TIME TO BRING DOWN THE WALL..STRAIT SETTLEMENT LANDS NO MORE..
- You, Tengku Shawal Tengku Aziz and 28 others like this.
- Pakman Kampar Kalau roboh kota melaka
Papan dijawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Tuan handsome sah tampan.. - Ratu Rimba Niagara TURUN KE GELANGGANG MELATIH ILMU KESATRIA
Assalamualaikum kesatria kemuliaanku,
Di manakah kau menghilangkan diri;
Adakah kau merajuk hati kepadaku,
Jika iya maafkan diriku ini.
Kesatria Kemuliaanku perjuanganmu sungguh mulia,
Aku kagumi sepenuh hati sepenuh jiwa;
Kan kutiupkan api perjuangan selagi hayatku ada,
Agar jiwa Laksamana Hang Tuah membara di jiwa.
Kesatriaku jangan mudah berputus asa,
Jika asamu datang bangkitlah segera;
Turun ke gelanggang melatih ilmu kesatria,
Agar anak bangsa sentiasa siap siaga.
Menjadi kesatria bukanlah mudah,
Segala hutan belantara diredah;
Semata menuntut ilmu batihiniah,
Ilmu pahlawan mesti ada kerohaniah.
Jika ilmu pahlawan cuma kekuatan fizikal saja,
Ilmu fizikal kekuatannya hanya sementara;
Mendabik dada penuh keegoan ilmu yang ada,
Maka sia-sia saja menjadi kesatria yang mulia.
Setiap pahlawan mesti ada kesinambungan,
Antara ilmu makrifat dengan emosi;
Jangan mendamik dada atas keperkasaan,
Kelak memakan diri sendiri kita yang rugi.
Jadilah seperti resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk ke bumi;
Jangan berhenti menabur budi,
Budi disemai dituai di akhirat nanti.
Terima kasih kerana sudi menjadi rakan fbku,
Moga persahabatan ini memberi manfaat padaku;
Berbagi ilmu kesatriamu denganku,
Itulah matlamatku mengambilku sebagai rakan fbku.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
20 Muharram 1434H
4 Disember 2012M
1Like · · Share
Sulaiman Dawud, Kesatria Kemuliaan and Sri Prabu Bumi Kusuma like this.
Kesatria Kemuliaan Terima kasih... Ratu Rimba Niagara...memberi sajak kepada hamba yg rendah hati ini....
4 hours ago · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara Inya-Allah kita saling berbagi ilmu dunia akhirat. Inilah hikmah disebalik pertemuan ini biarl pun cuma di alam maya.
4 hours ago · Like · 1
(PETIKAN DARIPADA WALL KESATRIA KEMULIAAN & RATU RIMBA NIAGARA)
4 Disember 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
091212 - Ratu Rimba Niagara BERGEMALAH DAULAT DIRAJA DI SELURUH NUSANTAR
Assalamualaikum kekanda-kekanda diRaja,
Darah Kepahlawananmu lambang kesatria diRaja;
Rakyat jelata pasti gembira menantikan gema diRaja,
Di seluruh pelosok bumi Nusantara bergemalah daulat diRaja.
Dari dulu ditunggu kabar berita,
Agar Institusi diRaja dimartabatkan;
Dimartabatkan seluruh bumi Nusantara,
Maka bergembiralah seluruh rakyat jelata.
Perjuangan kanda sentiasa dinda dukungi,
Agar kanda tak mudah berputus asa;
Percayalah kanda telah ditakdirkan sejak Azali,
Untuk memerintah rakyat di bumi Nusantara.
Allah melantik kekanda menjadi raja di bumi ini,
Pasti ada hikmah di sebalik takdir ini;
Agar sentiasa membela nasib rakyat dizalimi,
Maka itulah hikmah kenapa Allah memilih kanda terajui.
Jika sebenar suci bersih niat kanda membela rakyat jelata,
Dan kanda yakin ini adalah tanggungjawab kanda;
Pasti kanda tidak mudah berputus asa,
Akan memperjuangkan hingga berjaya.
Percayalah kanda di setiap langkah kanda,
Allah sentiasa menyertai niat suci kanda;
Untuk membela hamba-hamba-Nya,
Moga kanda selalu berada dalam Rahmat kasih-Nya.
Jangan sekali menjadi raja penakut,
Takut mengaku raja kerana tak mahu dipulaukan;
Dinda tak suka raja yang penakut,
Sedangkan kanda adalah kerabat yang dimuliakan.
Dinda ditakdirkan menjadi pejuang diRaja,
Jika kanda berputus asa memperjuangkan hak kanda;
Tak apalah biarlah dinda perjuangkan bagi pihak kanda,
Mungkin ada sebab tersendiri remuknya hati kanda.
Kepada kekanda-kekanda di Raja yang lain,
Adinda tabik dengan perjuangan kanda;
Biarpun remuk dilambung tsunami sekalipun,
Kekanda-kekanda tetap berjuang selagi hayat ada.
Perjuangan kekanda adalah perjuangan adinda,
Perjuangan adinda adalah perjuangan rakyat jelata;
Makanya matlamat yang jelas itu adinda menyokong kanda,
Harap kanda jangan sekali berundur demi harapan rakyat jelata.
Kemenangan kekanda-kekanda adalah kebanggaan rakyat,
Rakyat pasti berbangga punyai raja sehebat kanda;
Matlamat kanda menjadi raja adalah untuk rakyat,
Makanya rakyat jelata akan menyokong perjuangan kanda.
Jangan kanda lupakan sejarah diRaja,
Mempertaruhkan nyawa demi rakyatnya;
Itulah jiwa kesatria sebenar diRaja,
Rela gugur di medan juang demi rakyatnya.
Inilah di sebalik hikmah takdir Ilahi,
Memilih kanda sebagai kerabat diRaja;
Untuk membela rakyat dizalimi,
Maka rakyat mensyukuri Kurniaan dari-Nya.
Moga doa rakyat dimakbulkan Tuhan,
Institusi diRaja dimartabatkan;
Maka bergemalah suara rakyat penuh kesyukuran,
Daulat diRaja & Ketinggian Islam dimartabatkan.
(Aamiin Ya Rabbal A'Lamin)
Karya Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
20 Muharram 1434H
4 Disember 2012M
Like · · December 4 at 8:11pm
(DISIARKAN DI WALL SULTAN HASANAL BOLKIAH)
091212 - Tengku Shawal Tengku Aziz CERITA SEJARAH OLEH KERABAT YANG KENA PERAMBAT LAIN CITARASA NYA OLEH PENGAMAT SEJARAH YANG BUKAN KERABAT....SEJARAH YANG MASIH BERDARAH..HINGGA KINI..
- Ratu Rimba Niagara BIAR PUN HAMBA BUKAN KERABAT DIRAJA TAPI HAMBA MENYANJUNGI KERABAT DIRAJA...
RAJA & RAKYAT BERPISAH TIADA... INGAT ITU SAMPAI KAPAN PUN TUANKU DIRAJA!
DAULAT TUANKU!