- AKU PENGEN JADI SAHABAT AKHIRATMU BISA NGGAK
Ratu Rimba Niagara shared Mustahna Bin Mahat's photo.
15 hours ago
Tenong tenong, tenong makrifat,
Dalam hati sejuta tersirat,
Renong merenong hya syarat,
Moga sahabat hingga akhirat.....
Photo
Unlike · · Share
You and Roy Karen like this.
Ratu Rimba Niagara
sahabat akhirat tanpa syarat
kerana di kalbu ada makrifat
makrifattullAlah itulah syarat
sebagai sabahat dunia akhirat
15 hours ago · Like · 1
Ratu Rimba Niagara
YANG AKU CARI
Yang kucari sahabat akhirat
bukan kawan dunia
Kenapa?
Apa bezanya
sahabat akhirat dengan kawan dunia?
Memang banyak bezanya
Seperti langit dengan bumi
Apa maksudnya?
Kawan dunia membuat hati jadi leka
sahabat akhirat menjadi
penghubungku ke akhirat
Hidup semuanya
berdasarkan akhirat
kerana mahu tidak mahu
hidup di dunia
akan menuju akhirat
Sebab itu pentingnya
sahabat akhirat
menjadi pendampingku
agar hidup ini
terarah ke akhirat
Ya Allah kami bersahabat
dan bertalisiraturrahim
semuanya keranaMU
agar kami saling ingat
mengingat tentang negeri
yang kekal abadi
negeri akhirat
Selagi nafas ini
dipinjamNya
hari-hari fikirkan akhirat
hari ini apa yang terlalai
Selalu salahkan diri sendiri
Kenapa aku masih lalai?
Kenapa harus fikirkan dunia lagi?
Kenapa tak mahu berubah?
Sedangkan negeri akhirat
selangkah lagi akan kutempuhi
kerana aku tidak mahu
penyesalan tanpa tertebus!
Amat malang kiranya
sampai ke negeri akhirat
tanpa amalan yang dikira
di sisi Allah Taala dan kalau
ada amalan tetapi ditolak
tanpa disedari
rugi juga
yang penting setiap
amalan ikhlas
kerana Allah Taala
Ya Allah terimalah amalanku,
ahli keluargaku, sahabat-sahabatku
dan orang-orang Islam samada hidup
dan yang telah meninggal dunia.
Amin Ya Rabbal A’ lamin.
Karya: Ratu Rimba Niagara
17 Muharram 1434H
1 Disember 2012
15 hours ago · Like · 1
Tok Ayah Karim Terlalu panjang hendak dijengkal,
Terlalu lebar hendak di ukur,
terlalu banyak hendak diratah,
terlalu luas hendak disukat,
Yg panjang boleh dipendekan, tpi padat.
yg lebar boleh dikecilkan, tpi bernas,
yg banyak boleh disedikitkan, mudah difahami,
Yg luas boleh dilipat lipat,
14 hours ago · Like
Ratu Rimba Niagara
telah kusukat-sukat
telah aku timbang-timbang
lalu aku berpakat
yang baik tak perlu kutimbang-timbang
13 hours ago · Like
Mustahna Bin Mahat Sudah banyak bertimbun2, yang diabai merasa bimbang, yang baik2 kita himpun, Biar teguh kita tak tumbang
12 hours ago · Like
Tok Ayah Karim Yg baik kita himpun,
pengantin pakai inai,
kalu dah banyak bertimbun2,
cuak pula dihudu anai anai....
12 hours ago · Like
Ratu Rimba Niagara
kalau cuak dihudu anai-anai,
lebih baik lari saja;
jangan tunggu lagi,
nanti hati jadi merana.
a few seconds ago · Like
HARI MATI MENINGGALKAN BELANG RAJA MANGKAT TINGGALKAN JASA
Harimau mati meninggakan belang, Garuda mati boleh dipanggang,
Ini malam harimau keluar dari kandang,
Garuda pasti terbang lintang pukang. !
:: *Go go go Malaysia :D
Opss..teRlebih sudaaa...sorrybC...
Like ·
Tok Ayah Karim likes this.
Tok Ayah Karim:
masuk gelanggang keluar gelanggang,
harimau sudah hilang belang,
Kalau garuda lintang pukang,
sihelang bakau menyorok disarang....
12 hours ago · Like · 1
Alif Si Helang Bakau Hahahahahahaa....... Terbaikk lah panton tok ayah 2
12 hours ago · Like
Mohd Rusdy Rusli Pssjrm:
helang menyunsur memburu mangsa
harimau merimbas membaham kijang
kalau mencari ilmu pemangsa
datang pak belang didalam gelanggang
12 hours ago · Like · 1
Alif Si Helang Bakau Ceh mah cek ton..... Alamak dah main panton
Hahahahahaa
12 hours ago · Like
Ratu Rimba Niagara:
Datang Pak belang di dalam gelanggang,
Ingin membaham Garuda diRaja;
Garuda diRaja tegur lari tunggang langgang,
Harimau mati tinggalkan belang Raja mangkat tinggalkan jasa.
a few seconds ago · Like
(PETIKAN DARIPADA WALL PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5
BENUA)
18 Muharram 1434H
2 Disember 2012M
Sunday, 2 December 2012
DATANG PAK BELANG DI DALAM GELANGGANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment