Monday 3 December 2012

KENAPA AKU MENULIS (2)

Like · ·
  • Wan Naga Yth. Bunda Ratu; mhn maaf bunda, tidaklah saya menyalahkan bunda ratu dan bunda Ratu tdklah perlu minta maaf.
    Sy hanya merasa kebangsaan saya terusik krn peristiwa ini.
    Sy sangat sedih ketika saya baca karya bunda ttg zionis yang membantai orang2 muslim di Gaza kita begitu terasa sakit, tetapi mengapa kita yang serumpun saling menyakiti juga? Itulah uangkapan hati saya bunda Ratu, terima kasih dan mohon maaf.
  • Ratu Rimba Niagara sama-samalah kita memaafkan...kerana kita pun sama-sama terpanggil atas peristiwa yang tak diundang ini..kadang kala pula bunda terusik juga jika rakyat nusantara menghina negara bunda...hingga pernah satu masa dulu bunda removekan semua rakan fb bunda baik malaysia mahu pun indonesia...kerana niat hati bunda agar kedua-dua negara sentiasa berjiran baik dalam suasana hormat menghormati.
  • Wan Naga Bunda Ratu: tdk perlulah kita terpancing emosi yang berlebihan sehingga sesama pertemanan fb jadi di remove, kita hanya boleh turut prihatin saja.

    Bagi saya sangatlah aneh mengapa hanya gara2 sepakbola hrs merusak hubungan persaudaraan antara kedua
    negara yang bersaudara.
    Saya yakin bunda ratu banyak keluarga yang berkahwin dengan keluarga dari Indonesia khususnya dari Sumatera, begitu juga keluarga saya banyak yang berkahwin dengan keluarga dari Malaysia. Bahkan adik saya juga ada seorang yang mengambil putri dari Brunei masih keluarga dekat dengan Sultan Brunei dan adik saya menetap disana.
  • Ratu Rimba Niagara BAHAGIA MENITI KE JALAN-JALAN KE SYURGA FIRDAUS

    Wan Naga...
    Jika kau mahu tahu kenapa aku removekan
    Semua rakan fbku

    Tak kira Malaysia atau Indonesia...
    Tak kira dia menteri datuk atau apa saja pangkatnya
    Kerana aku berteman fb dengannya
    Bukan kerana pangkat datuk, raja atau apa saja
    Aku berteman fb dengannya kerana mahukan
    Pengertian tentang sebuah kedamaian

    Ketika itu aku membaca dan meihat di media massa
    Mengenai warga Indonesia
    Memijak bendera negaraku
    Dan mahu gayang Malaysia!
    Begitu membara
    Dendam kesumat mereka
    Pada negaraku...

    Makanya hatiku jadi meledak-ledak
    Aku benci meihat itu semua!
    Tak tidur malam aku memikirkannya

    Dan aku dapat tahu lagi...
    Mereka menuduh
    Malaysia merampok
    Keseniaan Indonesia
    Lagi aku nggak bisa tidur

    Engkau hendak tahu...

    Rakan fbku ada
    200 orang
    Terdiri daripada kalangan
    Menteri, wakil rakyat, usahawan, pujangga,
    warga Indonesia ada 3 empat orang...

    Memang sengaja aku mencari rakan fb yang
    pelbagai kerjaya kerana bidang mereka
    semuanya aku minat...
    kerana aku boleh berkarya
    mengenai sebarang tajuk ...
    dan aku suka....

    Tapi bila aku tanyakan pada mereka
    gimana mahu mendamaikan
    krisis Indonesia dan Malaysia
    mengenai pijak bendera malaysia, gayang malaysia ..
    menuduh Malaysia merampok kesenian indonesia
    mereka senyap tak memberi
    apa jua respon
    dan aku katakan dengan rakan fbku 200 orang itu
    jika mereka tidak menjawab dalam tempuh 24 jam
    makanya aku terpaksa removekan mereka

    Engkau nak tahu
    Berapa orang yang mahu menjawap pertanyaanku?
    Cuma 2 orang saja...
    Makanya tanpa berfikir lagi
    Aku removekan mereka semua
    Kecuali 2 orang saja tinggal sebagai rakan fbku

    Puas hati aku
    Ada kawan fb tapi jadi patung
    Tak boleh bersuara
    Sedangkan petah berbicara
    Lantang bersuara
    Di Dewan rakyat....
    Sesama rakan
    Ada saja bahan yang disiarkan
    Tentang nikmat kebahagiaan yang dikecapi...
    Aku bukanlah cemburu dengan pangkat, kebahagiaan keluarga,
    Atau apa saja nikmat mereka itu
    Aku cuma mahu tanya tentang
    Gimana krisis Indonesia dan Malaysia
    Mahu ditamatkan secara aman...
    Itu pun takut mahu membicarakan
    Mereka takut apa
    Kita bukan mahu melaga-lagakan
    Kita mahu mengamankan
    Antara dua negara yang berjiran
    Salah ke?

    Salah seorang masuk ke inboxku
    Mereka mengatakan
    Ini soal dua negara sensitif
    Jika dibicara secara umum...

    Aku dah agak dah...
    Makanya aku faham kenapa mereka
    Sepikan pertanyaanku...

    Tinggallah rakanku yang tinggal cuma
    2 orang itu....

    Aku coba mencari kawan fb baru...
    Dengan izin Allah SWT
    Dapatlah tambah 15 orang...

    Tapi rakanku kali ini
    Kebanyakkannya orang Indonesia
    Tanpa aku sedari
    Aku mengarang cerita-cerita
    Mengenai pejuang-pejuang
    Kemerdekaan Indonesia

    Dan tanpa aku sedari
    Aku dapat rakan fb
    Kerabat diRaja

    Sehinggalah sekarang
    sahabat fbku
    terdiri daripada

    kerabat diRaja Malaysia
    kerabat diRaja Indonesia
    kerabat diRaja Brunei...
    Kerabat diRaja Singapura...

    Pahlawan, pendekar,perajurit, perwira

    Usahawan, pujangga

    Tanpa kusedari grupku
    Ada 30 grup
    Kalau tak kena remove atau removekan
    Ada lebih kurang 50 grup

    Sekarang teman fbku cuma ada 47 orang
    Bukan aku tak mahu ramai
    Kerana aku tak mahu seorang pun rakan fbku
    Rasa terpinggir tanpa sapaanku
    Bagiku rakan fbku adalah permata akhirat
    Yang terlalu istimewa dan amat berharga
    Tapi mereka yang sepi menyepi dan
    Berkata mengikut hati aku nggak tega...

    Kira punya kira aku ada lebih kurang
    200 ribu teman di alam maya...
    SUBHANALLAH
    Memang di luar dugaanku
    Dan aku yakin ini semuanya
    DIA yang tentukan...

    Tapi bila kau masuk di wallku
    Dan kau ungkit balik
    Krisis ini hatiku jadi pilu...

    Kau mengatakan seolah
    Aku ini tiada berkeluarga
    Kau saja yang berkeluarga besar?
    Kau sajalah yang bahagia
    Aku tak bahagia?

    Aku malas nak cerita
    Tentang aku
    Bukan apa nanti aku
    Cerita aku macam tak redha
    Apa yang Allah takdirkan padaku
    Aku tak mahu gitu

    Tapi tahukah kau...
    Biarpun aku tiada sebahagiamu
    Kehidupanku tiada sesempurnamu
    Sebab itu aku menjadi bahan penghinaan..
    Di walaupun cuma di alam maya ini

    Aku bersyukur
    Allah SWT
    Uji aku dengan kasih sayang
    Tapi dalam masa yang sama
    Allah izinkan aku
    Berkarya mengenai kasih sayang
    Melimpah ruah kepada
    Semua yang diCiptakan-Nya
    Samada di bumi atau di langit
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALAHU AKBAR
    Inilah hadiah daripada Allah SWT
    Yang aku syukuri
    Jika hendak dibandingkan
    Dengan harga alam dan seisi-Nya

    Semoga selepas apa yang aku luahkan ini
    Kau faham
    Bilamana aku tidak mahu membicarakan
    Soal remeh temeh dunia
    Aku akan tinggalkan mereka
    Dan tolong maafkan aku
    Pada mereka-mereka
    Yang aku tinggalkan
    Dan aku maafkan
    Mereka yang sudah tinggalkan aku
    Walaupun cuma di alam maya
    Remove meremove
    Adatlah dunia maya
    Kalau kita rasa bahagia berteman dengannya kita teruskan
    Kalo kita rasa tak bahagia tinggalkan
    Yang penting kita bahagia
    Sama-sama bahagia
    Bahagia meniti jalan-jalan ke Syurga Firdaus ...
    Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamin ...

    RATU RIMBA NIAGARA
    18 Muharram 1434H
    2 Disember 2012M

  • 10Like · ·
    • Wan Naga SubhanAllah....
      Yth bunda Ratu, dengan sepuluh jari ditambah satu kepala.
      Kepada bunda saya mohon maaf
      Dan kepada Allah saya mohon ampun
      Apabila yang terucapkan saya sdh melukai perasaan bunda Ratu.

      Tidaklah ada rasa saya ingin menyakiti perasaan hati bunda Ratu.
      Tidaklah ada rasa saya ingin menyombongkan diri hal keluarga (astaghfirullah).
      Saya hanya bermaksud bahwa kita yang serumpun berkeluarga sangatlah dekat.
      Bahwa Melayu Malaysia berkeluarga dekat dengan Melayu Indonesia.
      Khususnya yang dari Sumatera
      Begitulah sebaliknya.
      Saya hanya terlepas gundah gulana
      Mengapa kedua negara kita selalu berkonflik
      Karena hal yang sangat sederhana
      Mengapa kedua negara kita tidak pernah bisa bersatu....
      Mengapa kedua negara kita selalu berkonflik dengan perkara yang tak perlu...
      Padahal kita yang seakidah berpandangan yang satu...
      Kita yang dikata ikhwan dan akhwat.
      Mungkin saya tak pandai merangkai kalimat
      Sehingga tak sesuai maksud dengan kalimat.
      Kepada YM bunda Ratu tak ada maksud hati saya menyakiti perasaan dan hati bunda Ratu
      Sekali lagi saya memohon maaf kepada bunda Ratu
      Janganlah putus Silaturahim karena karena hal tak tentu
      Semoga bunda selalu dalam lindungan Allah
      Didalam iman dan islam dan ukuwah yang yang satu.
      Astafhfirullah...
      SubhanAllah walhamdulillah walailahailallah Allahu Akbar.
    • Ratu Rimba Niagara TALISIRATURRAHIMI DI ALAM MAYA

      Sebut pasal negara
      Kita sebenarnya dua-dua terluka melukai
      Kerana kita sama-sama cintakan negara kita

      Yang penting sekarang
      Kita saling bekerjasama
      Bagi mengembalikan
      Keyakinan rakyat
      Antara dua negara
      Agar saling ikhlas
      Bagi menjaga talisiraturrahimi
      Tanpa wujud rasa
      Iri hati
      Atau saling menyakiti
      Itu maksud saya sebenarnya...

      Maka dari itu
      tujuan saya berfb
      bukanlah semudah itu
      mahu meremove
      rakan fb....
      saya cuma mahu
      rakan fb yang ada masa
      untuk menyokong perjuangan sastera saya
      jika kesibukan masa
      lalu jadi sepi menyepi
      sejujurnya saya
      terpaksa mengambil rakan yang lain
      yang sentiasa sudi memberi
      ide dan pandangan bernas
      bagi memantapkan karya-karya saya
      harap pak wan naga boleh
      memahami saya
      maafkan saya
      bukan tujuan saya
      mahu memutuskan talisiraturrahimi

      cuba pak naga fikir
      katalah kita ini mahu
      menjaga talisiraturahimi dengan sempurna
      tak tegur sapa 3 hari pun sudah dikira memutuskan talisiraturrahimi
      ini jika berhari-hari ...
      berbulan-bulan
      tak tegur sapa di alam maya gimana?
      kata rakan fb
      tapi diam membisu
      tak mahu bertegur sapa...
      gimana tu...

      kalau begitu sibukpun
      kenapa kita harus buka akaun fb
      tumpu sajakanlah pada kesibukan kita
      uruskan hal-hal dunia
      ataupun kita berkawan sajalah
      dengan yang sibuk macam kita
      sama-sama fb kita
      jadi sepi seolah berada di pulau sepi
      dihanyut gelombang kesibukan entah ke mana...

      setelah saya luahkan ini
      jika pak naga
      masih juga mahu menyepikan saya...
      harap janganlah pak naga berkecil hati
      bukan niat saya untuk memutuskan talisiraturrahimi
      tapi hanya mahu menumpukan mereka
      yang tak sibuk tapi ada masa untuk
      memberi ide dan pendapat pada karya saya

      tak tanya tentang
      kabar saya pun tak apa
      sekadar like pun tak apa
      sekadar sepatah perkataan pun tak apa
      itu sudah memadai bagi saya
      untuk menyambung sebuah talisiraturrahimi di alam maya ini...

      Sahabatmu yang disepikan rakan fb...

      Ratu Rimba Niagara
      18 Muharram 1434H
      2 Disember 2012M
    • Wan Naga Assalamualaikum bunda, pagiku kusempatkan membaca tulisanmu bunda, menyapa mu dan berucap salam, semoga bunda sehat walafiat dan dalam lindungan Allah SWT
      Dalam melaksanakan aktifitas hari ini.
      Akhirnya izinkan sy beranjak sela utk melaksanakan aktifitas sy hari ini.

      Wassalam
    • Ratu Rimba Niagara Waaaikummusalam sobat wan naga...terima kasih atas sapaan dari benua jiran. Moga Allah SWT merahmatimu.AAmiin.
    • Wan Naga Aaamiiin

Wan Naga - Ratu Rimba Niagara
Unlike ·
  • You like this.
  • Ratu Rimba Niagara DEMI SEBUAH KEDAMAIAN ANTARA DUA NEGARA BERJIRAN

    Mesti ada:

    1) Hormat menghormati

    2) Bertolak ansur
    3) Memaafkan
    4) Berkerjasama
    5) Saling mempercayai

    Mesti dijauhi:

    1) Menfitnah
    2) Dengki mendengki
    3) Dendam mendendam
    4) Suka menghina
    5) Sombong

    Demi Islam dan demi anak cucu SeNusantara ayuh kita sama fikirkan
    gimana kita mahu memartabatkan SeNusantara agar anak cucu
    SeNusantara dapat mewarisi bumi bertuah SeNusantara dalam
    Gah! Cemerlang Gemilang Terbilang aman dan sejahtera
    Abadi selamanya
    Selagi ada bulan dan matahari
    Insya-Allah AAmiin.

    RATU RIMBA NIAGARA
    1 Disember 2012


  • (PETIKAN DARIPADA WALL PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    3 Disember 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;