Tuesday 4 December 2012

TERIMA KASIH MEMBERI SAJAK KEPADA HAMBA



Ratu Rimba Niagara shared Kesatria Kemuliaan's photo.
Like · ·
  • and 10 others like this.
  • Ratu Rimba Niagara Assalamualaikum kesatria kemuliaanku,
    Di manakah kau menghilangkan diri;
    Adakah kau merajuk hati kepadaku,
    Jika iya maafkan diriku ini.
  • Ratu Rimba Niagara Kesatria Kemuliaanku perjuanganmu sungguh mulia,
    Aku kagumi sepenuh hati sepenuh jiwa;
    Kan kutiupkan api perjuangan selagi hayatku ada,
    Agar jiwa Laksamana Hang Tuah membara di jiwa.
  • Ratu Rimba Niagara Kesatriaku jangan mudah berputus asa,
    Jika asamu datang bangkitlah segera;
    Turun ke gelanggang melatih ilmu kesatria,
    Agar anak bangsa sentiasa siap siaga.
  • Ratu Rimba Niagara Menjadi kesatria bukanlah mudah,
    Segala hutan belantara diredah;
    Semata menuntut ilmu batihiniah,
    Ilmu pahlawan mesti ada kerohaniah.
  • Ratu Rimba Niagara Jika ilmu pahlawan cuma kekuatan fizikal saja,
    Ilmu fizikal kekuatannya hanya sementara;
    Mendabik dada penuh keegoan ilmu yang ada,
    Maka sia-sia saja menjadi kesatria yang mulia.
  • Ratu Rimba Niagara Setiap pahlawan mesti ada kesinambungan,
    Antara ilmu makrifat dengan emosi;
    Jangan mendamik dada atas keperkasaan,
    Kelak memakan diri sendiri kita yang rugi.
  • Ratu Rimba Niagara Jadilah seperti resmi padi,
    Semakin berisi semakin tunduk ke bumi;
    Jangan berhenti menabur budi,
    Budi disemai dituai di akhirat nanti.
  • Ratu Rimba Niagara Terima kasih kerana sudi menjadi rakan fbku,
    Moga persahabatan ini memberi manfaat padaku;
    Berbagi ilmu kesatriamu denganku,
    Itulah matlamatku mengambilku sebagai rakan fbku.
  • Leo Purpleman sungguh byk nasihat yg baik..
  • Kesatria Kemuliaan Terima Kasih...Ratu Rimba Niagara...memberi teguran & nasihat..kepada hamba ini....
  • Ratu Rimba Niagara Yakinlah setiap langkahmu adalah langkah tentera fisabilillah...makanya berjuanglah seikhlas hati...Insya-Allah AAmiin.
  • Kesatria Kemuliaan Terima kasih....hamba cuba sedaya yg mampu...Amiiin
  • Ratu Rimba Niagara Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
    4 hours ago · Unlike · 1
    1Like · ·

0 comments:

Post a Comment

 
;