NUSANTARA SEHATI SEJIWA (158) DARI SUDUT PANDANG NUSANTARA
FROM NOTIFICATIONS
Azizi JeffrytoTHE RED WARRIORS MALAYSIA
Asalaamualaikum..
~Set demo ingat lg ko dok GENG2 nii dlm crito gapo..? Dgr khabar crito @ drama ini akan kembali ke udara(disiarkan) di kaca tv.. kito minat naa crito nii.. masa tuu kecik lg..
Klu.. (KHBE)
~Set demo ingat lg ko dok GENG2 nii dlm crito gapo..? Dgr khabar crito @ drama ini akan kembali ke udara(disiarkan) di kaca tv.. kito minat naa crito nii.. masa tuu kecik lg..
Klu.. (KHBE)
News Feed
RECENT ACTIVITY
Satria Bangsa shared his photo.
32 RAHSIA ISRAEL YANG TIDAK PERNAH KITA TAHU
1. Tahukah anda bahawa selain daripada orang Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?
2. Tahukah anda bahwa setiap warga Yahudi yang ada di seluruh negara di seluruh dunia menjadi warganegara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negaranya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar Palestin?
3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan mereka antara warga Yahudi dan bukan Yahudi?
4. Tahukah anda bahwa Jurusalem bahagian timur, Tepi Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya Barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel?
5. Tahukah anda bahawa Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk warga Yahudi dan memberikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya disalurkan kepada 120 ribu penduduk Palestina di daerah itu?
6. Tahukah anda bahawa Amerika menyumbangkan US$5 Billion dari cukai pajaknya setiap tahun kepada Israel?
7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar US$1.8 Billion setiap tahunnya? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh negara di benua Afrika?
8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar US$4 Billion dari Amerika yang terdiri dari pesawat tempur F 16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan negara penyokong utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua fasiliti yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.
9. Tahukah anda bahawa pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran peraturan oleh Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.
10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan penyediaan senjata nuklear? Dan menolak pasukan penyiasat PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya?
11. Tahukah anda bahawa sebelum tertubuhnya negara Israel pada tahun 1948, sudah memiliki kemudahan membuat senjata nuklear?
12. Tahukah anda bahawa Pemerintah Tinggi Israel di Jabatan Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?
13. Tahukah anda bahawa Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika, Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 yang lain, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh negara Islam?
14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?
15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan sistem politik konservatif terhadap identiti warga Yahudi agar kekal menjadi warganegara itu?
16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri, Ariel Sharon sebagai ‘tidak bersalah’ dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang membunuh lebih dari 1000 orang Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang tua?
17. Tahukah anda bahawa pada tanggal 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang sedang menunggu bas di sebuah perhentian bas untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarak setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?
18. Tahukah anda bahawa sampai tahun 1988, semua bangunan dan pejabat di Israel hanya boleh menempelkan keterangan mencari kerja dengan perkataan: “kerja kosong hanya untuk warga Yahudi”, “Seorang karyawan dicari, dengan syarat perlu warga Yahudi”?
19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 perusahaan media Amerika untuk menonjolkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?
20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak parti radikal Molodeit untuk menjadi pesaing utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu berideologi radikal dengan persepsi utama untuk membersihkan Israel dari warga bukan Yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?
21. Tahukah anda bahwa Perdana Menteri Israel pertama, David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh warga Arab dari Israel?
22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel, Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk membunuh warga Palestin? Bahkan dia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya Paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel: “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerananya dilarang semua warga Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga Arab, dan wajib bagi setiap Yahudi untuk menembak senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga Arab untuk membunuhnya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk''
23. Tahukah anda bahawa Palestin merupakan penjara terbesar di dunia?
24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?
25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan keputusan melarang penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan Perisikan Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?
26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses pembelajaran dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor?
27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang antarabangsa yang diterbitkan pada tanggal 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin kerana terhalang dengan perjanjian yang ditandatangani pakatan OSLO?
28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tepi Barat. Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga keamanan dan keselamatan diri?
29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvensyen Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin?
30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon sudah tidak diendahkan lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang askar Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi askar Israel terus menyerang, menembak orang awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka.
31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?
32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah negara rasisme dan apartheid sama seperti keadaan Afrika Selatan?
Kredit : www.thepatriots.my
Satria Bangsa shared his post.
Satria Bangsa added 2 new photos.
MAKAM HANG TUAH DI PALEMBANG
PENGERUSI Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong Melaka, Encik Khalid Hussin dengan tegas menyatakan Melaka tidak pernah “kalah” dalam peperangan mereka dengan askar Portugis. Konteks kekalahan tidak berlaku kerana tiada perjanjian yang dibuat untuk memeterai “kekalahan” pihak Melaka kepada Portugis. Mereka hanya “berundur”. Peperangan untuk merampas Melaka tetap diteruskan.
Encik Khalid berani menegaskan hal ini berdasarkan pengkajiannya yang mendalam terhadap manuskrip lama simpanan keluarga besarnya di Kampung Duyong, Melaka, yang kini di dalam simpanan Perpustakaan Negara Malaysia.
Walaupun versi yang dinamakan sebagai “Hikayat Hang Tuah versi Tun Kola” berbeza daripada isi kandungan versi A. Samad Ahmad, serta kebanyakan kertas-kertasnya sudah berkecai dan tidak boleh dibaca (Md Yaacob Abdullah), Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh menyatakan, kesemua versi yang disimpan dalam Perpustakaan Negara Malaysia masih ada “kesatuan” dalam bentuk tema dan wajah perwira agung itu.
Tun Kola didakwa sebagai sepupu Hang Tuah, syahid sewaktu memerangi askar Portugis. Manuskrip ini dikatakan ditulis sebelum Tun Kola bertempur dengan Portugis.
Encik Khalid menyatakan, Hang Tuah juga asalnya digelar “Tun Tuah”. Gelaran “Hang” dianugerahkan kepada Tun Tuah apabila diangkat oleh sultan. Persoalan seperti “ghaib” juga telah lama dikelirukan dalam pemahaman riwayat Hang Tuah.
Beliau menjelaskan, “ghaib” yang dinyatakan dalam Hikayat Hang Tuah bermaksud “menghilangkan diri/membawa diri”, mengikut konteks perkataan Arab yang dipinjam, bukan bermaksud hilang secara tiba-tiba tanpa jasad seperti yang selalu diperkatakan oleh orang ramai. Encik Khalid mendakwa, Hang Tuah “ghaib” ke Palembang, malah makam Hang Tuah telah dijumpai ada di Palembang, sepertimana makam ayah Hang Tuah, Tun Jaya Alam yang tertanam di Pulau Besar, Melaka.
Encik Khalid turut membaca transkrip yang dirumikan daripada manuskrip versi Tun Kola dalam jawi sebagai bukti:
Laksamana balik ke Duyong lalu duduk termenung di rumah Tun Kola bercakap atas dirinya yang terkena fitnah tak sudah-sudah. Selagi ia ada di kampung ini atau dalam Negeri Melaka tidak menyenangkan hati, “Biarlah aku pergi ke lain tempat membawa diriku dan nasibku. Jika ada lagi aku dalam tempat ini akhirnya mendapat malu juga kesudahannya dan Tuhan tahu siapa yang bersalah dan yang benar.”
Lalu Laksamana memanggil saudara-mara semua, Tun Kola, Tun Kajang, Tun Baru, Tun Tanjung, Tun Matang dan lain-lain saudara lalu berkata, “Aku akan berlayar ke Palembang di rumah Tengku Alam. Tiada aku balik lagi ke Melaka walau rakyat Melayu menjadi abu atau menderita sekalipun dan menangis air mata yang berdarah. Saudaraku dan anak-anak cucuku tengok sahajalah apa jadinya tak sesudah padah celaka datangnya.”
Lalu masing-masing menangis memberi nasihat jangan meninggalkan Melaka ini negeri yang bertuah. “Jawab jika aku dan engkau semua kaca disebut orang kaca juga takkan boleh jadi intan baiduri,” kata Laksamana Hang Tuah. “Jika siapa cari atau mahu berjumpa baik ada Tuanku, menterinya dan rakyat Melaka sekali, bagitau aku pergi bertapa di Gunung Ledang atau ke Pahang. Jangan bilangkan aku berlayar ke Palembang walau Hang Kasturi, Hang Lekir atau Hang Lekiu sekalipun. Jika siapa memberi tahu sebelum aku mati, aku akan sumpah kamu semua.”
Hang Tuah dikatakan “menghilangkan diri” kerana difitnah sekali lagi oleh beberapa orang menteri sultan. Hal ini tentulah satu penemuan yang kontroversial, memberi satu “maklumat baharu” sekali gus pengkajian rekayasa kepada pemahaman riwayat Hang Tuah.
Sepertimana yang dinyatakan dalam ucapan alu-aluan Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Puan Nafisah Ahmad, “Sesungguhnya ilmu-ilmu yang pernah dinukilkan oleh penulis ataupun pengarang silam sememangnya masih relevan untuk dipegang sebagai azimat dan panduan dalam menempuh liku-liku perjuangan hidup. Masih banyak lagi ilmu dalam pelbagai bidang yang terakam dalam manuskrip Melayu belum habis dikaji dan diselidiki oleh pengkaji dalam mahupun luar negara”.
Kredit : dwnsastera.dbp.my
Satria Bangsa shared his post.
Satria Bangsa added 2 new photos.
DINASTI RAJASA
(DINASTI BERAJA DALAM TAMADUN MELAYU 3)
(DINASTI BERAJA DALAM TAMADUN MELAYU 3)
Dinasti Rajasa merupakan dinasti keluarga diraja Jawa yang menguasai sosio-politik di Pulau Jawa dari abad ke 13 hingga abad ke 15. Sejarahwan bersepakat bahawa pengasas Dinasti Rajasa ialah Ken Arok atau lebih dikenali sebagai Sri Ranggah Rajasa, yang juga merupakan pengasas kerajaan Singhasari di Jawa Timur.
Perkahwinan Ken Arok dengan Ken Dedes akhirnya melahirkan zuriat yang akhirnya menjadi pemerintah kerajaan Singhasari dan Majapahit selepas itu. Zuriat-zuriatnya itu kemudiannya berkembang dan digelar sebagai wangsa Rajasa, sempena nama gelaran Ken Arok sendiri, iaitu Sri Ranggah Rajasa.
Salah seorang maharaja Singhasari iaitu Kertanegara yang juga ahli keluarga Dinasti Rajasa, menjadikan kerajaan Singhasari sebagai kuasa besar di Asia Tenggara pada abad ke 13, selepas menakluk kerajaan Malayu. Namun, kerajaan ini musnah akibat dilanggar tentera Mongol pada tahun 1292.
Namun, tentera Mongol berjaya dihalau keluar dari Pulau Jawa oleh salah seorang ahli keluarga Rajasa iaitu Raden Wijaya yang juga merupakan anak saudara kepada Kertanegara.
Raden Wijaya meneruskan kekuasaan politik Dinasti Rajasa dengan menubuhkan kerajaan Majapahit pada tahun 1293, sebagai kesinambungan kerajaan Singhasari di Pulau Jawa. Majapahit selepas itu berjaya menjadi sebuah empayar paling masyhur di Nusantara dan bertahan kira kira 300 tahun lamanya.
Majapahit mencapai zaman kegemilangannya pada era pemerintahan raja Hayam Wuruk, cucu kepada Raden Wijaya. Pada masa kegemilangannya, Majapahit mempunyai sebanyak 98 negeri bawahan dan menguasai Semenanjung Melayu, Singapura, Borneo, Kepulauan Sulu, seluruh kepulauan Indonesia kini dan Kepulauan Nusa Tenggara.
Majapahit sehingga kini menjadi antara empayar terbesar dan teragung dalam sejarah Kepulauan Melayu, selain Sriwijaya.
Majapahit mula merosot apabila masuknya pengaruh Islam di Nusantara dan terpaksa bersaing dengan Kesultanan Melayu Melaka yang pada masa itu menguasai Selat Melaka. Setelah Majapahit jatuh akibat kemaraan Kesultanan Demak, ramai ahli keluarga Dinasti Rajasa melarikan diri ke Pulau Bali.
Hingga kini, masyarakat Bali masih menganggap mereka adalah pewaris mutlak Majapahit. Keturunan raja-raja Bali dapat menyusuri susur galur keturunan mereka dari Dinasti Rajasa. Selepas kejatuhan Majapahit, Pulau Jawa dikuasai oleh kerajaan Islam di bawah Kesultanan Demak.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w di Madinah pada tahun 632 M, agama Islam mula berkembang ke luar Semenanjung Arab seterusnya hingga ke segenap pelusuk dunia. Agama Islam tiba di Nusantara sejak abad ke 8 lagi, menerusi pedagang dan mubaligh Arab dan Parsi. Pada abad ke 11, muncullah penempatan-penempatan Islam di Sumatera, namun ketika itu, Majapahit masih lagi berkuasa penuh.
Namun, apabila muncul banyak kerajaan Islam di Nusantara, kerajaan Majapahit yang memegang kuat kepercayaan Hindu mula terancam. Ini diikutkan dengan munculnya Kesultanan Melaka di Semenanjung Melayu yang menjadi saingan yang sangat kuat bagi Majapahit. Selepas Majapahit jatuh keseluruhannya pada tahun 1527 M, sosio-politik tamadun Melayu kini dicorakkan oleh kerajaan Islam dan keseluruhan masyarakat di Nusantara ini memeluk agama Islam.
Puluhan lagi dinasti-dinasti Islam lahir dalam lipatan sejarah ketamadunan bangsa Melayu. Kebanyakan dinasti ini mempunyai pertalian darah dengan keturunan Nabi Muhammad s.a.w yang datang ke sini. Ada juga dinasti Islam yang berasal dari keturunan diraja purba, namun memeluk Islam dan mengekalkan dinasti mereka sehingga kini, seperti keturunan Kesultanan Kedah.
Kredit : www.thepatriots.my
H.H Haji Hassanal Bolkiah updated their profile picture.
His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah
News Fee
13 SEPTEMBER 2015
0 comments:
Post a Comment