atau sajak,
bagus kata-katanya saya suka penuh hikmah....
Naga Pamungkas Syair-syair sajak/puisi sahabat
Ratu Rimba Niagara, memiliki khas sendiri.Umumnya
berbeda dengan penyair-penyair yang muncul
di "angkatan" abad 21 ini.
Ratu Rimba Niagara Duhai sahabat-sahabatku yang sentiasa
tersanjung budi bicaramu...
Kalau tidak dengan izin Allah siapalah aku ini...
semuanya dariNya....kusyukuri atas kurniaanNya
justeru apa yang diilhamkan kukongsi bersama dengan
semua penghuni dunia tercinta. DariNya aku datang dariNya
aku dikembalikan. Ku juga perlukan sebarang teguran
dari sahabat kerana aku adalah hamba yang tak sempurna.
Harap kalau sentiasa sudi memberi tunjuk ajar padaku ye..
Ratu Rimba Niagara Pak Naga..silakan puisi di atas ditukarkan
dalam bahasa Indonesia kerana Tapak Sulaiman berbeda
dengan bintang laut dikuatiri peminatku dari Indonesia
enggak ngerti pak naga ye...hehehe...apapun segala
jasa pak naga dalam dunia sastraku amat kusanjung tinggi
dan diingat selagi hayat di kandung badan. Moga rahmat
dan redha Allah sentiasa bersamamu dan sahabat-sahabat
yang lain. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Naga Pamungkas maksudnya saya, "khas tersendiri" itu
berbeda dengan penyair yang muncul saat ini, yang
lebih suka menulis puisi modern, dan meninggalkan
gaya bertutur lama, seperti pantun dan lain-lain.
Syair saudari Rabeah Mohd Ali umumnya berisikan
pujian terhadap-NYA, dongeng-dongeng sarat/penuh makna.
Ini berbeda dan menjadi kelebihan dari karya Rabeah.
Naga Pamungkas karena masih termasuk dalam rumpun melayu,
syair-syiar ini tak perlu diubah ke dalam bahasa Indonesia,
cuma tambahan penjelasan saja di akhir syair/diberi catatan kaki.
Ratu Rimba Niagara Bagus gitu...aku terima apa adanya pak naga...
tapi yang penting jangan ditaruh namaku kerna aku penulis tak
bernama ye...tulis aje nama pena aku lebih senang gitu dong...
hehehe sekarang dalam karyaku kucantumkan bahasa Indonesia
sedikit-sedikit yang ku tahu kalau enggak betul ejaaannya
harap diperbetulkan ye...
Naga Pamungkas saran saya lebih baik tulis saja dalam bahasa
yang dimengerti/bahasa Malaysia saja
Ratu Rimba Niagarai Masalahnya sekarang saya suka gunakan ...
nak buat macam mana...tapi saya yakin Malaysia faham kok
Ratu Rimba Nuagara Faham-faham ajelah duniakusasteraku...
duniamu sastramu ...bila berpadu...matlamatnya satu untuk
mendapat keredaanNya.
Naga Pamungkas maksud saya dimengerti yang menulisnya dulu.
Kalau penulisnya orang Malaysia dan belum begitu mengerti
bahasa indonesia, yah lebih baik bahasa malaysia saja lah.
Naga Pamungkas duniaku sastraku, sastraku sastra kita
rimba Niagara Apa-apalah...yang pentingku bahagia dengan
cara penulisanku...hihihi kalau kamu enggak suka aku nak
bikin macam mana hihihi
Naga Pamungkas bahagiamu bahagiaku bahagia kita semua hehehe ...
teruslah berkarya. buatlah syair-syiar yang indah, tentang
keagungan-Nya, tentang keindahan ciptaan-NYA, dan lain-lain
Ratu Rimba Niagara Apabila ada perbedaan barulah mereka sudi nak
membaca karyaku...lagipun orang Malaysia di sini sudah mengerti
bahasa Indonesia dong kerana di tv cerita Indonesia semua
rangkaian ada..mereka amat minat menontonnya termasuk juga aku...
itulah yang menyebabkan aku suka...dan jiran di kampungku
juga terdiri dari orang Indonesia ...kami bergurau senda
macam keluarga.
(PETIKAN DARIPADA DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
10 Ramadhan 1432H
10 Ogos 2011
'SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA & INDONESIA TERCINTA!'
'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI HUJUNG NYAWA!
' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA & INDONESIA.
UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH KE 69 , HARI KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O15, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2015 DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2015'
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terima kasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
2 ZULHIJAH 1436H
16 SEPTEMBER 2015
0 comments:
Post a Comment