Sunday, 2 December 2012

KOLEKSI BANGSAWAN DIRAJA YANG INGIN DIPENTASKAN & DIFILEMKAN & FILEM ANIMASI & DIBUKUKAN(1)

  • Like · ·
    • Suffian Mohd Noor likes this.


    Like · ·


    PUTRA SANG KURIANG BAHAGIAN (1) RENTETAN SKRIP
    TEATER BANGSAWAN DIRAJA PENGANTIN RAJA RIMBA
    KARYA RATU RIMBA NIAGARA

    Setelah berkahwin dengan Raja Rimba, Puteri Rimba mengikut
    suaminya tinggal di sebuah istana di Belantara Niagara.
    Rumahtangga yang dibina atas dasar saling cinta menyintai
    amat bahagia. Sehati sejiwa saling hormat menghormati,
    Saling bertukar pandangan dan sentiasa memikirkan masalah
    seluruh haiwan yang ada di Belantara Niagara.
    Kebahagian rumahtangga Raja Rimba tidak lama apabila
    seluruh kaum Raja Rimba tidak senang hati dengan perkahwinan
    Raja Rimba dengan Puteri Monyet.
    Terutama sekali Puteri Harimau yang sudah lama menaruh hati
    dengan Raja Harimau.
    Puteri Harimau telah membuat strategi untuk membunuh Puteri Monyet yang
    ketika itu sedang sarat mengandung Putera Sulungnya.
    "Beta... tak akan lepaskan si bedebah itu yang telah merampas
    kekasih beta...beta mesti membalas dendam. Dia mesti mati!!!"
    "Tapi macam mana kita nak bunuh dia Tuan Puteri sebab Raja Rimba
    selalu berada di sisinya."
    "Tak apa beta tahulah nak buat macam mana..."
    "Kamu tengoklah nanti... dia akan menyesal kerana merampas kekasih beta!"
    Ketika perbualan Puteri Harimau dengan pengikut-pengikutnya, dayang Puteri Monyet telah terdengar.
    Jantungnya berdetak kencang...Dayang menangis kerana dia tidak mahu kehilangan Permaisuri Monyet yang amat disayanginya. Kebaikan Puteri Monyet kepada seluruh Rimba Niagara telah sebati dalam semua haiwan-haiwan kecuali puak-puak Raja Rimba yang sememangnya berdengki hati dengan Puteri Monyet.
    "Walau apa yang terjadi aku takkan biarkan Permaisuri Monyet dibunuh aku akan lindungi Permaisuri biarpun nyawa aku jadi taruhan!!.
    Petang itu Puteri Harimau datang ke Istana Rimba Niagara dengan membawa mempelam muda.
    "Permaisuri...beta ada bawakan mempelam muda untuk Permaisuri..."
    "Hi...sedapnya...beta sudah lama mengidamkannya...sudah serata tempat Kekanda Rimba mencari mempelam muda tapi baru sekarang beta dapat merasai mempelam yang beta idamkan...Terima kasih Tuan Puteri kerana memahami buah mempelam muda yang beta idamkan," kata Permaisuri Monyet penuh gembira.
    "Kalau macam ni setiap hari beta boleh bawakan.. mempelam muda untuk Permaisuri lagi ye... sehingga Permaisuri melahirkan cahayamata."
    "Baik sungguh hatimu Tuan Puteri...Kebaikan Tuan Puteri Beta amat
    hargai dan amat terharu."
    "Permaisuri kesayangan seluruh haiwan di Rimba Niagara ini...
    apalah salahnya beta berkorban demi Permaisuri tanda kasih
    sayang beta kepada Permaisuri."
    "Terima kasih Puteri Rimba."
    Raja Rimba pulang dari berburu.
    "Mana dinda dapat buah mempelam muda ni dinda?"
    "Puteri Rimba ada datang tadi dia yang memberi dinda buah
    mempelam ini."
    "Dinda...kanda sudah lama kenal dengan hati budi Puteri Rimba tu...
    Mesti ada niat tak baik kepada dinda..."
    "Kanda...kanda...tak baik berperasangka yang bukan...bukan...
    kita bersangka baik ye.. Ha...lagi pun bukan dinda yang nak
    makan buah mempelam ni....anakanda yang dalam kandungan ni kanda..."
    Permaisuri Monyet tergelak.
    "Mentang-mentanglah kanda tak dapat carikan mempelam muda untuk dinda..."
    Kanda dengar dalam kandungan dinda ye" Raja Rima meletakkan telinganya ke perut isteri kesayangannya .
    "Anakanda...anakanda nak pelam ye ...tak pe....kejap lagi
    bonda kesayangan anakanda makan ye...anakanda."
    "Kanda ni ada-ada aje lah..." Mereka suami isteri tergelak geli hati
    yang bukan kepalang.
    Malam itu Permaisuri Monyet tidak dapat tidur kerana perutnya memulas- mulas kesakitan.
    "Dinda...dinda..kenapa dinda...." Tanya Raja Rimba penuh cemas.
    "Sakit...! Kanda....Sakit sangat perut dinda ni.....!" Permaisuri
    Monyet menangis tidak dapat menahan sakit perut yang amat sangat.
    "Sabar lah dinda...jangan ....jangan dinda sakit nak bersalin..."
    Raja Rimba menitahkan dayang memanggilkan Mak Bidan untuk menyambut anakanda diRaja.
    Permaisuri Monyet selamat melahirkan seorang Putera yang sangat tampan.
    Bentuk saling tak tumpah seperti Bonda Permaisuri dan berbelang-belang seperti Ayahanda Raja Rimba.
    "Tuanku... Syurkur Allhamdulillah Permaisuri selamat melahirkan Putera
    amat sempurna sekali. Tengok ni...rupa macam Tuanku dan Permaisuri. Cantikkan ..." kata Mak Midan sambil memberikan Putera diRaja yang baru dilahirkan kepada Raja Rimba.
    "Syukur Alhamdulillah dengan Kurniaan Allah pada beta."
    Raja Rimba mengazankan pada Putera Baginda yang tercinta. Setelah itu Baginda terus masuk ke kamar mendapatkan Permaisuri yang masih lemah.
    "Dinda...Terima kasih dinda kerana melahirkan anakanda untuk kanda...he tengok ni...rupa macam dinda dan belang-belang macam kanda....cantikkan..." Raja Rimba mencium putera baginda yang baru dilahirkan berkali-kali penuh kasih.
    "Ye...lah kanda... anakanda kita sempurna sekali cantiknya. Belang-belangnya lambang kemegahan Keperwiraan. Dinda sangat bersyukur pada Allah ..kanda.
    "Kanda pun begitu juga dinda...Bersyukur sangat-sangat dengan kurniaan ini."
    Tiba-tiba kedengaran suara cemas dari hulubalang istanama.
    "Tuanku... Istana sudah dikepung Tuanku...ramai pendekar istana dibunuh."
    "Siapa yang punya angkara hulubalang."
    "Puteri Rimba...Tuanku."
    "Bedabah!Beta dah agak dah...Puteri Rimba akan melakukan sesuatu."
    "Tuanku... Tuanku larilah dari sini Tuanku...."
    "Kanda...Kanda....kena pertahankan Takhta Kanda...biar dinda dan anakanda yang pergi dari Istana Niaga ini."
    "Dinda....! Kita kan dah janji hendak sehidup semati....Tidak dinda....Kanda tak akan biarkan dinda dan anakanda berpisah dengan kanda."
    "Kanda...kekallah tahta di Raja...Puteri Rimba cuma mahukan kanda..dinda sudah relakan kanda...demi keharmonian semua haiwan di Rimba
    Niagara ini."
    "Dinda...kenapa dinda korbankan kebahagiaan sendiri demi keamanan rimba raya ini?"
    "Kanda ...sebenarnya kebahagiaan dinda adalah keselamatan dan keamanan semua penghuni Rimba Niagara ini kanda."
    "Maafkan segala kesalahan dinda kanda... Insya-Allah ada peluang kita berjumpa ...ya kanda...." Permaisuri tidak dapat menahan sebak lalu berjuraian air matanya hingga tertitis air matanya ke wajah putera yang baru dilahirkan."
    "Dinda...jagalah anakanda baik-baik ya...nanti kanda akan cari juga dinda dan anakanda ...."
    Dayang dan hulubalang menemani Permaisuri dan Putera baginda melarikan diri dari Istana Niaga. Mereka merendah hutan di malam yang gelap gulita.Rupanya mereka telah diburu oleh kuncu-kuncu Puteri Rimba.
    "Permaisuri...lari....lari segera....biarkan patik di sini," kata dayang istana penuh cemas.
    Permaisuri sempat melarikan diri meninggalkan dayang dan hulu balang
    yang telah berjaya dibunuh oleh kuncu-kuncu Puteri Rimba.

    (BERSAMBUNG)

    Karya Ratu Rimba Niagara
    17 Mei 2012


    PUTERA SANG KURIANG BAHAGIAN (II)

    Pagi yang hening itu terdengar satu das tembakan.
    Permaisuri monyet yang tidak bermaya sambil mengelek
    puteranya sempat mengambil sehelai daun lalu daun
    tersebut diperahkan susu untuk diberi minum kepada
    puteranya yang sedang menangis kehausan.
    Selepas itu permaisuri monyet rebah menyembah bumi.
    Permaisuri monyet mati terkena tembakan Pak Deli.
    Tubuhnya berlumuran darah. Puteranya masih lagi
    lagi dalam pelukan bunda tercintanya.

    Pak Deli yang menyaksikan kejadian tersebut bagaikan
    tersayat hatinya ditusuk sembilu. Timbul kekesalan
    di hatinya yang amat sangat.

    Dia mengambil putera dari dakapan bondanya yang telah
    mati. Puas dia mengambil putera tapi putera masih tidak
    mahu melepaskan pelukan bondanya. Akhirnya dia terpaksa
    akur dengan kekuatan Pak Deli. Ketika Pak Deli meninggalkan
    bondanya yang terbujur kaku dia sempat memandang bondanya
    buat kali terakhirnya. Dan sempat dia memberi lambaian
    terakhir kepada bondanya.

    Sampai di rumah...Pak Deli menceritakan apa yang telah
    berlaku ketika di hutan ketika dia sedang berburu.

    "Abang...sampai hati abang tembak ibu monyet...dia
    masih lagi menyusu....sampai hati abang memisahkan kasih
    sayang ibu dengan anaknya.

    "Abang pelik dengan anak monyet... ibunya hitam....anaknya
    cantik...tengok tu bulunya berbelang-belang macam harimau."

    "Apa pun alasan abang...abang tetap salah...tidak kasihan
    ke abang pada nasib anak monyet ni nanti?"

    "Kalau dijual anak monyet ni ...kita dah boleh jadi kaya...
    tak perlu hidup sesusah ini lagi."

    "Abang....biarpun berapa juta harga anak monyet ini...
    saya takkan benarkan abang menjualnya? Saya nak belanya
    kerana saya bertanggungjawab di atas kematian ibunya.
    Saya dengar cerita abang pun saya telah jatuh kasih pada
    anak monyet ini. Lagipun kita tidak punya anak..biarlah
    anak monyet ini jadi anak kita..." kata Mak Limah sambil
    memeluk putera dengan penuh kasih sayang. Putera dari
    tadi memang Mak Limah dengan matanya yang kuyu seolah
    minta dikasihani...kesedihan di atas kematian bondanya
    masih dalam terbayang-bayang di ruangan matanya.

    Sudah hampir dua bulan berita kehilangan Permaisuri Monyet
    tidak dapat didengari oleh Raja Rimba . Puteri Monyet
    memberi kata dua kepada Raja Rimba jika sekiranya Raja
    Rimba tidak mahu mengawininya akan berlakulah peperangan
    yang amat dahsyat di Rimba Niagara. Raja Rimba teringatkan
    kata-kata Permaisuri Monyet.

    "Kanda... apalah ada pada cinta kanda...biarlah dinda yang
    terkorban asalkan penghuni rimba... aman bahagia selamanya.
    Kanda mesti pertahankan kerajaan Rimba Niagara...biarpun
    kanda terpaksa berkahwin dengan Puteri Harimau. Dinda sudah
    relakan. Mesti diingat...penghuni Rimba Niagara adalah lebih
    diutamakan daripada cinta kanda dengan dinda...ye...cinta
    kanda kepada penghuni Rimba Niagara ...di situlah cinta
    dinda pada kanda."

    Majlis Perkahwinan di antara Raja Rimba dengan Puteri Harimau
    dibuat secara besar-besaran..selama tujuh hari tujuh malam.

    "Barulah bagaikan pinang di belah dua..." kata suku sakat
    harimau."

    Dengan termentrinya perkahwinan Raja Rimba dengan Puteri Harimau
    maka tiadalah berlaku peperangan...dan terselamatlah penghuni
    Rimba Niagara .

    Putera yang dipelihara oleh Mak Limah diberi nama Sang Kuriang.
    Sang Kuriang sangat cerdik dan pandai mengambil hati kedua orang
    tua angkatnya.

    Pak Deli yang pada awalnya ingin menjual Sang Kuriang tidak
    jadi meneruskan hajatnya ....kerana tidak sampai hati melihat
    isterinya Mak Limah berdukacita.

    Sudah hampir Sepuluh tahun Sang Kuriang dipelihara oleh Pak
    Deli dan Mak Limah.

    Pada suatu hari, suatu peristiwa yang tidak disangka berlaku.
    Apabila rumah Pak Deli terbakar. Pak Deli mati terbakar
    hangus . Mak Limah dan Sang Kuriang sempat menyelamatkan diri.
    Kini mereka ini tiada tempat berteduh . Mereka tinggal di sebuah
    gua di dalam hutan.

    "Emak...macam mana kita hendak teruskan kehidupan mak...dalam
    hutan ni...apa yang kita nak makan nanti...."

    "Kuriang anakku...kau dah besar panjang...kejadian asalmu kau
    mahir panjat memanjat...usaha nak ye...mak dah tua ....dah
    tak larat lagi hendak mencari rezeki untuk kita makan...inipun
    nasib baik kita dapat tempat berteduh dari hujan ribut."

    "Baiklah kalau itu yang emak kata...Kuriang akan cuba berusaha
    mencari rezeki untuk kita meneruskan kehidupan."

    "Bagus anakku...di mana ada kemahuan di situ ada jalan...Yang
    penting Kuriang mesti yakin dengan kebolehan Kuriang ye...nak."

    "Ye mak..."

    Pagi lagi di hutan belantara Kuriang memberanikan diri memanjat
    dari satu pokok ke satu pokok. Pada awalnya tika mula mencuba
    banyak kali dia gagal...tetapi kerana teringatkan kata ibu angkatnya
    "Yakin dengan kebolehan sendiri" akhirnya Sang Kuriang berjaya
    memanjat dan bergayut dari satu pokok ke satu pokok. Macam
    Tarzan lagaknya. Kerana terlalu gembira yang amat sangat setelah
    berjaya bergayut-gayutan ...hingga terlupa mahu pulang.

    "Emak....emak...! Kuriang dah pandai memanjat....seronok emak...
    tengoklah apa yang Kuriang bawa ni... emak makan... ye...air pun
    Kuriang bawakan untuk emak. Ini semua berkat mendengar nasihat
    emak...Percaya dengan kebolehan sendiri....:

    Mak Limah merasa gembira...kerana Sang Kuriang sudah pandai
    berdikari dan boleh menjaga makan minum Mak Limah.

    Setelah setahun tinggal di gua tersebut...Mak Limah meninggal
    dunia kerana sakit tua.

    Sedihnya hati Sang Kuriang di kala itu Tuhan saja yang tahu.
    Tapi kena tabah. Ibu angkatnya dikebumikan di atas sebuah
    bukit di dalam hutan.
    Kerana terlalu sedih Sang Kuriang tertidur di pusara ibu angkatnya
    Mak Limah.
    Dia bermimpi...
    "Bonda sangat rindukan anakanda... carilah ayahanda di Rimba Niagara
    Raja yang memerintah Rimba Niagara adalah ayahanda ...anakanda..."
    Sang Kuriang tersedar dari mimpinya. Kata-kata....bonda rindukan
    anakanda...carilah ayahanda di Rimba Niagara Raja yang memerintah
    Rimba Niagara adalah ayahanda anakanda..

    Esoknya Sang Kuriang pergi ke Rimba Niagara mencari ayahandanya
    yang dimaksudkan dalam mimpi tersebut.

    Akhirnya dia sampai ke Istana Rimba Niagara. Dia meminta izin untuk
    berjumpa dengan Raja Rimba Niagara.

    "Ampun Tuanku sembah patik harap di ampun..ada rakyat ingin mengadap
    Tuanku...ampun Tuanku,..." kata hulubalang.
    Sang Kuriang dibenarkan masuk mengadap Raja Rimba.

    "Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...."

    "Apakah hajat tuan hamba mengadap beta?"

    "Ampun Tuanku...sembah patik harap di ampun...adapun patik datang
    ke Istana ini inginkan kepastian tentang maksud mimpi patik."

    "Apa mimpi tuan hamba...ceritakanlah beta sudi mendengarnya."

    "Adapun patik bermimpi ...bunyinya begini....bonda rindukan anakanda...
    carilah ayahanda di Rimba Niagara Raja yang memerintah Rimba Niagara
    adalah ayahanda anakanda....sebab mimpi itulah patik terpanggil untuk datang ke Istana
    Niagara berjumpa Tuanku."

    "Oh tak syak lagi anakandalah...yang ayahanda cari-cari selama ini..
    Oh! Anakanda ...ayahanda rindukan anakanda....ayahanda pun bermimpi yang sama."
    Raja Rimba memeluk puteranya yang selama ini dirindui.

    "Bondamu telah pun mangkat dan telah disemadikan di Tanah Perkuburan di-Raja...
    nanti ayahanda tunjukkan tempat. Bonda tirimu baru sebulan mangkat...
    Ya Allah syukur kerana dapat bertemu dengan anakanda hamba..
    Syukur Ya Allah."

    Putera Sang Kuriang telah ditabalkan menjadi Raja Rimba Niagara
    yang baru menggantikan ayahanda baginda yang telah uzur.

    "Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!"

    Karya Ratu Rimba Niagara
    17 Mei 2012

    PANTUN PUTERA SANG KURIANG (BAHAGIAN III)

    Si Haslie Umar empunya cerita,
    Bergelar Raja Di Rimba Nilam Puri;
    Telah berlaku perebutan kuasa,
    Makanya ditumpangkan anak pada Mat Kr rakan yang dipercayai.

    Putera puterinya menjadi sahabat kepada Putera Sang Kuriang,
    Diajar ilmu persilatan dan kepahlawanan Di-Raja;
    Agar menjadi Raja yang gagah perkasa penuh kasih sayang,
    Mempertahankan rakyat di Rimba Niagara dan Nilam Puri tercinta.

    Dalam perebutan kuasa Raja Haslie Umar menang,
    Datang ke Rimba Niagara menjemput putera dan puterinya;
    Terhutang budi dengan Raja Mat Kr dan Putera Sang Kuriang,
    Kebaikan dibalas dengan kebaikan penyambung ikatan hati dan jiwa.

    Puteri Raja Haslie Umar dikahwinkan dengan Putera Sang Kuriang,
    Disambut besar-besaran penuh gilang gemilang;
    Semua rakyat meraikan perkahwinan diRaja berhati girang,
    Makanya ikatan Raja dan rakyat bertambahlah kasih sayang.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    17 Mei 2012

    PUTERA SANG KURIANG (BAHAGIAN III)

    Tersebutlah kisah di Rimba Nilam Puri telah berlaku
    perebutan kuasa di antara Raja Haslie Umar dengan
    Raja Ahmad Kamal. Raja Ahmad Kamal adalah sepupu
    kepada Raja Haslie Umar.

    Raja Haslie Umar berkahwin dengan Permaisuri Atekah.
    Mereka dikurniakan dua orang putera dan seorang puteri.
    Yang tua bernama Putera Sang Amsyar, Putera Sang Aqmar
    dan Puteri Sang Syifa. Selama ini mereka hidup aman bahagia
    sekeluarga.

    "Anakanda bertiga... sebentar tadi ayahada baru saja
    menghantar pesanan kepada sahabat ayahanda Raja Mat Kr di
    Rimba Niagara untuk menumpangkan anakanda bertiga
    di Istana Rimba Niagara. Anakanda selamat di sana...
    Ayahanda dan bonda akan datang menjemput anakanda
    setelah negari kita aman damai...sekarang dalam kucar
    kacir...."

    Mereka anak beranak saling berpelukan dan tangis pilu
    menyelubungi Istana Rimba Nilam Puri. Permaisuri Atekah
    mententeramkan tangisan anakanda Puteri Sang Syifa.

    "Anakanda Puteri Sang Syifa...jangan nangis ye...nanti bonda
    datang..." pujuk Permaisuri Atekah sambil memeluk erat Puteri
    Sang Syifa dengan tangisan pilu.

    Ketika sampai di Istana Niagara...Raja Mat Kr dan Putera Sang Kuriang menyambut kedatangan keluarga angkat mereka dari Istana Nilam Puri.

    Sang Kuriang menjadi sahabat baik kepada Putera Sang Amsyar, Putera Sang Aqmar dan Puteri Sang Syifa.

    Mereka 4 sahabat diajar ilmu persilatan . Setelah enam purnama
    mempelajari ilmu persilatan mereka mahir ilmu persilatan , begitu juga Puteri Sang Syifa.

    Sedang mereka duduk berehat...tanpa diduga kedatangan ayahanda Haslie Umar dan Permaisuri Atekah ke Istana Rimba Niagara.

    Suasana sudah aman kembali. Raja Ahmad Kamal tewas dalam pertarungan dengan Raja Haslie Umar.

    Upacara menyambut kedatangan Raja Haslie Umar bersama Permaisuri Atekah disambut besar-besaran. Ketika itu juga diistiharkan pertunangan Puteri Sang Syifa dengan Putera Sang Kuriang.

    Genap tiga bulan mengikat tali pertunangan Puteri Sang Syifa berkahwin dengan Putera Sang Kuriang. Majlis amat meriah sekali disambut dengan penuh gilang gemilang.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    17 Mei 2012

    PERSEMBAHAN TEATER DIRAJA ,'PUTERA SANG KURIANG'
    DIADAKAN DI PANGGUNG BANGSAWAN MERAK KAYANGAN PADA 1.1.2020

    ARAHAN PUTRA ARJUNA NEGERI ANTAH BERANTAH
    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA

    TETAMU JEMPUTAN:
    SELURUH KERABAT DIRAJA MELAYU
    & RAKYAT YANG MEMPERTABATKAN INSTITUSI DIRAJA

    PAKAIAN : TRADISIONAL MELAYU

    HARGA TIKET: AKAN DIBERITAHU

    TIKET TERHAD
    BAGI YANG TERLEPAS PELUANG
    JANGAN GUNDAH GULANA JIKA MENDAPAT SAMBUTAN
    TEATER DIRAJA,' PUTERA SANG KURIANG' AKAN DIADAKAN
    BERTERUSAN HINGGA KE GENERASI MASA AKAN DATANG!

    DATANG JANGAN TAK DATANG!

    "RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA"

    (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
    17 Mei 2012

    FESTIVAL FILEM BANGSAWAN DIRAJA,' PUTERA SANG KURIANG' KARYA RATU RIMBA NIGARA MOGA MENDAPAT SAMBUTAN DARIPADA SEMUA GOLONGAN GENERASI KINI DAN AKAN DATANG AAMIN.

    RATU RIMBA NIAGARA
    16 Muharram 1434H
    30 November 2012M
    Like · · ·
    • 2 people like this.

    • Mohd Rusdy Rusli Pssjrm salam bonda...nanda dah mmbaca putra sang kuriang pendapat nanda cerita ini bgus bgi yg memahaminya.....nanda cadang cerita ini kita nyatakan....untuk khias adew bab2 tertentu....khas untuk pembaca awam
    • Ratu Rimba Niagara Ahamdulillah...bunda perlukan sokonga dari nanda dan rakan fb semua. Insya-Allah cadangan dan idea nanda dan rakan fb amat diperlukan bagi memantapkan cerita dan merealitikan idea .
    • Mohd Rusdy Rusli Pssjrm maksud y nanda akan menulis dngan penerimaan pebaca awam....jika tida bertentangan dan bonda.....apabila cerita sudah siap nanda akan tag pada bonda
    • Ratu Rimba Niagara Ahamdulillah itu yang bonda mahukan...kerjasama yang bonda nanti-nantikan. Moga rahmat Allah tercurah kepada nanda atas usaha nanda ini. Aamin. Bunda tunggukan nanti.
    • Mohd Rusdy Rusli Pssjrm ok nanda henda mula mengarang cerita tpi nanda nak taye tajuk untuk buku ini ape y......
    • Ratu Rimba Niagara PUTERA SANG KURIANG
    • Ratu Rimba Niagara Selamat mengarang nanda. Karangah yang terbaik..demi agama bangsa dan negara dan untuk diwarisi kepada generasi akan datang.
    • Mohd Rusdy Rusli Pssjrm Pada zaman dahulu disebuah kerajaan yang berada ditengah jawa barat ,...See More
    • Mohd Rusdy Rusli Pssjrm jika adew apew2 yang tertinggal dan ingin memasukkan boleh di tulis
    • Ratu Rimba Niagara Sebuah cerita legenda Nusantara yang menarik.Banyak pelajaran yang diambil dari cerita tersebut.
      Tapi cerita sang kuriang nanda amat berbeda dengan Putera Sang Kuriang Bonda...
      Jika boleh cerita 'PUTERA SANG KURIANG' hasil karya bonda nanda sempurnakan
      menjadi sebuah buku kanak-kanak dan sebuah skrip teater muzikal bangsawan diRaja ...sebelum itu baca sinopsis dan skrip pengantin raja rimba kerana bersangkutan dengan putera sang kuriang.Harap nanda boleh laksanakan dengan baik.
    • Ratu Rimba Niagara MATLAMAT PRODUK KARYA RATU RIMBA NIAGARA:

      1. Hasil karya Ratu Rimba Niagara
      2. Hasil karya boleh bersasama dengan penulis lain atas keizinan penulis
      3. Memartabatkan Institusi diRaja

      4. Sasaran pembeli produk karya Ratu Rimba Niagara:

      (i) Peminat mencari jalan-jalan ke Syurga
      (ii) Peminat cerita Raja-Raja (Positif) Realiti Atau Dongengan
      (iii) Peminat cerita kesatria pahlawan Melayu Nusantara
      (iv) Peminat sejarah Nusantara.
      (v) Peminat syair gurindam pantun puisi
      (vi) Peminat teater pentas bangsawan diRaja
      (vii) Peminat sastera SeNusantara

      5. Mahu menghasilkan produk karya yang berkualiti kerana setiap produk yang dihasilkan
      adalah hadiah untuk generasi SeNusantara tercinta pada masa hadapan.

      6. Untuk merealisasikan impian tersebut Ratu Rimba amat mengalu-alukan sebarang
      cadangan bagi merealitikan apa yang dimatlamatkan oleh Ratu Rimba Niagara dalam
      dunia sastera yang diimpikan dan didambakannya.

      Semoga Allah SWT permudahkan segala yang dimatlamatkan oleh Ratu Rimba Niagara Aamiin.

      Sekian. Wassalam.

      'TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA'

      Ratu Ratu Rimba Niagara @ Putri Alam Nilam Purnama
      Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
      Istana Rimba Niagara
      MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
      17 Muharram 1434H
      1 Disember 2012M
    • Perkumpulan Karaton Nusantara kalau sudah hilang nyawa masakan boleh mencoret pena... jika boleh kirannya itu bukan manusia...sih..
    • Ratu Rimba Niagara KENAPA HAMBA MENULIS

      Terhenti nafas terhentilah pena bermaksud ....menulislah selagi ada peluang untuk menulis...selagi ada peluang hidup...jika sudah dijemput Ilahi maka tidaklah menulis lagi sih....bahan-bahan yang ditulis masih ada lagi dibaca ol
      eh yang hidup ....sebab itu jika boleh mahu hidangkan bahan tulisan yang tenang jiwa dan menangkan kalbu...tujuan menulis bukanlah mahu mengajar si pembaca tapi adalah muhasabah diri sendiri yang hidup ini akan mati akhirnya akan tinggalkan dunia ini walau siapapun kita.

      Sebab-sebab menulis:

      1) Menghargai bakat Kurniaan Allah SWT
      2) Melahirkan rasa cinta kepadaNya
      3) Mengajak pembaca saling berkasih sayang kerana Allah SWT
      4) Muhasabah diri sendiri
      5) Menghargai apa yang diCiptakan Allah SWT di langit dan di bumi
      6) Bahan yang ditulis tanda kasih kepada kepada generasi kini dan akan datang
      7) Ingin mencurahkan bakti kepada raja, pemerintah, kesatria, rakyat.
      8) Inginkan menghargai kewujudah warga rimba kerana di rimba ini penulis mendidik jiwanya
      9) Ingin menulis bahan-bahan yang boleh menginsafi diri
      10) Moga bahan-bahan yang ditulis ada nilaian di Sisi-Nya sebagai bekalan di akhirat nanti.Insya-Allah Aamiin.

      Bahan penulisan yan ingin dijelakkan:

      1) Membangga diri merasakan diri hebat tika menulis
      2) Mengwujudkan budaya mengadu domba
      3) Mengwujudkan pergaduhan sehingga memutuskan silaturrahimi
      4) Menulis bahan-bahan yang boleh membuatkan merendahkan martabat seseorang
      5) Menfitnah, menghina kerana merasakan diri sempurna baik

      Kerana sebab-sebab yang dinyatakan di atas hamba hanya memerlukan rakan-rakan fb yang
      aktif untuk menyubur suburkan jiwa hamba untuk terus menerus menulis. Jika rakan fb ingin
      menjadi rakan fb yang kekal tolong hidupkan akaun fb anda dan sudi berkomukasi dengan
      karya hamba walaupun sebaris perkataan. Mereka yang senyap ...sepi....tolong dapat
      memahami jiwa hamba. Selagi senyap sepi maafkan hamba ...hamba terpaksa sepi juga
      biarlah sama-sama sepi hingga ke nafas terakhir.Sebelum tinggal meninggal mohon dimaafkan
      atas sepimu .

      Rakan fbku....hamba hanya mahu karya hamba di beri pendapat secara bernas kerana
      karya-karya hamba di tulis tujuannya hanyalah yang positif dan yang positif itu mahu
      dimantapkan lagi agar lebih positif. Bukan meminta teman fb merendah-rendahkan karya
      yang ditulis . Jika inilah niat rakan fb harap tinggalkan hamba sebagai rakan fb atau hamba akan
      tinggalkan rakan fb....maaf rakan fb hamba hanya perlu yang menyokong perjuangan hamba bukan
      menghina bahan penulisan hamba.

      Rakan fb....jika kamu masih berdiam diri tanpa mahu memberi sokongan pada hamba ....
      harap maafkan hamba ....hamba tak dapat untuk meneruskan rakan fb yang sepi menyepi.
      Sekian harap maklum.

      Moga dengan luahan ini rakan-rakan fbku faham kenapa hamba menulis kenapa hamba ingin
      bersahabat denganmu. Harap dimaaf jika tersalah bicara. Maaf sampai kapanpun.

      Sekian. Wassalam.

      'TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA'

      Yang mengharapkan rakan fbku mengerti akan daku,

      RATU RIMBA NIAGARA
      19 Muharram 1434H
      3 Disember 2012M

    • (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
      19 Muharram 1434H
      3 Disember 2012M

0 comments:

Post a Comment

 
;