Thursday, 30 July 2015

AIDILFITRI HARI MULIA (108) TIDAK DICIPTAKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN MENYEMBAH-KU (QS 51:56)


AIDILFITRI HARI MULIA (108) TIDAK DICIPTAKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN MENYEMBAH-KU (QS 51:56)

News Feed

RECENT ACTIVITY
Rangka Melayu Jawa berusia 30,000 tahun dijumpai di Jepun.
PINZA – ABU CAVE MAN
Pinza – Abu Cave Man (ピンザアブ 洞 人Pinza -Abu Dōjin ) adalah rangka tulang orang prasejarah yang ditemui di Gua Pinza – Abu, berhampiran Ueno di Pulau Miyako , Kepulauan Ryukyu ,selatan Jepun. Rangka tinggalan tersebut kelihatan mempunyai ciri-ciri anatomi manusia moden dan berusia kira-kira 30,000 tahun lalu.
Pada tahun 1974 dan 1989, satu ekspedisi dan tinjauan telah dilakukan oleh ahli arkeologi Jepun sebanyak enam kali di seluruh tapak Gua Pinza -Abu . Tulang-tulang yang ditemui telah diukur dan dibandingkan dengan tulang prasejarah Jepun yang lain iaitu Minatogawa Man. Berdasarkan kajian dan perbandingan yang telah dibuat, struktur tulang Parietal Pinza – Abu Man yang terdapat dalam Dimensi Sagittal dilihat lebih kecil berbanding dengan tulang Orang Jepun moden (Minatogawa Man). Selain itu, saiz tulangVertebra juga jauh lebih kecil daripada vertebra Minatogawa Man. Walaubagaimanapun ,Tulang Pinza – Abu Man masih berkongsi persamaan dengan Minatogawa Man dari segi ukuran dan beberapa ciri-ciri fizikal kuno yang lain. Penyelidik sejarah berpendapat persamaan kedua-dua rangka secara fizikal dan biologi adalah kerana kedua-dua kumpulan orang prasejarah tersebut telah berkongsi tempat tinggal yang sama (Kepulauan Ryukyu) . Oleh itu , mereka mungkin mempunyai hubungan yang rapat dan berinteraksi dengan satu sama lain. Hal ini terjadi kerana usia kedua-dua rangka tersebut menunjukkan persamaan cuma dibezakan dengan tempat asalnya.
Walau bagaimanapun, banyak lagi misteri yang belum terjawab kerana hanya sedikit maklumat sahaja yang diketahui mengenai asal-usul Pinza – Abu Man. Antara persoalannya adalah mengenai penghijrahan mereka dan bagaimana mereka datang keKepulauan Ryukyu. Menurut sebahagian penyelidik sejarah , Pinza -Abu Man mungkin telah tiba ke Pulau Miyako dari Kepulauan Melayu Nusantara semasa Zaman Paleolitik. Hal ini kerana terdapat persamaan yang banyak dari segi fizikal rangka Pinza – Abu Man dengan rangka bangsa Austronesia Wadjak Man. Terdapat juga spekulasi yang mendakwa Pinza -Abu Man adalah berbangsa Melayu Jawa. Dakwaan ini disokong dengan fakta bahawa bangsa Jawa (Wadjak Man) yang sudah diketahui mahir dalam ilmu pelayaran dan mampu menghasilkan api. Pada tahun 1989 , tinjauan sekali lagi dibuat mendapati terdapat kesan pembakaran arang dengan mayat manusia yang menunjukan bahawa orang Pinza – Abu mempunyai teknologi yang sama dengan manusia Wadjak Man. Walaubagaimanapun , masih tidak ada bukti yang menghubungkan Pinza -Abu Mansebagai moyang kepada penduduk moden di Pulau Miyako pada hari ini.
Pelbagai kajian forensik telah dilakukan terhadap mendapan tanah Gua Pinza – Abuyang mengandungi DNA mayat, flora dan mamalia bagi mendedahkan lebih lanjut mengenai diet Pinza -Abu Man. Teknik dating digunakan untuk menentukan garis masa sesuatu fosil. Mereka juga mengukur kandungan fluorin yang terdapat pada tulang melaluielektrod ion yang terpilih serta teknik Karbon-14 dating juga digunakan dalam proses dating tulang. Hasil kajian mendapati dalam lapisan stratigrafi yang tertua, tulang rusa ditemui bertarikh 30,000 tahun BP. Manakala dalam lapisan seterusnya , tulang rusa dan tulang babi ditemui bertarikh antara 15,000 hingga 20,000 tahun BP.
Hasil kajian tersebut membuktikan Kedua-dua spesies tersebut dengan beberapa spesies mamalia lain yang telah wujud sekian lama di Pulau Miyako. Selain rangka Pinza -Abu Man , turut dijumpai peralatan batu bersama rangka tersebut. Oleh itu, mereka dianggap telah pun mahir dengan kemahiran asas seperti memburu. Pulau Miyako tidak mempunyai mamalia bersaiz besar, penyelidik percaya bahawa Pinza – Abu Man memburu mamalia kecil secara individu atau kumpulan yang sangat kecil. Ia berdasarkan dakwaan sesetengah penyelidik yang percaya bahawa masyarakat Pinza -Abu Man Hidup dalam kumpulan-kumpulan keluarga yang kecil.
Kredit artikel : Izzat Yousuf
Islam di Papua
PUSAKA MILIK SUKU PAPUA BERUMUR RATUSAN TAHUN TERNYATA AL-QURAN
Islam telah lama masuk ke bumi Papua sejak ratusan tahun yang lalu, hal ini terbukti dengan masih ada peninggalan-peninggalan ajaran Islam yang dipegang erat-erat oleh suku-suku di Papua sebagai sebuah hukum adat.
Disebuah wilayah antara Sorong dan Papua terdapat sebuah suku dipinggir pantai, kebanyakan di wilayah itu muslimin, namun mereka tak ada lagi yang mengajarkan islam hingga turun temurun, mereka muslim tapi tak tahu agama Islam.
Mereka sudah tidak kenal syahadat, mereka hanya mengenal satu ajaran adat, yaitu tak boleh makan babi, padahal babi adalah santapan yang masyhur di Irian, mereka menganggap itu hukum adat, padahal itu hukum Islam, dan kepala suku mempunyai satu barang yang dikeramatkan, ia adalah sebuah kotak yang menyimpan pusaka turun temurun yang dipegang oleh kepala suku dari generasi ke generasi, mereka tak tahu benda apa itu,
Ketika mulai banyak para nelayan muslimin yang datang, mereka minta sebidang tanah pada kepala suku untuk musholla, maka kepala suku mengizinkan, lalu mereka berkunjung kerumah kepala suku, dalam sambutan hangat itu kepala suku menunjukkan pusaka yang disimpan ratusan tahun dan diwariskan dari datuk datuknya.
Ketika kotak itu dibuka, maka para nelayan Muslim pun kaget dan bertakbir, ternyata isinya adalah Alqur’an yang sudah sangat tua Subhanallah. Mereka ternyata sejak berabad abad sudah muslim, namun karena mungkin tak ada para dai dai pengganti, maka ajaran Islam pun hilang dan tak lagi dikenali, tinggallah pusaka yang diwasiati turun temurun itu yang ada pada mereka, ternyata ia adalah Kitabullah, Alqur’anulkarim.
Maka kepala suku ini pun kembali memeluk Islam, tak lama kabar sampai kepada Koramil dan kecamatan yang camat dan Danramil adalah Nasrani, mereka memanggil kepala suku itu dan mendampratnya habis habisan karena telah memberi sebidang tanah untuk muslimin membangun Musholla.
Kepala suku dipaksa untuk mengusir mereka dan kepala suku tetap pada pendiriannya, maka kepala suku itu ditelanjangi hingga hanya celana dalamnya yg disisakan, lalu ia disiksa dan dicambuki dengan kulit ikan pari, Ikan pari terkenal dengan kulitnya yang penuh duri tajam yang beracun, kepala suku tetap tidak mau merubah keputusannya, ia tetap ingin mempertahankan pusaka Alqur’an dan tak mau mencabut izin untuk pembangunan mushalla. Subhanallah.
Dikutip dari Perjalanan Perjalanan Dakwah Majelis Rasulullah ke Wilayah Manokwari Papua, Irian Barat
Sumber artikel : sumatranew.blogspot.com
Klau nak jadi kaya, byk kan lah bersedekah. smile emoticon

Kekayaann sebenar...
TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA.
Nak merasa jadi orang kaya ? Boleh try amalkan tips simple kat bawah ni :
1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.
2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu.
3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jgn lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian.
4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.
5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.
6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi & jd penumpang.
7. Adakala kita tgh queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2 merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.
8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yg singgah dgn family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.
9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.
10. Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nk belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka.Besar nilainya bg org yg tgh sakit dpt ingatan sebegitu. Orang kenamaan shj biasanya ada peluang buat camtu.
Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.
Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yg akan menerima?
SHARE utk semua dgn harapan kita semua menjadi orang KAYA dan IKHLAS.

(PETIKAN WALL GRUP KEBANGKITAN BANI JAWI NUSANTARA
& GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
14 SYAWAL 1436H
30 JULAI 2015


0 comments:

Post a Comment

 
;